Sharing is caring

Assalam dan hai semua! Bertemu lagi di dalam post kali ni. This time, aku nak share dengan korang trip solo aku ke Padang pada 3-5 Jun 2023 yang lepas semasa cuti birthday Agong pada hari Isnin tu. Aku sebenarnya takde plan sangat nak ke mana pada awalnya tapi disebabkan aku baru tahu Isnin tu cuti selepas diberitahu oleh officemate aku, terus kepala ligat nak pi somewhere. Plannya sama ada nak staycation di hotel sekitar Lembah Klang, Penang atau Langkawi. Tapi bila check harga tiket pada 2hb tu (seperti biasa last minute baru nak kelam-kabut), harga ke Langkawi kemain mahal ya. Dekat RM800! Gile apoooo.. so bila aku check Padang, harga cuma RM170 lebih pergi dan balik dalam RM200 lebih. So, not bad juga bila dah termasuk tax, beli extra hand carry dan lain-lain, dapat la dalam RM500 lebih camtu. Maka, ke Padang la aku selama 3 hari 2 malam tu.

Tapi sebelum tu, apa kata korang subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Semoga tercapai target aku untuk 20,000 subscribers pada tahun 2023 ni. Hehehe…

Okay, aku ke sini memang takde proper planning sangat. Yang pasti. aku cuma nak JJCM je. Aku dah Google laman web yang suggest tempat makan yang menarik di sekitar Kota Padang ni antaranya yang wajib nasi padang, sate dan sebagainya. Takde plan pun nak ke Bukittinggi dan lain-lain. Tapi, bila sampai kat sana, on the way nak ke hotel dari airport, aku saja ringankan mulut bertanya Pak Osri, driver Grab tu kalau dia ada buat tour sekitar Padang. Dia kata boleh je dengan harga sekian-sekian. Dan memandangkan aku memang free and easy kat sini, aku onzzz je untuk ke Bukittinggi pada keesokan harinya.

Anyway, sebelum aku cerita dengan lebih lanjut, berikut adalah budget aku untuk solo trip 3 hari 2 malam di Padang, Sumatera Barat ni.

Budget

Return flight: KUL-PDG via AirAsia
(pick a seat, extra 7kg hand carry (PDG-KUL), no food, no insurance)
548.00
Hotel Ibis Padang (via Booking.com)
Standard Double Room with Sea View with breakfast x 2 nights
482.00
Airport transfer:
Airport to hotel (Grab car – IDR150k)
Hotel to airport (included in last day tour)
47.00
Transportation
via Grab car within Kota Padang
26.00
Bukittinggi Tour*
Air Terjun Lembah Anai, Padang Panjang, Bukittinggi, Danau Singkarak, Panorama 2

286.00
Last Day City Tour*
Old Town, Jambatan Siti Nurbaya, Bukit Bacancang, souvenir shop, Masjid Raya & airport
110.00
Entrance Fee
Air Terjun Lembah Anai (IDR10k), Lubang Japang (IDR15k), Guide Lubang Japang (IDR100k)
40.00
Souvenirs (Ummi Aufa Hakim)
Kerepek, pes masakan, etc. (IDR860k)
273.00
Other expenditure
Makan, shopping, etc.
300.00
TOTALMYR 2,112.00
*Note: Aku menggunakan khidmat pakcik Grab car yang menghantar aku ke hotel dari airport. Kira chartered la kaedahnya.

Ia akan lebih murah kalau korang pergi berdua atau lebih sebab boleh share bayar some of the items especially hotel, transportation dan tour. Dan memandangkan aku pi sorang je, maka terpaksa hadam je la kosnya. Kalau pi berdua maybe boleh dapat RM1000 seorang untuk flight, hotel dan transportation tetapi tidak termasuk makan dan sebagainya.

Untuk cash, aku tukar sebanyak IDR 3 juta iaitu bersamaan dengan MYR 954 (kadar pertukaran 0.000318 as per 2 June 2023).

Visa

Sekadar maklumat tambahan, untuk memasuki Padang atau Indonesia secara amnya, kita sebagai warganegara Malaysia TIDAK MEMERLUKAN VISA. Passport semestinya yang masih valid la. Cuma apa yang perlu dilakukan ialah mengisi entry form yang diagihkan semasa sampai di airport sebelum melalui imigresen. Kalau korang tak dapat borang tu macam aku hari tu, just tanya atau minta pada staff yang jaga di situ. Borang tu kena isi nama, tempat/hotel yang korang tinggal dan sebagainya.

Hotel

Hotel Ibis Padang – Standard Double Room with Sea View (with breakfast buffet)
πŸ“ https://shorturl.at/iuBHM

  • Aku stay di bilik 809 yang menghadap view laut, memang aku request for higher floor. View lautnya agak sayup di hadapan. Aku rasa view gunung lagi menarik sebab boleh nampak Gunung Singgalang dan Gunung Marapi dengan jelas dan viewnya menarik semasa sunrise. Untuk pengetahuan korang, Gunung Marapi ialah gunung berapi paling aktif di Sumatera dan selalu mengeluarkan asap dari puncaknya.
  • Biliknya selesa dan bersih. Aircond berfungsi dengan baik. Cuma mini fridgenya sahaja tak berapa nak sejuk.
  • Bilik airnya terlalu comel. Mengingatkan aku pada toilet di Japan. Memang agak compact. Tetapi lengkap dengan hair dryer dan lain-lain. Hot shower pun bagus dan airnya laju.
  • WIFI laju di bilik dan sekitar kawasan hotel (lobi dan cafe).
  • Cafe terletak di level roof top dengan pemandangan laut dan gunung-ganang. Pelbagai hidangan menu tempatan dan international untuk sarapan pagi. Antara menu tempatan yang dihidangkan ialah lontong, soto ayam, bubur, bubur kampiun, nasi uduk tempe dan banyak lagi. Selain daripada itu terdapat juga waffle, kuih-muih dan sebagainya.
  • Terdapat kolam renang di bahagian luar hotel, tapi aku tak pergi pun sini.
  • Hanya beberapa meter ke Masjid Raya Sumatera Barat yang terkenal dengan rekabentuk Minangkabau yang moden itu.
  • Rumah Makan Sederhana (hidangan Nasi Padang) terletak lebih kurang 400 meter dari hotel ni. Aku menapak je dari restoran ni ke hotel ni lepas lunch on the day nak check-in tu. Takde la jauh mana.
  • Pantai Padang terletak lebih kurang 2 km dari hotel ni. Kalau malas nak jalan, boleh ambil Grab je.
  • Di sekitar hotel ni terdapat kedai-kedai runcit, gerai makan dan kafe.

Simcard

  • Aku baru tahu yang sekarang ni agak susah untuk para pelancong luar untuk membeli simcard tempatan. Tak macam dulu. Even di airport pun aku tak jumpa kedai telco.
  • Aku singgah di kedai telco berhampiran Ibis Hotel dan diberitahu kalau nak beli simcard kena daftar menggunakan kad pengenalan dan alamat tempatan. So, bagi aku sangat tak mesra pelancong luar lah.
  • Ada peniaga yang beritahu cuma beberapa kedai je yang boleh daftarkan menggunakan pasport tapi jenuh la aku nak mencari.
  • End up aku roaming je menggunakan package yang ditawarkan oleh Celcom iaitu MYR 25 untuk 3 hari. Kalau roaming biasa, Celcom charge MYR 38 per day.
  • Mungkin ada kaedah lain untuk dapatkan simcard tempatan yang aku tak tahu. Kalau siapa tahu, share lah di ruangan komen ya.
  • Update October 2023: Oh! Aku baru terjumpa. Alternatively, korang boleh guna TuneTalk Traveller SIM yang berharga di antara MYR 35 – 70 untuk tempoh selama 7 hari. Simcard boleh dibeli di KLIA, KLIA2, KKIA dan Penang Airport. Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini.

Itinerary

Itinerary aku ialah free and easy lebih kepada untuk jalan-jalan cari makan. Cuma satu hari sahaja aku ke Bukittinggi which is actually aku agak menyesal sikit pergi sebab kebetulan hari minggu dan kalau tak silap cuti panjang di Indonesia. So, traffic nak ke Bukittinggi memang hazab! Kalau ikut plan nak ke Bukittinggi dan Pagar Ruyung tapi disebabkan slow traffic, terpaksa cancel ke Pagar Ruyung.

Aku rasa adalah lebih baik hari tu aku just spend di Kota Padang berjalan-jalan cari makan dan buat city tour je. Maybe kalau korang nak ke Bukittinggi tu, better pergi pada weekdays dan elakkan hari minggu atau public holiday di Indonesia. Macet seperti setan ya!

