Sharing is caring

Image by Sasin Tipchai from Pixabay

Korang mesti ada ketikanya, bila duduk sorang-sorang, time membaca atau sebagainya, akan terkenang zaman korang masa kecil kan? Bila terflash-back zaman kanak-kanak ni, boleh membuatkan kita ketawa sendiri mengenangkan betapa seronok atau naifnya kita pada ketika tu.

Aku mempunyai banyak kenangan zaman kanak-kanak yang bila aku ingat balik, rasa macam menarik juga. So, kat sini aku sharekan beberapa kenangan lama yang akan aku catatkan secara random.

1. “ALLAH” PADA DUIT KERTAS
Ini adalah kebodohan di tangga teratas yang bila aku ingat balik.. like… wehhh bodohnya aku!!! Hahahaha… This was like masa aku umur 5-6 tahun sebelum aku masuk sekolah rendah. Aku tak tahu kenapa aku boleh terfikir gambar Agong dalam duit kertas itu sebagai Tuhan. Maybe sebab aku rasa duit ni sebagai rezeki dan kita gunakan untuk beli semua benda. So, aku rasa tu adalah sebab utama aku berfikir macam tu. Jadinya istilah “berTuhankan duit” tu is real gaisss!!! Mujur la akidah aku dah pulih bila meningkat dewasa. Hehehe..

2. MENYOROK BAWAH KATIL BILA HULK JADI HIJAU
The Hulk adalah antara rancangan TV yang aku suka tengok masa kecil-kecil dulu selain daripada Wonder Woman. Tapi setiap kali Lou Ferrigno nak bertukar jadi hijau, time tu la aku tunggang-langgang berlari menyorok bawah katil parents aku. Those days kitorang ada katil pusaka besi tembaga yang berkaki tinggi tu. So, bawah katil tu memang tempat famili aku simpang barang-barang. So, tu memang jadi port menyorok la. TV pula time tu jenis TV lama jenis “sliding door” untuk buka-tutup. Aku tak tahu kenapa aku takut sangat tengok masa dia bertukar jadi hulk. Takut-takut pun still nak tengok juga…

Image by EIcare from Pixabay
3. PENANGAN “MOERO ATTACK”
Selain daripada Oshin dan Chiaki, drama Jepun yang cukup popular pada penghujung era 80-an ialah Moero Attack. Drama ni berkisarkan tentang sekumpulan gadis pasukan bola tampar yang mempunyai skil yang gempak antaranya somersault berpusing. Penangan drama ni memang cukup hebat pada aku dan juga classmate masa darjah 5 dulu. Kalau time PJ je dok sibuk nak main bola tampar walaupun skill masing-masing kelaut! Dalam kelas pun kadang-kadang kami dok main menggunakan suratkhabar yang dibentuk bulat dan dibalut dengan pita pelekat. Antara member kelas aku yang sama naik main bola tampar ni ialah Amir, arwah Rizal Asrol, Amin dan lain-lain. Dan disebabkan Moero Attack ni lah aku kena belasah dengan walid aku sebab ponteng sekolah agama! Hahaha.. Kisahnya, slot drama ni sebelah petang dan ia clash dengan sesi sekolah agama aku. So, kadang-kadang aku stress sebab asyik terlepas je dan ada ketikanya aku akan cari alasan untuk tak pergi sekolah agama. One day, sebelum pakcik van sekolah sampai untuk pick-up aku, aku masuk ke tandas dengan alasan sakit perut. Jirus air kat mangkuk tandas beberapa kali… punyalah berlakon. Time tu masih guna tandas jirus lagi. So, lama la “bertapa” kat dalam tu sehinggalah van sampai. Bila van dah sampai, aku beritahu (umi atau nenek aku) yang aku sakit perut lagi. Maka, van pun berlalu pergi dan aku gembira kerana ingat plan menipu sudah berjaya. Sampai je drama start, aku punyalah excited sebab dapat tengok dengan aman. Tanpa aku sedar, walid datang dari belakang dan libas aku dengan tali pinggang, tanya kenapa aku tak pergi sekolah agama. Ambil kau.. menggelupur meraung la aku masa tu. Walid cakap time tengok TV sihat walafiat pulak. Sekejap je la enjoy tengok.. tak sangka lepas tu merana.😅😅

Image source: https://images-na.ssl-images-amazon.com/images/I/71hgkbronwL._SX300_.jpg

4. KENA KETUK DENGAN BUAH KELAPA KALAU SALAH JAWAB SOALAN
Aku tak pernah masuk sekolah tadika sebelum masuk darjah 1. Selalunya umi dengan walid yang ajar kat rumah. Lazimnya, “buku latihan” aku adalah ruangan belajar dalam suratkhabar Berita Harian setiap hari Jumaat. Time tu ada disediakan satu page penuh ruangan latihan. So, parents aku akan gunakannya untuk mengajar aku. Dengan umi aku okay je belajar. Tapi kalau dengan walid, aku tak suka sebab walid garang! Sebelum belajar dia akan sediakan sebiji buah kelapa (ambil dari pokok kelapa belakang rumah). Setiap kali aku salah jawab, kepala lutut aku akan diketuk dengan buah kelapa! Kalau belajar dengan walid, air mata dengan hingus memang tak boleh dipisahkan. Apapun, aku tetap berterima kasih pada parents aku sebab walaupun tak masuk sekolah tadika, aku still boleh catch up dengan pembelajaran kat dalam kelas bila dah masuk sekolah rendah. Syabas kepada umi dan walid!

5. BUAT SAMBAL DENGAN BATU-BATA DAN DAUN JAMBU BATU
Aku rasa minat memasak aku memang sejak dari kecil lagi. Sebelah rumah lama aku dulu, aku sebuah banglo yang dalam pembinaan. So, aku selalu bermain kat kawasan ni. Permainan yang selalu aku dengan anak jiran aku main antaranya main kawin-kawin dan masak-masak! Hahahahahaha.. berangan sangat kan masa kecil! Jadi, bila tiba time nak memasak, antara bahan yang aku gunakan ialah cebisan batu-bata yang ditumbuk bersama daun pokok jambu yang ada kat situ. Then titiskan sikit air dan tumbuk ala-ala buat sambal. Aku tak sure apa motif game ni tapi hakikatnya begitulah permainannya.

Rumah lama aku (sebelah kanan) di Wadi Hana, JB

Kat atas tu gambar rumah lama aku. Tempat aku dibesarkan dari bayi sehinggalah darjah 6. Tu rumah pusaka. Ada 2 unit rumah kat situ. Sebelah tu yang sewa dulu antaranya saudara-mara aku juga. Rumah kami unit yang sebelah kiri. Rumah 1 bilik tidur. Tapi kat belakang tu ada buat extension untuk 1 lagi bilik, aku panggil bilik belakang. Korang tengok kat sini, banglo sebelah kiri tu still dalam construction lagi. Gambar ni aku ambil kat Google Street pada 2014. Still tak siap-siap. Bayangkan betapa lamanya nak siap..😅😅 Walau bagaimanapun, aku berkawan dengan anak tokeh banglo tu. Calvin namanya. Muda setahun dari aku. Tapi macam ayam cakap ngan itik la. Dia cakap English, aku bantai cakap Melayu. Tapi boleh je dok main sembunyi-sembunyi dan kejar-kejar.

6. SPIDER, DAUN SIRIH & KOTAK MANCIS
Lawan labah-labah antara permainan aku aku sempat main masa sekolah dulu. Selalunya, aku tangkap labah-labah ni (badannya berkilat kehijauan, exactly macam gambar kat bawah tu) kat celah-celah daun pokok sirih kat belakang rumah aku. Nak tahu siapa yang ajar aku permainan ni? Anak jiran Chinese aku, Kok Keong. Dia tinggal kat sebelah banglo yang tak siap tu. Dia ada bela seekor anjing besar. Pantang nampak orang, kerja nak menyalak je especially bila aku petik buah cermai. Kat banglo sebelah rumah dia tu ada sebatang pokok cermai. Aku selalu ambil buah cermai tu buat jeruk. Anyway, dia dulu tuisyen BM dengan walid sekejap. Dari dulu dia tak pandai-pandai sebut nama aku. Famili aku panggil aku Attas.. tapi dia selalu panggil aku Katan! Hahahaha. By the way, labah-labah ni bila dah ditangkap, akan dimasukkan ke dalam kotak mancis dengan daun sirih yang dilipat kat dalamnya. Siap bawa pergi sekolah lagi. Bila time rehat je nanti bawak keluar dan berlawan dengan member-member aku. Seronok weh!

Image source: https://forum.lowyat.net/uploads//attach-47/post-141347-1233687572.jpg

Paling kanan tu rumah Kok Keong. Sebelah kanannya ialah banglo yang tak siap tu.

7. FIRST PUBLIC PERFORMANCE
Masa darjah 1 semasa perhimpunan hari Ahad. Masa tu aku berpasangan dengan bestfriend sekolah rendah aku, Tan Swee Kok. Lagu kanak-kanak yang kami persembahkan ialah “One Two Buckle My Shoe”. Cikgu English aku time tu ialah Puan Agnes Tan. Liriknya sampai sekarang ni aku ingat.

One, two, buckle my shoe,
Three, four, shut the door,
Five. six, pick up sticks,
Seven, eight, put them straight,
Nine, ten, a big fat hen!


That’s my bestfriend, Tan Swee Kok. BFF dari darjah 1 sampai darjah 6 sebelum bertukar masuk sekolah menengah.

8. BERANGAN BAWA KERETA KAT BAWAH MESIN JAHIT LAMA
Pada sesiapa yang seusia dengan aku atau lebih tua, sure masih ingat mesin jahit lama yang menggunakan kaki jenama Singer (seperti gambar kat bawah). That mesin jahit ada tempat letak kaki dan nenek aku akan pijak that part dan gerakkan ke atas dan bawah untuk mula menjahit. Dan di sebelah kanan tempat letak kaki tu ada seakan roda yang bersambung dengan kabel untuk membolehkan mesin tersebut berfungsi. Aku selalu duduk kat tempat letak kaki dan memusingkan roda tersebut ke kiri dan ke kanan seolah-olah memandu kereta. Badan pun sama terjongkit ke atas dan bawah. Seronok tau! Ye lah, masa kecil dulu family aku mana ada kereta. So, bila takde tu, kita berangan la dulu! Tapi awas kalau tersepit kat roda tu. Sakit hanat!!!

https://media.karousell.com/media/photos/products/2020/5/31/antique_vintage_old_sewing_mac_1590896488_4aaa7c8a _progressive.jpg

9. TUKAR SEKOLAH SEBAB NAK IKUT CIKGU KESAYANGAN
Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan (L) Bukit Senyum. Masuk darjah 1 pada tahun 1985. And then semasa darjah 3 pertengahan tahun, semua pelajar lelaki sekolah ni dan pelajar perempuan dari Sekolah Kebangsaan (P) Bukit Senyum (terletak pada bangunan yang lain), perlu berpindah ke sekolah yang baru. Untuk pengetahuan korang, Sekolah Kebangsaan (Lelaki & Perempuan) Bukit Senyum ni majoritinya terdiri daripada anak-anak polis yang tinggal di Polis Depoh Jalan Tebrau tu, selain daripada penduduk setempat. So, bagi yang tinggal di Polis Depoh, mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi dan selain daripada tu, mereka dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Cagar. Since aku duduk Wadi Hana, aku termasuk dalam senarai pelajar yang kena pergi ke Sekolah Bukit Cagar.

Dan memandangkan aku sayang sangat dengan cikgu kelas aku, Puan Narizah Abdul Ghani, aku beriya merayu minta ditukarkan ke Sekolah Taman Pelangi. Punyalah beriya padahal masa tu baru Darjah 3! Alhamdulillah permintaan aku diluluskan. Aku ingat lagi, masa perhimpunan announce nama pelajar mana yang kena pi Taman Pelangi dan Bukit Cagar, cikgu Asiah (Guru Penolong Kanan) annouce nama aku, “Syed Omar.. Sekolah Taman Pelangi. Ahh.. ni dia sayang cikgu dia ni!..” Hahahaha.. Maka, jadilah aku 1st batch student Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi yang terletak di Jalan Kuning, Taman Pelangi. And that time, aku tumpang duduk rumah nenek saudara aku di Jalan Merah 6, Taman Pelangi. So, jalan kaki je pergi ke sekolah. Hujung minggu baru balik ke Wadi Hana dengan arwah Baba (nenek aku).

Dan masa tu, first time jugalah berkenalan dengan classmate perempuan sebab sekolah aku dulu tu sekolah lelaki. Those girls kebanyakannya anak-anak polis. Antara classmate aku yang awal masa darjah 3 Hijau time tu ialah Nurulazura Yusoff, Jamilahwati, Norhaliza Ismail, Putri Zuraidah, Hadijah Mohd, Syaziatul, Nik Hasliena (sekadar menyebut beberapa nama). Putri dengan Hadijah antara yang masih keep in touch di Instagram. Dan classmate lelaki aku dari Sekolah Bukit Senyum yang masih berhubungan sampai la ni ialah sahabat aku, Amir Omar, Yusry Hendra (dia masuk Sekolah Bukit Cagar. Jumpa balik setelah berpuluh tahun kat Restoran Mahbub, Bangsar!)

Darjah 2 Jebat, Sekolah Kebangsaan (L)Bukit Senyum. Me, 1st row.. 2nd left

Darjah 3 Hijau, Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi (1st batch SKTP). Cikgu Narizah yang baju merah tu. Me, 1st row.. 3rd right

Berjumpa dengan Cikgu Narizah selepas 24 tahun. This was taken in 2013.

