Sharing is caring

Nota: Vlog masih lagi dalam proses editing. Akan diupload soon. Tungguuu!

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya buat pembaca blog aku yang budiman. Selamat menyambut Hari Pekerja (walaupun aku tahu wish ni dah tak valid by the time post ni keluar). So, kali ni aku nak share aktiviti sempena public holiday ni iaitu staycation 3H2M di Kuala Lumpur.

Tapi, sebelum tu apa kata korang  support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.

Seperti biasa, trip aku kali ni ditemani dengan partner in crime aku yang setia iaitu Barak. Mulanya, Barak plan nak balik ke Dungun tapi last minute cancel. Dan memandangkan kami dah apply cuti pada hari Isnin tu, maka dizahirkan juga trip ini bagi memastikan momentum channel Youtube aku terus aktif. Not bad juga vlog kami ke Taman Negara tu. Thanks kepada semua yang menonton, share dan subscribe juga.

Okay, jom sambung pasal staycation 3H2M ke Kuala Lumpur ni.

Bajet 3H2M di Kuala Lumpur

Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, biar aku kongsikan bajet kami ke sana.

Indie Hotel Kuala Lumpur
• Medium Room x 1 malam
• Tanpa breakfast – Bilik untuk 2 orang
• Termasuk cukai
RM 187.50
Travelodge Kuala Lumpur City Centre
• Superior Twin Room x 1 malam
• Dengan breakfast – Bilik untuk 2 orang
• Termasuk cukai
RM 275.40
KL Tower Combo Package
• Sky Terrace & Observation Deck
• Free Glass Box (Merdeka 118 View)
• warga negara Malaysia (RM55 seorang)
RM 110.00
RapidKL 3-Days City Pass
• warga negara Malaysia (RM25 seorang)
RM 50.00
Jumlah perbelanjaanRM 622.90

So, perbelanjaan untuk kami setiap seorang ialah RM 311.45, tidak termasuk makan dan lain-lain.

Hotel 3H2M di Kuala Lumpur

Indie Hotel Kuala Lumpur – Medium Room

  • Hotel ni dah lama ada dalam list aku untuk staycation. Terletak di Bukit Ceylon dan berdekatan dengan Menara KL dan Bukit Bintang.
  • Tidak jauh dari stesen MRT Bukit Bintang. Kurang dari 1km, sekitar 10 minit berjalan kaki melalui Changkat Bukit Bintang. Juga berdekatan dengan Jalan Alor, lokasi terkenal di kalangan pelancong untuk mencari street food.
  • Hotelnya comel dan menarik. Persekitarannya bersih dan tidak sibuk.
  • Bilik yang kami stay ni just nice untuk 2 orang, bersih dan selesa. Dilengkapi dengan 2 katil single.
  • Kemudahan semua okay – aircond sejuk, hot shower panas dan airnya laju, WIFI juga berfungsi dengan baik.
  • Dan yang paling kami setuju ialah bantal, comforter dan tilamnya sangat empuk dan selesa! Best gila bantalnya. Like ko letak kepala, terus tenggelam dalam keselesaan. Jarang aku nak puji bantal hotel yang seselesa ni. 
  • Iron board, safety box, TV, mini fridge dan coffee/tea juga disediakan.
  • Di bawah hotel ni terdapat sebuah mini mart. So, kalau korang malas nak keluar, bolehlah beli makanan dan minuman di sini.
  • Overall, kami enjoy stay kat sini. Boleh masuk dalam list untuk stay in future kalau nak playing tourist kay KL ni.

Travelodge Kuala Lumpur City Centre – Superior Twin Room

  • Hotel ni terletak betul-betul di hadapan Central Market atau Pasar Seni. Juga ada dalam list untuk aku try stay kalau staycation di KL.
  • Ia juga dekat dengan stesen MRT Pasar Seni dan boleh berjalan kaki untuk ke Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek, River of Life dan kawasan sekitarnya.
  • Asalnya plan stay sini sebab nak buat aktiviti mewarna batik kat Central Market tu, tapi haram pun tak buat. Tido lagi best! Hahaha.
  • Bilik superior twin ni dilengkapi dengan 2 single bed. Bilik kami di tingkat 16, viewnya mengadap Dayabumi.
  • Biliknya bersih dan selesa juga. Tapi bantalnya tak sebest Indie Hotel! Hahaha.
  • Aircond, hot shower dan WIFI berfungsi dengan baik.
  • Breakfast buffet basic je. Tak banyak pilihan. Sesuai dengan harganya. Jadi la setakat nak mengalas perut.