Anyway, berikut ialah itinerary aku untuk 3H2M di Padang ni:

  • Day 1: KUL-PDG, free and easy, Rumah Makan Sederhana, Rumah Makan Fuja, Pantai Padang
  • Day 2: Air Terjun Lembah Anai, Kota Padang Panjang (Sate Mak Syukur), Bukittinggi, Danau Singkarak, Panorama 2. Pagar Ruyung cancel sebab jem!
  • Day 3: City Tour – Old Town, Jambatan Siti Nurbaya, Bukit Bacancang, souvenir shop, Masjid Raya, PDG-KUL.

Actually, sebelum pergi, aku dah listkan tempat-tempat makan yang aku nak singgah tapi tak dan nak pergi semuanya. Lagipun perut ni bukannya boleh nak sumbat banyak-banyak. Makan sikit dah kenyang. So, aku share kat sini mana yang sempat aku singgah je la.

Day 1

RUMAH MAKAN SEDERHANA

πŸ“ https://goo.gl/maps/WQ8gHamtyHKkmtrz7

Memandangkan flight aku dari KL pada jam 11 pagi dan sampai di Padang juga pada jam 11.10 pagi waktu tempatan, maka sementara nak menunggu waktu check-in, dari airport aku terus booked Grab car ke Rumah Makan Sederhana untuk makan tengahari. Restoran ni terletak cuma 400 meter dari Ibis Hotel. So, later lepas makan, aku boleh terus jalan kaki je untuk ke hotel.

Rumah Makan Sederhana ialah antara rangkaian restoran nasi padang yang terkenal di Indonesia. Kat Malaysia pun ada rasanya. Cuma bezanya bagi aku, kat sini harganya lebih murah la. Seperti biasa, kalau makan nasi padang, depa akan hidang lauk-pauk dalam piring kecil untuk kita pilih. So, untuk tengahari ni aku memilih lauk-pauk iaitu gulai tunjang (urat lembu favorite aku), sambal udang petai berlado, belut goreng sambal hijau, ayam goreng, sambal lada merah dan es jeruk. Semuanya berharga IDR 125,500 iaitu sekitar MYR 38.55. Agak murah kan?

Belut goreng sambal hijau tu first time aku makan, Sedap gila kot bagi aku. Rangup! Mula-mula aku ingatkan ayam goreng ke apa, so aku tanya waiter kat situ. Rupanya belut. Masa aku post kat IG pun member aku kata memang sedap dan susah gila nak jumpa kat Malaysia. So, next time, aku boleh order lagi menu ni

RUMAH MAKAN FUJA

πŸ“ https://goo.gl/maps/q4SpApaAyn1VHmia9

Ini restoran yang ada dalam list yang sempat aku pergi. Banyak website wisata kuliner yang masukkan restoran ni dalam list mereka. Terkenal kerana hidangan makanan lautnya. Aku ke sini untuk dinner. Set nasi padangnya datang bersekali dengan beberapa lauk-pauk. Aku ingatkan macam kat Rumah Makan Sederhana yang mana hidangan yang kita makan je yang akan dikira. Kat sini semua lauk yang dihidang tu dah termasuk dalam harga set tu iaitu berharga IDR5000. Lauk pauk yang dihidangkan ialah gulai jering (ni sedap berlemak ya!), terung berlado, sambal merah, gulai pucuk ubi (aku rasa), sayur peria, another sambal hijau dan ulam timun dan salad. Aku tambah 2 set udang bakar – 3 ekor setiap set (IDR80,000), 1 set cumi/sotong bakar – 5 cucuk setiap set (IDR30,000), 2 gelas es jeruk (IDR20,000). So, total dinner aku yang sangat memuaskan hati tu berharga IDR99,000 iaitu lebih kurang MYR 31.50. Murah gila kan?

Udang bakarnya memang aku suka gila sebab sangat berasa rempahnya. Lemak dan ada hint of daun limau purut. Cuma sedikit je masin korang makan camtu. Makan ngan nasi just nice. Aku tak order ikan bakar sebab takut banyak nanti tak habis. Yang order ni pun dah cukup mengenyangkan.

PANTAI KOTA PADANG

πŸ“ https://goo.gl/maps/XRLBeVefux7bR68E6

Aku lepak di pantai berhadapan dengan Rumah Makan Fuja ni je sebab malas nak berjalan sangat. Ikutkan nak mencari juga signage Padang dan arah negara-negara dari Padang ni tapi aku malas nak menapak ke sana. Hahaha. So, duduk melepak few minutes kat atas binaan batu di situ untuk melihat sunset. Tapi sayang, sunsetnya tidak berapa dramatik dan cantik sebab banyak awan. Struktur batu diletakkan di sepanjang pantai ni untuk menghalang air laut dari melimpah ke jalan raya di sepanjang pesisir Pantai Padang ni. Selain tu, ia juga menjadi lokasi warga tempatan untuk melepak dan makan-makan bersama keluarga dan teman-teman. Terdapat banyak gerai-gerai menjual makanan di sepanjang pantai ni seperti jagung bakar dan makanan tempatan yang lain.

Selepas selesai dinner kat Rumah Makan Fuja tu, sebelum pulang ke hotel, aku mengambil kesempatan untuk menggunting rambut kat kedai yang terdapat di sini. Murah dengan harga IDR20,000 lebih kurang MYR 6.00 lebih camtu. Lega sikit bila rambut dah kena tebas walaupun bukan style yang Dexter, hairstylist aku selalu buat. Lantak la.. malas nak fikir. Hahahaha..

Selesai melepak kat Pantai Padang, makan di Fuja dan gunting rambut, aku terus ambil Grab dan pulang ke hotel. Masa tunggu Grab tu, ada la sekumpulan kanak-kanak dok tegur aku, siap dengan punchline “kamu nanya? kamu bertanya-tanya?” Jenuh nak melayan! Hahaha. Sebelum balik hotel, aku singgah di kedai runcit berdekatan membeli roti dan sedikit manisan. Takde dessert lepas makan macam tak lengkap pula kan? So, that’s about it pada hari pertama di Padang.

Day 2

Hari ni aku akan ke Bukittinggi bersama Pak Osri, driver Grab yang aku booked semalam. Nak dijadikan cerita, pagi lepas subuh, aku dok belek Instagram dan perasan ada satu message request malam tadi. Aku buka dan baca, rupanya dari seorang warga tempatan bernama Rahmad. Maybe dia perasan based on IG story location kot aku rasa. So, dia suggest aku pi try makan es durian somewhere dekat Padang ni. Aku reply Insyallah kalau sempat aku pergi sebab pagi ni aku nak ke Bukittinggi. Dan memandangkan aku pi sorang je, so aku ajak dia join kalau dia free. So, he agreed dan kitorang jumpa sekitar jam 8.45 pagi lepas aku selesai breakfast. Lagipun janji dengan Pak Osri around that time juga.

Untuk breakfast pula, pagi ni aku ambil sikit je sebab perut tak berapa sedap. Sebabnya semalam dah makan petai dengan jering. Korang faham je la detox dia macam mana kan??? Hahahaha.. Tu yang aku suruh Pak Osri datang lewat sikit walaupun pada asalnya nak gerak sekitar 8.15 pagi camtu. Aku pun tak berani nak makan banyak-banyak, takut buat hal sepanjang jalan nanti. Walaupun menu breakfastnya menarik juga antaranya nasi kunyit kepal apa entah. Aku cuma jamah sikit soto, lontong dengan bubur kampiun.

KUIH BIKA SIKUMBANG

πŸ“ https://goo.gl/maps/ZTeGHbDwihK2geL79

Kami singgah di gerai kuih Bika Sikumbang ni yang terletak di daerah Pariaman, semasa dalam perjalanan ke Bukittinggi. Menurut Pak Osri, gerai ni menyediakan kuih bika yang dibuat fresh setiap hari. Kuih bika ni diperbuat daripada tepung beras yang dicampur dengan parutan kelapa dan gula, yang diletakkan di dalam acuan beralas daun baru/waru. Ia dibakar dengan menggunakan bahan api daripada sabut kelapa. Bagi aku, rasanya lebih kurang macam kuih dangai dari Kedah tu. Dan teksturnya pula macam satar Terengganu. Kalau korang tambah isi ikan, sikit rempah dan cili api, aku rasa confirm rasa cam satar tu.

Bagi aku sedap juga la. Lemak dan tak terlalu manis. Sedap kalau dibuat minum petang, makan dengan hidangan teh o atau kopi o panas. Aku beli 20 biji dengan harga IDR20,000 (lebih kurang MYR 6.00 lebih). Sepanjang jalan aku dok mengunyah benda ni. No wonder, bila kat Bukittinggi aku kekenyangan dan tak larat nak menjamah nasi kapau yang terkenal kat situ. Haihhhh… rugi pula rasa!

AIR TERJUN LEMBAH ANAI

πŸ“ https://goo.gl/maps/9c5DSxTMobH593Px7

Air terjun ni terletak betul-betul di tepi jalan on the way ke Bukittinggi. Kawasan air terjunnya kecil sahaja. Bayaran masuk ke sini ialah IDR10,000 (lebih kurang MYR 3.00 lebih). Tak lama pun lepak sini. Just ambil gambar untuk cukup syarat je. Hahaha. Kalau korang banyak masa nak berendam boleh je. Ada tandas disediakan di tepi jalan tu. Gerai-gerai pun ada juga. Di hadapannya terdapat jambatan landasan keretapi lama yang dibina semasa pemerintahan Belanda. By the way, monyet di mana-mana ya. Biasalah dah nama pun kawasan hutan.

SATE MAK SYUKUR

πŸ“ https://goo.gl/maps/XjPoLk69vD3V83S17

Sate Mak Syukur ni pun ada dalam list JJCM aku. Mulanya aku dah cancel nak pergi sini sebab lokasinya jauh dari Kota Padang. Tapi memandangkan lokasinya terletak dalam perjalanan ke Bukittinggi, maka wajiblah singgah. Menurut Pak Osri, Sate Mak Syukur inilah sate Padang/Minang yang original. Sate ni sudah mula dijual sejak 1940-an di Kota Padang Panjang yang terkenal dengan gelaran “Serambi Mekah” kerana di daerah ni terdapat banyak pesantren atau sekolah tahfiz al-Quran.

Keistimewaan sate ni bukan saja terletak pada dagingnya yang lembut dan berlemak, tapi kuahnya. Tak sama macam kuah kacang yang selalu kita makan di Malaysia ni. Kuahnya likat berlemak dengan rasa rempah-ratus dan hint of daun limau purut. Sedap bagi aku. Sate yang dibakar ni akan dicampur dengan ketupat/lontong dan disiram dengan kuah yang banyak. Kemudian korang boleh menceduk kuah ni dengan keropok kulit sapi (lembu) dan makan macam tu. Begitulah cara orang sini makan sate Mak Syukur yang diajar oleh Pak Osri.

Sebenarnya selain dari daging lembu, ada bahagian lain juga yang dijadikan sate seperti jantung dan lain-lain. Patutnya aku try sate perut sebab aku paling suka sate perut Haji Samuri di Kajang tu.

Sate ni juga sangat famous dan menjadi lokasi wajib untuk disinggah. Bukan sahaja rakyat biasa, lokasi ni juga menjadi tumpuan para Presiden Indonesia dan VVIP yang lain untuk menikmati sate asli Minang ni. Sate ni katanya takde buka cawangan di mana-mana. Satu ni je sebab nak menjaga kualiti satenya.

So, kalau korang ke Bukittinggi, boleh la singgah di sini untuk menikmati sate Minang yang original!

LUBANG JAPANG, TAMAN PANORAMA BUKITTINGI & NGARAI SIANOK

πŸ“ https://goo.gl/maps/DYwj2thJ9eqhuv779

Lubang Japang atau Japanese Tunnel ni merupakan terowong yang dibina secara rahsia oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Ia dibina sepanjang 6 kilometer dan selebar 2 meter. Terowong ni sangat kukuh dimana tanah asalnya jika bercampur dengan air menjadikannya semakin kuat. Semasa gempa bumi Padang 2009 dulu pun tidak banyak merosakkan struktur terowong ni. Selain tu, kehebatan binaan terowong ni ialah ia tidak bergema.

Ia bukan sahaja berfungsi sebagai tempat persembunyian, malah pusat operasi ketenteraan, simpanan senjata, penjara dan lain-lain. Di sini juga terdapat ruangan dapur tetapi bukan untuk memasak tetapi tempat memotong mayat tahanan supaya menjadi lebih kecil untuk dibuang keluar melalui lubang dan sungai di bawahnya. Scary kan?

Harga tiket masuk ke sini ialah IDR15,000 (MYR 4.80). Terdapat juga khidmat tour guide di sini yang korang boleh hire untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah terowong ni dengan bayaran IDR100,000 (MYR 32.00). Kalau tak nak, korang boleh merayap je sendiri based on brief yang diberikan sebelum masuk ke terowong tu.

Taman Panorama Bukittinggi ni pula terletak bersebelahan dengan Lubang Japang. Di sini terdapat banyak kedai-kedai menjual pelbagai souvernirs khas Padang. Selain itu, di sini juga korang boleh menyaksikan pemandangan Ngarai Sianok, iaitu lembah yang berlatar belakangkan Gunung Singgalang. Kawasan lembah ni telah banyak kali runtuh disebabkan gempa yang melanda kawasan ni.

