Sharing is caring

Image by Jiří Pohlídal from Pixabay

Sekarang ni, aku tak tahulah nak gambarkan betapa kecewanya aku dengan senario politik Malaysia. Bak kata pepatah, terlepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

Kita mengharapkan bila kita berjaya menumbangkan penyamun, kita boleh pulihkan balik ekonomi, tingkatkan kualiti hidup kita. Tapi la ni kita dihadapkan pulak dengan drama jijik oleh puak-puak yang dah mula menunjukkan gila kuasa dan sikap tamak haloba. Mana keikhlasan korang dalam nak membantu hidup rakyat?

Apalah agaknya dosa kita dianugerahkan dengan kualiti pemimpin yang macam tahi ni. Agaknya boleh dibilang dengan jari mereka yang betul-betul ikhlas berbakti pada rakyat.

Pemimpin-pemimpin yang tamak haloba ni dan gila kuasa ni doakan mereka insaf dan ingat balik tanggungjawab mereka pada rakyat. Kalau masih dengan nafsu serakah yang sama, aku harap di akhirat nanti korang dicampakkan terus ke neraka!!!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.