Yogyakarta 2013 Part 2/3

Hari ke-3: Jalan Malioboro, Parangtritis & Sate KlatakAktiviti pada pagi hari-3 ni adalah bebas. So kami decided untuk pergi shopping di Jalan Malioboro. Hamzah suggest kami pergi ke Mirota Batik sebab di sana semuanya ada – under one roof. Masa last trip tak pernah pergi. Jadi dah ada kat sini, tak nak la lepaskan peluang kan. Memang banyak souvernir dan barang-barang yang boleh dibeli di sini. Dari batik, makanan, cenderahati hinggalah ke paintings. Rambang biji mata! Aku memang geram tengok paintings yang dijual. Dah la besar, murah pulak tu. Tapi aku tak beli pun. Malas nak berangkut (walaupun diorang boleh bukak framing dia dan gulung untuk kita bawa pulang).

Selesai shopping kat Mirota Batik ni, on the way balik ke hotel, sempat la aku usha baju-baju batik dan juga t-shirts untuk buah tangan teman-teman di Malaysia. Kalu t-shirt tu boleh dapat dalam 30,000 rupiah. Macam-macam design ada. Yang tradisional, modern dan lain-lain. Selesai shopping, kami terus lunch di kedai makan yang berhampiran dengan hotel sementara menunggu rakan-rakan Yogya untuk berkonvoi beramai-ramai ke Parangtritis. So lebih kurang jam 4.15 petang, mereka pun sampai beramai-ramai di hotel kami. Ramai okayyyy!!! Ramai daripada mereka adalah rakan-rakan Puthut, Sekar dan Rico dan ada di antara mereka adalah bekas/calon Dimas dan Diajeng Yogya. Dimas dan Diajeng ni lebih kurang macam Dewi/Hero Remaja kat Malaysia ni. Lebih kurang Duta Pelancongan Yogya. Mereka ni mestilah berkebolehan dalam pelbagai perkara; menari tarian tradisional, mempunyai pengetahuan yang luas dan macam-macam lagi. Untuk memperkenalkan Yogya… kena la bijak kan? So camtu la lebih kurang.. setakat yang aku faham.. Kalau silap.. maknanya korang semua dapat ajaran sesat dari aku. Hahaha..

Budaya lepak melepaskan lelah selepas bershopping
Sessi perkenalan dengan teman-teman Yogya

Okay.. kita tinggalkan kisah Dimas dan Diajeng yang kiut-miut dan hot-hot ni.. so lepas sessi perkenalan, kami semua bertolak dari hotel sekitar jam 4.30 petang. Perjalanan sepanjang 30km mengambil masa lebih kurang 45 minit. Seronok berkonvoi ramai-ramai ni rupanya, selain daripada dapat melihat pemandangan yang indah sepanjang perjalanan. Lebih kurang jam 6.00 petang kami sampai di pitstop yang pertama. Di sebuah kawasan ‘sand dune’ yang persis padang pasir. Di sini adalah lokasi popular untuk penggambaran antara dalam filem Pasir Berbisik lakonan Dian Sastrowardoyo. Lepas selesai ber-camwhore bagai, kami teruskan perjalanan ke Pantai Parangtritis… dah tak jauh dah dari sini.

Berhenti isi minyak jap… sempat posing lagi
Pemandangan semasa dalam perjalanan ke Parangtritis
Saujana mata memandang…
Berhenti kejap di pos pengawal
Tunggu rakan-rakan yang lain
Tersilap jalan… pusing balik.. hahaha
Okay udah sampai di sand dune..
Berhenti seketika
Yang itu Yudha dan Atma
Arga dan the rest…
Kuat angin di sini
Bergambar sebelum masuk ke Pantai Parangtritis

Pantai Parangtritis
Kami sampai di Pantai Parangtritis ni dah lewat petang, ketika matahari dah hampir nak terbenam. Sunset ketika ni takde lah secantik mana.. mungkin tak kena pada harinya. Tapi apa yang pasti pantai Parangtritis ni sangatlah luas.. mengadap ke Laut Selatan yang terbentang luas. Parangtritis ni terkenal dengan pelbagai kisah mistik antara yang termasyhur adalah lagenda Nyi Rorokidul atau Ratu Laut Selatan yang dikatakan menjaga kawasan ini. Kata orang sini, kalau nak datang ke Parangtritis ni dilarang sama sekali memakai pakaian berwarna hijau (warna kesukaan Nyi). Kalau pakai jugak dikuatiri akan hilang “diambil” oleh penunggu di sini.. Wallahu’alam. Anyway, lama jugak kami kat sini… lepak-lepak menghirup udara sedar sambil mencuba kudap-kudapan yang famous di sini iaitu “siomay”. Siomay ini adalah campuran ubi, kentang dan macam-macam lagi dan dimakan dengan kuah kacang. Layan la jugak time perut tengah lapar ni. Habis beriadah di sini, geng-geng Yogya ni bawa kami pergi dinner di Sate Klatak yang terletak di Jalan Imogiri Timur.

Senja di Parangtritis
Sunsetnya tidak berapa indah di waktu ini
Ini namanya “siomay”

Sate Klatak
Kami dinner di Sate Klatak Pak Pong yang terletak di Jalan Imogiri Timur. Sampai saje kat sini, diorang dah sediakan satu tempat khas dengan satu meja panjang untuk kami semua. Sate klatak adalah sate kambing yang diperbuat dengan daging kambing segar yang hanya berbumbukan garam sahaja, tanpa rempah-rempah yang lain. Ia dimakan bukan dengan kuah kacang atau nasi impit seperti yang kita selalu makan di Malaysia, tetapi dengan nasi putih dan kicap yang disertakan dengan bawang, limau dan cili padi untuk kita makan bersama. Rasa satenya sangat fresh. Walaupun aku sebenarnya gila kambing, tapi kat sini terpaksa cover sebab diorang ni sebenarnya makan sikit je. Rugi-rugi.. Hahaha.. Selesai makan dibantai pulak berborak dan menyanyi beramai-ramai yang sambung menyambung ala-ala dalam cerita My Bestfriend’s Wedding tu.. happening ke idok??? Nasib baik la meja kami ni diletakkan di seberang jalan.. so takde la rasa bersalah memekak sangat.. Hahaha.. Tapi apapun, memang seronok dinner dengan diorang malam tu. Cukup meriah.

Dinner di Sate Klatak Pak Pong
Kambing yang fresh
Penyediaan sate klatak
Kipas manual plus kipas elektrik
Dinner yang happening

Hari ke-4: Candi Borobudur & Ratu Boko

Aktiviti pada hari ke-4 ini adalah melawat Candi Borobudur dan Candi Ratu Boko mengikut tour yang dibawa oleh Pak Budi. Bertolak dari hotel selepas breakfast sekitar jam 9.45 pagi. Perjalanan ke Borobudur agak lama.. mengambil masa kira-kira sejam setengah. Ramai antara kami yang terlelap sementara nak sampai ke sana.

Pak Budi memberikan penerangan tentang sejarah Candi Borobudur
Kesan letusan Gunung Merapi pada 2010 masih kelihatan

Candi Borobudur
Kami sampai di area Borobudur ni sekitar jam 11.00 pagi. Lepas settle tiket masuk semua, kami berkumpul seketika menunggu tour guide yang nak membawa kami masuk ke candi ni. Oh! kali ni batik yang dikenakan untuk pelawat antarabangsa berwarna biru. Last time aku pergi dengan Scabbers warnanya coklat. Hehe.. Anyway.. cuaca time ni memanglah panas terik. Bermandi peluh je aku kat sini. Memula ingat malas nak join sebab dah naik masa pergi dulu.. tapi bila fikir-fikir balik rugilah pulak kan… dah pergi ramai-ramai ni.. so join je la. Seronok pun. Dengar lah jugak info yang diberikan oleh tour guide kami ni sambil berposing sakan yang tak sudah-sudah kat sini. We spent like one and a half hour di Borobudur ni. Sampai rasa nak tercabut lutut lah.

Selesai wisata, kami dibawa makan tengahari di Restoran Ansor’s Silver di kawasan Magelang ni. Seperti biasa, makanannya memang sedap. Apa je yang tak sedap makan kat Indonesia ni kan? So lepas perut dah berisi, kami meneruskan lawatan ke Ratu Boko, kompleks kraton purba yang terletak di daerah Sleman ini.

Restoran Ansor’s Silver
View di kawasan sekitar restoran
Muka puas kekenyangan
Perut dah berisi.. bolehlah berjalan lagi..

Kraton Ratu Boko
Ratu Boko adalah tapak arkeologi kompleks istana yang dibina semasa kerajaan Sailendra/Mataram Kuno sekitar kurun ke-9 dahulu. Dari Restoran Ansor’s ni nak ke Ratu Boko pun mengambil masa sejam lebih. Tiada apa yang berubah di sini.. persis seperti first time aku visit dulu. Dan aku pun jumpa sekali lagi mbak yang jual air masa aku datang dengan Scabbers dulu. Tapi kali ni, aku berpeluang meredah sampai ke belakang kawasan Ratu Boko ni, melihat benteng-benteng dan kolam tadahan di sini. Gambar punya gambar, langit semakin gelap. Tau-tau hujan turun.. hamek kau.. berlari setengah mati nak sampai ke depan. Punyalah semput.. Hahaha.. Dah lama tak berlari katanya. So kami lepaklah melepaskan lelah kat restoran di Ratu Boko tu sambil menikmati pemandangan indah dari atas bukit. Bila hujan dah teduh, kami pun beransur pulang meninggalkan komplek Ratu Boko tersebut. Tak tau bila lagi akan sampai ke sini…

Aku di sini untuk kali kedua
Bergambar beramai-ramai
Last time pergi tak merayap pun kat sini
Masih teguh lagi binaannya walaupun dah ribuan tahun
Bentuknya seperti singa
Pak Budi di Ratu Boko.. ntah berapa ribu kali ntah dia ke sini..
Bagaimana agaknya suasananya pada zaman itu ya?
Sayup kelihatan beberapa candi di sana…
Pemandangan selepas hujan

Pada malam ni, kami sekali lagi Lesehan Kopi “Joss” membawa Ted, Zamri dan Daniel yang tak berkesempatan pergi pada malam sebelumnya. As usual, menikmati malam ala Yogja dengan alunan muzik tradisional Jawa. Layannn…. Sebelum balik bilik singgah lagi di spa depan hotel buat massage.. Indahnya lah percutian camnih!! Hahaha..

Berkopi joss di lesehan

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

0 comments On Yogyakarta 2013 Part 2/3

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer