Kematian…
“Kehidupan tidak lengkap tanpa kematian…”
Begitulah antara ayat yang pernah dikatakan oleh seorang mangsa MH17 kepada rakannya. Memang benar.
Dan di mana harus aku bermula?
Yang pasti, hati ini sangat tersentuh dengan tragedi yang menimpa penerbangan MH17 pada hari Khamis yang lalu. Tersentuh kerana merasakan betapa murahnya nilai nyawa pada zaman sekarang ini. Seolah-olah tiada nilai bahana kerakusan manusia yang dahagakan kuasa dan kebendaan. Dibandingkan dengan kes MH370 dahulu, kes kali ini paling menyentuh hati aku kerana mangsa pergi dalam keadaan yang sangat tragis. Bukan kata MH370 itu tidak tragis. Tetapi hati kecil masih percaya pada sesetengah teori konspirasi yang dikeluarkan. Pendapat masing-masing… wallahu’alam.
Tak tahulah apa nak jadi dengan dunia sekarang. Buka paper, tengok internet, macam-macam kejadian yang menakutkan. Dengan peperangan demi peperangan, pembunuhan, kemalangan.. kematian boleh berlaku pada bila-bila masa. Memang kita percaya pada qadha dan qadar, tetapi dengan kejadian seperti itu, membuatkan aku terfikir, bagaimanakah agaknya keadaan aku bila pergi menghadap Illahi? Sudah bersediakah atau direnggut nyawa aku dalam keadaan aku tidak bersedia.
Dalam jangkamasa terdekat ni aku kehilangan 2 ahli keluarga terdekat; nenek aku dan terbaru ni, nenek saudara aku. Nenek aku pergi pada akhir bulan Sya’aban haritu. Tenang perginya. Memang dia dah cakap dengan umi aku yang dia akan pergi pada hari Jumaat bulan Sya’aban. Setiap hari arwah bertanya dengan umi aku hari ni hari apa. Dan malam sebelum dia pergi tu, selepas umi aku berikan dia air dan suruh dia mengucap syahadah siap-siap sebelum tidur, dia ada cakap dengan umi aku lebih kurang begini “Cik, umi tidur dulu.. kalau umi jaga, jagalah.. kalau takde, takdelah… umi dah pergi..” Dan sungguh dia pergi menemui Allah dalam tidurnya. Begitu juga nenek saudara aku yang pergi pada malam Jumaat baru-baru ni. Beruntungnya dia pergi dalam bulan Ramadhan. Kedua-duanya disembahyangkan oleh para jamaah selepas selesai solat Jumaat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.
Dan bercerita tentang kematian ni sebenarnya aku sangat kagum dan cemburu dengan Allahyarhamah Sharifah Aini atau Kak Pah. Melihat temubualnya dalam TV9 hari tu, aku sangat tertarik dengan kata-kata arwah. “Design kematian kita”. Begitulah lebih kurang. Maknanya dia sudah membayangkan bagaimana pengakhirannya dan cara dia hendak pergi. Masya-Allah.. hebat insan ini. Seperkara lagi yang membuatkan aku kagum dengan arwah adalah kerana beliau insan seni yang hidupnya sentiasa bergelumang dengan fitnah dan kehidupan dunia artis yang semua sedia maklum. Tapi lihat bagaimana pengakhirannya. Indah! That’s why aku salute dengan Allahyarhamah. She’s one of my idol. Perginya dalam keadaan sudah bersedia dan dijemput Allah dalam bulan yang mulia. Bertuah.. memang bertuah.
And sebab itu aku tidak pernah bersangka buruk dengan Allah. Dalam menjalani kehidupan yang kadang-kadang bergelumang dengan dosa siang dan malam, setiap kali aku berdoa agar dikurniakan pengakhiran yang baik atau Husnul Khatimah. And that’s why aku rasa annoy juga kalau ada yang keluarkan statement “Ala.. dah jenis macam tu.. buat dosa. Tak payah la buat this and that..” Why not? Bagi aku hidayah itu menjadi hak mutlak dan rahsia Allah Ta’ala. Dan kalau dia nak bagi hidayah.. dan-dan tu juga yang kafir atau kaki botol or apa segala jenis penggemar maksiat sekalipun akan berubah. Siapalah kita nak cakap macam tu kan? So, sebab itulah aku tak pernah bersangka buruk dengan Allah. Senantiasa berdoa meminta yang terbaik walaupun kita ni banyak kelemahan dan kekurangan ibadat sana-sini. Who knows.. at that particular time doa kita dimakbulkan Allah Ta’ala. Dan aku yakin.. sangat yakin… Allah itu Maha Mendengar.
Dan sebab itu juga aku sangat marah dengan golongan “alim” yang sepatutnya kalau dia tahu agama dan arif tentang hal-hal agama, tidak cepat menghukum atau being too judgemental. Tengok orang begini begitu, terus label.. orang itu ahli neraka.. orang ini memang jauh dengan Allah.. wajah takde nur.. dan macam-macam pernyataan yang sinis seolah-olah syurga Allah itu sudah pasti digenggamannya. Kenapa perlu bersifat sedemikian? Bukankah lebih elok kalau kita sebagai hamba Allah sama-sama mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan diri kita? Apa perlunya menghukum dan mengambil kerja-kerja Allah? Tu yang aku masih tak faham. Sepatutnya kalau kita lebih banyak amal ibadat dan ilmu, kita semakin tawaddhu’ dan rendah diri. Dan semakin takut. Takut kerana apa? Kerana takut kalau dengan amal ibadat yang banyak sebegitu akan menimbulkan riak, ujub dan takabbur dalam diri kita. Jadi tidak perlulah kita yakin dan mendabik dada dengan amal ibadat kita. Jangan memandang rendah pada orang sekeliling. Padahal banyak dah contoh-contoh di luar sana. Cat Stevens, Noor Kumalasari dan ramai lagi yang apabila dikurniakan hidayah, kehidupan mereka terus berubah sepenuhnya. So, tanya pada diri sendiri, kenapa kita hidup perlu cepat menghukum orang lain?
Anyway, aku selalu bermohon kepada Allah agar dijauhkan daripada kematian yang menakutkan. Minta dijauhi. Apa lagi dalam keadaan peperangan atau huru-hara. Tak sanggup rasanya nak menghadapi keadaan sebegitu. Dan aku sentiasa berdoa agar dicabutkan nyawa dalam keadaan aku bersujud dalam solat. Betapa indah dan mulianya kematian sebegini. Kalau aku tengok video camni kat YouTube memang mengalir air mata. Beruntungnya mereka ni. Dijemput Allah dalam keadaan mengagungkan-Nya. Siapa tak nak kan?
Apapun, aku sentiasa mengharapkan agar Allah Ta’ala mengurniakan yang terbaik untuk kita di dunia dan di akhirat. Mudah-mudahan. Amin.
Lastly, kepada rakan-rakan Muslim di luar sana, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin. Drive elok-elok masa pulang ke kampung halaman nanti. Have a safe journey. And to non-Muslim, happy holiday! =)
Leave a Comment