Sharing is caring

Image by Drazen Bajer from Pixabay
Korang pernah tak ada pengalaman susah nak start enjin kereta? Dan menjadi kelaziman, salah satu penyebabnya adalah apabila spark plug atau palam pencucuh kereta korang tu sudah tak berfungsi dengan baik ataupun telah rosak. Macam kereta aku la ni… It takes few seconds atau aku kena 2 kali pusingkan kunci untuk start enjin (namapun kereta lama…)

Jadi, konsepnya samalah juga dalam kehidupan seharian kita. In any relationship, tak kiralah sama ada dengan sesama pasangan, keluarga, teman-teman atau rakan sekerja.. spark tu kena ada. Otherwise, kehidupan kita akan semakin suram dan tidak bermaya.

Banyak cara ko nak tambahkan spark dalam perhubungan seharian. Through conversation or any simple or small act like smiling dan sebagainya. Kadang-kala benda-benda kecil ni memberi impak yang besar dalam kehidupan. Apa lagi kalau korang boleh enjoy doing activities together.. tu akan menambahkan lagi momen yang korang akan appreciate di kemudian hari.

Bukan setakat spark sesama manusia je ko kena jaga. Spark dengan Tuhan pun paling utama. Jangan setakat mengharapkan Allah memberi semua benda tapi amalan kita semua ke laut. Ni peringatan untuk diri aku sendiri lah… πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

So, dalam erti kata lain, kalau spark plug kereta korang dah semakin tenat, lebih baiklah dibaiki atau ditukar dengan yang baru supaya enjin kereta korang boleh dihidupkan dan kereta tersebut boleh berfungsi seperti biasa. Jangan pula hanya disebabkan spark plug dah tak berfungsi, korang pi tukar kereta baru!πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.