Bubur Lambuk Wadi Hassan

Sedar tak sedar…dah 14 hari kita berpuasa. Lupa pulak aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada pembaca Muslim di luar sana. Takde la terlambat sangat kan? Hahaha. Dan sementara ada masa pagi ni sebelum pergi kerja, aku rasa nak share tentang satu lagi memori masa aku kecik-kecik dulu.

Bubur lambuk… saper tak tahu kan? Bubur ni cukup famous terutamanya semasa bulan puasa. Kebanyakan masjid menyediakan dan memberikannya kepada masyarakat setempat. Tradisi pemberian bubur lambuk ni adalah salah satu amal jariah di bulan yang mulia. Rasa setiap bubur lambuk ada sedikit berbeza antara setiap masjid atau negeri. But overall, still the same lah.

Masa aku kecik-kecik dulu.. zaman sekolah rendah, aku selalu pergi ke Masjid Wadi Hassan, Johor Bahru untuk mengambil bubur lambuk ni. Jalan kaki je.. lebih kurang 1-2 kilometer dari rumah. Selalunya aku akan bawa bekas sendiri untuk diisikan dengan bubur ni.

Bubur lambuk Masjid Wadi Hassan memang special. Dimasak dengan daging, rempah-ratus dan daun-daun selama beberapa jam. Rasanya lemak… cukup serba-serbi. Kalau makan bubur lambuk, aku suka letak sambal kicap Johor yang hitam pedas tu.

Selalunya lepas asar aku akan pergi ambil bubur lambuk ni. Aku ingat lagi, ada beberapa kali insiden bila balik, masa bawa bubur ni jalan terhuyung-hayang… bubur ni tertumpah kat tangan aku. Tanpa rasa bersalah, aku akan jilat saki-baki bubur tu. Nikmat hawau! Takdenya nak lap bersihkan. Hahahaha.. masa tu kecik lagi kan.. sekolah rendah lagi. Iman tak berapa nak kuat. Sampai rumah muka kemain innocent. Hahaha…

Tu je lah kisahnya. Tapi until now bubur lambuk menjadi menu favorite aku kalau malas nak memasak. Campak je semuanya.. siap. Kadang-kadang aku sengaja masak lebih biar boleh tahan sehari dua. Makan ulang-ulang dengan sambal kicap. Kalau terlebih rajin, aku masak satu periuk bawak pergi office (macam kat gambar atas tu).

Nantilah.. free sikit aku letak resepi tu kat sini. Resepi ni ikut resepi arwah tok aku turun-temurun.. tapi aku adjust sana sini ikut bahan apa yang ada je.

Okaylah nak gerak pi office. Selamat menunaikan ibadah puasa! Till then.. tata.

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer