Do you believe in second chance?

Image by Arek Socha from Pixabay
Kejadian ni masih segar lagi dalam ingatan aku walaupun dah berlaku 32 tahun yang lalu. Masa tu tahun 1987 dan aku berumur 9 tahun.

During those days, aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi, Johor Bahru. Dan disebabkan sekolah kat sini, aku menumpang di rumah nenek saudara aku, Babacu. Dia adik arwah nenek aku, Baba. Sebab kalau aku nak berulang dari rumah famili aku kat Wadi Hana tu macam agak jauh. Masa tu belum mampu nak naik van sekolah lagi. So, few years juga aku tumpang duduk rumah famili nenek saudara aku tu. Aku berulang alik jalan kaki je dari rumahnya ke sekolah. Weekend baru aku balik Wadi Hana.

So, dipendekkan cerita, satu hari Arwah Auntie Patong (anak sulung Babacu) nak keluar ke JB pergi somewhere… aku tak ingat ke mana dan urusan apa. Oh.. kenapa nama dia Patong??? Nama betulnya Sharifah Nurul Sa’adah tapi nickname Patong diberi oleh atuknya sebab masa kecil dia comel macam anak patung! Hahahah.. Tu la ceritanya. Anyway, time dia keluar ni, aku ikut sekali. Biasalah dulu masa kecil-kecil aku memang pantang orang ajak keluar naik kereta. Batak nak mengikut. Famili aku masa kecil dulu mana mampu nak pakai kereta…

So, masa dalam kereta tu yang ada 3 orang.. Auntie Patong, Khala Yah (adik Auntie Patong) dan aku. Aku dengan Khala Yah duduk dekat belakang. Kereta Mercedes lama. Biasalah kalau dah jakun naik kereta, aku suka duduk tepi tingkap tengok pemandangan (nampak tak kecik-kecik lagi aku dah suka berjalan!). Dah tu tangan aku gatal pulak kan meraba sana sini.… and bila sampai kat roundabout bawah flyover area Imigresen lama (sebelum wujud ICQ) kat tengah-tengah bandar JB tu, masa tengah kat selekoh, aku tertarik pembuka pintu dan pintu tu terbuka seluas alam dan aku dah nak tercampak keluar. Mujurlah Auntie Patong masa tengah drive tu sepantas kilat sempat capai serta genggam rambut aku dan tarik aku semula ke dalam. In split seconds gaissss!!! Kalau tak memang aku tersembam kat atas jalan raya dan kalau nasib tak balik kena lenyek dengan kereta kat belakang. Until now, bila aku ingat balik kisah ni, aku rasa sangat terhutang nyawa dengan Arwah Auntie Patong.

Lepas insiden tu, aku tergamam, terus duduk kat tengah-tengah dan lock pintu. Tak berani dah nak duduk tepi tingkap. Hahaha. Insaf sekejap. Dan sampai sekarang, kalau naik kereta dan anak buah aku ada sekali, aku akan suruh dia duduk tengah-tengah dan kalau duduk kat tepi tingkap tu duduk diam-diam.. jangan gatal tangan. Pintu aku akan make sure dah lock awal-awal. Hahahahaha.

Pengajaran yang aku dapat dari kejadian ni ialah aku la ni lebih berhati-hati dan menghargai “peluang kedua” yang diberikan dalam hidup. Sebab aku belajar dari kesilapan yang aku dah buat. Kesilapan yang mungkin boleh menyebabkan nyawa aku melayang…

So… apa yang boleh disimpulkan kat sini.. dalam apa situasi sekalipun, kalau korang diberi peluang kedua, hargailah sebaik-baiknya. Mungkin peluang kedua tu akan berlaku sekali je seumur hidup.

Dan aku selalu percaya, we can be a better person after given a second chance…

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Nilai satu pangkah

Raya & Usia

Hangin!!!

Site Footer