Itinerari 3H2M di Kuala Lumpur

Aktiviti staycation 3H2M di Kuala Lumpur ni kami tak plan sangat pun. Just macam terfikir maybe nak pergi naik Menara KL, mewarna batik di Central Market dan lain-lain. Bergantung pada mood dan cuaca.

Okay, jom aku share apa aktiviti kami yang acah-acah pelancong dari bumi Cyberjaya Darul Ayam Gepuk ni.

Hari pertama: Cyberjaya – Kuala Lumpur

Kami bertolak ke Kuala Lumpur dari Cyberjaya selepas solat Jumaat dengan menaiki MRT. Beli City Pass untuk 3 hari dengan harga RM25. Tapi cam rugi pula rasanya sebab tak pakai banyak pun sebabnya kami malas nak menapak. Just naik Grab je.

Sampai di MRT Bukit Bintang, kami berjalan kaki lebih kurang 10 minit untuk ke Indie Hotel melalui Changkat Bukit Bintang. Di kawasan sebelum deretan bar/club tu, vibenya sebiji macam kat Thailand. Kiri kanan massage centre! Aku macam like… eh, kat Siam ke ni??? Hahaha..

Rave party & doa netizen

Lepas check-in, kami rest je dulu sebab katilnya sangat selesa! Hilang rasa nak pi keluar makan walaupun aku tak lunch lagi. And then, petangnya pula hujan turun dengan lebatnya. So, memang tak jadi la nak keluar. Terfikir-fikir mungkinkah doa para netizen makbul sebab depa dok marah pasal party rave ala-ala Songkran kat Bukit Bintang tu. Tapi yang penting acik kau tak berminat nak bersesak-sesak kat situ. Nak rest tenang-tenang je sebab for the past few weeks memang sibuk giler dengan kerja hakiki.

End up, kami pi order pizza untuk dinner. Tu pun sampai lewat sebab abang rider tu cakap ordernya bertimbun sambil tunjukkan pack of food kat motornya. Rezeki time hujan la kan. 

Selesai makan, aku ingatkan nak rest je tapi Barak pula terlebih tenaga ajak jalan-jalan. Nak bakar kalori pizza katanya! Okaylah, ikutkan je dan kami berjalan di sekitar Jalan Alor ke Bukit Bintang. Kat Jalan Alor, kami sekadar beli buah potong je sebab dah kenyang. Dan sampai di Bukit Bintang, kami singgah di KKV. Bukit Bintang memang penuh sesak. Tak sanggup la nak stay lama.

Selepas few minutes di Bukit Bintang, kami berjalan pulang ke hotel. Setakat tu je la aktiviti hari pertama kami yang acah-acah pelancong di Kuala Lumpur.

Hari kedua: Menara KL & Bangunan Sultan Abdul Samad

Hari kedua staycation 3H2M di Kuala Lumpur ni dimulakan dengan sarapan pagi di kawasan berhampiran dengan hotel. Lokasinya ialah Fatimah Corner yang terletak di sebelah Ramada Hotel. Boleh tahan banyak juga pilihan lauk-pauknya untuk sarapan pagi. Aku makan nasi lemak dengan lauk kangkung goreng dan lain-lain termasuk teh tarik dengan harga RM10. Kira okay la kan?

Selepas selesai breakfast, kami terus mengambil Grab untuk ke Menara KL. Plannya nak naik ke atas melihat pemandangan Kuala Lumpur. Alhamdulillah, cuaca pagi ni elok. Ikutkan aku nak pergi petang semalam so that boleh shoot sunset, tapi la ni petang asyik hujan je. So, tak jadi lah.

Mengimbau kenangan 29 tahun!

Sedar tak sedar, rupanya dah 29 tahun sejak kali pertama aku menaiki Menara KL ni. First masa aku ambil diploma in architecture dulu, kami ada field trip ke KL pada tahun 1997. Kiranya dah 2 kali lah aku ke sini. Bila tengok balik gambar lama dalam album, Ya Allah! Dulu kemain kering lagi. La ni hazab bila tengok cermin! Hahaha. Lantaklah. Malas aku nak fikir.

Anyway, kami ambil package combo iaitu merangkumi sky terrace, observation deck dan free entry je glass box dengan view Merdeka 118. Harganya ialah RM55 seorang. Kalau nak masuk glass box view KLCC kena tambah RM10.

Menarik pengalaman kali ni sebab masa first time dulu kami tak naik ke sky terrace. Sekadar di observation deck je. Dan view kali ni memang cantik dengan langit membiru dan pelbagai bangunan pencakar langit yang ada di sekitar Lembah Klang ni. Kira berbaloi juga lah kalau korang ke sini.

Teringat Milad Tower di Iran

Menara KL ni mengingatkan aku dengan Milad Tower di Tehran, Iran. Ada sedikit sebanyak persamaan. Dan pemandangan Kuala Lumpur dari Menara KL ni juga mengingatkan aku dengan persamaan yang ada pada pemandangan Tehran dari Milad Tower. Jika Kuala Lumpur berlatar belakang gunung-ganang banjaran Titiwangsa, Tehran pula dihiasi dengan pemandangan pergunungan Alborz pada latar belakangnya. Tu bagi pendapat aku la kan. KL ni sebenarnya kalau terletak di negara 4 musim mesti lebih cantik kan?

Anyway, di kawasan observation deck ni terdapat kedai menjual cenderahati, cafe dan info berkenaan menara-menara yang terdapat di merata dunia. Jadi, bolehlah menambah sedikit sebanyak pengetahuan am kita.

Selesai melepak di Menara KL ni, kami balik semula ke hotel untuk mengemas dan bersiap sebelum check out. Next destination kami ialah ke Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS).

BSAS yang viral selepas renovation

Aku memang ada plan nak buat content kat sini tapi bila dah sampai, aku rasa penat dan shoot ala kadar je! Hahaha. Jadilah ada serba sikit view bangunan ni kan. Itulah, selalunya dalam kepala macam-macam ko dah rancang. Tapi bila sampai.. haihhhh… malasnyaaaaa!!! Maybe sebab cuaca panas pun satu hal.

Anyway, kami ke sini bersama jiran Cyberjaya kami iaitu Fatin dan family, yang saja datang nak menghabiskan masa di hujung minggu. Ramai ya pengunjung kat BSAS ni termasuklah locals dan pelancong luar. Yang datang nak OOTD pun ramai terutamanya Gen Z. Terchampak jauh acik kau ni ya! Tambahan pula banyak sudut estetik kat sini. Memang terbaik lah untuk berposing sakan.

Secara keseluruhan, memang cantik la BSAS ni selepas dibaikpulih. Good job untuk mereka yang terlibat. Bagi aku, memang ini sepatutnya yang kerajaan lakukan. Baik pulih semua bangunan lama yang bersejarah. Itu warisan yang kita ada dan yang perlu kita tonjolkan kepada pelancong luar. Kan? La ni aku perasan banyak kawasan kat KL di jalan-jalan deretan kedai lama yang nampak “busuk” dulu telah dinaiktaraf dan menjadi kawasan cafe dan kedai-kedai yang menarik. Satu perubahan yang bagus bagi aku.

4 galeri boleh dilawati di BSAS

Di dalam kompleks BSAS ni pula terdapat beberapa cafe, kedai cenderahati dan beberapa ruang pameran.

Oh, by the way, dalam BSAS ni ada 4 galeri atau hall yang korang boleh pergi. Semuanya free untuk warga Malaysia. Setiap hall ada konsepnya tersendiri. Ada hall yang korang boleh masuk je dan ada yang korang kena beratur, menunggu giliran untuk masuk. Kami masuk 1 je kot iaitu Harmony Hall. Yang lain tu macam beratur panjang dan kami malas nak menunggu.

Lunch di Malaya Cafe

Habis je aktiviti kat BSAS ni, kami berjalan kaki menuju ke arah Central Market untuk lunch di sana. Tak silap, aku pernah lunch di sini lama dulu. Masa staycation juga. Untuk lunch, aku cuma order buttermilk pasta. Ingatkan dah siap order yang ada protein, rupanya basic je. Okay la tu. Tak cerewet, janji boleh makan. Tapi yang bestnya ada promo buy 1 free 1 air kelapa. Memula aku macam blur buat apa nak bagi dua biji. Tapi habis juga ya aku bedal. Panas terik hawau!

