Iftar steamboat lagi…

Aku rasa bulan puasa tahun ni adalah yang paling jimat dan paling hambar dalam masa yang sama. Masakan tidak… dah tercampak sorang-sorang kat Cyberjaya ni, takde la aku nak berbuka meriah macam kat Bangsar dulu. Pasar Ramadhan pula, aku pergi sekali je kat Putrajaya hari tu. Berbuka puasa ngan member-member pun boleh dibilang dengan jari. Rasanya 3 kali je kot aku berbuka sama-sama dengan Eric dan Dee sepanjang Ramadhan ni.

Berbuka buffet memang takde langsung. Tahniah buat diri sendiri! Hahahaha. Lagi pun, dah tak makan banyak ni.. rasa membazir je kan pi makan camtu. Kan?

Cumanya, semalam aku sempat plan ngan officemate dan ex-colleagues kami untuk berbuka sama. Walaupun lagi 2 orang tak dapat nak hadirkan diri, tapi kira okay la tu dapat catch-up apa-apa yang dah terlepas.

Catchig up a.k.a gossip session

Dan yang paling senang nak buat ~ STEAMBOAT!!! Tak payah nak pening kepala. Buat supnya, then belilah vege, mushroom, ayam, fish cake dan lain-lain. Dah 3 kali aku buat steamboat ni sepanjang bulan puasa ni. Sebab aku memang suka benda bersup ni.

Steamboat atau hotpot memang kesukaan aku!

Tak rugi juga sebenarnya aku beli mini stove tu. Senang nak buat steamboat, senang nak angkut pi mana-mana untuk masak especially masa pergi berkelah, camping dan sebagainya.

Okaylah, aku nak pi kemas baju-baju dulu. Esok dan nak balik JB. Till then.. jumpa di Aidilfitri nanti kalau aku rajin nak update.

Kepada rakan-rakan pembaca Muslim di luar sana, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Bagi rakan-rakan non-Muslim, happy holidays. Drive carefully and safe journey ya. Muackkkkkksss!!!

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer