Post ni adalah sambungan dari Bangkok Trip Part 1 yang berkisar tentang tempat tinggal dan tempat makan. Kali ni pula tentang tempat-tempat menarik sekitar Bangkok yang sempat aku lawati.
Chatuchak Weekend Market
Chatuchak Weekend Market adalah market paling besar di Thailand dan antara terbesar di dunia. Bayangkan di dalamnya terdapat lebih kurang 15,000 stores!!! Besar tak besar. Namapun weekend market, kebanyakan kedai dalam ni dibuka hari Sabtu dan Ahad. Aku datang ke sini dengan taxi je. Tak habis round pun dalam ni. Cuma usha kedai-kedai di bahagian depan je. Panas kot kat dalam ni dan ramai orang. Tak sanggup weh! Tapi apa yang pasti barangan yang ada di dalamnya memang sangat menarik terutamanya produk-produk handicraft, t-shirt, kain-kain sutera Thai, frames, lukisan dan macam-macam lagi. Paling aku suka kat sini t-shirt lah. Susah nak cari design-design yang menarik camtu kat Malaysia. No wonderlah Ahyoong, kawan aku tiap-tiap tahun buat “umrah” kat Bangkok semata-mata nak shopping kat sini. Aku sempat sambar kain sutera Siam sehelai untuk umi aku. Kualitinya bagus dan hargapun boleh tahan. Umi buat baju kurung untuk Hari Raya. Cantik u!! =)
Vimanmek Mansion
Vimanmek Mansion merupakan mansion kayu jati emas terbesar di dunia yang terletak di dalam kompleks Dusit Palace. Dalam kompleks ni terdapat 14 bangunan, istana, dewan dan sebagainya milik keluarga di-Raja Thailand. Di antaranya Ananda Samakhon Throne Hall, Abhisek Dusit Throne Hall, Suan Bua Residential Hall dan lain-lain. By the way, Vimanmek Mansion ni dibina pada tahun 1900 oleh H.M. King Rama V dan siap pada 1901. Bangunan ni mempunyai pengaruh senibina Barat (memandangkan King Rama V ni berpendidikan Barat). Ticket masuk berharga 100 Baht. Dibuka setiap hari (kecuali public holiday) dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang. Ticket booth tutup pada jam 3.15 petang. Sayangnya tak dibenarkan mengambil gambar di kawasan mansion ni. Anyway, aku just pergi Vimanmek dan Suan Hong Residential Hall aje sebab tak larat nak berjalan. Lenguh berjalan di Chatuchak tak hilang lagi!
Wat Phra Kaew
Wat Phra Kaew ni juga dikenali sebagai Temple of the Emerald Buddha, merupakan Buddhist temple yang paling cantik dan terkenal di Thailand. Terletak di tengah-tengah kota Bangkok, bersebelahan dengan Grand Palace (aku tak pergi pun palace ni). Temple ni memang menjadi tumpuan masyarakat tempatan dan juga pelancong luar. Untuk peringatan, memakai seluar pendek disini adalah dilarang dan tak dibenarkan masuk. Aku tak masuk pun dalam temple ni. Just meronda di sekitar compound dan melihat architecturenya. Hasil kerjanya tersangatlah detail!
By the way, tak sure kenapa aku tak singgah Grand Palace di sebelah temple ni. Maybe sebab dah tak larat nak berjalan selain daripada kelaparan yang amat. Sebelum balik hotel, aku ronda-ronda di jalan sepanjang kompleks temple ni melihat gelagat masyarakat Thai secara umumnya. Peniaga-peniaga jalanan memang ramai kat sini. Macam-macam jenis barang ada dijual baik yang baru, antik dan yang lusuh juga. Street food pun banyak kat sini tapi mana boleh nak bedal sembarangan je kan?
Damnoen Saduak Floating Market
Pakej ke Damnoen Saduak dan Rose Garden ni aku ambil di Lub.d Hostel. Pakej yang termasuk dengan lunch ni berharga 1600 Baht (RM160.00) seorang. Turut join aku ambil pakej ni adalah Ferdy dan Martin dari Germany. Tapi diorang tak amik melawat Rose Garden. Bertolak dari hotel sekitar jam 8.30 pagi dan perjalanan mengambil masa kira-kira sejam lebih. Damnoen Saduak ni terletak kat Ratchaburi Province. Di sini diorang berniaga di atas bot-bot – ada yang jual makanan, buah-buahan, topi-topi, cenderamata dll. Kebanyakan yang berniaga di sini adalah golongan wanita. Pemandangan kat sini memang unik dan semestinya sesak dengan pelancong asing. Makanan yang dijual nampak menyelerakan tapi aku tak berani la nak try.. hehehe. Just beli air kelapa dengan air cincau saja buat penghilang dahaga. Ferdy pulak, macam-macam dia try. Dari mee, rambutan sampailah ke buah feveret dia… manggis!