JAM GADANG, BUKITTINGGI

πŸ“ https://goo.gl/maps/6FZqVQCLZLuq6ZF19

Inilah tujuan tour ke Bukittinggi ni. Jam Gadang dan dataran di sekitarnya. Ya Allah… rengse ya nak sampai ke sini. Jalan cuma satu hala pergi, satu hala balik. Kalau di hadapan ko tu lori, terpaksalah membontoti sehingga boleh dipotong. Kena pula time aku pergi ni hari minggu dan hari liburan di sana, slow gila ya trafik sampai aku dah takde mood nak keluar bergambar di Jam Gadang ni. Nasib la Pak Osri gigih suruh aku keluar pi ambil gambar. Ikutkan aku nak snap dari dalam kereta je. Hahaha. Kena pula umat manusia kemain ramai lagi. Memang la aku tak berminat dengan tempat-tempat bersesak ni.

Anyway, Jam Gadang ni dibina oleh Belanda pada 1926. “Gadang” bermaksud besar dalam bahasa Minang. Jam ini digerakkan oleh mesin yang dibuat di Jerman. Cuma ada 2 je mesin ni di dunia iaitu di Big Ben London dan Jam Gadang ni sendiri.

Menariknya lagi, Jam Gadang dibangun tanpa menggunakan besi penyangga dan adukan simen. Campurannya hanya kapur, putih telur, dan pasir putih. Hebat kan binaan orang dulu-dulu?

Di sekitar dataran Bukittinggi ni terdapat banyak kereta kuda atau dipanggil “bendi” oleh orang tempatan. Kalau korang berminat nak naik, boleh la try. Harganya maaf, aku tak tahu.

So, lepas selesai mengambil serba sedikit foto dan video di kawasan ni, aku ajak Pak Osri terus balik. Nak singgah makan Nasi Kapau yang famous kat sini pun tak jadi sebab aku masih kenyang. Ye la, sepanjang jalan tadi aku dok makan kuih bika tu. Kenyang jadinya. Lagipun, aku rasa jalan balik pun mesti jem juga. So, better gerak awal. Plan nak ke Pagar Ruyung terpaksalah cancel sebab dah agak lewat nak ke sana. Tu pun makan masa sejam lebih kalau tak jem. Nanti pukul berapa pula nak sampai Kota Padang kan? Next time lah.

Jadi, hala balik ni Pak Osri ikut laluan lain untuk singgah di Danau Singkarak. Pak Osri dan Rahmad kata view Singkarak lagi better dari Danau Maninjau. Aku follow je la kan. Tapi tengok keadaan cuaca yang mendung ni, aku dah mentally prepared yang takkan dapat view yang cantik. Lainlah kalau panas dan langit membiru. Redho je la…

Anyway, sepanjang perjalanan pergi dan balik ke Bukittinggi ni korang disajikan dengan pemandangan yang menarik kawasan pertanian yang subur. Rumah-rumah di sini kebanyakannya menanam padi sendiri di halaman rumah, selain terdapat kolam-kolam menternak ikan. Pelbagai jenis tanaman yang korang nampak. Jagung dan pelbagai jenis sayuran. Memang subur tanah kat sini sebab di kawasan kaki gunung berapi.

DANAU SINGKARAK

πŸ“ https://goo.gl/maps/e1A5HPDrEFMeP13V9

Kami singgah di Danau Singkarak on the way balik ke Kota Padang dari Bukittinggi. Danau Singkarak ialah salah satu daripada 2 tasik terbesar yang terdapat di Sumatera Barat selain dari Danau Maninjau. Terdapat lagi 2 tasik yang lebih kecil iaitu Danau Diatas dan Danau Dibawah yang terletak di atas kawasan gunung yang terkenal sebagai kawasan camping menurut Pak Osri.

Kami singgah di kawasan Dermaga Singkarak sebentar untuk minum selain membolehkan Pak Osri berehat sebelum meneruskan perjalanan pulang. Seperti yang aku jangka, viewnya kurang menarik disebabkan cuaca mendung. So, aku cuma snap sikit je la sebab aku sendiri pun dah penat. Hahaha.. Kalau cuaca elok ni confirm dapat gambar menarik sebab tasik ni berlatar belakangkan banjaran gunung-ganang yang menghijau.

PANORAMA 2 SITINJAU LAUIK

πŸ“ https://goo.gl/maps/iMuAAbzxJhJaR3pD8

Second last stop sebelum balik ke hotel. Laluan di sini memang jalannya bengkang-bengkok menuruni kawasan tanah tinggi dengan lori-lori besar membawa muatan. Ini adalah laluan utama lori-lori membawa barangan dari Pulau Jawa ke Sumatera. Kami sampai sini dah masuk malam dan kawasan ni kebanyakannya tiada lampu jalan dan agar mencabar. Tapi Pak Osri dah biasa. So, Alhamdulillah la. Pak Osri bawa kami berehat di gerai atas bukit menghadap view Kota Padang pada waktu malam. Dan semakin dinihari, kawasan ni semakin sesak dengan kebanyakkan anak muda yang datang bermotorsikal untuk bersosial sambil menikmati hidangan Indomee dan minuman panas. Meriah tapi pakcik kau ni biji mata dah kelayuan dengan badan melekit dan tak sabar nak mandi! Kalau ikutkan jarak dari sini tak jauh mana pun tetapi sebab laluannya mencabar, itu yang agak mengambil masa.

Dan di Panorama 1 laluannya paling mencabar untuk semua kenderaan terutamanya lori besar kerana selekohnya hampir 180 darjah. Aku rasa macam ada pernah tengok video laluan ni di Youtube yang menunjukkan lori dan bas yang melalui kawasan ni. Dan di sini kalau hari hujan, jalannya sangat merbahaya. licin dan kejadian tanah runtuh.

Oh! By the way, aku kat atas ni pekena kopi O panas dengan Indomee. Sedap pulak rasa bila makan panas-panas dalam cuaca yang dingin. Pak Osri dan Rahmad dah kesejukkan tapi aku masih steady. Aku kan suka winter. Sejuknya tak mencabar langsung! Tiber riak. Hahaha..

PUSAT OLEH-OLEH UMMI AUFA HAKIM, KOTA PADANG

πŸ“ https://goo.gl/maps/aJo96vqbV9hnkbY56

Last stop sebelum Pak Osri hantar aku balik ke hotel. Memang aku request nak singgah kedai souvenirs untuk beli something untuk famili dan kawan-kawan. So, Pak Osri bawa ke sini. Barang produk asal Padang boleh didapati di sini terutamanya makanan seperti kerepek, bumbu masakan, kuih dan sebagainya. Barang-barang seperti kain, t-shirt dan lain-lain pun ada dijual. Antara produk pilihan aku ialah kerepek ubi cili merah dan hijau (cili hijau ni first time aku jumpa dan lebih pedas), keropok belinjau pedas, kerepek rendang telur, pes masakan Minang seperti asam pedas, dendeng, rendang dan lain-lain serta coklat rendang! Ya, coklat rendang! Tapi takde la rasa rendang sangat pun cuma ada cebisan daging macam serunding tu. Tapi rasa coklat tu still strong.

Bestnya beli kat sini ialah diorang boleh tolong bungkuskan dengan kemas dalam kotak. So, takde la huru-hara dengan plastik bagai. Nak check-in pun boleh atau nak hand carry pun boleh. Memandangkan aku dah beli extra 7 kg hand carry, aku minta diorang timbang siap-siap supaya tak terlebih berat. Bayaran pula boleh dibuat menggunakan cash atau credit card.

Selesai membeli souvenirs ni, Pak Osri terus hantar aku balik ke hotel. Dia pesan esok kalau nak ke airport, dia suruh Whatsapp je bagitau. Aku pun macam, nanti lah aku fikirkan sama ada nak rest je atau nak ambil kesempatan untuk merayap last minute sebelum pergi ke airport. Yang penting la ni aku nak mandi dan rehat. Barai weh sehari suntuk keluar. I felt sorry for Rahmad sebab aku tak larat dah nak lepak mengopi balik tu sebab memang aku letih gila. Terima kasih kat dia juga sebab luangkan masa pi Bukittinggi tu. Ikutkan, aku sebenarnya macam nak makan Sate Itjap yang terletak lebih kurang 350 meter je dari Ibis. Memang ada dalam list JJCM. Tapi mata aku dah tak larat nak dibuka…

Day 3

Plan asal aku nak berjalan kaki menunaikan solat subuh kat Masjid Raya tak kesampaian. Aku terjaga lagi setengah jam subuh nak habis! Hahahaha.. Keluar ke koridor, usha masjid, tengok lampu luarnya sudah dipadam. Punah harapan.. hahahaha.

