Sup ketam dan demam denggi
Dulu setiap kali member-member terdekat aku kena demam denggi, aku akan masakkan diorang sup ketam ni. Orang kata bagus untuk menaikkan platelet darah. Dan Alhamdulillah, dengan izin Allah memang menjadi.
La ni aku demam on dan off sejak 4 hari lalu. Dan aku mensuspect diri aku terjangkit juga berdasarkan simptom- simptom yang aku baca dari Dr. Google. Antaranya demam, sakit di belakang bola mata dan sakit di bahagian pinggang. Tapi in my case tak la serious. Aku tak nak ke hospital sebab risau kena warded tambahan pulak kerja nak kena hantar next week. Dan paling penting, aku nak balik kampung Jumaat depan. So, tak nak demam yang seciput ni merosakkan semua plan aku tu.
So now.. sebagai rawatan di rumah, aku telan sup ketam ni dan minum 100 plus serta air suam sebanyak mungkin. Harap-harap akan segera pulih. Amin…
Leave a Comment