Sharing is caring

Percaya atau tidak, nasi kambing ala whatever ni aku buat menggunakan saki-baki nasi yang dimasak pada hari Ahad lepas (hari ni Khamis.. hahaha). Sebenarnya Ahad tu aku ada masak lebih sikit nak jamu member/jiran yang tinggal kat apartment aku tinggal ni. Tapi last minit yang sorang parentsnya datang, yang sorang tu pula kawannya bertandang. Yang dapat datang pun perutnya kecil-kecil belaka. Sudahnya berlambak la lebih lauk serta nasi aku masak tu.

Dan sudah menjadi tabiat aku sejak kecil memang pantang membazir makanan. Lagipun membazir itukan sahabat syaithon! So sepanjang Isnin hingga Rabu lepas, aku just panaskan balik je lauk-lauk tu yang aku simpan dalam freezer. Masuk freezer ni memang tahan lama. Bukan la miskin sangat sampai takleh beli makanan. Tapi entahlah, aku rasa kalau buang makanan yang elok lagi ni seumpama kita sombong dengan rezeki yang Allah beri. Tengok orang kat luar negara tu yang kebuluran, aku rasa kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat Allah. Ye tak? Tu dia.. tazkirah sebelum berbuka.. 😛

So dengan saki baki nasi yang dah nak habis tu, aku potong 3 keping lambchop, sebatang terung, marinate dengan ketumbar, serbuk cili, lada hitam, bawang merah dan bawang putih. Lepas tu gaul dengan nasi rata-rata dan masukkan dalam microwave selama 12 minit dengan suhu High. Pastu buat sambal belacan gaul dengan tomato dengan daun ketumbar, perah air limau kasturi. Siap dah. Alhamdulillah kenyang, sedap dan yang penting, tidak membazir!

Sambal belacan cili padi tu punyalah pedas sampai bibir rasa setebal bibir Kak Nita!
Puas hati dapat ratah setiap cebis daging kat tulang-tulang itu.. =)

Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.