Sharing is caring

Hello semua! Kali ni aku nak share resipi yang paaaaaaling mudah nak buat iaitu Ikan Masak Singgang. Ada yang panggil masakan ni Asam Rebus juga kalau tak silap. Macam-macam versi ada tapi yang aku nak buat ni adalah versi aku sendiri yang aku belajar daripada Umi dan Arwah Baba (nenek aku) masa kecil-kecil dulu. Singgang ni sedap dihirup especially time demam atau takde selera makan sebab kuahnya abit masam yang membuka selera dan kaya dengan khasiat bebawang, halia semua tu.

Untuk resepi ni, aku menggunakan ikan cencaru. Kalau korang nak guna ikan kembung atau ikan selar pun boleh juga. So, mari kita tengok bahan-bahannya.

Ikan Singgang (1-2 orang makan)

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan cencaru (dipotong 2)
  • 2 biji bawang besar (dipotong 4)
  • 8-10 ulas bawang putih(diketuk)
  • 2-3 inci halia (dihiris)
  • 2-3 inci lengkuas (diketuk)**optional
  • 2 batang serai (diketuk)**optional
  • 2 inci kunyit hidup (kalau takde, boleh guna 1 sudu teh serbuk kunyit)
  • 5 biji cili padi – dibelah (kalau nak sedikit pedas lah. Kalau tak, korang boleh gantikan dengan 2 batang cili merah)
  • 1 sudu besar pes asam jawa (atau boleh guna 2-3 keping asam gelugor)
  • 1 sudu besar serbuk belacan (atau 1 inci belacan bakar)
  • 1 hingga 1.5 liter air
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

  • Masukkan air di dalam periuk dan masukkan bawang, bawang putih, serai, halia, lengkuas, cili padi dan pes asam jawa. Rebus sehingga air mendidih.
  • Kemudian, masukkan serbuk kunyit dan serbuk belacan. Biarkan seketika
  • Selepas itu, masukkan ikan dan masak seketika. Kemudian masukkan garam secukup rasa. That’s it!

So… dah siap ikan singgang korang. Sedap dimakan bersama nasi panas, sambal belacan ataupun budu dan juga ulam-ulaman. Till then, selamat mencuba!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.