Lepas sejam lebih meronda kat pasar ni, kitorang naik bot laju menyusuri anak sungai di sekitar pasar untuk melihat dengan lebih dekat lagi kehidupan masyarakat Thai terutamanya para peniaga di kawasan ni. Nampak dengan jelas, sungai memang sangat mempengaruhi gaya hidup mereka. Tapi ada certain kawasan sungai ni keadaannya agak kotor. Dan aku sendiri tak sure sejauh mana tahap kebersihan air sungai ni. Kitorang juga dibawa ke Pameran Ular Tedung yang terletak berhampiran. Tapi tak tengok pun. Aku kan sah-sah geli dengan ular! Selepas selesai meronda pasar terapung di kitorang ke destinasi seterusnya iaitu Rose Garden. Tapi sebelum tu kitorang berhenti lunch kat this one restoren. Tak ingat nama apa. Sayur campur dengan telur dadar. Okay la, boleh makan. Tawakkal je..
Rose Garden
Pakej ni pun termasuk sekali dengan floating market kat atas tu. Kat sini ada pelbagai jenis flora dipamerkan selain daripada aktiviti kehidupan seharian dan tradisi masyarakat Thailand. Antaranya kegiatan bersawah, memasak kuih tradisional dan memproses benang sutera.
Lepas puas meninjau, aku pergi tengok Elephant Show. Within Rose Garden ni jugak. So seperti mana-mana show la – ada elephant ride, gajah menari dan sewaktu dengannya. Tapi aku rasa highlight petang tu adalah melihat “belalai” gajah yang lagi satu. Bapakkkkkk besar!!!! Kalau kena rogol ni sure terbunuh. Jappp… aku wonder.. apsal setiap kali aku pegi tengok gajah selalu ada insiden sebegini???
Selain tu, kat sini pada tiap-tiap hari terdapat persembahan kebudayaan Thailand. Wajib datang sini dan tengok! Persembahannya memang menarik yang terdiri daripada beberapa segmen antaranya kehidupan seharian golongan petani, acara kenduri perkahwinan, tarian buluh, aksi tinju siam (tomok tomoi) dan beberapa tarian lain. Sejujurnya aku kagum dengan segmen tarian buluh. Sangat tangkas pergerakan kaki diorang. Silap haribulan boleh terpeleot kaki dibuatnya. Selain tu gerak tari diorang yang lemah gemalai turut memukau. No wonder la orang Thai ni cakap lemah lembut. Tengok je la tarian diorang. Di akhir persembahan tu, diorang jemput penonton menari sekali. Memang meriah la kan tengok omputih ni menari. Macam-macam gaya. Style batang kayu pun ada! Hahaha..
So bagi yang nak melancong di Thailand, aku suggest jangan ketinggalan berkunjung ke Rose Garden ni. Tak rugi…
Facial, Thai Massage & Spa
Sebelum balik ke Malaysia, dengan saki-baki duit Baht yang ada, aku sempat singgah di beberapa spa dan beauty centre – gedik nak memanjakan diri kononnya. Well, Thailand kan memang terkenal dengan pusat rawatan kecantikan yang berkualiti dan affordable. So first tempat yang aku pegi masa last day tu adalah Dahra Beauty & Spa. Kat sini aku ambil package Royal Thai Massage selama 2 jam (900 Baht = RM90) dan Coffee Body Scrub selama 40 minit juga berharga 900 Baht. Amik kau 2 jam 40 minit! Cukup puas hati. Tunggang terbalik badan aku dilipat oleh messeur, tapi hasilnya lega segala sendi-sendi badan. Dengan scrub plak, memang dia sental badan, belakang, kaki tangan betul-betul. Tanggal semua datuk nenek daki-daki yang melekat.
Pastu sempat singgah lagi kat Topaz Facial Spa di Silom Village Trade Center untuk buat facial. Katanya best facial massage in town dan highly recommended by major airlines staff. So try je la kan. Facial selama sejam lebih ni merangkumi complete cleansing, steaming/removing blackheads, massage, clay mask dan head & shoulder massage. Harganya pulak cuma 500 Baht (lebih kurang RM50.00). Okay la kan?
So bila dah selesai buat facial ni, aku amik taxi terus ke airport. Maka pulanglah aku ke Malaysia dengan kulit yang bersih gebu untuk seketika.. Sedih!!!
So… itu je la perkongsian aku tentang trip ke Bangkok ni. Terima kasih kerana sudi membaca. =)
Gajah2 gets turned on by you? Urghh..
Bila laaa aku nak sampai Bangkok! 🙁
satu-satu weh… semua ko nak gi… rakus!!