Budin, si Bai Roti

Minggu lepas, aku balik sekejap ke JB sebab adik aku, Salim tak berapa sihat. Ada masalah jantung bengkak dan kekurangan oksigen. Warded la juga pada pagi Sabtu tu. Dan Alhamdulillah semalam… hari Rabu dia dah dibenarkan pulang dan keadaannya semakin baik. Terima kasih kepada keluarga, sahabat dan kenalan yang sama-sama mendoakan kesihatannya.

Dan kebetulan aku kat JB hari tu, terdetik di hati nak singgah ke Jalan Dhoby membeli roti. Kat sini siapa tak kenal roti Jalan Dhoby. Salahuddin Bakery tu cukup famous… dibuka sejak tahun 1937! Anyway, aku bukan nak cerita pasal Salahuddin Bakery ni.. tapi aku nak cerita tentang seorang hamba Allah yang selalu membawakan roti istimewa ni kepada keluarga kami sejak aku kecil lagi.

Budin… Bai Roti@penjual roti yang selalu berniaga roti di kawasan rumah aku di Jalan Alimat, Wadi Hana, Johor Bahru. Nama betul dia aku tak sure.. Shahabudin kot. Wajahnya lebih kurang macam gambar kat atas tu. Berjanggut putih panjang, berkopiah, memakai kurta putih dan berkain pelikat. Selalu mulutnya berwarna kemerahan sebab dia rajin mengunyah sireh. Tapi apa yang pasti dia cukup akrab dengan keluarga kami terutamanya arwah moyang aku, Tok Bie dan arwah nenek aku, Baba. Budin kalau tak silap aku berasal dari Allahabad, India atau Jalalabad, Afghanistan. Antara dua tu lah. Yang aku ingat bad.. bad.. kat belakang tu. Dia agak kamceng dengan moyang aku sebab arwah Tok Bie tu pun memang asal dari Kabul, Afghanistan. Ayahnya memang orang sana… datang bermastautin di Singapore-Johor.

Dah lama Budin berniaga di Johor. Sejak aku berumur 4-5 tahun lagi kot. Atau awal lagi dari tu. Time tu rasanya dia dah berusia lewat 50-an atau 60-an. Budin ni sangat penyayang dan dia cukup suka menyakat Salim. Dia suka perambat budak tu. Dan Salim sampai sekarang ni pun masih ingat si Budin ni.

Aku selalu cega je.. kalau petang tu mesti tunggu bunyi hon dia. Dia mesti akan berhenti di depan rumah kami. Budin berniaga menggunakan motorsikal beroda tiga tu.. yang ada compartment mengisi barang jualan di tepinya. Tatau nak describe camne tapi aku rasa korang faham. Macam-macam jenis barang yang dia jual. Roti, karipap dan segala macam kudap-kudapan. Yang kerap kami sekeluarga beli semestinya roti Jalan Dhoby. Roti ni memang special tak macam roti yang jual sekarang yang dah siap potong. Roti Jalan Dhoby mempunyai kulit keras coklat kegelapan tapi isi dalamnya putih dan sangat lembut! Selalunya kami makan roti ni macam biasa lah.. sama ada dibakar, makan dengan sup kambing/kari atau dengan asam pedas. Memang terbaik!

Selain roti tersebut, Budin turut menjual karipap kentang bersaiz tiga segi yang besar. Kulit karipap ni sangat rangup. Makan satu pun dah kenyang. Selain karipap ni juga, ada dijual kuih/biskut suji. Suji dia besar sikit, rapuh dan secukup rasa… tak berapa manis. Pendek kata just nice. Petang-petang, minum kopi-O sambil pekena karipap dan biskut suji tu memang layan lah.

Di samping meniaga, kadang-kala kalau dia nak makan ayam, dia akan beli dengan keluarga aku. Sebab kami ada lah membela ayam time tu. Takde la banyak mana pun. Tak sampai 10 ekor. So, bila dia dah beli tu, aku la yang dok menolong dia perambat ayam. Aku kejar ayam from that side, dia dok tunggu kat belah satu lagi. Aku still boleh bayangkan that moment until now…

Tapi bila kami dah berpindah ke Taman Dahlia, Tampoi pada tahun 1990, kami dah tak berjumpa dengan Budin lagi. Tapi ada sekali dua tu dia datang Taman Dahlia berjumpa kami sekeluarga. Rindu betul dengan Salim. Katanya dia nak berniaga kat situ tapi takde pun kelibatnya. Dan lepas tu Walid ada juga berjumpa dengannya di Masjid Wadi Hassan. But after that dah tak dengar khabar berita. Yelah… time tu mana ada smartphone bagai kan. Tak tahulah sama ada dia dah pulang ke India ataupun masih di bumi Malaysia ni. Kalau panjang umurnya, mungkin sekarang dia dah berusia sekitar 70-80 tahun.

So, itulah dia kisah Budin… Bai Roti masa aku kecil dulu yang sampai sekarang sangat dekat kat hati aku. Dan bila aku ingat-ingat balik kenangan masa dulu… bergenang air mata mengingatkan betapa indahnya suasana masa tu dengan insan-insan yang kita sayang yang tiada lagi bersama kita sekarang ni.

Buat Budin, jika umurnya masih panjang, aku doakan semoga Allah memelihara kesihatan dan keselamatannya. Dan jika dia telah tiada, semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkannya di kalangan para solihin… begitulah juga dengan ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kita yang telah pergi.. Amin Ya Rabb…

Image source:
Original image: http://i.dawn.com/primary/2014/11/5461c8b9805c8.jpg

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer