Sharing is caring

A melanocytic nevus (also known as “Nevocytic nevus”) is a type of lesion that contains nevus cells (melanocytes). Some sources equate the term mole with “melanocytic nevus”. Other sources reserve the term “mole” for other purposes. The majority of moles appear during the first two decades of a person’s life, while about one in every 100 babies is born with moles. Acquired moles are a form of benign neoplasm, while congenital moles, or congenital nevi, are considered a minor malformation or hamartoma and may be at a higher risk for melanoma. A mole can be either subdermal (under the skin) or a pigmented growth on the skin, formed mostly of a type of cell known as a melanocyte. The high concentration of the body’s pigmenting agent, melanin, is responsible for their dark color. Moles are a member of the family of skin lesions known as nevi. ~ Wiki-apa-dia?!

Tu dia… scientific explaination pasal mole@fly-shit@tahi lalat. Aku tak tahu pun tahi lalat ni appear kebanyakannya masa usia 20-an. Masalahnya aku dah nak pertengahan 30-an dan ada je tahi lalat tumbuh melata. Mudakah aku sebenarnya?? Hahaha.. Tapi ada pendapat mengatakan mungkin petanda kanser. Na’uzubillah min dzalik. Mudah-mudahan tidak la ye. Dulu masa zaman-zaman universiti ada la kawan-kawan aku panggil aku Kakpah Versi Lelaki… apa kejadah ntah. Aku rasa mungkin aku genetically more close to Umi’s side. Umi pun memang berlambak tahi lalatnya. Sama macam Pak Anjang aku juga.

Aku teringat masa aku stay kat Bukit Jalil sekitar 2005, aku pergi ke Carrefour Sri Petaling. Ada satu booth this one Chinese lady buat mole removal. Aku pun singgah la sebab ada satu tahi lalat di belah pipi kiri aku ni macam agak besar (aku takut plak kalau jadi tahi lalat hidup ala2 Phua Chu Kang – siap ada bulu bagai kan? Hazab okay!).

Tak bleh bayangkan kalau jadi camni. Dun play-play!
Untuk remove tahi lalat harganya RM10 per mole. So okay la, janji boleh buang. Tak sakit mana pun. Dia just titis satu liquid, dan dalam beberapa hari tahi lalat tu kering dan tertanggal sendiri. Actually tahi lalat aku ni tak tanggal habis pun. Masih ada sikit lagi bakinya. Dan nak tahu tahi lalat yang tertanggal tu aku buat apa? Bungkus elok-elok dalam kertas dan simpan dalam wallet sampai sekarang! Korang ada??!! Hahahaha. Mana la tau kan kot aku dah kiok nanti, dunia memerlukan manusia macam aku.. leh la klon guna nih? Genius tak aku?

Diam tak diam dah 7 tahun aku simpan kau…
Sambungan lepas buat treatment tadi, amoi tu siap tunjuk la carta bagai berkenaan tahi lalat ni mengikut tafsiran kepercayaan dia. Wah! Macam-macam benda dia bagitau. Aku dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Mana boleh nak percaya benda-benda khurafat ni kan. Tapi paling tak tahan dia kat “Waa.. u ini banyak la tahi lalat. Tak berapa bagus tau. Suwey, suwey, suwey oo…” Wah! Dan-dan ko kata satu muka aku suwey kan? Mentang-mentang la nak buang sebiji RM10.. kali ngan yang melata kat muka aku ni.. sah-sah la bisnes ko meletup hari tu kalau aku buat kan? Banyak bijak ini amoi. Hahaha.. Takde maknanya aku nak ikut. Lantak la suwey ke tidak. Ada aku kesah? =P Tapi apapun aku happy dengan bintik-bintik tahi lalat kat muka ni. Harap-harap yang kecil baru tumbuh kat dagu ni visible lagi supaya aku boleh feeling-feeling gorjes macam seniwati Sa’adiah yang manis dengan tahi lalat sebegitu. Wahahahahahaha! (Sorry la aku tatau celebriti lelaki yang ada tahi lalat kat dagu). =P

Seniwati Sa’adiah

Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.