South Korea Winter 2015

Kejadian ini telah berlaku hampir 8 bulan yang lalu! La ni barulah ada masa aku nak menulis kat dalam blog ni.. hahaha.

Anyway, seperti tahun sebelumnya, winter trip ke South Korea boleh dikatakan trip tahunan yang memang aku akan pastikan berlaku setiap tahun (kalau ada rezeki lebih la..). Aku memang sangat sukakan berwinter di South Korea. Why? Aku pun tatau.. tapi yang pasti, ia cukup istimewa.

Trip pada Januari 2015 kali ni turut disertai oleh Eric. Aku, Erol dan Firr memang for sure akan bersama setiap kali winter trip ni. Trip yang dirancang ni adalah selama 9 hari 8 malam. Dan trip kali ni aku memang menyimpan hajat mudah-mudahan berpeluang untuk menikmati fresh snow yang turun di sini. Last year punya trip tak berpeluang langsung. Cuma dapat main salji di Yongpyong tu je. So harap-harap this year ada lah rezeki hendaknya.

Itinerary? Macam biasalah. Most of the time kami lepak di Seoul je. And sehari kami bermain salji di Yongpyong Resort. Nami Island semua tak masuk dalam list sebab dah 3 kali aku ke sana.

Okay aku catatkan serba sedikit aktiviti kami selama 9 hari di sana. Setakat yang aku ingat lah. Dah dekat 8 bulan kot.. hahaha.

Thanks Bayya sebab hantar kami.

Day 1: Kuala Lumpur – Seoul, Myeongdong

Thanks to Bai yang sudi menghantar kami ke airport. Seperti biasa, kami akan ambil flight pada awal pagi so that kami akan sampai ke Seoul sekitar jam 3.00 petang waktu tempatan. Selesai semua urusan imigresen dan men-topup T-Money, kami mengambil bas di luar airport menuju ke Myeongdong. Perjalanan lebih kurang sejam dengan bayaran 10,000 won. Sampai di Myeongdong, kami turun di stesen berhampiran dengan Sejong Hotel. Kali ni kami stay di Namsan Guesthouse 5, guesthouse yang terbaru. Sebelum ni kami stay di NGH 2. Jalan kaki je nak ke hotel sebab takde la jauh mana.

Selesai check-in, kami berehat seketika untuk menghilang penat setelah lebih 6 jam duduk dalam flight. Oh! One thing, NGH5 ni memang best untuk stay. Bersih, selesa dan affordable. Bilik air kami mengadap NSeoul Tower. Feeling sangat bila nak mandi atau membuang air! Hahaha. Nak tahu lebih lanjut mengenai Namsan Guesthouse ni, boleh baca previous post di sini.

Bangun pagi, naik rooftop.. tengok view ni. Nak mandi pun, tengok view yang sama.

Sekitar jam 8.00 malam, kami berempat pun keluar ke Myeongdong untuk dinner. Mana lagi kalau tak ke Myeongdong Seafood Restaurant favorite aku tu. Lama sangat rasanya tak makan galchi jorim a.k.a asam pedas Korea yang lazat tu. Dengan nasi panas dan tiga empat macam banchan, makan kat sini memang tak pernah mengecewakan!

Sampai je Seoul, memang galchi jorim la yang aku cari. My all time favorite Korean food!

Bila perut dah berisi, kami berjalan menikmati suasana malam yang dingin di deretan kedai-kedai di Myeongdong ni. Jalan-jalan kat sini memang tak pernah sunyi dan sentiasa dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia. Tapi dalam banyak-banyak benda yang dijual tu, strawberry Korea lah yang mencuri tumpuan aku. Mana tak nya… dah la besar, manis, merah menyala, sedap plak tu. Sekotak tu sekejap je licin kalau sampai kat aku.

Dalam kesejukan pekena spiral potato panas-panas pun sodap!

So, tu je la aktiviti di hari pertama. Nothing much pun. Tunggu keesokkan harinya plak. Best tido time winter ni. Dah la sejuk.. berselubung plak dengan comforter yang tebal. Nikmat!

Day 2: Myeongdong & Hongik University (Hondae)

Second day. Bangun awal.. tapi golek punya golek, end up jam 10 lebih baru nak mandi. Menunggu yang lain lagi bersiap.. sudahnya dekat jam 12 lebih baru nak keluar pergi lunch. Kami lunch di Yoogane Dakgalbi Myeongdong, restoran nasi goreng yang kami selalu pergi. In fact, kalau kat Myeongdong ni, Yoogane dengan seafood restaurant yang satu tu je yang kami pergi. Yoogane ni famous dengan nasi goreng ayamnya. Dan memandangkan ayam kat sini jenis ayam pancung, memanglah tak boleh nak makan. Tapi jangan risau, nasi goreng seafoodnya tetap ada. So, ini je la yang kami selalu ulang-ulang makan.

Seafood fried rice, makan dengan kimchi & radish pickle. Banchan tu boleh tambah, makan sampai pengsan!

Selesai lunch, kami ambil subway menuju ke Hongik University, kawasan yang menjadi tumpuan anak muda warga tempatan terutamanya pelajar-pelajar universiti di sini. Kalau dah sampai sini, apa lagi nak diusha.. pakaian lah. Tapi aku tak shopping apa pun sebab nanti memang plan nak datang lagi. Just survey je dulu.  Sekadar membeli sehelai baju sejuk untuk Eric sempena birthdaynya pada esok hari. Cuma Erol je yang sempat menyambar kasut NB warna merah kesukaannya tu.

Hongik Universiti Street ~ “Syurga muda-mudi” (tapi aku tak masuk la dalam kategori ni…)

And the best part bila sampai sini adalah flurries dah mula turun! Macam orang jakun first time tengok snow turun. Kebetulan masa tu kami tengah dok melepak kat Starbucks. Aku time tu tengah dok menikmati hot mocha sambil duduk mengadap tingkap cermin besar. Just like I imagined before! Makin lama makin lebat flurriesnya. Dan bila sampai di Myeongdong pada malam tu, salji memang dah turun lebat. Tak dan nak berjalan sangat sebab jalan agak licin. So, kami duduk melepak di Cafe Pascucci.. again.. aku menikmati hot mocha dan duduk di hadapan cermin besar duduk melihat salji turun. Satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan ketika tu… dengan background music nya.. just perfect!

Best betul duduk melayan perasaan camni.. rasa cam tak nak balik.

Dan kebetulan keesokkan harinya adalah birthday Eric.. on the 19th. So, kami bertiga buatlah mini celebration kat situ. Erol dengan Firr curi-curi pegi beli sliced cake dan surprised si Eric ketika mak hayam tu dok busy ambil gambar salji turun.

Birthday Kakpah Lopez. Kelas time birthday kau salji turun menyembah bumi!

Agak lama juga salji turun. So bila dah reda, kami pun berjalan dengan berhati-hati pulang ke hotel. Takut la tergolek sebab jalan memang licin. And that’s the end of our 2nd day in Seoul.

Day 3: Yongpyong Ski Resort

Eric’s birthday and we’re off to Yongpyong! Masa dalam train kami terlepas Jamsil Station, maka sedikit pembaziran masa di situ dan menyebabkan kami berlari-lari bagai nak gila di Lotte World untuk ke stesen bas menuju Yongpyong. Bayangkan si gemuk ni yang hazab nak bawak perut berlari. Sepanjang berlari tu, aku berharap agar aku tak mati tersembam kat atas jalan tu. Semput wehhhh! But Alhamdulillah, nasib baik sempat dan kebetulan basnya pun baru nak bergerak.

Yongpyong Ski Resort.

Perjalanan ke Yongpyong dari Jamsil Station mengambil masa lebih kurang 2 jam. Derang semua dok bantai tido. Aku memang dah tabiat, kalau dalam bas ke apa memang tak boleh nak tido. So terkebil-kebil je la sepanjang perjalanan sambil menikmati pemandangan di luar tu.

Sampai di Yongpyong, kami terus membeli return ticket dulu sebelum pergi breakfast di Lotteria. Shrimp burger la.. apa lagi. Tengah lapar apa pun sedap.

Lepas makan, kami keluar dari Tower Plaza tu untuk pergi beli ticket cable naik ke puncak Yongpyong tu. Keluar-keluar dari plaza tu… sekali angin bertiup… perghhhhhhhhhh!!! Punyalah sejuk! Habis salji-salji terbang ke muka. Nak sangat membeku kan. Tapi gigih la juga bergambar kat bawah tu. Selesai bergambar, kami terus ambil cable car naik ke atas.

Sejuk gile time ni.. tahan je la.

Berbeza dengan tahun lepas, suhu kali ni lebih sejuk dengan tiupan angin yang agak kuat. Kalau last year, langitnya membiru dan matahari tegak di atas kepala, tapi kalinya kabusnya agak tebal.. suasana semuanya kelabu. Memang berbeza. But after awhile, bila kabus dah reda.. nampak la semula langit yang membiru tu.

My favorite winter wonderland!

Tapi apapun, suhu memang membunuh sampai aku rasa kalau cuping telinga ni ditoreh, mesti takde rasa atau tak keluar darah. Sekejap keluar bergambar.. lepas tu tak sampai 5 minit mencicit-cicit berlari masuk ke dalam building.

Apa je kami buat kat sini. Lepak-lepak minum coffee, bergambar dan main salji sikit-sikit. Sejuk hawau.. takleh nak main lelama. Anyway, lama juga kami spend masa kat sini.. lebih 4 jam. Bila dah almost 5.30 petang kami pun bergerak turun ke Tower Plaza sebab bas kami untuk pulang ke Seoul adalah pada jam 6.00 petang.

Kluar masuk builing je kat sini. Punyalah sejuk.

Bila sampai di Seoul, kami terus ke Myeongdong untuk dinner dan mencari light snacks. Aku membeli whatelse.. strawberry dan yang lain dok makan spiral potato tu. Dah puas berjalan, terus balik bilik untuk merehatkan badan dan kaki yang dah hampir terbarai tu.

Seronok sangat hari ni sebab apa yang diplan semua menjadi. And yang paling best.. aku berpeluang menikmati keindahan Yongpyong untuk kedua kalinya. Semestinya my favorite winter wonderland!

Day 4: Hongik University & Namsan Hill

Hari ni seperti biasa, aku bangun awal. Tapi golek-golek kesejukan punya pasal sampai jam 11.00 pagi baru nak keluar breakfast. Tu pun aku dengan Eric je yang keluar. Lagi 2 orang tu seronok berselubung dalam comforter. So, kami berdua pergi la ke Tous Les Jours kat Myeongdong tu pekena pastry dengan hot mocha. Kalau kat Bangsar ni pun aku suka breakfast kat TLJ.. lagilah kat South Korea ni kan.. tempat asalnya. Tapi aku just ambil bread je la. Tak berani nak ambil set breakfast lain yang ada bacon tu.

Sejuk camni pekena hot mocha memang best!

Selesai breakfast, kami balik semula ke bilik sementara yang lagi dua tu bersiap. Dan selepas tu, kami bergerak menuju ke Hondae untuk shopping sikit-sikit like topi dan jumpers. Pusing punya pusing end up shopping kat H&M. Murah gile few items yang tengah sale tu. Rugi kalau tak beli.

Hasil tangkapan di H&M.

Lepas lunch semua dan letak barang kat bilik, kami menapak naik ke Namsan Hil. Takde la naik sampai ke NSeoul Tower tu pun. Sekadar kat kaki bukit dengan dengan cable car station tu. Lepak, ambil gambar, berangan.. tu je la. That’s our travel style kalau kat Seoul ni. Malas nak berkejar-kejar ke sana ke mari. Nak relax katanya kan. Camtu la. 😛

Feeelingggg!

Day 5: Gangnam

Pada hari ke-5 ni, kami hanya ke Gangnam. Takde buat apa pun. Duduk di tepi tingkap Twosome+ Coffee tu sambil memerhatikan gelagat penghuni bandaraya ni bekerja dan bersosial. Erol dengan Eric dah selamat merambu ke ceruk mana ntah kat Gangnam tu untuk bergambar. Aku dengan Firr je la yang dok kat cafe tu.

In front of Twosome+ Coffee

Bila dah puas derang bergambar, kami pulang semula ke Myeongdong untuk dinner dan berjalan untuk ke kesian kalinya di Myeongdong tu. But sebelum ke sana, kami singgah di kami Namsan Hill untuk bergambar memandangkan semalam masa kami sampai hari dah beransur gelap. Di Myeongdong, kami singgah di butik MCM untuk membeli wallet yang dipesan oleh member aku. Katanya kat sini lebih murah berbanding dengan kat KL tu. Memang pun. Selesai membeli, kami pergi lagi Cafe Pascucci menikmati hot mocha. Kiranya duit belanja aku kat sini banyak dihabiskan untuk minum-minum di cafe kat sini. But seriously aku suka camni. Hehehe.

Thanks Eric for this pic!

And the saddest part was, hari ni hari last day Firr bersama kami. Dia terpaksa balik awal disebabkan dah nak start kerja. So, malam tu kami balik awal. Sekitar jam 4.30 pagi kami teman dia ke stesen bas di Sejong Hotel tu ambil bas ke airport. After that, balik bilik dan sambung tidooooo…zzz…

Last night with chingu.. lepak Pascucci sampai lewat malam.

Day 6: Insadong, Namdaemun

Tinggallah kami bertiga! So, hari ni plan ke Namdaemun market untuk mencari souvenir. Aku dah pergi Seoul few times.. so memang takde la aku nak beli kan. Cuma Erol dan Eric nak beli untuk kawan-kawan dia. Selalunya kalau aku kat sini, aku akan beli di kedai ahjumma yang kat corner tu. Banyak souvenir kat situ. But this time, Erol ajak masuk dalam building market tu. Ikutkan aku malas nak bersesak-sesak. But surprisingly banyak kedai-kedai kat dalam tu jual pelbagai jenis souvenirs dan harganya pulak lebih rendah! Contohnya, kalau fridge magnet kat kedai luar tu ahjumma tu jual 2,000 won.. kat kedai dalam bangunan tu korang boleh dapat dalam 1,000 won only! Contoh la.. but memang murah. So kalau korang nak cari souvenirs, boleh usha kedai-kedai dalam bangunan tu. And this one ahjumma sangat peramah dan banyak bagi kami diskaun dengan mineral water skali.

Dan hari ni pun kami ke Insadong, pusing-pusing di sini tanpa arah tujuan. Hahaha. Ingat nak beli ice-cream bengkok tu.. tapi cam takde hati plak. So, sudahnya duduk melepak kat sini melihat manusia.

Day 7: NSeoul Tower

Bangun awal dan terkebil-kebil. Yang lain masih lena diulit mimpi. So aku decided untuk naik ke NSeoul Tower tu sorang-sorang untuk menikmati suasana pagi yang segar itu. Selesai mandi dan bersiap semua, aku terus pi sorang. Slow and steady.. walaupun sebenarnya agak semput juga nak mendaki anak-anak tangga kat situ.

Slow-slow sampai juga kat atas, Nasib baik ada ahjeossi baik hati tolong snap gambar.

Penat tak terasa kerana selain daripada cuaca yang dingin, kicauan burung di pohon-pohon sekitar ni cukup mengasyikkan. Sampai kat atas tu, aku pergi ke cafe pekena hot mocha (again!) dan duduk menikmati pemandangan bandaraya Seoul dari puncak Namsan Hill ni. Beautiful!

NSeoul Tower.

Selepas hampir 2 jam berseorangan di atas ni, aku pun turun ke bawah dengan harapan makhluk 2 orang tu dah siap untuk pergi lunch. Nasib baik dah siap. So, as usual, lunch di Myeongdong.. lepak-lepak.. chill… chill..  Around 5.00 petang, kami bertiga naik lagi ke NSeoul Tower. Tabahlah Eric.. terpaksa melayan kerenah Erol untuk bergambar. Hahaha.. aku awal-awal dah blah.

Untong la ada yang nak melayan. Hahaha..

Anyway, view petang tu memang cantik.  Lama kami lepak kat atas tu menikmati sunset sampai ke malam. Sempat jugalah membeli lock untuk gantung kat atas tu. Hahaha..

Beautiful sunset on that evening.

Around 8.00 malam kami turun dan terus menghala ke Myeongdong for dinner. Malam ni malas nak makan galchi jorim. So, kami pergi ke Lotteria pekena shrimp burger. Masa tengah makan tu, ada these 2 Korean siblings dok usha-usha kami. So aku pun tegur la derang.. the brother is 8 years old and his sister is one year younger. Very friendly.. memula cam malu-malu gak. In fact mak dia tersenyum-senyum masa kami dok berbual. Sebelum mereka beredar, sempat la aku ajak derang bergambar bersama. Hehehe.

The Korean siblings.

Day 8: Gyeongbokgung, Gwanghuamun & Chonggyecheon

2nd last day di Seoul. Hati dah mula gundah gulana. Haizzz… Hari ni kami ke area di sekitar Gwanghuamun. Memula pergi ke Gyeongbokgung. Last year pergi, kompleks istana ni tutup. So Erol tak berpeluang nak visit. So, this time masa sampai, derang tengah buat guard exchange ceremony. So just nice la. Tak masuk pun dalam kompleks istana yang besar tu. Dah pergi dulu.. cukup la kan. Or maybe next time pergi time salji tebal atas jalan. Barulah lain sikit experience dia.

Di dalam Gyeongbokgung courtyard

Selepas berada di Gyeongbokgung, kami berjalan di hadapan Gwanghuamun Square, bergambar di statue King Sejong, Maharaja Korea yang famous tu.  Kemudian singgah berehat di Angel-In-Us Coffee, pekena mocha dan dessert. Ahhh.. sedap gile okay!

Dessert yang super awesome!

Bila dah hilang sikit kelenguhan kaki tu, kami sambung berjalan lagi ke Cheonggyecheon, kawasan rekreasi yang terkenal di Seoul ni. Sejarah dia aku dah cerita banyak kali dah… so aku skip that part. Lepak kat sini seketika sambil mengambil gambar. Lepas tu kami terus ambil subway pulang ke Myeongdong.

Cheonggyecheon.

Sebelum balik hotel, aku dinner siap-siap untuk kali terakhir di kedai ahjeossi ikan bakar tu. Aku.. semestinyalah membedal galchi jorim puas-puas. Siap bagitau ahjeossi tu esok dah nak balik Malaysia. So sad! Lepas tu, shopping last minit apa yang patut sebelum pulang untuk pack barang-barang. Memang sendat luggage aku macam nak meletop. Tu pun aku terpaksa abaikan permintaan kawan aku untuk beli this and that.. takde tempat dah nak sumbat.

Day 9: Seoul – Kuala Lumpur

Argghhhhhhh.. hate this! Bila dah last day kat Seoul aku mesti meroyan dan hati memberontak tak nak balik. Tapi apakan daya… sobss.. sobss..  Awal pagi lagi kami dah bergerak ambil bas di Sejong Hotel tu untuk ke airport. Sampai di airport selesai urusan check-in semua, aku terus pergi ke VATS counter untuk dapatkan tax refund. Baki duit yang ada tu boleh la buat beli barang kat airport tu. Hahaha..

So, that’s about it serba sedikit coretan aku untuk winter trip kali ni. Takde apa pun yang menarik, but that’s how I spent my time here setiap kali aku di Seoul. Maybe next time aku akan plan keluar dari Seoul ni kot.. tu pun kalau aku rajin la… Hahaha..

Bye-bye Seoul!

Ahhh.. rindu Seoul. See you in December this year.. INSYALLAH!
Till then.. thanks for reading. Muackkkkss!

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

0 comments On South Korea Winter 2015

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer