Sharing is caring

Day 7: Tehran City Tour 2

Hari kedua untuk city tour. Bangun-bangun pagi ni tengok kat luar langit kelabu semacam je. Habis je breakfast, masa duduk kat lobby tu menunggu Jalal sampai, sekali kat luar tu nampak salji turun lagi. Alamekk… salji lagi ke? Hahahaha.. aku dah la malas nak berangkut pakai thermal jacket tu. Biarlah… satgi berenti la kot.

Turun flurries pula pagi ni…

Around 10.30 am, Jalal sampai. So, tempat pertama yang kami pergi ialah Grand Bazaar. Semalam Jumaat, banyak kedai yang tutup. Maka, plannya adalah nak shopping segala macam yang boleh dibeli kat sini.. especially souvenirs, tudung dan crafts.

The Grand Bazaar (Persian: Bāzār e Bozorg – بازار بزرگ‎‎) is an old historical market in Tehran, the capital of Iran. Located at the Arg Square in Southern Tehran, it is split into several corridors over 10 km in length, each specializing in different types of goods, and has several entrances, with the main being the entrance of Sabze Meydan.

Tehran Grand Bazaar

Tehran Grand Bazaar terletak berhampiran Golestan Palace dan merupakan pusat dagangan yang bersejarah di bandaraya ni. Bazaar ni sangat besar dengan pelbagai jenis barangan/produk yang dijual di dalamnya. You named it… apa je yang tak dijual di dalam ni.. baju, kasut. barangan kulit, barang kemas, perhiasan, kraf, pinggan mangkuk, makanan dan macam-macam lagi lah. Pendek kata dengan keluasannya ni, jangankan kata kita yang pengunjung ni boleh sesat.. orang tempatan pun sama. Our guide, Jalal ni pun beberapa kali dok tanya peniaga di dalam ni arah nak ke sana sini. Only those yang berniaga kat sini je tahu selok-belok lorong kat sini.

Antara yang menarik perhatian aku kat bazaar ni ialah barangan seni perhiasan Iran seperti piring, pasu dan yang seangkatan dengannya. Warnanya sangat vibrant especially those blue colors yang dikenali sebagai The Art of Minakari. Memang trademark Iran. Katanya ia didatangkan dari Esfahan dengan senibina yang terkenal cantik tu. Memang halus corak lukisan tangan mereka. Bukan machine ya. Aku beli beberapa buah untuk koleksi sendiri selain daripada sebagai souvenirs untuk family dan member-member kat Malaysia.

I’ve bought the blue one. The green one is more expensive bebeh! Made from copper.

Kalau nak membeli kat sini jangan segan untuk tawar menawar. Aku ni jenis tak reti nak menawar sangat. Kalau korang power bab ni memang untung la boleh dapat the best price. Antara barangan yang aku beli ialah piring hiasan, pasu dan bekas bertutup. Macam bekas bertutup tu aku beli dengan harga 650,000 rial (+RM89.00) untuk medium size. Tapi kalau korang beli kat luar dari bazaar ni for instance macam aku belikan untuk auntie aku kat area hotel ni, the same bekas dijual dengan harga 950,000 rial (+RM130.00). Banyak juga bezanya kan? Dan ada satu vase aku belikan untuk saudara aku (since dia kirim last minute) kat kedai area hotel ni harganya 1,550,000 rial (+RM212.00) tapi bila aku tengok kat airport untuk the same vase lebih kurang, depa letak harga lebih 4,000,000 rial! Dekat RM500 lebih. Bapak mahal gile!!! So, kesimpulannya, kalau korang nak beli apa saja, belilah kat Tehran Bazaar ni.

Antara yang aku beli.

Selain daripada perhiasan, banyak gile kedai kasut kat sini. Aku tak rasa original tapi jenis yang good quality lah. Those NB, Nike, Adidas, Caterpillar.. bersepah-sepah kat sini. Depa cakap ni semua datang dari Vietnam dan China. Macam boot Caterpillar tu, suede leather bila ko convert ringgit jadinya lebih kurang RM140.00 camtu. Murah gile kan? Kalau kat Malaysia tu rasanya tak dapat harga camni. Menyesal pulak aku tak beli. Hahaha… Pendek kata banyak gila la pilihan kat sini. But ada shop yang dia tak jual satu-satu… jenis jual borong. Korang kena tanya la masa nak beli tu.

The boots are exactly like this one.

Kalau golongan wanita, sure terpana melihat barangan kemas, koleksi pinggan mangkuk, tudung.. shawl, baju dan sebagainya.

Kalau nak shopping kat sini, personally aku rasa tak cukup setakat 2-3 jam. This market is huge!!! Dah tu sangat sesak dengan pengunjung dan peniaga kat sini. Maybe perlukan sehari suntuk untuk explore dan shopping kat sini. Trust me. Macam aku cuma spent 3 jam lebih je. Takdan nak berpusing sangat sebab nak mengejar ke tempat lain pula. The next day tu even free the whole siang tu, kami tak pergi pun sebab dok pusing kat area hotel je.

Selesai beli apa yang perlu, tengok jam dah pukul 1.00 tengahari. Perut pun dah berkeroncong. Kalau ikutkan plan aku, nak lunch kat Darband, di utara Tehran. Tapi disebabkan ambil masa nak ke sana, aku suggest kat derang just grab je apa-apa snack yang dijual kat sini untuk mengalas perut. Pusing punya pusing, ternampak kedai menjual sandwich. So orderlah chicken sandwich untuk kami berempat. Si Jalal pun terjebak sekali. Hahaha. Ingatkan kecil je sandwichnya. Sekali besar gila macam ko boleh share seketul besar tu untuk 2 orang. Aku makan pun tak abis. Simpan separuh dalam beg. Anyway, kami dok makan kat luar restoran tu je sebabnya kedai tu dalamnya kecil nak mati. Malas nak bersesak-sesak.

Jenuh nak menghabiskan. Jalal sorang je yang sapu bersih.

Oh, by the way, sebelum kami beli sandwich ni, kami dok memborong coklat dan manisan Iran.. iaitu gaz (Persian nougat), karamel dan sebagainya. Gile punya manis la gaz tu.. sampai rasa berdenyut gigi aku! Dah la melekat-lekat nak memakannya. Hahaha.

Our next destination… Milad Tower, yang terletak di antara bandar Qard dan Gisha District.

Milad Tower (Persian: Borj e Milād – برج میلاد‎‎), also known as the Tehran Tower (برج تهران – Borj e Tehrān), is a multi-purpose tower in Tehran, Iran. It is the sixth-tallest tower and the 17th-tallest freestanding structure in the world.

Milad Tower yang disnap semasa melalui highway.
Milad Tower

Berdiri megah pada ketinggian 435 meter, Milad Tower merupakan menara komunikasi ke-6 tertinggi di dunia. Selepasnya ialah Menara Kuala Lumpur.

Harga bayaran masuk di sini ialah 120,000 rial (+RM16.50) untuk ke open observation deck sahaja. Banyak lagi area yang korang boleh masuk tapi kami pilih ambil yang satu tu je sebab nak tengok panorama keseluruhan bandaraya Tehran dan puncak menara ni.

Oh.. time ni memang sejuk gile ditambah pula dengan angin yang kuat kat atas tu. Tabah la ya dengan baju selapis dua. Dari atas ni, aku terpukau memilih view Tehran yang sangat cantik dengan banjaran gunung Alborz dilitupi salji yang menjadi backdrop bandaraya ni. Korang kena datang sini unutk saksikannya sendiri. Dan bila kita tengok, Tehran ni sangat teratur dengan bangunan-bangunan yang menggunakan warna yang sama dan sekata.

Di dalam menara ni juga terdapat pelbagai kedai, cafe dan semestinya kedai menjual souvenirs. Memula ingat nak beli something bercirikan Milad Tower ni. Sekali tengok kat sini pun ada dijual keychain/fridge magnet Iran dengan harga yang murah iaitu 20,000 rial (+RM2.74) setiap satu. Jalal pun cakap price sini pun okay dan dia pun beli sekali. Key chainnya bercirikan ukiran bangunan di Persepolis iatu imej Darius dan yang seangkatan dengannya. So, kiranya satu benda wajib yang nak dibawa pulang dah settle dan tak perlu nak cari lagi. Ingatkan nak cari kat Tajrish market je.

Ini kedainya.. borong je kat sini.

Selesai melawat Milad Tower, kami bergerak menuju ke Mellat Park yang terletak lebih kurang 10 km dari sini. Tapi on the way tu.. kami singgah di Iranian Garden yang terletak di Vanak Village dulu yang terletak di tepi highway nak ke sana.

Iranian Garden

Iranian Garden ni terletak di Vanak Village di utara Tehran. Taman ni takde lah besar mana, cuma ia dikatakan terkenal kerana dibina dengan mengikut seni landskap sebenar Iran. Taman ni menjadi tumpuan warga tempatan dan juga pelancong untuk beristirehat dan bersantai.

Sekali imbas, memang cantik taman ni. Tapi kalau korang datang time spring.. lagi berganda-ganda cantiknya. Faham-faham je la time winter ni pokok semua togel kan?

Sekejap je kami kat sini. Just nak appreciate the nature within short time je. Then kami cadang nak ke Mellat Park pula.

Mellat Park

Mellat Park adalah saah satu taman awam yang terbesar dan tercantik di bandaraya Tehran. Di dalamnya turut menempatkan cinema complex yang canggih di Tehran ni. Dipendekkan cerita, kami skip nak melawat taman ni disebabkan oleh kekangan waktu. Sebab dah almost lewat petang dan kami nak ke Tajrish. Lagipun memandangkan time winter kan.. so parknya semua sama je pemandangan pokok-pokok togel. So, pergi next time je la Insyallah time season lain pula. Jadi, seterusnya kami ke Tajrish untuk ke Imamzadeh Saleh Mosque yang terletak di Tajrish Square, Shemiran.

Spring at Mellat Park. Image source: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/41/Mellat_Park_Tehran.jpg
Imamzadeh Saleh Mosque

Imamzadeh Saleh Mosque terletak bersebelahan dengan Tajrish Market. Masjid ni turut menempatkan maqam Imam Zadeh Saleh, iaitu anak kepada salah satu daripada 12 Imam Syiah iaitu Musa Al-Kadhim. Mereka ni semua adalah Ahlilbait Nabi Muhammad s.a.w dari susur galur Sayidina Hussein bin Ali r.a, iaitu cucu Baginda Rasulullah, daripada puterinya Fatimah Azzahra r.a. Tetapi mereka ni diangkat oleh pengikut Syiah sebagai Imam mereka.

Gerbang masuk ke dalam masjid.

By the way, semasa nak pergi ke sana, northern Tehran ni dah dihujani dengan salji yang lebat. Makin tertambah-tambah sejuk la jadinya. Jalan nak ke sana pula jem. Lama jugalah kami di dalam kereta.

Masjid ni dijaga rapi oleh pengikut mazhab ni dan dihiasi dengan seni ukiran dan mirror work yang cantik di dalamnya. Tak dibenarkan mengambil gambar ya di dalam ni. Kaum wanita pula diwajibkan memakai chador (sort of telekung) untuk memasuki masjid ni dan mereka mempunyai laluan khas.

Alhamdulillah, berpeluang melawat maqam salah seorang Ahlilbait Rasulullah s.a.w dan menghadiah al-Fatihah untuknya. Time kami sampai ni dah nak masuk waktu maghrib. But, aku taklah join solat sekali sebab aku tak sure cara mazhab ni solat sama atau tak dengan Sunni (plus the stone thing kat sejadah tu). Aku lagi selesa solat jamak kat bilik hotel je.

Anyway, selepas selesai melawat masjid dan maqam ni, kami singgah sekejap je di Tajrish market yang terletak sebelah masjid ni. Tak lah sebesar Grand Bazaar di Tehran tu. Macam-macam juga yang dijual di sini.. daripada batu solat yang pelbagai rupa tu sehinggalah ke kacang-kacang, jeruk, sayuran, buahan dan lain-lain. Pendek kata.. meriah!

Apa yang sempat aku grab kat sini ialah parvardeh yang aku makan kat restoran tempohari selain daripada mixed nuts. Agak murah kekacang ni kalau nak dibandingkan kat Malaysia.

Sempat juga membeli strawberi Iran yang merah menyala dan besar tu. Murah je dalam RM11.00 lebih kurang la. Tapi mostly masam! Hahaha. Tak macam strawberi Korea.. manis!!! Tapi hat Korea kalau diconvert 8,000 won tu dah dekat RM30 lebih dah sekotak.

Besar..merah.. tapi mashemm…

Dah selesai membeli apa yang patut kat market ni, kami kena membuat pilihan sama ada nak dinner di Darband ataupun di Tochal sebab tak sempat nak cover dua-dua ni memandangkan hari dah beransur malam. Darband ni memang aku yang pilih sebab tertarik dengan restoran yang terletak di atas aliran sungai/air terjun tu.

Pi Darband lagi best rasanya. Image source: http://orujtravel.com/wp-content/uploads/2015/10/Darband-18.jpg

Tapi on the way tu, Jalal ada bagi suggestion kalau dinner kat Tochal tu pun okay juga sebab Tochal adalah kawasan pergunungan dan view Tehran yang menarik pada waktu malam boleh dilihat di sini. Tapi takdelah sampai mendaki gunung tu. Just lepak kat base station cable car di situ. So, macamana ntah boleh terpilih Tochal. I should’ve choose Darband instead. Why?? Sebab kat Tochal ni sejuk nak mampoosss!!! Rasa macam nak merekah kulit badan dengan udara dan angin yang membunuh tu. Dan viewnya takdelah menarik mana.. biasa je. Nak naik ke sini kami menggunakan shuttle yang sama macam kat Tehran Bazaar tu. Harga pun sama. Ada je yang naik ke atas dengan berjalan kaki. Tak sanggup la hai.. kalau pakai thermal jacket maybe boleh la kot.

Kedai makannya pulak cam ala-ala je. Ada banyak kedai makan kat sini tapi semuanya aku dah bosan sebab western dan aku dok cari yang ada nasi sebab lapaq gile. Last-last pi juga this kedai.. walaupun takde nasi.. kebab pun jadilah dengan sup dan grilled chicken wings. In fact kami berempat order semua yang sama. Lapar gile katanya.

Sebab lapar.. semua ni licin.

Untuk memakankan badan kami pekena Ash reshteh. Ala-ala bubur sup yang dicampur noodle, kekacang dan sos mint. Aku layan je. Derang ni la azab nak meneguk. Jalal dok kata sedap.. memanglah dah ko orang sini. Lagi sedap dia kata kalau dicampur dengan curd iaitu sejenis susu masam ala-ala yogurt yang aku rasa dibuat dengan susu kambing sebab kuat bau kambingnya. Without curd ni bagi aku lagi sedap. Tak sempat aku nak warning Eric ngan Erol depa dah letak dulu.. banyak pulak tu. Dah la 2 orang ni tak makan kambing. End up Eric makan sikit je.. si Erol langsung tak lalu nak makan. Hahaha. Nasib baik ada kebab dengan grilled chicken wings. Tu pun banyak gile tak abis and kami tapau bawa balik. Portion aku of coz la abis.. tengok perut la! Hahaha.

Ni la rupanya ash reshteh tu. Aku bedal je tengah sejuk-sejuk ni. Yang dark green tu mint sauce.

Selesai dinner, kami berjalan kaki menuruni bukit menuju ke parking. Nak tunggu shuttle cam lambat gile dengan kesejukan kat situ. Better jalan.. berhaba sikit badan kan.

Sempat lagi…masa nak turun bukit ni.

Kiranya ni lah last tour kami pada hari ni. On the way balik, kami melalui Valiasr Street, yang turut aku listkan untuk dilawati. In fact masa nak pergi ke Tajrish tadi pun kami dah melalui jalan ni.

Valiasr Street

Valiasr Street ni adalah jalan yang paling panjang di Middle East dan antara yang tercantik di Tehran kerana di kiri kanannya terdapat deretan pokok-pokok. Time spring atau summer, bila melaluinya kita seolah-olah melalui sebuah tunnel… bak kata Jalal.

Deretan pohon yang disimbah dengan cahaya lampu yang berwarna warni. Merah, hijau, biru.. etc.

Takdan nak berhenti bergambar pun sebab jalan sesak. Cuma Jalal sempat stop sekejap je so that aku boleh snap dari dalam kereta. Di sepanjang jalan ni terdapat banyak pusat-pusat komersil dan kedai-kedai menjual pelbagai produk. Insyallah.. one day on our next trip.. aku akan singgah di sini. Tapi Jalal kata most of barangan yang dijual di northern Tehran ni mahal sedikit berbanding dengan central Tehran. Dan kawasan di sini juga adalah antara kawasan penempatan yang paling mahal di Tehran.. sort of kawasan elit katanya. Boleh tahu.. tengok pada rumah-rumah dan condo di sini… memang nampak mewah. Dan kereta-kereta mewah pun boleh tahan bersepah kat kawasan ni.

Sampai di hotel, sedih pula hati nak mengucapkan goodbye kat Jalal ni. Baik dia jaga kami. He’s really friend dan tunaikan hampir semua yang kami minta. So, bila dah bersalaman semua dan bagi bayaran untuk city tour ni plus extra USD sebagai tips untuk dia, kami pun naik ke bilik dan siap-siap mengemas. Esok dah last day and nak balik KL. Tapi tak kemas pun.. terus terbongkang tidur sebab badan rasa tak sedap macam nak demam. Dah sejuk sangat tadi kan. Makan panadol.. terus blackout. Erol seperti biasalah.. keluar merayap cari coffee. Jenis tak reti penat tul dia ni! Hahaha.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.