Nota: Untuk makluman, restoran ini tidak lagi beroperasi di Tamarind Square, Cyberjaya.
Hello semua! Post kali ni aku nak share tentang makan lagi. Lately ni macam banyak pula aku post pasal makan kan? Tapi takpe.. ni disebabkan ada beberapa kafe dan restoran yang baru dibuka kat Cyberjaya ni. So, aku mengambil kesempatan untuk try la mana-mana yang aku sempat pergi.
Kali ni aku pergi ke NoodleLista yang terletak di Tamarind Square. Cyberjaya. Kafe comel ni tertempat di salah satu “tree house” kat sini. Nak describe macam mana ya.. Katakan korang dari Village Grocer.. korang pi depan sikit kat courtyard tengah tu.. dongak ke atas.. nampak la signage NoodleLista tu. Naik je la tangga ke sana. Ada jalan mudah owner dia bagitau semalam tapi aku tak ingat. Hahaha..
Anyway, NoodleLista ni menghidangkan pelbagai sajian antaranya laksa, mee, nasi lemak, side dishes seperti rojak, begedil tauhu dan macam-macam lagi.
Disebabkan aku puasa semalam.. so nafsu makan aku macam ada sedikit dipengaruhi syaithon gitu.. Aku pi order Laksa Thai, Mee Goreng Mamak Style, Sardine Role dan Rojak NoodleLista. Member aku, Fad.. order sama cam aku, Laksa Thai dan Curry Puff inti daging. Memandangkan depa tengah ada promosi, so minuman kat sini free iaitu teh o ais.. dan lagi satu aku tak ingat.

Sardine roll yang aku order tu boleh tahan sedap. Panas-panas baru digoreng. Kulit luarnya rangup dalamnya lembut. 5 pieces tu berharga RM4.00. Sama dengan Cuffy Puff.. 5 pieces RM4.00. Sesuai la kalau korang nak lepak sini minum-minum petang kan.
Untuk main course pula, kami memilih Laksa Thai. Kuahnya juga sedap. Pekat dan terasa juga kepedasannya. Dalam Laksa Thai terdapat fried fish cake, fish ball, dan telur rebus. Dengan harga RM7.80 semangkuk, portionnya cukup mengenyangkan. Ada banyak lagi laksa lain yang aku tak try lagi. Ada review kata laksa Kedahnya sedap. Insyallah next time boleh try juga.
Selain laksa Thai, aku order juga Mee Goreng Mamak Style. Aku tak sure macamana rasa yang sebenarnya Mee Goreng Mamak ni. Banyak kali aku order even kat kedai mamak sekalipun.. boleh katakan semuanya rasa hauk je. Aku pernah try ada orang kata mee goreng mamak kat one of the kedai mamak kat NeoCyber tu sedap.. bila aku order, meenya pucat lesi… rasanya pun.. alahai… sendu! But mee goreng yang aku order kat NoodleLista ni memang sedap!!! Dengan udang, rasanya yang cukup masin manis masamnya.. kena dengan tekak aku. Lagi la pulak aku minta dia buat pedas. Memang pedas betul la yang dia bagi. Puas hati! Tekstur meenya pun aku suka, sebab dia kenyal, tak terlalu keras atau terlalu lembik basah. Just nice lah. Dalam banyak-banyak yang aku order tu, mee mamak ni paling aku suka. Oh.. Mee Goreng Mamak Style ni berharga RM6.70.
Last untuk pencuci mulut, aku try Rojak NoodleLista. Rojak buah yang dicampur dengan sos khas yang dibuat sendiri menggunakan buah kurma. Berasa manis pedas.. dengan rasa petisnya juga. Satu mangkuk tu berharga RM5.80.
Overall, aku rasa puas hati makan kat sini. Next time, aku nak try dish lain pula sebab banyak lagi yang depa offer. Cumanya abit kekurangan kat sini adalah ventilation. Abit panas even dah malam pun. Tambah pulak la ni tengah musim jerebu. Maybe kalau ada kipas kat luar tu should be okay. Pakcik kau ni bukan boleh berpanas sangat. Asyik mandi peluh je. Hahaha..
Okaylah, tu je perkongsian aku kali ni. Those yang dekat Cyberjaya tu yang teringin nak makan ala-ala “atas pokok”, boleh la berkunjung ke NoodleLista ni. Kalau korang dah try, share la pengalaman korang kat ruangan komen di bawah.. okay ke.. K.O ke.. apa-apa lah. Till then… tata!!!
Address:
GP7-05 Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 11, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Business hours:
11.00 am – 10.00 pm

Leave a Comment