Rindu padanya…
Boleh tak masa aku browse internet, tetiba ternampak pulak gambar Ustaz Muhsin. Terus hati rasa sayu dan rindu pada Almarhum. Ustaz Muhsin atau nama penuhnya Al-Habib Muhsin bin Umar Al-Attas adalah antara tenaga pengajar Madrasah Al-Attas di Johor Bahru. Almarhum berasal dari daerah Malang, Indonesia. Aku selalu berjumpa dengan Ustaz Muhsin masa kecil-kecil dulu memandangkan rumah lama aku di Wadi Hana sangat dekat dengan madrasah dan tambahan pula selalu menjadi escort Baba (nenek aku) memasak di sana. Walid pun selalu angkut aku pergi majlis-majlis maulud atau hol, dan kalau jumpa Ustaz Muhsin mesti dia suruh doakan untuk aku. Ambil berkat orang alim katanya. Dan Walid pun ada bercita-cita nak jodohkan aku dengan anaknya, Fatimah! Selain tu, Umi pun turut kamceng dengan anak Ustaz Muhsin yang nombor 2 iaitu Kak Nour. Dari kecil sampailah ke sekolah rendah, dan apabila madrasah berpindah ke Ulu Tiram, aku dah jarang berjumpanya. Tapi kalau ada majlis-majlis especially di Masjid Wadi Hassan, aku memang tak akan melepaskan peluang untuk jumpa beliau dan minta mendoakan aku. Almarhum Ustaz memang sangat lemah lembut, tak pernah sedikitpun bersuara tinggi dan sangat tawaddhu’. Beliau hormat semua tetamu yang datang kepadanya dengan senyum yang sentiasa terukir di bibir. Tak kira sama ada tetamunya warak atau tidak. Beliau terima dengan tangan terbuka. Itulah akhlak terbaik Almarhum yag akan aku ingat sampai bila-bila (okay.. sekarang air mata aku dah menitis!!).
Almarhum Ustaz kembali ke Rahmatullah tanggal 25 Februari 2006, beberapa bulan selepas pemergian adik aku, Ali Zainal Abidin Al-Attas pada 5 November 2005. Aku masih ingat ketika Almarhum menziarah jenazah adik aku, beliau berkata “Ya Ali, kita akan bertemu nanti.. “. Memang tepat! 3 bulan berikutnya Almarhum dijemput mengadap Illahi.
Lebih sebak lagi, aku sempat menziarahi Almarhum sehari sebelum beliau meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah iaitu pada hari Jumaat. Aku balik juga ke JB sebab Walid beritahu Ustaz Muhsin uzur. So, sampai-sampai JB, Umi terus teman aku melawatnya di wad. Walaupun tengah sakit, Ustaz Muhsin masih lagi tersenyum memandang aku. Air mata aku masa tu jangan cakap la..Terus aku peluk dia, genggam erat tangannya dan cium dia berkali-kali dengan air mata bercucuran. Aku cakap padanya “Ami.. tolong doakan untuk Omar, Ami..” Dan Almarhum mengangguk dan mengusap-usap kepala aku berkali-kali. Untuk seketika aku duduk bersamanya dan memandang wajahnya tak putus-putus. Tak sanggup juga untuk melihat kesakitannya. Dan apabila tiba masa untuk aku beredar, selesai aku mencium tangan dan mukanya, aku pun melangkah pergi. Bila aku pusing, Ustaz Muhsin mengangkat kedua belah tangannya mengucapkan selamat tinggal yang seolah-olah kami takkan bertemu lagi. Sangat berat hati aku ketika tu nak meninggalkannya. Dan petang lepas melawat tu juga aku terus balik KL. Keesokkan harinya Walid telefon mengatakan Almarhum Ustaz telah pergi mengadap Illahi. Luluh hati aku tak terkira. Tapi aku sedikit lega sebab berkesempatan bertemu Almarhum sehari sebelumnya.
Semoga Almarhum Al-Habib Muhsin bin Umar Al-Attas ditempatkan di kalangan para syuhada dan solihin serta sentiasa dilimpahi rahmat. Alfatihah~
The side of u that I've never seen before.
But… bakal wife kau nama Fatimah? I know it's a good name, tapi.. Fatimah? Haha π
Almarhum antara orang yg paling aku sayang. Dari kecil kot sampai ke besar.
Ha la.. tu cite2 walid yg tak kesampaian.. hahaha.
Adakah nama kau diambil daripada nama dia. Sorrylah kalau kau ada tulis tapi aku termissed baca.
Tak… nama aku walid aku bagi sempena nama seorang ulama di Tarim, Hadhramaut, Yaman.. Alhabib Umar bin Abdurrahman Alattas. π
Kalau kau kata datuk tadi pun aku prcaya. Rupa lebih kurang la Umar.
oh ye? sama eh? pusing2 tangtu juga.. π
Assalamualaikum en Omar,… baru saya google ttg sekolah lama saya ni… dan terjumpa blog kamu… Sedih juga saya krn x dpt berjumpa dgn guru saya ni. FYI,.. ustaz Muhsin ni adlh warden/ustaz saya pd tahun 1983. Saya belajar di madrasah ni bermula pd thn 1980 hingga 1983. Memang sentiasa teringat akan dia. Tp yg lebih saya ingat ialah almarhum Alhabib Ustaz Muhammad.. guru saya sebelum tibanya al habib Ustaz Muhsin ni.Semoga roh mereka bersama para tabiin.
Wa'alaikumussalam En. Hans. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Ya.. Madrasah Al-Attas tu memang merupakan tempat permainan saya masa kecil2 dulu. Keluarga kami memang rapat dengan Almarhum Habib Muhsin. Almarhum tiada galang gantinya. Amin..sama2lah kita doakan untuk mereka yang telah pergi.
SESUNGGUHNYA ANA PUN AMAT RINDU ALMARHUM HABIB…ALMARHUMAH UMI ZAINAB…RINDU BAUAN…RINDU SENYUMANNYA…RINDU JARINYA BILA PICIT HIDUNG…RINDU ROTANNYA…SATU2NYA GURU YG TIADA TANDING DGN GURU2KU YG LAIN
Alhamdulillah tuan berpeluang mendapat pendidikan dari Almarhum Ustaz Muhsin dan Umi Zainab. Semoga Allah meninggikan darjatnya di akhirat kelak, Insyallah.