10. HARI PERTAMA SEKOLAH, KERTAS LUKISAN DAH HABIS DIGUNAKAN
Masa aku melangkah masuk ke darjah 1, sehari sebelum sesi persekolahan bermula, aku dengan umi pergi ke sekolah untuk membeli stationeries. Aku punya seronok time tu tak terkira sebab dapat buku, pensel warna dan lain-lain peralatan yang baru. So.. once aku dah dapat tu, sasaran utama aku ialah kertas lukisan sebab masa kecil aku suka melukis. Dalam sehari tu habis semua page kertas lukisan tu aku gunakan. Lukisan yang aku lukis ialah rumah-rumah cendawan dan kasut sebab banyak sangat tengok kartun “The Smurfs”. Bukan lukis sehelai dua ya. Satu buku! Seronok la kan melukis dengan magic pen baru. So, masa first time kelas pendidikan seni bermula, bila cikgu kelas aku, Cikgu Narizah suruh buka drawing block untuk melukis, aku dah cuak gilerrrrrrrr sebab kertas aku semua dah berconteng. Mujur la tak kena marah. End up, cikgu aku bagi kertas lain untuk melukis. Bukan kertas lukisan yang tebal tu, tapi kertas biasa yang bersaiz besar. Phewwww.. selamat!

Image by Ada K from Pixabay
11. PETIK KACANG SEPAT
Masa sekolah rendah dulu, aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan (L) Bukit Senyum, Johor Bahru. Walid dulu pun bersekolah kat sini. Lama dah sekolah ni. La ni dah jadi Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri. Dan aku tinggal di Jalan Alimat, Wadi Hana. Dari rumah nak ke sekolah tu lebih kurang 2 km kot. So, umi dengan walid bergilir-gilir teman hantar aku berjalan kaki ke sekolah. Kadang-kadang separuh jalan tu, bila terserempak dengan cikgu muzik aku, Puan Kamariah Mohd. Ali (saudara jauh sebelah umi), dia akan tumpangkan aku sampai ke sekolah. Masa tu dia drive Volkwagen warna kelabu. Kecik-kecik dulu kami panggil kereta katak! Hahaha. Kadang-kadang bila balik sekolah dengan umi, kami akan bersaing jalan kaki dengan bestfriend aku, Tan Swee Kok. Umi dengan mak dia jalan kat belakang berborak. Aku ngan Swee Kok menonong jalan kat depan. Swee Kok tinggal kat Jalan Abadi, Taman Serene. Tak jauh sangat dari sekolah.

Setiap kali pergi sekolah dengan umi, bila melalui satu kawasan semak ni, aku selalu petik pokok bunga morning glory warna purple tu. Dan on the way balik, bila lalu jalan yang sama, if time tu pokok kacang sepat tengah banyak, aku akan petik bawak balik. Kacang sepat ni lebih kurang macam kacang peas cuma isinya nipis sikit dan bunganya berwarna putih. Bila bawa balik tu, selalunya umi akan masak tumis dengan ikan bilis dan bawang merah. Sedap! Mana nak cari kacang sepat la ni kan?

Image source: https://www.facebook.com/melurdotcom/photos/kacang-sepat-kacang-manis-sweet-pea-snow-peasedap-masak-tumis-masak-lemak-atau-c/10155621778524116/

12. HADIAH ALBUM DARI CIKGU PELATIH
Cik Norlini antara cikgu pelatih aku yang pertama mengajar aku semasa darjah 2. Dia dari Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim. Kat JB time tu ada 2 maktab perguruan. Satu MP Temenggong Ibrahim dan satu lagi MP Mohd Khalid. Cikgu Norlini masa jadi guru pelatih untuk beberapa bulan, dia menggantikan Puan Narizah. Aku memang dari dulu rapat dengan cikgu-cikgu aku. So, bila last day tu, memang sedih gila la. So, masa last day tu dia ada hadiahkan aku satu album gambar bersaiz 3R. Masa majlis perpisahan kitorang dok nyanyikan lagu Alleycats – Sampaikanlah Salam. Menyanyi dan dalam masa yang sama menangis teresak-esak. Hahahaha. So, everytime kalau aku terdengar lagu Alleycats tu, automatically aku akan teringat pada Cikgu Norlini. Tak sure la mana dia sekarang.

