Sharing is caring

Bermula 5 Januari tempohari, pada setiap hari Jumaat, saluran Korean kegemaran aku, tvN, melancarkan rancangan percutian “NanaTour with Seventeen”. Ia merupakan percutian yang “tidak dirancang” hasil daripada cabutan bertuah salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu Dokyeom semasa program sebelumnya iaitu “The Game Caterers 2 with Seventeen”.

Oh, bagi yang tidak tahu, Seventeen ialah salah sebuah kumpulan K-pop yang terkenal yang mula debut pada tahun 2015. Salah satu sebab kenapa aku suka pada kumpulan ini ialah kerana aku sangat kagum dengan ikatan persahabatan di antara 13 orang ahli mereka. Mereka telah melalui zaman “trainee” semasa usia yang masih muda lagi dan persahabatan mereka kekal erat sehingga sekarang. Jadi, kalau anda mempunyai sahabat baik sejak dari kecil dan kekal sehingga sekarang, anda memang sangat bertuah! I wish I can have that in my life.

Seventeen juga digelar “self-producing idol” sebab mereka cipta lagu sendiri, mampu mencipta tarian sendiri dan sebagainya. Dalam erti kata lain, mereka terdiri daripada anak-anak muda yang memang berbakat dan lagu-lagu diorang pun boleh tahan sedap. Aku selalu dengar lagu rancak mereka terutamanya ketika joging pada waktu pagi untuk bagi semangat sikit. Hehehe…

Anyway, trip percutian mereka bersama NaPD (salah seorang producer director reality show terkenal di South Korea) ialah ke Italy, salah sebuah negara yang aku pernah lawati pada 2015 (wow! tahun Seventeen debut lah!).

Sebelum itu, jiwa aku bergelojak untuk menjejakkan kaki ke Italy setelah menonton filem “Letters to Juliet” lakonan Amanda Seyfried. Pemandangan Tuscany and Verona yang indah dan romantik membuatkan aku tak sabar untuk bercuti ke sana. Alhamdulillah, aku berjaya merealisasikan impian setelah 2 tahun memasang angan-angan.

Di Italy, aku melawati beberapa bandar antaranya Rom, Pisa, Florence, Venice, Verona, Lake Como dan Milan. Antara semua bandar ini, aku paling suka Florence dan Verona. Di Florence aku tertarik dengan vibe bandarnya terutama di sekitar Ponte Vecchio, jambatan yang merentasi Sungai Arno.

Verona pula, selain daripada senibina bandarnya yang unik, kota lama ini terkenal lebih-lebih lagi apabila disebut di dalam cerita “Romeo & Juliet” karya William Shakespeare. Dan di kota lama ni juga masih terdapat rumah Juliet yang terkenal tu.

Juliet’s House atau dalam bahasa Italy Casa di Giulietta ni terletak Via Cappello. Walaupun watak Juliet ni adalah rekaan William Shakespeare, tapi masyarakat tempatan yakin ia adalah berdasarkan dari kisah benar keluarga Dal Capello, pemilik asal rumah ni. Kerajaan Verona membeli rumah ni daripada mereka untuk dijadikan tarikan pelancong.

Ramai pengunjung yang datang ke sini terutamanya yang bercinta, meluahkan cinta mereka dalam sekeping kertas dan menyelitkannya di dalam wall kat sini sebagaimana yang dipaparkan dalam filem “Letters to Juliet” tu. Dan ada lagi satu yang agak menarik, pengunjung wanita especially yang single selalunya akan keluar ke balkoni tu untuk melihat jika ternampak cinta hati mereka di kalangan pengunjung yang berada di bawah. Tinggi betul cita-citanya!

Dan di Juliet’s House ni juga terdapat statue Juliet. Katanya siapa yang sentuh patung ni akan dapat good luck dalam percintaan mereka. And the best part is, patung ni asalnya bronze.. tapi cuma satu part je yang cerah disebabkan terlalu banyak disentuh. Korang agak part mana tu? Hahahaha.. Aku pun tidak melepaskan peluang membuat ritual tak berfaedah dan sudahnya, single sampai ke tua! Suwey betul pegang patung tu! Hahaha..

Anyway, bagi yang ingin membaca blog aku ke Italy dulu, boleh klik link di bawah ni. Selamat membaca!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.