Sharing is caring

**DISCLAIMER: I am not a professional baker!**
Hello gais!!! Aku excited sikit kali ni sebab nak share cheesecake yang aku buat guna rice cooker! Untuk pengetahuan korang.. firstly, aku memang hantu cheesecake. And secondly, aku fail giler bab baking dan pastries ni. So, bila cheese cake yang aku buat ni macam menjadi.. walaupun rupanya huduh.. tapi aku seronok nak share. Maybe yang kat luar sana sama macam aku, suka cheese cake tapi takde cukup peralatan seperti oven, mixer dan lain-lain, korang boleh lah try.

Actually, recipe ni aku ikut this one video dalam Youtube:
https://youtu.be/fceOoD3oQyE

“Rice Cooker” Cheesecake

Bahan-bahan:

  • 200 gm cream cheese
  • 2 biji telur
  • 80 gm gula (1/4 cawan + 2 sudu besar <– bagi yang tiada penimbang)
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 200 ml susu (whole milk) atau heavy cream
  • 40 gm tepung kek (1/4 cawan <– bagi yang tiada penimbang)

Cara membuat:

  • Campurkan cream cheese, telur, gula dan jus lemon. Gaul sebati sehingga halus dan tiada ketulan.
  • Tambahkan susu dan tepung kek sedikit demi sedikit. Gaul rata sehingga adunan halus.
  • Kalau nak lebih halus, boleh tapis adunan ni… tapi aku skip ni sebab malas.. Hahaha..
  • Masukkan dalam periuk rice cooker dan masak. Cucuk kek dengan lidi untuk check sama ada kek dah masak atau belum. Kalau tiada yang melekat pada lidi, bermakna kek telah masak.
  • Angkat kan biarkan kek sejuk pada suhu bilik. Lapikkan bahagian atas kek dengan kertas sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

That’s it! Senang je kan sebenarnya walaupun tak cukup peralatan. Tapi masak menggunakan rice cooker ni abit tricky (in my case lah). Aku kena tekan butang “cook” tu sampai 5 kali disebabkan rice cooker tu bertukar jadi “warm” mode selepas beberapa minit walhal kek belum masak lagi. Selepas 5 kali ulang, aku biarkan kek tu dalam “warm” mode hampir 2 jam (aku dah terlelap sebenarnya dok menunggu). Apapun, kira okay la tu cheesecake aku menjadi walaupun rupanya tak gebu mana.. hahahaha.

Nak lebih sedap, aku letakkan sos karamel dan buah-buahan seperti blueberries. Sedap!!! Okay lah… selamat mencuba!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.