So, lepas breakfast, aku Whatsapp Pak Osri minta dia ambil around 10 am camtu sebab aku nak pi kedai oleh-oleh tu semalam sebab nak beli lagi pes masakan. Macam tak cukup la pula sebab nak bagi member-member aku kat Cyberjaya ni. So, nak tambah sikit lagi. Oh! Pagi ni ada menu nasi uduk tempe dengan lontong dan kuah pakis masak lemak. Sedap ya!

Kiranya aku check-out awal. Tapi sebelum ke kedai oleh-oleh, Pak Osri bawa aku ke Kota Tua Padang di mana terdapat bangunan lama peninggalan Belanda yang masih ada sehingga sekarang. Di hadapannya pula, terdapat sungai dan barisan bot-bot yang membawa pelancong di pulau sekitar seperti Pulau Mentawai. Pas Osri kata, Pulau Mentawai ni antara pilihan warga Australia untuk surfing kerana ombaknya besar. Kemudian, kami singgah di Jambatan Siti Nurbaya. Siti Nurbaya merupakan figura yang terkenal di Padang dengan kisahnya yang dipaksa untuk berkahwin dengan orang tua. Korang boleh Google kisah ni. Aku malas nak type. Hahahha.

Selepas ke jambatan ni, Pak Osri bawa aku ke Bukit Bacancang di mana aku boleh tengok pemandangan Lautan Hindi dan pulau-pulau kecil di sekitar Padang ni. Antaranya Pulau Pisang Kecil dan Pulau Pisang Besar. Kalau air surut, pengunjung boleh berjalan kaki ke Pulau Pisang Kecil melalui beting pasirnya. Di bawahnya pula, boleh nampak Pantai Air Manis yang terkenal dengan batu Malin Kundang tu. Ala-ala cerita Si Tanggang yang disumpah oleh ibunya menjadi batu. Cerita lebih kurang sama cuma nama berbeza. Tapi apa yang aku baca, batu tersebut adalah replika yang dibina oleh seorang karyawan tempatan bagi mengingatkan lagenda tempat ni.

Kami singgah di gerai atas bukit ni untuk menikmati minuman sejuk dalam cuaca yang panas terik. Alhamdulillah, cantik sikit gambar yang diambil. Lama juga kami berborak terutamanya tentang travelling sebab Pak Osri sebelum balik ke Padang dan menjadi Grab driver, dia bekerja di Bali beberapa tahun sebagai diving instructor. Hebat orang tua ni ya!

Selesai menikmati minuman dan makan tempeyek di sini, Pak Osri angkut aku ke kedai oleh-oleh dan kemudiannya ke Masjid Raya Sumatera Barat yang aku tak sempat nak pergi pagi tadi. Walaupun panas terik, aku gigihkan juga mengambil gambar ya sebab bagi aku senibinanya sangat indah dengan gabungan elemen tradisional dan moden.

So, selesai snap few pics, aku terus dihantar ke airport sebab by 1.30 tengahari at least aku kena berada di sana sebab flight aku jam 4.00 petang. Biasalah, si Omaq memang kalut nak sampai awal kat airport kan.

Sampai airport, imigresen pun tak buka lagi untuk cop passsport. So, ada banyak masa tu, aku pi urut kaki kat kedai sebelah je Gate 6 International Boarding tu. Flight pun delay sebab flight dari KL lamberttt. Hampeh!

Anyway, itulah serba sedikit pasal travel aku untuk pertama kali di Kota Padang, Sumatera Barat ni. Insyallah, ada rezeki aku akan ke sini, maybe nak bawa Umi kot, untuk santai-santai JJCM. Oh! By the way, suprisingly masa pergi dan balik ni, ramai uncle dan auntie Chinese melancong ke Padang ni. Maybe sebab food kot kan? Sini makanannya sedap dan murah.

Okaylah, thanks for your time membaca blog aku ni. Mudah-mudahan membantu la serba sikit pada sesiapa yang nak datang ke sini. Kalau korang nak contact number Pak Osri, boleh hubunginya di +62 812-6667-8910.

Till then, jumpa di post akan datang. Take care and see you soon. Tata!


Check out trip Lombok aku pada awal November 2023 yang lepas. Trip 3 hari 2 malam je sempena birthday Umi aku. Detail budget aku share dalam tu.

Oh! By the way, di bawah ni latest travel blog aku ke Sapa, Vietnam pada bulan September 2023 yang lepas. Detail itinerary dan budget aku ada share di dalam tu.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.