Sharing is caring


Hi guys! Vlog sempena Ramadhan kali ni aku berkongsi tentang buffet Ramadhan di Aldar Lounge, Menara Paragon, Cyberjaya. Walaupun pada tahun ni aku berazam untuk tidak pergi sama sekali ke bazaar ataupun buffet, tapi untuk Aldar ni kira satu pengecualian. Kena pergi sekali sepanjang Ramadhan sebab aku suka nasi biryani dengan kambing bakarnya. Dulu, Chef Salim Ayyub yang buat tapi la ni dia kat Dubai, so anak muridnya yang buat. Sentuhan masih hampir sama tapi the best still Chef Salim lah.

Aldar Lounge menyediakan pelbagai jenis hidangan Arab untuk juadah berbuka puasa termasuklah kunafa famousnya itu. Ada mixed grill, pelbagai salad seperti tabouleh, ada hummus, pizza dan macam-macam lagi. Selain tu, yang aku suka kali ni ialah free-flow Adeni tea. Aku memang suka sangat Adeni tea atau teh Arab berempah kat sini. Cukup rasa rempah dan lemak manisnya.

Kalau korang berminat nak mencuba berbuka puasa buffet di Aldar Lounge ni, harganya ialah RM79 bagi dewasa dan RM39 bagi kanak-kanak 5-11 tahun. Surau juga disediakan.

📍Aldar Lounge, Menara Paragon, Cyberjaya

Taman Kucing di Taman Tasik Cyberjaya juga telah dibuka beberapa minggu yang lalu, dibuka pada orang ramai pada hari Ahad bermula jam 9.00 pagi. So far, terdapat 30 ekor kucing kat sini. Katanya boleh memuatkan sehingga 300 ekor. Tak sure la aku boleh sumbat sebanyak tu ke tak. Aku singgah ke sini sekejap selepas selesai morning walk dan membeli barang di Pasar Tani Tasik Cyberjaya. Bulan puasa ni aku masih buat morning walk sekurang-kurangnya 5 km setiap weekdays dan 10 km pada hujung minggu. Harap-harap berjayalah menipiskan diri sempena hari raya nanti.

Anyway, kalau korang nak adopt kucing-kucing kat sini, bolehlah berjumpa dengan penyelianya. Ada bayaran yang dikenakan sebab termasuk dengan kos memandulkan dan lain-lain.

Dan untuk berbuka kali ni, aku try pertama kalinya membuat sambal asal Indonesia. Aku terjumpa resepi ni kat IG Reels. Nampak macam menarik, so aku decided untuk cuba buat. Actually, aku combine 2 resepi ni menjadi satu ialah Sambal Tempe Kemangi dengan Sambal Ganja Aceh. Walaupun ada bahan-bahan yang tak cukup, tapi aku rasa ia masih sedap. Lagi best kalau makan dengan nasi. Mahu bertambah-tambah. Tapi sebab bulan puasa ni, aku nak kurangkan pengambilan karbo, so aku makan macam tu je lah.

Kalau korang nak resepi 2 sambal ni, boleh refer Reels kat bawah:

Sambal Tempe Kemangi by @nanakoot_

Sambal Ganja Aceh by @sibungbung

So, tu je la aku nak share dalam vlog kali ni. Apapun, selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan-rakan di luar sana.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.