Sharing is caring

Egyptian megastar, Amr Diab baru sahaja album summer 2018 baru-baru ni. Album yang berjudul “Kol Hayaty” yang bermaksud Kaulah Segalanya (My Everything) ni mengandungi 13 buah lagu iaitu:

1. Da Law Etsab
2. Taali
3. Kol Hayaty
4. Hadded
5. Yetalemo
6. Bayen Habeit (ft. Marshemello)
7. Ya Hanah
8. Allak Nedem
9. Bayen Habeit
10. Enta Maghror
11. Kont Fi Bali
12. Malak El Hosn
13. Ya Saher

Frankly, aku bukanlah peminat setia Amr Diab ni. Tapi bagi aku ada beberapa album dia yang aku memang betul-betul suka. On top of my list ialah album tahun 1996 iaitu Nour El Ein yang mengangkat namanya di persada muzik antarabangsa. Tu dia bahasa aku! Ye lah.. famous gile kot lagu tu sampai arwah Kak Pah pun turut rakamkan dalam album dia, Seribu Mawar.

Anyway, tak banyak lagu dalam album ni yang aku suka. Sebab memang jenis aku tak suka lagu-lagu yang ala-ala tekno/clubbing ni. Aku lebih suka muzik yang lebih tradisional sikit. Dan lagu yang paling aku suka ialah Yetalemo. Lagu ni mengingatkan aku pada lagu-lagu dalam album lamanya juga seperti Awwedouny atau Aktar Wahed. Dan lagu kedua yang aku suka ialah sebuah lagu slow berjudul Hadded. Da Law Etsab pun okay juga. The rest tu boleh la layan.. but tak berapa nak melekat dalam kepala. Maybe ambil masa sikit bila layan few times nanti.

Kalau korang nak try dengar album ni boleh download di website Nogomi kat sini.

Selamat mendengar!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.