Memori UPSR…

Image by F1 Digitals from Pixabay
Pertama sekali, aku nak mengucapkan selamat maju jaya kepada adik-adik yang sedang menempuhi peperiksaan UPSR bermula 4 September tempohari. Jawab dengan tenang dan mudah-mudahan dapat menjawab dengan baik.

Bila sebut je UPSR ni, aku selalu teringat zaman aku mengambil peperiksaan ni. Masa tu tahun 1990 di Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi, Johor Bahru. And I was the first batch kalau tak silap yang menduduki peperiksaan ni dengan format baru. Ada paper ujian IQ ke apa tu. Tak ingat lah. Dah lama sangat..

Even aku dulu adalah salah seorang “bright student” masa tu (exam tiap-tiap tahun dapat nombor 1 atau 2 je ye sepanjang 6 tahun sekolah rendah), tapi keputusan UPSR aku tak memberansangkan. Kecewa sangat.. nak tahu kenapa???? Meh, aku cerita..

Tahun 6 Biru (1990), SK Taman Pelangi, JB. Jangan cari aku.. aku tak datang masa nih! =(
Result UPSR aku masa tu 2A 1B dan 1C. Maths dengan English dapat A. Bahasa Malaysia pemahaman dapat B dan penulisan dapat C. Teruk kan untuk BM dapat B dengan C??

Sebabnya, for both Maths dengan English tu aku jawab okay je. Cuma paper BM masa tu aku tak cukup masa atas sebab kebangangan sendiri! Mana taknya, ni la dia.. masalah ala-ala OCD ni. Tak cukup masa gaiss! Untuk karangan tu aku tulis banyak kali sebab aku tak suka dengan tulisan aku sendiri. Kononnya nak yang paling kemas. Dari tulisan sambung, ke tulisan senget ke kanan… then tegak… sampai 3 kali aku buat kalau tak silap. Sudahnya tak cukup masa untuk jawab paper pemahaman dan untuk penulisan aku dapat siapkan separuh je. Ada 3 bahagian soalan kalau tak salah aku. First dapat siapkan.. second tu dapat siapkan separuh. Soalan ketiga tak sempat buat langsung. Stresssnya ya Allah!!! Masa dah hantar paper boleh plak aku menangis. Dah la duduk meja paling depan plak tu!!! Hahahahaha..

And the best part, lepas dah habis exam.. minggu berikutnya masa perhimpunan, guru besar aku, Arwah Cikgu Jaafar siap sindir aku. Hahahaha.. Masa tengah berucap tu kalau tak silap hari mendung macam nak hujan.. then dia cakap sebab ada orang menangis tak siap karangan!!! Hahahaha.. Malu giler okay time tu. Dah la aku MC perhimpunan tiap-tiap minggu!

So, bila dapat je result, aku terus koyak dan ronyokkan kertas tu. Geram gile rasa. Tu dia kekecik lagi dah emosi! Pastu menggagau bila nak guna sijil keputusan tu balik masa masuk sekolah menengah. Terpaksalah aku pi pejabat sekolah semula minta salinan baru. Mujurlah ada. Macam-macam hal.

Tu je la ceritanya. So, kepada adik-adik, jangan jadi macam pakcik ya. Bantai je tulis.. janji kemas. Jangan nak OCD sangat lah. Last-last result ke laut!!!

Till then.. all the best!

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Site Footer