Selain daripada tu, di antara cikgu-cikgu pelatih lain yang aku rapat masa sekolah dulu ialah Cikgu Khamis Mohd. Noor (dari MP Mohd Khalid) dan Cikgu Shamsiah. Mereka berdua mengajar aku masa darjah 3 Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi. One thing yang paling aku ingat pasal Cikgu Khamis, ada satu hari tu dia suruh sebut nama-nama pisang. Bila aku angkat tangan sebut “pisang awak” dia ingat aku mencarut! Tak pasal-pasal kena berdiri atas kerusi. Hahahahahaa…

13. JAM TANGAN PEMBERIAN MIKO OKI
Miko Oki ialah pelancong warga Jepun yang berkawan dengan arwah bapa saudara aku, Ami Bakar. Masa tu, Ami Bakar bekerja di Pulau Sibu, Mersing. It was in 1988. So, bila dia balik, dia ajak sekali Miko round JB and end-up singgah rumah kami. So, masa dia datang tu hari Jumaat. Walid that time dah bersiap-siap nak ke masjid.. dok melayan dia sampai terlepas Jumaat. Aku sebagai syaithan kecil memang ambil peluang la kan nak ponteng solat Jumaat. Banyak la parents aku berborak dengan Miko ni. Dia pun dok sibuk ambil gambar kami sana sini. Bergambar dekat depan rumah, time tu rumput belum potong lagi. Serabut gila nampak. Hahahaha. Sebelum balik, dia hadiahkan aku seutas jam tangan berwarna hitam berbentuk segiempat. Bukan jenis sporty, tapi yang jenis kasual tu. Seronok bukan main. Aku siap pakai lagi jam tangan pergi sekolah. Family aku takde apa nak diberikan sebab datang unplanned, so kami cuba berikan hadiah bunga telur sebagai cenderahati. Bunga telur majlis siapa entah.. aku tak ingat. Hahahaha.. Few months selepas tu, dia kirimkan umi surat beserta dengan gambar-gambar kami yang dia snap. La ni umi pun dah lost contact dah dengan Miko Oki. Tak sure la dia masih duduk di Tokyo lagi ataupun tak.

14. MANDI AIR MATA AIR
Kat area rumah aku di Jalan Alimat tu, ada satu kawasan belukar, di sebalik rumah-rumah setinggan pendatang tanpa izin, terdapat satu anak sungai. Dan di situ terdapat beberapa punca mata air. Kalau tak silap aku ada lima mata air. Nak pergi ke punca mata air tu kena melalui belukar dan kawasan bercerun sikit. Kiri kanan penuh dengan pokok-pokok buluh dan pokok jenis lain juga. Kalau nak cari buluh buat layang-layang, aku akan cari buluh kat sini. Anyway, kat area mata air tu pun dah dibina kepungan tembok kecil untuk menakung air. Sangat jernih, bersih dan sejuk air kat situ. So, everytime kalau kawasan rumah aku takde air ataupun bekalan air kena potong (life was hard back then), kami akan bawa baldi dan besen untuk mengangkut air selain daripada mandi dan basuh baju kat sana. Kalau just famili aku je, aku akan ambil peluang untuk masuk dalam takungan air tu. Ala-ala bath tub. Keruh kejap air kat dalam tu. Setiap kali buat macam tu sure aku kena marah sebab kena tunggu pasir-pasir tu mendap semula so that air tu kembali jernih. Tapi kadang-kadang kalau bekalan air ada pun, aku still merayap kat situ sebab aku suka suasana alam semulajadi kat situ. Banyak pokok-pokok merimbun dengan aliran anak sungai. Nampak tak, kecil-kecil lagi dah jadi nature lover!

Sekarang kawasan ni dah banyak berubah. Rumah-rumah banglo lama still ada kat situ. Rumah lama aku dah tak wujud. Dah dirobohkan. Banglo sebelah rumah aku tu pun dah siap. Kawasan mata air tu disebelahnya dah berdiri megah Setia Sky 88. Lain sangat dah kawasan Sekolah Arab dan Wadi Hana ni.

+++

So, itulah serba sedikit catatan aku untuk post kali ni tentang kenangan masa zaman kanak-kanak dulu. Kalau aku teringat, aku akan tambah dari masa ke masa. Aku rasa bersyukur sebab melalui banyak pengalaman yang kebanyakan kanak-kanak zaman sekarang ni dah tak lalui. Pengalaman lalu ni la yang membentuk diri aku sekarang. La ni, semuanya tentang gajet dan teknologi. Zaman pun dah berubah tapi kenangan lama tetap terpahat di dalam hati.

Anyway gais.. thanks for your time membaca post kali ni. Jumpa lagi. Stay safe and take care! 😘😘😘


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.