Sharing is caring

If you are adventurous, you love nature and you want to stay in a farm,
this place is for you.

Hi semua! Berjumpa dalam post kali ni. So, hari ni aku nak share dengan korang semua satu lagi destinasi menarik kalau korang nak bercuti, merehatkan diri bersama famili atau rakan-rakan. Di mana? Di Jelatok Retreat Farm, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Jelatok Retreat Farm ni terletak di atas bukit, di Kampung Jelatok, lebih kurang 1 jam daripada lokasi aku di Cyberjaya. Kawasan persekitaran ni memang tenang dan mendamaikan. Aku telah beberapa kali ke sini: urusan kerja, open house dan kali ni company retreat. Bagi yang tidak tahu, farm stay ini adalah milik keluarga Puan Aina Emir, seorang novelist terkenal di Malaysia ni. Kak Aina ni minat sangat dengan nature, so kalau korang datang sini, boleh saksikan halaman di sekeliling ni penuh dengan pelbagai jenis pokok-pokok bunga dan herba.

Berbalik kepada Jelatok Retreat Farm (JRF) ni, ia menyediakan kemudahan penginapan yang digelar “ReBarn”. ReBarn ni mempunyai 8 buah bilik yang boleh memuatkan 3 orang dewasa bagi setiap bilik (1 single bed & 1 double bed). So, total boleh menampung 24 orang pada satu-satu masa. Kemudahan standard semua ada, aircond, kipas, hot shower dan sebagainya. So far, tiada kemudahan wifi disediakan. Dan line agak slow kalau korang stay di dalam bilik bahagian bawah. Tapi kat kawasan luar, line semua okay. Yelah.. kita pi travel kan wajib post kat media sosial nak bagi panas hati kawan-kawan… tak gitu? Hahaha..

Kalau korang nak tahu tentang pakej yang disediakan, boleh rujuk link di bawah:
Farmstay Packages

Oh.. seperkara lagi, di ReBarn ni juga terdapat sebuah bilik mesyuarat/seminar. So, sesuai jugalah bagi syarikat-syarikat untuk mengadakan team-building dan sebagainya.

Di sekeliling JRF ni juga disediakan pelbagai kemudahan riadah antaranya infinity pool, Sahara Loop, cafe, musolla dan sebagainya.

Bersebelahan dengan ReBarn, terdapat sebuah infinity pool yang menghadap pemandangan Hutan Simpan Lenggeng. Cantik pemandangan di sini terutamanya pada waktu pagi. Korang boleh nampak kabus di kawasan bukit-bukan tersebut. Poolnya pun luas dengan kedalaman 1.4 meter. Tiada kolam untuk kanak-kanak disediakan. So, kalau korang ada anak-anak kecil yang nak mandi, ada disediakan pelampung dan kena ada pengawasan orang dewasa. Kalau korang malas nak berendam, celup-celup kaki, duduk lepak kat tepi pool pun dah okay. Santai-santai sajorr..

Di sini juga terdapat sebuah mini theatre. So, kalau korang datang in group dan plan nak buat performance/games, ruangan ini sangat bermanfaat. Dan sebelahnya juga terdapat sebuah jambatan yang digelar “Story-telling Bridge”. Boleh buat aktiviti bercerita kat sini, nak ambil gambar kenangan dengan berlatar belakangkan hutan Lenggeng pun boleh. Ikutlah korang nak plan macam mana.

Di sebelah mini theatre ni pula, ada sebuah kawasan yang dinamakan Sahara Loop. Sahara Loop ni diinspirasikan dari kawasan Timur Tengah yang pernah dilawati oleh Kak Aina dan keluarga. Kat sini disediakan tempat duduk dan binaan untuk membuat unggun api. So, bila waktu malam, korang boleh hidupkan unggun api, lepak bakar marshmallows ataupun jagung sambil menunjukkan bakat menyanyi dan sebagainya. Kalau cuaca baik, boleh menyaksikan taburan bintang-bintang di langit malam. Best ke idok??? Masa aku pi hari tu, aku takde tripod. Cuaca sikit punya baik. Kalau buat stargazing photography mesti menarik!

Bagi korang yang nak mengisi perut, terdapat Terrace Cafe di sini. Terrace Cafe menyediakan pelbagai hidangan Melayu dan Barat. Tak lupa juga, pelbagai minuman yang menarik. Tapi bagi korang yang stay in group kat sini, terdapat package bersekali dengan breakfast dan dinner. Tapi, korang boleh je pi cafe tu kalau rasa nak merasa menu-menu yang disediakan. Antara menu yang aku suka, nasi daging hitam dengan sambal yang mantopppp itu. Scones pun sedap. Minuman special kat sini ialah latte gula melaka. Dessert kat sini sedap-sedap.. trust me sebab Puan Laila tu memang pakar bab-bab ni.

Menyentuh tentang flora dan fauna di sini, JRF dikelilingi dengan pelbagai jenis spesis bunga-bungaan, buah-buahan dan pokok-pokok herba. Menariknya di sini, kalau korang pi merayap kat kawasan ni, ada pokok-pokok yang diletakkan QR code. Korang boleh scan code berkenaan bagi mendapatkan info lanjut mengenai pokok-pokok tersebut.

Di antara tumbuhan yang terdapat kat sini ialah avocado, organik lemon, markissa, vanilla, coffee, black pepper, kayu manis, peanut butter plant dan banyak lagi. Kena pi sini untuk tengok sendiri. Kalau parents korang atau korang sendiri suka dengan benda-benda ni, memang sesuailah ke sini. Garden tour juga disediakan dan lazimnya akan dibawa oleh Puan Laila sendiri.

Selain daripada garden tour, JRF juga menyediakan aktiviti horse petting. Di sini, terdapat 3 ekor kuda yang dibela di bahagian bawah farmstay. Nama ketiga-tiga tu aku tak ingat la. So, kalau korang ada anak kecil, aktiviti horse feeding/petting boleh dilakukan. Selalunya mereka diberi makan carrot.

Haiwan-haiwan kecil juga boleh dilihat di sini antaranya sesumpah atau chameleon dan pelbagai jenis burung-burung. Ada one time, sekumpulan burung-burung kecil terbang di kawasan ni. Aku tak sempat nak snap sebab tak bawa lens telephoto tu. Tak sure spesis apa.

Haiwan-haiwan kecil juga boleh dilihat di sini antaranya sesumpah atau chameleon dan pelbagai jenis burung-burung. Ada one time, sekumpulan burung-burung kecil terbang di kawasan ni. Aku tak sempat nak snap sebab tak bawa lense telephoto tu. Tak sure spesis apa. Chameleon tu kadang-kadang kat atas pagar cafe korang boleh nampak dia bertukar warna.

Selain daripada aktiviti yang disebutkan di atas, banyak lagi aktiviti yang boleh korang buat kat sini. Antaranya ialah pot painting (mewarna pasu), menaiki 4WD mengelilingi kawasan kampung atau hiking ke Hutan Simpan Lenggeng untuk ke jeram atau melihat haiwan-haiwan liar. Antara haiwan yang ada di kawasan ni, korang boleh lihat pada banner di bawah:

Wildlife Surrounding Jelatok Retreat Farm

Tapi at the moment, aktiviti hiking ni tak dibuat sebab kawasan tersebut terkesan semasa banjir tempohari. Depa pun tak check lagi keadaan terkini di sana.

Di samping itu, korang boleh juga membeli anak-anak pokok di sini ataupun pasu-pasu hiasan lukisan tangan untuk dibawa pulang.

So, demikianlah serba-sedikit perkongsian aku mengenai Jelatok Retreat Farm ni. Terima kasih kepada company dan Kak Aina sekeluarga untuk pengalaman ni. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jelatok Retreat Farm ni, details aku sertakan di bawah ni:

Alamat: Lot 4065, Kampung Jelatok, Mendom, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan.

Telefon: 017-2218451 / 012-9798114

Website:lenggeng.my




Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.