Coffee Friends
7 tahun yang lalu, pada 2013.. aku pernah post angan-angan aku untuk memiliki sebuah mini cafe. Tapi, angan-angan tu hanya tinggal angan-angan je la.
http://omaralattas.com/2013/09/wishlist-small-cafe.html
Dan ketika PKP ni, aku banyak juga habiskan masa di rumah dengan menonton TV (Unifi TV) yang mana sangat jarang aku buat sebelum ni. Most of the time, aku dok mengadap Youtube kat phone atau pun di laptop. Dan selalunya. channel favorite aku semestinya dokumentari dan travel channel seperti NatGeo, BBC Earth/Lifestyle, LoveNature4K, NHK World dan yang seangkatan dengannya.
Anyway, berbalik pada tvN, bila aku dah selalu buka channel ni, aku tertengok this one show iaitu Coffee Friends. Sangat menarik rancangan ni sebenarnya. Ia memaparkan sekumpulan selebriti Korea yang terdiri daripada pelakon/penyanyi yang mengusahakan cafe yang terletak di ladang limau di Pulau Jeju.

Yang menariknya, setiap episod akan menampilkan selebriti tempatan yang akan membantu mereka menjalankan perniagaan. Antara yang aku sempat tengok adalah kehadiran Yun-ho (U-Know) dari kumpulan TVXQ yang sangat rajin bekerja. Dan yang penting.. very well-mannered!
Bila aku tengok rancangan ni, maka terimbaslah semula impian aku untuk memiliki cafe seperti ni. Just a small cafe yang diusahakan bersama dengan my other half dan beberapa teman karib. But anyhow, that dream was long gone anyway. Tapi ada masanya, aku still wish one day this dream will come true. Seronok bila melihat teman rapat saling support each other semasa berniaga ni. Bila sorang stress, yang sorang ni datang peluk untuk tenangkan. Then sambil-sambil ambil order, yang sorang ni tolong suapkan coklat kat semua kawan-kawan yang tengah bekerja. Those gesture sebenarnya sangat sweet dan affection dia memang priceless gile. Haizzzz… banyak sangat berangan aku ni!!! Hahahaha…
Okaylah.. done merapu hari Khamis ni. Kira #throwbackthursday la ni. Till then, selamat berpuasa and till we meet again. Adios!
Leave a Comment