Terima kasih, 2020…
Tahun 2020 hampir melabuhkan tirai. Kurang lagi 2 minggu kita akan melangkah masuk ke tahun 2021. Aku masih ingat lagi semasa sekolah dulu, kalau bercerita mengenai tahun 2020 ni, kita terbayangkan negara kita, Malaysia dipenuhi bangunan pencakar langit dengan reka bentuk yang futuristik, kewujudan kereta terbang dan pelbagai teknologi yang canggih. Tetapi hakikatnya, ia tidaklah sepertimana yang kita gambarkan dahulu. Malahan kerap kali juga aku mendengar kesimpulan yang dibuat oleh rakan-rakan aku yang mengatakan bahawa tahun 2020 ialah tahun yang telah dibazirkan. Manakan tidak, sejak dunia dilanda COVID-19 pada penghujung tahun yang lalu dan keputusan kerajaan Malaysia untuk melaksanakan PKP, banyak aktiviti tidak dapat dijalankan. Segala perancangan tergendala dan terpaksa dibatalkan. Itu belum lagi mengambil kira mereka yang kehilangan pekerjaan, perniagaan yang terpaksa ditutup dan pelbagai lagi musibah yang melanda.
Pertama sekali, aku rasa sangat bersyukur kerana di kala banyak syarikat yang terpaksa menggulung tikar dan memberhentikan pekerjanya, aku masih lagi mempunyai pekerjaan dan mata pencarian tidak terjejas. Alhamdulillah… Ye lah, kita ni banyak komitmen. Setiap bulan ada je yang nak dibayar. Tak dapat dibayangkan kalau tiba-tiba kita kehilangan sumber pendapatan. Aku yang single ni boleh rasa keperitannya, apalagi yang telah berkeluarga dan mempunyai banyak tanggungan. Ngeri!!!
Keduanya, ini adalah yang paling penting di mana aku belajar untuk lebih menerima, menyayangi dan menghargai diri sendiri. Dalam erti kata lain, aku lebih fokus pada diri sendiri terutamanya dari segi kesihatan tubuh badan dan emosi. Kalau dahulu, aku memang malas gila nak beriadah, tapi Alhamdulillah sejak November 2019 sehingga sekarang, aku menjadi lebih rajin berjoging. Berat badan aku pun dah semakin menurun. Kalau sebelum aku jog dulu, berat aku lebih kurang 76 kg. Dan sekarang ni berat aku mencecah 64-65 kg. Aku telah berjaya menghilangkan 10-11 kg dalam masa setahun tanpa mengambil sebarang supplement. Hanya dengan berjoging dan mengawal serba sedikit pemakanan terutamanya pengambilan gula. Cuma aku masih belum berjaya mencapai sasaran iaitu sekitar 62-63 kg. Susah ya bagi jenis yang kuat makan macam aku ni. Tambahan pula, aku adalah penggemar cheesecake, chocolate dan ice-cream! Selain itu, sekarang ni pun aku dah rasa seronok untuk berjoging. Kalau sehari dua tak jog, aku akan rasa tak best sebab badan tak mengeluarkan peluh. Dalam seminggu tu aku kena joging sekurang-kurangnya 3 atau 5 hari. Dan terima kasih kepada ex-intern aku, Sham sebab dialah yang rajin mengajak aku joging masa awal-awal dulu. Sekarang ni pun dia menjadi jogging partner aku setiap hujung minggu di Tasik Putrajaya. Pada hari biasa, aku berjoging sendirian di Tasik Cyberjaya. Kelebihan yang aku rasa sejak berjoging ni ialah selain daripada berat badan berkurangan, aku berasa lebih segar dan bertenaga. Dan yang menariknya juga ialah rutin harian aku berjogging ni telah memberi inspirasi kepada kawan-kawan di sosial media aku untuk mula beriadah. Bukan hanya untuk menurunkan berat badan, tetapi juga untuk menjaga kesihatan. Seronok apabila mereka memberitahu “Tengok you rajin berlari, kita pun nak start juga la. Nak kurus juga…” Those kind of words. Terharu bila mendengarnya.
Dari segi emosi pula, aku rasa lebih stabil dan tenang sebab aku dah tak deal dengan perkara-perkara yang mengusutkan fikiran. And that’s very important! Bila fikiran kita tenang, kita nak buat kerja pun senang. Aku tak pasti tetapi aku rasa lebih selesa macam ni. Aku mengambil pendekatan untuk tidak perlu mengambil kisah hal orang lain. Tak kiralah di mana sahaja, di sekeliling mahupun di media sosial. Kita buat hal sendiri je. That’s it. Just me and myself… dan 2 ekor burung budgie pemberian anak saudara aku. Hahahaha.. satu kerja la pulak aku nak menjaga. Tapi seronok juga sebab awal pagi dah dengar depa berkicau. Terasa diri ni dekat dengan alam.
Anyway, kalau di media sosial pun macam tu juga, terutamanya di Twitter ataupun Instagram. Facebook memang dah lama kelaut. Nak delete sayang, so aku biarkan je bersawang macam tu. Dulu, Twitter tu adalah medium untuk aku melepaskan perasaan. Semua nak luah kat situ. Tapi selepas banyak perkara yang berlaku dalam hidup ni, aku bertekad untuk tidak lagi menjadikan media sosial sebagai tempat meluahkan perasaan. Lesson learnt. Twitter tu pun aku buat akaun baru. Mujur boleh gunakan balik username yang sama. Sebab jenuh juga aku nak delete berpuluh ribu tweet meroyan yang dulu-dulu. So sekarang ni, aku just gunakan Twitter untuk share video Youtube aku, any update di Cyberjaya ataupun berkenaan dengan travel. Berita-berita sensasi kat online pun aku sekadar baca je. Kadang-kadang ada juga nak ikut serta memberi komen atau bila ada something terbuku dalam hati ni yang nak diluahkan, aku dah type tapi end up aku delete je… tak jadi nak post. Malas lah.
Selain itu, tahun 2020 ni pun mengajar untuk lebih menghargai orang di sekeliling aku terutamanya keluarga dan teman-teman rapat. Ingat lagi masa awal-awal PKP dilaksanakan pada Mac yang lalu, terus-terang aku agak seronok sebab boleh bekerja dari rumah. Seronok sebab boleh buat kerja dalam suasana yang relaks… nak baring ke… nak tergolek ke.. tak kisah. Tapi selepas 2 minggu terperap kat rumah, aku dah start rasa serabut sebab bosan gila sorang-sorang kat rumah. Tak boleh nak berborak dengan kawan-kawan rapat aku kat office. Yang paling menambahkan stress ialah aku tak boleh nak joging di luar. Masa awal PKP tu berat aku mencanak naik 2-3 kg sebab asyik dok masak dan makan je kat rumah! Nak balik jumpa family lagilah tak boleh. Mujur masa Hari Raya Aidilfitri tu dibenarkan gathering. So, dapatlah berkumpul dan beraya dengan kawan-kawan rapat yang senasib yang tak boleh balik beraya di kampung.
Di samping itu, larangan melancong ke luar negara disebabkan oleh PKP ni juga memberi kebaikan kepada aku. Sebabnya aku berjaya menyiapkan wardrobe di bilik aku setelah beberapa kali tertangguh! Mana taknya, bajet untuk buat wardrobe ni selalu terguna untuk pergi bercuti ataupun shopping benda lain. So, bila tak boleh nak ke mana-mana ni, maka dapatlah aku gunakan duit tu untuk menyiapkan bilik tidur aku. So, now settle sudah. Tiada lagi baju-baju bergantung dan bersusun kat atas rak. Sakit mata aku tengok. Bilik pun lebih kemas dan teratur.
Demikianlah serba sedikit perkongsian aku untuk post kali ni. Takde apa sangat pun. Insyallah nanti aku share pulak pasal cara aku turunkan berat badan. Dalam kes aku ni, takde gempak pun macam orang lain tapi bila dah turun more than 10 kg tu, kira quite an achievement juga la kan?
Apapun, syukur Alhamdulillah kerana walaupun pelbagai musibah yang melanda pada tahun 2020, aku masih dikurniakan rezeki, ketenangan dan kesihatan yang baik. Apa yang aku harapkan ialah semoga wabak COVID-19 ni cepatlah berakhir agar kita semua dapat menjalankan semua aktiviti seperti sedia kala. Aku rindu gila nak travel wehhhh!!! Dan kepada rakan-rakan pembaca di luar sana, semoga sentiasa dilindungi Allah dan selamat menyambut tahun baru 2021. Semoga 2021 membuka lembaran yang lebih baik buat kita semua. Terima kasih kerana sudi singgah dan jaga diri! πππ
Leave a Comment