Sharing is caring

Nota: Update 15 Disember 2020: Restoran ini sudah tidak beroperasi lagi di CBD2 Cyberjaya.

Hello gais! Kali ni aku nak share satu lagi restoran yang ada kat Cyberjaya ni.

Korang teringin nak makan mee bandung Muar? Jauh sangat nak ke sana kan. Apa kata korang try kat Restoran Semangkuk di CBD2 ni. So far aku makan.. Alhamdulillah memang sedap!!!! Berasa udang kering, pedas manisnya. Boleh dikatakan ni paling sedap aku pernah makan dekat Cyberjaya ni. Kurang lebih macam yang aku pernah makan kat Muar tu.

Terdapat beberapa jenis mee bandung kat sini antaranya Mee Bandung Muar, Mee Bandung Udang Banjir, Mee Bandung Gearbox Kambing dan lain-lain. Ketiga-tiga jenis mee bandung tu aku dah try. Memang padu. Cuma Mee Bandung Gearbox tu buat aku stress je nak makan sebab tak boleh nak kekah macam makan kat rumah. Malu dengan masyarakat sekeliling. Hahahaha..

Mee Bandung Gearbox Kambing (RM14.00)
Mee Bandung Udang banjir (RM14.50-RM16.50)
Mee Bandung Muar (RM6.90)

Selain daripada mee bandung, banyak lagi menu yang best-best antaranya Pisang Cheese, Roti Teektub, Roti Goyang Sambal Bilis, Kacang Pool dan macam-macam lagi. Semua yang aku mentioned tu aku dah try dan memang aku berpuas hati. Pisang cheese dengan roti teektub tu kalau boleh hari-hari aku nak makan… tapi bahaya kau! Lagi-lagi tengah berdiet ni.

Pisang cheese (RM7.00)
Kacang pool (RM6.50)
Roti teektub single (RM5.00)
Roti telur goyang sambal bilis (RM5.00)

Untuk set makan tengahari, ada menu nasi set ayam kunyit cincang, nasi set keli goreng dan lain-lain. Manakala untuk minuman dan pencuci mulut, ada banyak juga yang boleh dipilih antaranya air kelapa baldi, kopi Vietnam, cendol dan lain-lain. Cuma ada menu yang hanya ada untuk sarapan pagi sahaja.. tengahari takde.. vice versa. Korang ushalah menu kat bawah tu.

Nasi set ayam kunyit cincang (RM6.90)
Kelapa baldi biasa (RM6.00)
Menu sarapan pagi dan tengahari

Satu je yang aku rasa kureng sikit kat sini adalah ventilation dalam restoran ni. Kalau korang makan kat dalam ni, balik office sure berbau baju korang. That’s why aku prefer duduk kat luar. Aku harap owner restoran ni boleh letakkan banyak ventilation fan kat sini so that bau-bau gorengan yang depa masak kat dalam restoran ni tak melekat kat baju customer.

Anyway, kepada sesiapa yang nak try makan kat restoran ni, detail dan lokasinya aku letakkan kat bawah ni.

Address:
4805-0-8, CBD Perdana 2, Jalan Perdana, Cyber 12,
63000 Cyberjaya, Selangor.

Operating hours:
8.00 am – 3.00 pm Saturday – Thursday, Friday (closed)




Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.