Kami bersurai kat sini je. Fatin and family terus balik Cyberjaya, manakala aku dengan Barak nak pi sambung staycation dengan check-in di Travelodge yang terletak tak jauh dari sini.

Check-in di Travelodge KL City Centre

Kami check-in sekitar jam 2.30 petang. Sampai je hotel memang terus mencampakkan diri kat katil. Rasa malas nak keluar sebab macam penat berjalan. Lagipun memang that’s the plan. Jalan-jalan bila perlu je. Takde apa plan sangat.

Kami keluar semula untuk dinner selepas waktu maghrib. Tapi sebelum tu, kami singgah di River of Life di sekitar Masjid Jamek. Tak jauh mana pun. Snap few gambar dan video, kemudian kami terus berjalan di sekitarnya untuk mencari tempat nak dinner. 

End up terjumpa restoran Pak Jen di Pasar Seni. So, aku order nasi goreng dengan ayam goreng berempah dan ABC, manakala Barak dok order ayam kunyit dengan telur bistik. Banyak gila ya portionnya. Tak habis pun makan lagi-lagi ayam kunyit tu. Harga aku tak sure berapa sebab Barak yang belanja. Maybe kalau datang in group agak berbaloi kot untuk share makanan.

Habis dinner, kami terus balik ke hotel untuk rest. There goes our second day in KL.

Hari ketiga: Kuala Lumpur – Cyberjaya

Last day staycation 3H2M di Kuala Lumpur. Awal-awal Barak ajak breakfast around 7 am dan aku macam blur. Dalam hati awal bethulll mamat ni lapar. Rupanya aku lupa gila kami ada breakfast buffet! Haram aku tak ingat. Aku macam plan dalam 8 lebih tu nak pi breakfast kat area Central Market, nampak sangat aku tak look forward sangat nak breakfast kat sini. Hahaha.

Pilihan makanannya tak banyak pun tapi jadilah setakat nak alas perut. Selesai breakfast, kami sambung tido balik. Aktiviti nak mewarna batik di CM semua ke laut!

So, kami check-out around 11 lebih camtu dan menuju je Bukit Bintang. Aku nak singgah buat cermin mata baru kat Plaza Sungei Wang.

Cermin mata baru RM65!

Aku singgah di Duo Optical di Sungei Wang Plaza untuk membuat cermin mata baru. Cermin mata la ni dah calar-balar sebab aku ganas! Manjang je asyik jatuh. Tu pasal tak boleh pakai cermin mata mahal. Dah few times aku buat kat sini dah bagi aku okay. Harga pun murah dan siap dalam sejam. Aku cuma rabun dekat je. So, aku guna untuk buat kerja dan membaca/tengok phone. Untuk jauh, mata aku masih clear lagi. Barak pun dok buat spec sama tapi dia just tukar lens je.

Sementara menunggu siap, aku singgah urut badan sejam kat kedai biasa di ground floor tu. Abang Din tu urut kaki dan bahu memang best. Ikutkan hati nak tambah lagi sejam urut badan tapi kesian pula Barak dok menunggu. Aku nak belanja dia urut kaki dia tak nak.

So, lepas habis urut, kami singgah ambil cermin mata yang dah siap dan singgah. Yayoi di Lot 10 untuk lunch sebelum balik ke Cyberjaya. Menu yang sama everytime kami ke sini iaitu chicken namban.

Penutup

Jadi, demikianlah serba-sedikit catatan staycation 3H2M di Kuala Lumpur sempena cuti hari pekerja pada minggu lepas.

Bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Jumpa lagi di blog akan datang. Tak tahulah di mana akan bersiaran. Thanks sudi luangkan masa di rumah virtual aku ni.

Take care and see you again! Assalamualaikum.


English summary:

Enjoy an exciting 3D2N staycation in Kuala Lumpur filled with comfortable hotel stays, iconic city attractions, shopping, and vibrant nightlife. From relaxing at Indie Hotel Bukit Ceylon and Travelodge Kuala Lumpur City Centre to enjoying breathtaking views at KL Tower Sky Terrace, exploring the newly refreshed Sultan Abdul Samad Building, experiencing the lively atmosphere of Bukit Bintang, discovering local arts and crafts at Central Market, and making affordable glasses at Sungei Wang Plaza, this Kuala Lumpur weekend getaway offers the perfect mix of leisure, city exploration, and memorable experiences.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.