Family Day @Sarawak

Trip ke Kuching ni actually my family day masa tahun 2011. Kebetulan birthday my brother, Salim dan selain daripada tu nak visit my uncle, Pak Uda yang memang dah lama tinggal kat sana (Mak Uda orang Melayu Melanau). Most of my family members ni baru first time nak naik flight (selain dari Walid yang dah beratus kali ulang alik Indonesia & adik ipar aku yg belajar kat Arab). Paling best.. Salim. Nak semput pun ada.. nervous.. macam2 hal. Sampai kat sana, Pak Uda jemput kami kat airport. Lepas makan semua, kitorang pergi Pasar Serikin. Jauh gak dlm 80 km lebih kot. Masa sampai tu cuaca macam nak hujan. Kat sini ada jual macam2 produk terutamanya dari Sarawak dan Indonesia. Daripada telekung, baju, beg, barangan kulit, periuk belanga, cenderamata dan macam2 lagi. Aku just ikut je la pusing2. Tak berapa berminat sangat. Lainlah Walid, melilau mata tengok barang2.. Hahaha.
Pasar Serikin.
Comel plak aku tgk kete nih. Nyesal tak beli.
Basikal ni pun macam menarik.
On the 2nd day tu, pagi2 aku dah cabut ikut Pak Uda pergi cari ikan terubuk masin kat pasar. Mak Uda pula dah siap2 masak Udang Kunyit dengan Terung Sarawak Masak Asam. Sedap plak rasa terung Sarawak ni. Lemak2 masam. Mak Uda kata ada jual kat sini je. Lepas makan siap2, kitorang dibawa meronda bandar Kuching. Dari Waterfront, kedai2 souvenirs sampailah ke Muzium Sarawak. Bagi aku tempat yang paling best of coz la kedai2 souvenirs. Seperti biasa borong keychain, fridge magnet, black pepper (produk yang paling terkenal) dan kuih tebaloi (snek tradisional popular – dibuat dari sagu). Sang adik ipar pula, dalam banyak2 benda, sumpit juga dibelinya!
Terung Sarawak Masak Asam.
Sarawak Museum.
Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Astana, opposite Sarawak River – built by Charles Brooke, the White Rajah.
Shophouses yang banyak menjual art & craft, produk2 tempatan.
Aku beli pasu ni sbb kombinasi color dan ukirannya menarik.
One thing yang aku perasan kat Kuching ni, nama jalan dia… bapakkk panjang gile. Banyak benar gelarannya ya? Lepas shopping, Mak Uda bawa kitorang pergi beli Kek Lapis Sarawak yang femes itu. Letaknya opposite Waterfront (seberang sungai). Nama kedainya, Mira Kek House No.15. Memang sedap kek lapis dia. Ada macam2 perisa, lemak pula tu. Banyak juga aku beli. Bagi kengkawan katanya. Then lepas tu visit abang Mak Uda plak. Makan lagi…
Panjangnyeeee….
Sedap kek lapis Mira ni.
Sebelah malamnya pula, abang Mak Uda ajak dinner ngan family dia kat luar. So we went to Chillipeppers.. somewhere in town. Aku order Laksa Sarawak. Nak try Umai takde la plak… Hmm.. tekak aku tak berapa sangat dengan laksa ni. Laksa Johor juga yg best! Anak jati Johor la kan..
Laksa Sarawak.
Mungkinkah akan datang ke sini lagi? Dunno la. Personally aku rasa nothing much here. Mungkin kalau ke daerah lain or National Park or somewhere else ada yg menarik. Or maybe sbb pegi ngan orang2 veteran ni tak boleh nak adventure sangat. Aku nak pegi Cultural Village tu, tgk budaya derang pun orang tua tak berminat. Tak tgk mana nak tahu kan? Pegi tengok then baru kita learn something, betul tak? Apa-apa pun the best part was, dapat berkumpul ramai2 dengan family tersayang! šŸ˜€

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

2 comments On Family Day @Sarawak

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer