Walid’s mini kebun
Rumah famili aku kat Bukit Kempas ni merupakan kawasan perumahan lama.. more than 20 years ago. Tapi yang bestnya kawasan perumahan lama ni ialah built-up areanya sangat spacious! Macam rumah yang aku ngan adik aku beli ni laman depannya sangat luas.. porch ni boleh masuk up to 9 cars! Besarkan?? Kalau rumah sekarang ni mana nak dapat laman seluas ni. Kalau ada pun seciput leh masuk sebiji dua kereta je. And the best part is masa kami beli ni owner dia jual only RM90,000!!! Seriously memang rezeki parents aku nak dapat rumah ni. Tu pun kami beli masa tahun 2008. Now the market price dah cecah RM400,000 lebih.
Anyway… apa yang aku nak cerita sebenarnya tentang laman ni ha. Melalut pulak intro panjang berjela. Memandangkan kawasan laman ni boleh tahan luas, maka kami memanfaatkan dengan menanam pelbagai jenis pokok. Mula-mula aku buat garden lah. Beli macam-macam jenis pokok dengan tempayan (ke bekas apa ntah) untuk diisikan ikan.. kiranya ada sedikit water element la kat situ. But end up la ni ntah macam-macam jenis pokok Walid aku sumbat kat situ. Paling best pokok mata kucing yang rendang dan berbuah lebat tu. Buahnya sangat manis.. cuma isi dia je tak berapa tebal. Puas juga lah kami makan. Ada juga pokok mempelam… kurma.. la ni ditambah dengan anggur, buah tin.. dan macam-macam lagi lah. Pendek kata selagi ada ruang.. selagi tu la ada je pokok baru disemai.
Best lepak bawah pokok ni especially masa minum petang. Kalau ada anak buah aku yang 2 orang tu, depa akan dok panjat pokok mata kucing ni.. sebab pokok ni rendang je. Petang-petang, aku kumpul daun-daun kering ni.. bakar buat asap halau nyamuk-nyamuk yang macam setan especially time masuk maghrib tu. Serious best rasanya sebab teringat masa kecik-kecik dok kampung dulu. Puas petang-petang main asap bakar rumput dan daun-daun kering.
Okay tu je la aku nak membebel. Mandi pun tak lagi. Hahahaha.. Till then.. byeee!!!
Leave a Comment