Sharing is caring

Sejak awal lagi masa aku beli rumah kat Cyberjaya ni, aku ada satu masalah iaitu tak suka dengan warna kitchen cabinetnya. Lari habis dengan konsep “all white” yang aku nak cuba terapkan dalam keseluruhan interior rumah ni.

Aku dok fikir.. macamana cara nak tukar this cabinet supaya kena dengan idea aku dan yang paling penting, tak banyak belanja dan menjimatkan. Sebab aku fikir kalau buat cabinet yang baru, sure lebih mahal.

Before: free kitchen cabinet yang diberi oleh developer.
Selepas: dengan white glossy lamination

So, aku Google tentang benda ni dan aku terjumpa yang actually kita boleh tukar lapisan laminate kabinet sedia ada ni dengan material yang lain tanpa perlu menukar rangka/frame yang dah ada. Kaedah ni dipanggil “cabinet refacing”. Then, aku tanya kontraktor aku tentang perkara ni dan dia kata memang boleh buat cumanya paling mudah kalau aku buat dengan kontraktor asal yang buat kabinet tu. Sebab derang ada ukuran asal semua tu. So, aku pun minta dengan developer contact kontraktor yang buat kabinet tu dan bila dah dapat aku pun discuss dengan derang. Dia suggest aku buat yang baru sebab free cabinet yang developer beri tu limited sangat. Kalau design yang baru, aku boleh tambah new storage and some other stuff.

Tapi memandangkan tujuan asal aku just nak tukar material je, so I stick to my initial plan. In term of storage, memang lah limited but aku okay je. Dah mencukupi.. untuk aku sorang je kot. Hahaha.

Material baru yang aku pilih ialah glossy white laminate. Abit mahal berbanding white laminate yang biasa. Tapi takpelah.. janji puas hati. Then, aku tukar sekali dengan wall tiles yang dah ada tu. Guna white tiles juga.

Kerja-kerja memasang wall tiles yang baru.

Kalau ikutkan kontraktor tu, dia nak tampal je tiles baru atas tiles yang lama tu. Tak perlu hacking dan jimat sikit. Tapi aku tak setuju sebab nanti lapisan tiles tu nampak tebal dan buruk. Lagipun, later aku nak pasang rak baru, for sure akan terkeluar melebihi lebar kabinet disebabkan ketebalan tiles tu. Tak cantik la kan? So, aku insist jugak nak buka tiles lama.. takpe lah kena tambah duit sikit pun. Tapi bertabah je la rumah penuh dengan habuk. Hazab ya nak mengemas balik!

Tiles dah siap.. tinggal nak pasang panel dengan lamination.

Selesai kerja-kerja membuka tiles lama dan memasang tiles baru, keesokkan harinya derang datang untuk memasang laminate pula. Panel-panel pintu derang dah ambil awal-awal lagi bawa balik ke kilang untuk pasangkan laminate. Sehari suntuk juga derang ambil masa pintu-pintu dan laminate tu.

Tapi bila dah siap… hasilnya aku cukup puas hati. Semestinya masuk dengan keseluruhan konsep interior aku dan menjadi ruang kelihatan lebih terang dan luas.

Dan ini hasilnya. Ok la kan? Tunggu fridge.. tu pun nak warna putih.

Dari segi kos, untuk keseluruhan kerja-kerja cabinet refacing ni, aku spent sebanyak RM3800. Ia merangkumi kerja-kerja membuang tiles lama, memasang tiles baru dan new lamination. Kalau aku guna laminate bukan glossy tu mungkin lagi murah la.

Apapun bagi aku, buat refacing ni lagi menjimatkan. Kalau new cabinet aku rasa mungkin tak kurang dari RM6-7k.  Anyway, aku harap post ni memberi sedikit idea kepada korang in case korang dah bosan dengan appearance kabinet kat rumah tu.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.