Sharing is caring

Pengenalan

Kali ni kita kembali dengan cheat day vlog di Cyberjaya dan Bukit Bintang! Aku malas nak bercakap sangat, so silent vlog je la ya.

Tapi, sebelum tu apa kata korang  support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.

Briskwalk di Taman Tasik Cyberjaya

Pagi Sabtu dimulakan seawal pagi dengan briskwalk sejauh 10 km di Taman Tasik Cyberjaya. Lazimnya, kalau weekend aku selalu pi kat Tasik Putrajaya tu. Tapi la ni malas nak drive ke sana. So, pusing berjalan kat sini je la.

Selesai briskwalk, aku terus ke Tamarind Square untuk breakfast.

Breakfast “mewah” di The Botanist

Kalau ikut plan asal, aku teringin sangat nak merasa sandwich yang famous kat Rawtee di Bukit Bintang tu. Tapi sebab tengah tak boleh nak buat keputusan sama ada nak staycation di KL atau tak, so aku breakfast je la kat sini. Normally kalau breakfast di The Botanist ni, aku suka order their big breakfast tapi kali nak try lamb sandwich pula. T20 juga harganya… RM30 termasuk dengan chips. Sekali sekala takpe la kot.

Jalan-jalan cari makan di Bukit Bintang

Tengah hari pula lepas zohor tu, aku ke Bukit Bintang untuk makan nasi ayam Hainan Chee Meng. Kedai nasi ayam ni memang kegemaran aku sejak tahun 1998 lagi masa first time makan kat sini. Kedai ni halal ya, so jangan risau.

Dessert biskut viral

Tak lengkap rasanya kalau tak cari dessert selepas makan. So, aku singgah pula ke Cookiecrumbs di Pavilion untuk mencuba biskut viral yang premium rasanya tu. Sekeping je dah RM10-12. Aku beli 3 keping je – sea salt triple choc, sea salt walnut dan red velvet cheese.

Lepak rooftop cafe

Sebelum pulang ke Cyberjaya, aku chill sekejap di rooftop cafe di Lot 10 sambil menikmati iced Americano dan biskut viral tu. Memang rich sangat rasa coklatnya. Yang red velvet tu pun sedap. In fact, takde la terlalu manis. Just nice untuk sesekali makan manis.

Penutup

So, that’s all weekend vlog aku kali ni. Dari briskwalk, food hunting sampai coffee break, semua cravings akhirnya berjaya dipenuhi. A simple Saturday, but definitely a Saturday well spent!

Bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Mudah-mudahan dapat aku nak buat travel content lagi di masa hadapan.

Jumpa lagi di post akan datang. Adios!


English summary:

Another silent vlog and cheat day around Cyberjaya and Bukit Bintang! Starting the Saturday early with a 10km brisk walk at Taman Tasik Cyberjaya, followed by a satisfying lamb sandwich breakfast at The Botanist, Tamarind Square. In the afternoon, I head to Bukit Bintang for lunch at my all-time favourite Hainanese chicken rice shop, Chee Meng, a place I’ve been coming back to since 1998. And yes, it’s halal! No food trip is complete without dessert, so I stop by Cookiecrumbs at Pavilion to try their viral cookies with a premium taste. Before heading back to Cyberjaya, I take it slow at a rooftop cafe in Lot 10 with a nice iced Americano. From a morning workout to food hunting, viral desserts and a relaxing coffee break, all the cravings have finally been satisfied. A simple Saturday, but definitely a Saturday well spent!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.