Staycation @Bukit Bintang
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Bertemu lagi dalam blog kali ini di destinasi staycation di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur iaitu Bukit Bintang. Ceritanya, memandangkan ada cuti Deepavali dan kebetulan pula birthday Barak jatuh pada hari yang sama, maka aku ajak dia join sekali lepak kat Bukit Bintang ni untuk satu malam. Nak pergi pun senang. Just naik MRT dari Stesen MRT Cyberjaya Utara tu, kami transit di Stesen TRX dan kemudian terus ke MRT Bukit Bintang, exit di depan Lot10. Senangkan? Aku suka betul bila ada MRT di Cyberjaya ni. Tak perlu nak bersesak-sesak dalam traffic jam masuk KL.
Sampai saja di Bukit Bintang, perkara pertama yang kami buat ialah pergi lunch. Semestinya pilihan aku ialah nasi ayam legend di sini iaitu Nasi Ayam Chee Meng.
đź“Ť Nasi Ayam Chee Meng
- First of all, nasi ayam ni ada sijil halal dari JAKIM. So, jangan risau.
- Ini ialah lokasi wajib singgah setiap kali aku be Bukit Bintang sejak first time dulu makan pada tahun 1998. Lama ke idok????
- Aku lebih suka nasi ayam jenis hainan atau chinese style ni berbanding nasi ayam style Melayu yang jenis ayam goreng berkicap tu. Sebab banyak kali aku try jenis ni, ayamnya kering dah tak juicy.
- Menu favorite aku semestinyalah ayam jenis steam/kukus. Sebab bagi aku ayam jenis ni sangat berasa keayamannya. Korang faham tak apa yang aku nak sampaikan ni? Hahahaha.. sebab dia macam very juicy, lembut… pendek kata memang sangat sedap kat tekak aku.
- And then, menu lagi satu yang aku akan order ialah kerabu mangganya. Memang mantap! Rasa mangga yang masam manis, kena pula dengan kerangupan dan masin-masin ikan bilis. Sangat balance rasanya bagi aku.
- Dari segi minuman pula, aku paling suka air kedondong asam boi. Very refreshing dan sangat menghilangkan dahaga.
- So far, tu je la menu aku dok repeat makan setiap kali ke sini walaupun ada banyak lagi menu lain yang korang boleh cuba.
- Oh! By the way, kalau korang makan kat sini, cili dan garlic paste ada diletakkan di meja. So, boleh tambah la berapa kali yang korang nak. Dua benda ni memang menambahkan lagi keenakan nasi ayam Hainan ni.
- Setiap kali aku ke sini, restorannya sentiasa penuh. Kadang-kala kena beratur menunggu giliran nak masuk.
- Dan pada korang yang dah settle makan tu, aku suggest takyah la lepak lama-lama. Bagi peluang untuk orang yang beratur di luar pula untuk masuk. Kita mudahkan urusan orang, Insyallah, Allah akan mudahkan urusan kita. Sekian tazkirah dari PUSyed! Hahaha.
Selesai menikmati lunch, kami terus ke hotel untuk check-in satu malam. Aku booked pun last minute. Mujurlah masih ada bilik kosong. Sebelumnya aku nak book hotel di sebelah hotel ni iaitu Gold3 Boutique Hotel. Tapi sebab bilik di Chaos ni slightly murah, so aku pilih bilik kat sini je.
đź“Ť Chaos Boutique Hotel
- Hotel ni terletak di farreheit88, bersebelahan dengan Lot 10 serta dekat dengan Pavillion dan Stesen MRT Bukit Bintang. Bagi aku lokasi memang terbaik.
- Aku stay di bilik no. 35, jenis bilik Standard Queen Room (No Window) dengan harga RM 190.57 semalam untuk 2 orang termasuk tax.
- Bilik yang kami stay ni kecil je tapi bersih dan selesa. Bantalnya banyak dan aku memang suka tidur dengan bantal yang banyak. Tilamnya pula empuk.
- Aircondnya sejuk dan hot showernya berfungsi dengan baik.
- Antara kemudahan yang disediakan ialah wifi, safety box, teh dan coffee. Untuk air minuman, botol kaca disediakan. Korang boleh isi di water dispenser yang diletakkan di luar bilik, specifically di hadapan lift. Iron board pun diletakkan kat sini.
- Siaran TVnya tak banyak mana pun.
- Di dalam bangunan hotel ini terdapat ruang makan/lepak yang bersih dan selesa.
Aircond bilik sejuk. Tambahan pula masing-masing dah kekenyangan makan nasi ayam. Memang auto pengsan la kan. Selepas settle merehatkan diri, mandi dan solat Asar, kami keluar semula ke area Lot 10 tu. Barak ada ushar tempat yang dia nak pergi. Aku main ikut je sebab aku takde plan nak makan apa pun. Cuma chicken rice tu je la. So, lokasi yang kami pergi ialah Kunafa Finger’s. Dia nak try pistachio milkshake. Dah tu, dia belanja aku sekali strawberry milkshake. Sambil minum, kami dok merayap di sekitar Bukit Bintang ni dan masuk ke Sungei Wang Plaza.
Dah terlanjur masuk ke Sungei Wang Plaza ni, aku teringat nak buat cermin mata sebab cermin mata yang aku guna sekarang ni dah calar-balar dan tak berapa clear. Maka, memang dah time la untuk aku buat cermin mata baru.
đź“Ť Duo Optical @Sungei Wang Plaza
- Kedai cermin mata ni terletak di GB8 – GB10, G Floor, Sungei Wang Plaza.
- Dalam Sungei Wang Plaza ni terdapat banyak kedai membuat/menjual cermin mata dengan harga yang murah. So, korang ada banyak pilihan, boleh survey dulu dan tengok mana yang berkenan di hati.
- Survey punya survey, end up aku buat dekat kedai ni sebab dia ada frame yang aku suka. Yang jenis hitam yang tebal sikit. Aku rasa frame ni paling sesuai dengan muka aku.
- Ada yang aku berkenan kat kedai sebelumnya tapi harganya RM 168.
- Kat kedai ni, harganya pun sangat murah iaitu RM 65 dan siap dalam masa sejam. Tapi takdelah sejam sangat. Dalam sejam lebih juga siap. Dan lensnya pula, lens yang biasa-biasa je. Takde la jenis blue light filter, silau dan sebagainya. Bagi aku dah memadai la sebab aku guna untuk membaca je. Rabun dekat di kalangan orang tua tu biasa… hahaha.
- Apapun, harganya memang jauh gila murah berbanding masa aku buat first spec dulu kat Cyberjaya ni dengan harga RM 888. Tapi hat ni ada banyak benda la dia tambah. Filter itu la, ini la.
Selepas dah ambil cermin mata aku, kami pergi ke surau di mall ni sebab dah masuk waktu Maghrib. Solat la dulu sebab lepas tu senang la sikit kepala otak nak merambu ke sana ke mari. Actually, masa kat dalam mall ni aku ada terserempak dengan beberapa mamat-mamat Arab yang selalu solat Jumaat kat Masjid Raja Haji di Cyberjaya tu. Depa selalu duduk kat saf paling depan. Selalunya kalau aku sampai masjid dalam 12.15 tengahari camtu, depa semua dah tercongok kat depan tu baca Quran. Bagus diorang ni.
So, masa lepas sembahyang tu, aku perasan lagi. Sebenarnya ni kali keempat aku terserempak dengan diorang. Jadi masa habis solat, nak keluar pakai kasut tu, aku tegur yang sorang ni namanya Ahmed, student MMU asal dari Palestine. Dia macam terkejut sebab aku cam dia. Hahaha. Yelah, muka dah selalu nampak. And then pernah berbual of course la aku ingat. Lepas tu, masa aku nak beredar, dia datang semula kat aku tanya nama, and then salam aku. Kecil betul dunia ni kan?
Selesai solat, aku ajak Barak try nasib, kot la dapat beli tiket untuk “Hop On Hop Off Bus” pusing KL ni. Aku try beli online tapi semuanya dah sold out. Kot la walk-in ni ada rezeki tapi tak ya. Licin! Actually, ni pun antara aktiviti yang aku nak buat bila pergi ke Bukit Bintang ni. Sebab selalu sangat tengok pelancong luar buat ni dalam TikTok. Tapi takde rezeki, takpelah. Lain kali saja.
Seterusnya, kami dok merayap kat area ni untuk cari lokasi dinner sambil mencari poskad khas Bukit Bintang kalau ada. Kalau pi mana-mana, aku suka kumpul poskad. Anyway, aku takde specific tempat nak makan, so aku minta Barak suggest. Lagipun birthday dia, kira birthday treat juga lah. End up, dia suggest makan kat Yayoi, sebuah restoran makanan Jepun. Dia kata sedap sebab dia pernah makan dengan kawan-kawannya di IOI Mall Putrajaya. So, aku ikut je la.
đź“Ť Yayoi @Lot 10
- Restoran Yayoi ni terletak di P1-19, 4th floor, Lot10 Shopping Centre.
- This is a pork-free restaurant dan pekerjanya juga Muslim. Tapi elakkan pergi kalau korang was-was.
- Banyak menu hidangan Jepun di sini yang korang boleh cuba.
- Kami pilih Chicken Namban Teishoku with Trio Sauces dengan harga RM 23.90. Ia merupakan set nasi dengan isi ayam goreng dengan beberapa side dishes dan sos.
- Bagi aku hidangannya sedap dan mengenyangkan. Aku paling suka ketiga-tiga sosnya terutamanya yang pedas tu.
Habis je makan, kami berjalan di sekitar kawasan ni. Manusia toksah cakap lah. Punyalah ramai. Lebih-lebih lagi ada persembahan “busking” kat tengah-tengah ni. Seingat aku, sekitar tahun 2008-2010 dulu, semasa KL Festival, diadakan Festival Samrah kat sini. Masa tu stagenya di hadapan Maybank, opposite McDonald’s tu. Ramai gila orangnya terutamanya pak-pak Arab sebab kumpulan muzik yang dibawa tu antara pemain gambus terkenal di Indonesia. Antara penyanyi dah perform masa tu tak silap aku Kiki Amalia dan lain-lain. Boleh tengok kat bawah ni.
🎥 https://www.youtube.com/watch?v=6CusaY31Z4k
🎥 https://www.youtube.com/watch?v=aDw2q2ePkkU
First time aku ke Bukit Bintang ni kalau tak silap pada 1996-1997 camtu. Masa tu ada lawatan waktu aku belajar architecture di UTM dulu. Aku ingat lagi aku dengan coursemate aku lunch di restoran ala Mexico namanya Wild Chicken yang terletak di Sungei Wang ni. Kat sini la first time aku makan beef nachos with cheese and salsa. Dan grilled chickennya pun sedap ya. And then pada 1998, aku stay di KL lagi almost sebulan sebab siapkan FYP Diploma kami subject “Measured Drawing”. Time tu group kami pilih bangunan Bukit Bintang Girls’ School atau lebih dikenali sebagai BBGS untuk projek kami. Kitorang ambil ukuran setiap inci bangunan ni untuk didokumentasikan sebelum ia dirobohkan. Pavillion tu la tapak lama sekolah tu. Aku ingat lagi masa kitorang tengah ambil measurement semua, student-student sekolah ni masa lepas waktu sekolah dok lepak di area Starhill dan KL Plaza (sekarang ni Farrenheit88). Kat bawah KL Plaza ni dulu ada kafe Planet Hollywood, rangkaian cafĂ© milik pelakon Hollywood, Bruce Willis dan kawan-kawannya. Aku tak ingat bila cafĂ© ni bungkus. Eh, mengimbau memori pula masa zaman muda-muda. Hahahaha…
Anyway, kami tak lama pun kat area ni. Sekadar aku nak buat content untuk vlog je la melintasi laluan pejalan kaki yang dikenali sebagai “Little Shabuya” kat sini. Memang ramai gila la orang kan. Aku pun turut sama teruja. Kadang-kadang seronok juga berada di kawasan yang sesak camni. Tapi bukan selalu la. Aku lebih suka ketenangan dan alam semula jadi. Ingatkan nak lepak café dan belanja Barak birthday cake, slice pun jadilah tapi sebab masing-masing dah kenyang, tak muat perut nak disumbat. Sudahnya, kami pergi ke FamilyMart, pekena aiskrim. Jadilah buat pengganti kek. Tu pun dia yang belanja aku.
Dah puas merambu kat sini, kami pun balik bilik. Aku pun bukan boleh nak stay up lama-lama sebab lazimnya lepas isyak aku dah berpindah alam. So, dah sampai bilik tu, aku pass kat Barak hadiah birthdaynya yang aku dah prepare awal. Takde apa pun, just a postcard album dengan few postcards lokasi yang kami dah pergi. Dia baru berjinak-jinak untuk pergi travel dan aku berbesar hati untuk share seberapa banyak pengalaman yang aku ada dengannya. Nak travel solo dia tak berani lagi. So, aku just share la few tips yang aku tahu berdasarkan experience aku.
Aku agak kagum juga sebab tahun ni saja dia dah travel ke 3 negara iaitu Thailand, Vietnam dan Indonesia. Actually, aku bersyukur gila sebab ada dia sebagai travel buddy aku. Sebabnya, satu – ko nak travel solo kosnya agak tinggi. So, dengan dia ni aku boleh share budget juga. Jimat sikit la. And then, ada la teman untuk berborak dan ambil gambar time travel berbanding dengan kau travel bawa tripod. Tak ke sedih begitu? Nak ambil gambar sendiri pun malas. Dan travel dengan dia pun senang, tak cerewet. Tak kedekut dan boleh lebih kurang. Itu penting ya kalau nak travel bersama. Lepas tu, dia pun selalu teman aku makan kat Cyberjaya ni especially waktu masing-masing dah habis kerja atau weekend. Time weekend pula, kalau masing-masing tak malas, kitorang pi morning walk atau cycling sama-sama. So, aku sangat appreciate kesanggupan dia untuk spend masa dengan aku. Cuma aku harap dia tak couple the soonest la. Kalau tak, hilang lagi sorang member travel aku dan terpaksa kembali solo traveller!!! Sedih acik kau! Hahaha…
Anyway, keesokkan harinya, selepas check-out, kami breakfast di Restoran Al-Muhammadi yang terletak berhampiran dengan hotel ni. Aku makan nasi lemak, Barak pula pekena roti canai. And then, kami merayap di dalam Farrenheit88 ni, ada kedai Brands Outlet. Banyak gila pilihan pakaian kat sini dengan harga yang sangat affordable. Aku macam nak beli tapi mengingatkan dalam almari aku tu dah berlambak baju, so, bawa-bawa la beristighfar. Beg pun camtu, geram je nak beli tapi sebab dah banyak. Tak payah la membazir. Aku just beli tali pinggang je sebab tali pinggang aku tu dah barai gila. Terkopek-kopek dah kulit tiruannya tu. Mujur pakai baju di luar. Kalau tucked in, mungkin mata-mata akan memandang aku dan berkata dalam hati “daifnya lelaki ini… “. Hahaha. Barak je la dok shopping baju dia. Sakan betul. Next time, kalau nak shopping baju, aku rasa sini dah sangat-sangat okay dah.
Selepas Barak menghabiskan duitnya, kami singgah di Kunafa Crisp sebab Barak tersilap kedai semalam untuk try pistachio milkshake. Hat ni baru betul kedai yang kawannya suggest tu. Aku pula order Honey Crisp Ice Cream. Sedap ya’amettt ya bagi aku aiskrim ni sebab selain diletakkan vanilla aiskrim dan kunafa (shredded phyllo) tu, ada juga buah-buahan serta seketul honeycomb. Harga pistachio milkshake saiz M ialah RM 13.90 manakala aiskrim saiz regular aku berharga RM 15.90.
Setelah puas menyejukkan diri, aku ajak Barak pi karaoke kat Royal Superstar Karaoke yang terletak berdekatan dengan café ni. Saja menghabiskan masa. Nak balik awal ke Cyberjaya pun buat apa kan? Lama gila aku tak pi karaoke ya. Tak tahu la mampu tak capai high notes tu, tiberrrr!!! Hahaha…
đź“Ť Royal Superstar Bukit Bintang
- Harga bilik untuk 2 orang, 3 jam session dan free-flow drinks ialah RM 26.30. Murah gila kan? Aku tak sure la tapi aku rasa harga ni ada masa-masa dia kot.
- Interiornya cantik. Patut la macam ada viral je kat TikTok dulu. Boleh la nak OOTD.
- Biliknya selesa. Mic dan sound system pun okay la. Terbaik aku pernah try kat CEO Farrenheit88 dulu. Suara buruk pun auto sedap siap dengan echo sekali.
- Pilihan lagunya banyak kecuali lagu-lagu Arab. Stress aku.. dah la tu main genre aku.
- Kesimpulannya, not bad la kalau sesekali nak melontarkan vokal kat sini. Yang penting murah dan tempatnya pun okay.
Bila dah masing-masing selesai melalak, kami ke Sungei Wang Plaza untuk solat dan late lunch. Dok la fikir nak makan kat mana, sudahnya Barak ajak makan The Chicken Rice Shop. So, okaylah lunch di sini je. Both of us order set ayam bakar dengan portion ayamnya yang agak besar. Sedap juga but aku still prefer Nasi Ayam Chee Meng dengan steamed chickennya itu.
Selesai makan, kami mundar-mandir kejap dalam mall ni sebelum aku pi urut kaki selama sejam. Barai weh kaki dok berjalan je ni. Since dia willing nak menunggu, aku onz je la. Kalau tak, nak terus balik je. So, selesai urut kami terus naik MRT balik ke Cyberjaya.
Begitulah ceritanya staycation kami di Bukit Bintang ni. Walaupun tempatnya dekat je tapi bagi aku sangat menarik. So, kalau korang yang bosan masa weekend atau public holiday nanti, tak tahu nak kemana.. pi lah playing tourist kat Bukit Bintang tu. Lagi best bagi aku kalau dapat naik “Hop On Hop Off Bus” tu. Insyallah la next time boleh try lagi.
Thanks sudi baca. Jangan lupa subscribe, like and share Youtube aku ya. Acik kau teringin nak pegang Silver Button tu sebiji macam mak korang yang teringin nak pakai telekung Siti Khadijah! Hehehe..
Okaylah. Jumpa lagi next post! Tata titi tutuuuuu. Happy Deepavali Birthday, Barak! 🤪 🤪 🤪
Bukit Bintang nightlife, Bukit Bintang shopping, Bukit Bintang hotels, Bukit Bintang street food, Jalan Alor food street, Pavilion Kuala Lumpur, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang attractions, Bukit Bintang MRT, Chaos Boutique Hotel, Little Shibuya Bukit Bintang, viral kunafa Bukit Bintang, Damascus Bukit Bintang, viral roti Bukit Bintang, best karaoke Bukit Bintang, foot massage Bukit Bintang, Bukit Bintang halal food, Bukit Bintang budget stay, Bukit Bintang activities, best food Bukit Bintang, Bukit Bintang Kuala Lumpur, best malls in Kuala Lumpur, Bukit Bintang walking tours, exploring Bukit Bintang, food adventures in Jalan Alor, rooftop bars in Bukit Bintang, luxury hotels in Bukit Bintang, affordable stays in Bukit Bintang, hidden gems in Bukit Bintang, pusat beli-belah terbaik di Kuala Lumpur, hiburan malam di Bukit Bintang, makanan jalanan di Jalan Alor, pengalaman jalan kaki di Bukit Bintang, menerokai Bukit Bintang, membeli-belah di Bukit Bintang, bar atas bumbung di Bukit Bintang, hotel mewah di Bukit Bintang, penginapan mampu milik di Bukit Bintang, tempat menarik tersembunyi di Bukit Bintang, nasi ayam viral Bukit Bintang, viral chicken rice Bukit Bintang, Nasi Ayam Chee Meng, KL Hop-On Hop-Off tour, cermin mata murah Bukit Bintang, cheap specs Bukit Bintang, cheap karaoke Bukit Bintang, karaoke murah Bukit Bintang, Damascus Bukit Bintang, staycation Bukit Bintang
Leave a Comment