Sharing is caring

Image source: http://www.gec.org.my/aeimages/Image/20201220_site_visit_klnfr_juhazman_098.JPG
Hutan Simpan Kuala Langat Utara atau Kuala Langat North Forest Reserve (KLNFR) adalah sejenis hutan paya gambut, yang merupakan antara ekosistem paling berharga di Selangor. Paya gambut adalah penting untuk memelihara kepelbagaian biodiversiti global, menyediakan air minum yang selamat, meminimumkan risiko banjir dan membantu menangani perubahan iklim. Ia juga merupakan penempatan lebih daripada 2000 Orang Asli Temuan dan menyimpan pelbagai spesies flora dan fauna yang terancam seperti pokok Meranti Bakau, Malayan Sun Bear, Squirrel Flying Pygmy dan Langat Red Fighting Fish yang jarang ditemui.

Kini, hutan simpan ini menghadapi ancaman yang belum pernah terjadi sebelumnya iaitu dicadangkan untuk dimansuhkan status hutan simpan kekal (degazetting) sebanyak 97% (930.93) hektar untuk projek pembangunan bercampur.

Bagi membantah cadangan yang tidak masuk akal ni, korang boleh sign petisyen di bawah ni:
http://chng.it/LNsQsFBb8f
http://chng.it/7G5vYGcQ

Untuk maklumat lanjut, sila layari gec.org.my

Please spread this message dan sama-sama menyokong usaha menyelamatkan alam sekitar daripada ditarah oleh manusia-manusia yang tamak haloba ni! Terima kasih atas sokongan anda!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.