Sharing is caring

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Kali ni aku nak share tentang trip 4H3M ke Phuket semasa musim hujan bersama travel buddy aku, Barak. Kami ke sini semasa cuti Hari Merdeka, bermula pada 30 Ogos sehingga 2 September 2025.

Tapi, sebelum tu apa kata korang  support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.

Actually, aku booked flight ticket ke Phuket ni tanpa berfikir panjang. Bila dah beli, baru perasan eh la… September ni musim hujan kat Thailand! Patutlah harga tiket flight dan hotelnya murah! Tapi takpe la. Sebab dah kemaruk sangat dah lama tak bercuti jauh, so aku tawakkal je la. Kalau tengok pada ramalan cuaca di Accuweather tu, memang sepanjang 4 hari tu hujan je. Redho je la ya sebab trip yang sebelum ni ke Langkawi tu pun, ramalan cuacanya camtu juga. Tapi bila dah sampai sana, Alhamdulillah cuaca okay walaupun hujan seketika. Dapatlah kami nak membuat aktiviti serba-sikit.

By the way, ini merupakan kali kedua aku ke Phuket. First time aku pergi dulu pada tahun 2013. Trip yang aku boleh katakan paling suweyyy sebab pergi dan balik aku tertinggal flight! Hahahaha.. Bodoh ke idok? Aku ada share pada trip tu kat sini.

Bajet 4H3M ke Phuket

Terlebih dahulu, aku kongsikan roughly bajet 4H3M aku ke Phuket ni. Untuk pengetahuan, aku booked menggunakan AirAsia Snap yang merangkumi tiket flight serta penginapan. Aku boleh katakan agak jimat juga lah.

Tiket Penerbangan
AirAsia: KUL – HKT (return)
Pilih seat, insurans
Extra 7kg hand carry HKT-KUL (RM 77)
RM 1,660.00 / 2
RM 830.00
Hotel
Princess Kamala Beachfront Hotel
Superior Double or Twin Room x 3 malam
Dengan breakfast – bilik untuk 2 orang
Termasuk cukai
Termasuk harga flight
8-jam Phuket day tour dengan chartered driver
Lokasi: Old Town, Hilltop Cafe, Promthep Cape, Ya Nui Beach, Naiharn Beach
2,200 baht = RM 300.00 / 2
RM 150.00
Makan, pengangkutan, shopping & lain-lainRM 750.00
Jumlah perbelanjaanRM 1,730.00

Aku menukar wang tunai sejumlah RM 900 untuk perbelanjaan di Phuket terutamanya untuk makan, pengangkutan dan perbelanjaan lain-lain.

Thailand Digital Arrival Card (TDAC)

TDAC adalah versi digital bagi borang ketibaan TM6 yang sebelum ini diisi secara manual. Ia bertujuan untuk mempercepatkan proses imigresen, meningkatkan keselamatan dan mengurangkan penggunaan kertas.

  • TDAC mesti diisi dalam tempoh 72 jam (3 hari) sebelum ketibaan ke Thailand.
  • Borang boleh diisi melalui laman rasmi: https://tdac.immigration.go.th
  • Tiada bayaran dikenakan untuk mengisi TDAC.

Hotel 4H3M di Phuket

Princess Kamala Beachfront Hotel – Superior Double Room

  • First of all, Alhamdulillah sebab kami dapat free room upgrade daripada superior room ke deluxe room.
  • Hotel ni terletak di kawasan Kamala Beach dengan lokasi pantai yang lebih tenang sedikit dan sesuai untuk keluarga atau pasangan.
  • Lokasinya menghadap pantai, memberi akses terus ke pantai dan pemandangan laut. Cuma perlu melintas jalan sikit.
  • Menyediakan pelbagai jenis bilik dan suite, termasuk bilik dengan balkoni, pemandangan laut atau akses terus ke kolam renang.
  • Fasiliti termasuk kolam renang, restoran dan bar, spa, pusat kecergasan serta kemudahan untuk keluarga seperti bilik permainan kanak-kanak.
  • Harga bilik bersekali dengan breakfast buffet. Tapi menu yang disajikan tak kesemuanya halal. Kami just ambil roti, telur, sayuran dan buah-buahan sahaja.
  • Berdekatan dengan tarikan seperti Phuket FantaSea, Kamala Night Market dan tidak terlalu jauh dari Patong Beach.
  • Di hadapannya terdapat beberapa gerai yang menjual makanan halal seperti Amena Halal Food dan lain-lain.
  • Secara peribadi, aku rasa ia sesuai untuk mereka yang mahukan suasana lebih santai berbanding kawasan Phuket yang sibuk seperti Patong.
  • Ia juga boleh diakses dengan mudah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket (lebih kurang 40-45 minit dengan menaiki kereta).

Itinerari 4H3M ke Phuket

Itinerari 4H3M ke ke Phuket ni sebenarnya tak berapa dirancang sebab aku bergantung sepenuhnya pada keadaan cuaca. Yelah, dah kau pergi masa musim hujan kan. Aku cuma berharap at least ada hari yang cuacanya baik, so that kami boleh buat aktiviti day tour. Nak buat island hopping semua tu aku tak berharap sangat dalam keadaan cuaca camni.

Tapi Alhamdulillah, sepanjang 4 hari kami di sini, boleh dikatakan cuacanya agak baik dan hujan cuma pada waktu malam dan awal pagi. Jadi, dapatlah kami beraktiviti di sekitar Phuket ni.

So, di bawah ni aku listkan lokasi yang kami pergi mengikut hari:

Hari pertama Free and easy – Kamala Beach
Hari kedua Phuket Day Tour: Phuket Old Town, Hilltop Cafe, Promthep Cape, Ya Nui Beach, Naiharn Beach
Hari ketiga Kamala Beach & body massage
Hari keempat Kamala Beach

Makanan halal di Phuket

Alhamdulillah di sekitar Phuket ni terdapat banyak makanan halal. Berdekatan dengan hotel kami ni pun ada beberapa kedai makan halal. Kami dok repeat kedai yang sama je iaitu Amena Halal Seafood. Manakala kat Old Town tu pula, kami lunch di Mashaa Halal Cafe.

Amena Halal Food

  • Kedai makanan halal ni terletak beberapa meter dari hotel kami iaitu Princess Kamala Beachfront Hotel.
  • Terdapat beberapa kedai makan di situ tapi aku tak pi tengok pun yang lain. Cuma pergi Amena ni je. So, aku tak sure sama ada yang lain-lain tu halal atau tak. Kalau korang pergi, boleh check sendiri.
  • Di Amena ni terdapat banyak menu yang korang boleh pilih. Antara yang aku cuba ialah green curry beef. Memang aku dok ulang order ni je la. Typical Omaq… kalau dah suka, dia akan repeat je. Hahaha. Yang lain-lain kami try pun sedap juga. Somtam, siakap masak sweet sour, mee goreng seafood dan lain-lain.
  • Staf yang melayannya pun baik. Taytay namanya (aku tak sure betul ke tak aku eja). Tapi dia memang peramah. No wonder orang akan pergi ke kedainya. Dari jauh dia dah sapa kalau nampak ada orang datang.
  • Harga makannya pun standard je Takde la murah sangat-sangat. Standard kat Malaysia I would say. Namapun Phuket kan. Tempat pelancongan. Tapi yang penting, makanannya memang sedap walaupun hanya sekadar gerai makan je.
  • Setiap pelanggan ada diberi potongan buah tembikai percuma sebagai pencuci mulut.

Mashaa Halal Cafe

  • Kafe halal ni terletak kurang daripada 200 meter daripada Museum Phuket, bangunan ikonik yang terletak di Old Town.
  • Kami jumpa kafe ni masa dok Google restoran halal terdekat selepas bergambar kat bangunan museum tu.
  • Kafenya comel je. Tempat duduk pun agak terhad. Nasib baik masa kami datang ni masih kosong. Kemudian tu, baru ramai yang datang.
  • Harga makanan kat sini standard je bagi aku. Pilihan makanan memang banyak. Minuman pun sama juga.
  • Dari segi rasa pula, makanan yang dihidangkan memang sedap rasanya. So, aku takde nak complaint.

Sultaan Baba Indian Food

  • Kami accidently terjumpa kedai makan ni semasa dok cari kedai yang jual souvenirs yang dok lalu-lalang kat TikTok tu. Tapi tak beli pun. Mahal!
  • Anyway, Sultaan Baba ni terletak kat atas kedai ni. Di Thalang Rd, Phuket Old Town.
  • Menunya mostly Indian food tapi ada juga makanan lokal. Cuma dia dok bagi kami menu yang Indian food tu dulu, lepas dah order baru perasan ada menu makanan Siam yang abit cheaper. Harga Indian food kat sini agak pricey dan prawn biryani yang aku order tu biasa-biasa je rasanya.
  • Tapi dari segi service pula, stafnya baik dan friendly. Sebab depa tersilap ambil order kami, depa bagi diskaun 50 baht untuk food.

Phuket Day Tour

  • Initially, plan aku ialah nak hire tuk-tuk untuk buat day tour ni. Cuma aku tak sure berapa anggaran kosnya. Aku just assume maybe harganya lebih kurang macam yang aku selalu buat di Hatyai iaitu antara 1,500 – 2,000 baht.
  • Aku memang nak buat tour sehari ni sebab ada satu dua lokasi yang aku teringin nak pergi. Dulu masa trip 2013 tu aku tak ke mana pun. Just kat araea Patong tu je. Lagipun nak sewa motor aku sedikit seriau walaupun actually Barak boleh bawa motor. Cuma tak sempat nak buat lesen antarabangsa la. Satgi kena saman, satu hal pula.
  • Kebetulan, masa naik Grab dari hotel nak ke Old Town tu, aku ringankan mulut bertanya dengan drivernya, Audy, sama ada dia boleh bawa kami jalan-jalan kat Phuket ni tak dan dia kata boleh je. Dia check then harganya ialah 2,200 baht untuk book selama 8 jam. Kira okaylah sebab memang dalam bajet kami. Bila bahagi dua, lebih kurang RM 150 seorang.
  • Lokasinya terpulang pada kami. Jadi, aku cuma bagitau aku nak pi Promthep Cape dengan Old Town Night Market. They rest tu dia yang suggest, so kami okay je. Temple, park semua kami skip sebab tak berminat.
  • 8 jam tu termasuk dengan perjalanan pergi dan balik ke hotel.
  • Audy ni sangat friendly, boleh berlebih kurang. Jadi mudah nak berurusan dengannya.
  • Kalau korang berminat nak gunakan khidmat Audy, boleh Whatsappnya di sini.

Okay, sekarang mari aku kongsikan pengalaman sepanjang berada di Phuket ni selama 4H3M. Selamat membaca!

Hari pertama: Kuala Lumpur – Phuket

Cuaca pada hari ni agak mendung dan hujan apabila kami sampai ke airport. Flight pun delayed sikit. Tapi yang penting, aku sempat singgah di kedai untuk membeli bendera Malaysia. Ye lah, esok kan Hari Kebangsaan. Nak la juga kibarkan bendera masa travel ke luar negara! Patriotik ke idok? Hahaha.. Tapi mahal eh? Satu bendera tu 9 hengget. Aku beli dua. Sorang satu la kan.

Anyway, Alhamdulillah, sepanjang perjalanan cuacanya baik saja. Cuma yang tak annoying sikit ialah couple mat saleh di seat depan aku di bahagian kiri kapal terbang. Sangat annoying sebab berborak dan gelak dengan kuat. Sampai ditegur oleh another mat saleh sebab depa ada anak kecil yang tengah tidur. Spesis macam ni la yang bagi aku tak patut pergi travel sebab tak reti nak hormat undang-undang, no common sense dan dalam perkataan yang mudah… BANGANG! Mudah-mudahan mereka tidak membiak la ye.

Dan di belakang seat kami ni pula ada passengers dari Indonesia dan Kazakhstan. Walaupun masing-masing tak boleh nak berbahasa Inggeris sangat, tapi kami kagum sebab depa masih nak juga berbual. Macam-macam benda depa dok berbual. Last-last, masa dah landed, bertukar nombor Whatsapp sebab depa plan nak buat aktiviti sama-sama. That Kazakh guy dengan kawan-kawannya spend 20 hari kat Phuket kot. Lama gila!

Menaiki Grab ke hotel

Oh! By the way, untuk trip kali ni aku tak roaming gunakan Celcom. Sebaliknya, aku guna eSim untuk pertama kali. Ni pun Barak yang tolong buatkan. Aku bukannya reti bab-bab ni. Kira murah juga ya dengan RM 20 boleh dapat unlimited data untuk 4 hari. So, sampai kat airport Phuket, nasib baik ada free wifi. Bolehlah menggodek benda-benda ni. Alhamdulillah, settle bab internet data ni.

Now, untuk ke hotel pula, kami book Grab je. Mula-mula ingat nak ambil bas je. Tapi bila memikirkan malas nak mengangkut beg dan bas tu akan berhenti-henti, ia akan mengambil masa nak sampai ke hotel. Hari pun dah lewat petang. So, dari airport ke hotel harganya ialah 768 baht (RM 103), lebih kurang RM 51 seorang. Untuk menaiki Grab, korang kena berjalan sikit ke luar airport, pergi ke pick-up point.

Sampai di hotel lebih kurang jam 6.30 petang. Alhamdulillah, rezeki dapat free room upgrade. Aku pernah terfikir saja nak try tanya kan? Tup-tup depa yang offer. Actually, ni juga antara kelebihan kalau korang travel masa low season. Ada possibility untuk dapat free upgrade sebab guest hotel tak ramai. Tapi ia bergantung pada budi bicara staf hotel juga. Apapun syukur. Daripada superior room, kami dapat deluxe room. Aku tak sure apa bezanya tapi yang pasti biliknya luas, katilnya besar, ada bath tub dan sangat selesa. Siap ada deco welcome kat atas katil lagi.

Selesai berehat buat seketika, kami keluar untuk dinner di kedai makan halal yang aku dah Google siap-siap sebelum ni. Di Amena Halal Food yang terletak tak berapa jauh, di hadapan hotel kami.

Dinner di Amena Halal Food

Semasa menuju ke sini, dari jauh pelayannya dah menyapa kami. Sangat peramah. Jadi, untuk makan malam ni aku order beef green curry dengan nasi putih. Menunya banyak. Rambang mata nak memilih. Tapi sebab aku rasa macam dah lama tak makan green curry, so aku orderlah. Barak pula dok order chicken salad. Nak eat clean katanya. Ptuihhhh!!! Jijik pula aku dengar. Hahahahaha..

Tapi, memang sedap ya makanan kat sini. Green curry aku tu memang cukup rasanya. Daging pun okay. cuma kalau lebih lembut sikit aku dah boleh kata perfect! Untuk minuman pula, aku order iced Thai tea dan Barak order lime soda. Lime soda ni sedap! Recommended! Manakala untuk pencuci mulut, Barak pi order banana pancake. Jenuh nak menghabiskan!

So, total kami makan tu semuanya berjumlah 530 baht, lebih kurang RM 72 camtu. Takde lah murah pun. Tapi sebab sedap, kira okay la tu. Lagipun ni kawasan pelancongan kan.

Jalan-jalan sekitar Kamala Beach

Habis je makan, kami merayap di sekitar small town di Kamala Beach ni. Comel je kedai-kedai kat sini. Yang bestnya, 7 Eleven dekat sebelah hotel ni je. Memang la heaven 7E Thailand ni kan. Semua ada. Berpinau mata kalau tengok kat bahagian toiletries. Macam-macam jenis sabun ada. Walaupun kat rumah aku tu masih ada lagi sabun-sabun even yang beli kat Hatyai hari tu, aku rasa ada keperluan untuk restock juga kan? Hahaha. Barak lagi teruk, dia borong semua this one soap kat situ. Satu pun tak tinggal!

Selepas shopping kat 7E, kami berjalan lagi, dok usha mana massage atau spa centre yang okay. Kat area ni banyak gila cuma tak sure okay ke tak. Jalan punya jalan, terjumpa satu spa ni iaitu Anara Massage. The owner yang menegur kami. Mrs. Ana, wanita Muslim yang memang asal dari sini. So, dia beritahu spanya sangat bersih dan stafnya juga semuanya professional. No hanky panky business segala bagai. Menarik juga la. Memang cantik pun spa dia ni. Pelbagai jenis pakej massage dan treatment yang disediakan. Dan yang paling penting, depa ada sediakan messeur lelaki. Sebab kalau semuanya wanita, memang tidak la aku nak pi urut. Dan memandangkan hari dah agak lewat dan kami pun dah kepenatan, aku beritahu dia maybe esok atau lusa, kami akan datang semula.

And then, kami terus balik ke bilik untuk rehat. Setakat ni je la aktiviti hari pertama kami di Phuket.

Hari kedua: Jalan-jalan Phuket

Hari kedua di Phuket dimulakan dengan bersarapan pagi di restoran hotel. Aku memang pilih dengan breakfast package sekali. Dan memandangkan kita travel ni negara non-Muslim, maka kena beringatlah bahawa tak semua benda yang dihidangkan kita boleh makan. The only makanan yang aku dan Barak ambil hanyalah roti, salad, buah-buahan, telur rebus serta minuman. Jadilah untuk mengalas perut. Alas pun tak alas juga la. Memang kenyang!

Restoran hotel ni terletak bersebelahan jalan dan di hadapannya ialah Kamala Beach. Boleh nampak pemandangan ombak semasa makan kat sini.

Sambut Merdeka di Kamala Beach

Selamat Hari Merdeka, Malaysia! Yesss… hari ni ialah 31 Ogos. Walaupun jauh di perantauan, kami tetap bersemangat dan berjiwa patriotik terhadap negara tercinta. Tu diaaa! Gigih tau bawa Jalur Gemilang beli kat airport tu. Bergilir-gilir ambil gambar dengan Barak sebab nak post kat media sosial masing-masing.

Tapi yang kelakarnya, masa kami tengah ambil gambar kibarkan bendera ni, ada mat saleh dari UK yang dah menetap kat sini lalu dan tanya dengan nada bergurau “You want to claim this island, is it?”. Tergelak aku dengar. Dalam hati, nak je reply sarcastically macam “Eh, sorry. Aku bukan dari bangsa yang satu tu, nak claim tanah yang dijanjikan tu ya..” Tapi, takde la cakap pun. Aku just bagitau hari ni 31 Ogos, Hari Kebangsaan Malaysia. Dia macam oh okay dan beritahu pernah pergi ke Pulau Redang dan dia cakap cantik.

Anyway, Alhamdulillah, pagi ni cuaca tak hujan. Redup je. Jadi, aku rasa boleh la kot nak pergi day tour hari ni. Tapi nak pergi dengan siapa tu aku tak sure. Aku dok usha tuk-tuk tepi jalan tu tapi macam malas pula nak pi tanya. Aku suggest kat Barak, maybe amik Grab pi Old Town je dulu. The rest tu nanti fikirkan kemudian. By the way, kat tepi Kamala Beach ni ada Tsunami Memorial sempena mengingati tragedi tsunami yang melanda pada tahun 2004 dulu.

Nota: Aku tergerak hati nak check dan baru tahu yang di Thailand kita perlu elak untuk mengibarkan bendera asing di tempat awam, kerana undang-undang Thailand (Flag Act 1979) melarang pengibaran bendera asing secara terbuka. Tapi korang boleh membawa dan menggunakan bendera Malaysia secara peribadi di tempat persendirian seperti dalam bilik hotel tanpa masalah undang-undang. So, please take note dan hati-hati jangan sampai mendatangkan masalah semata-mata nak buat content.

Trip 8 jam di Phuket dengan Audy

Selepas balik dari bersiar-siar di Kamala Beach tu, kami balik rest dulu kat bilik. Barak sambung tidur dan aku pun sibuk dok transfer file-file gambar dan video ke dalam Macbook sebab aku takut tak cukup space kalau dah pi berjalan nanti. Bila dah transfer, at least boleh je la aku nak delete mana-mana file kat phone aku ni.

Sekitar jam 10.45 pagi tu, aku keluar untuk book Grab ke Old Town. Sedang molek tengah tunggu kat lobi, hujan lebat pula turun. Mujurlah tak lama. Dan sementara nak plan apa nak buat hari ni, kami pi lepak kat kafe hotel ni, minum kopi dan croissant. Takde la lapar sangat tapi entah, rasa nak mengunyah.

Masa aku book Grab nak ke Old Town ni, aku rasa dalam 3 ke 4 kali driver cancel trip. Tak sure kenapa. Alhamdulillah, driver yang satu ni namanya Audy ambil trip ni. So, kami naik dengan dia. On the way ke Old Town tu, aku saja ringankan mulut bertanya kalau dia boleh buat tour sekitar Phuket. Aku few times buat camni kalau aku memang takde proper planning nak berjalan. Kalau harganya okay, boleh consider la juga.

Dan bila dia beritahu harga untuk trip 8-jam berharga 2,200 baht tu, kami onz je. Tapi dia kena hantar dulu kami ke Old Town dan trip hanya akan bermula start bertolak ke next location. Kiranya 8 jam tu termasuk bila dah balik ke hotel la nanti. Kat Phuket Old Town ni, Audy turunkan kami di Museum Phuket, bangunan dengan clock tower yang ikonik tu. Dah habis urusan kami di sini, dia suruh aku bagitau so that dia boleh ambil kami dan mulakan trip 8 jam tu. Dan sementara menunggu kami, dia kata nak pergi lunch dulu kat area ni.

Phuket Old Town

Phuket Old Town ni sebenarnya kawasan lama yang terbina masa zaman kegemilangan perlombongan bijih timah pada abad ke-19. Masa tu ramai pedagang dari Cina, Eropah, India dan Melayu datang ke Phuket untuk berniaga, jadi bandar ni jadi macam “melting pot” budaya. Sebab tu kita nampak bangunan-bangunan lama kat sini penuh dengan campuran gaya Sino-Portugis – ada vibe kolonial Eropah tapi masih ada sentuhan Cina.

Dulu bangunan kat Old Town ni banyak digunakan sebagai rumah kedai untuk peniaga bijih timah, kedai emas, kedai ubat Cina dan tempat tinggal keluarga. Sekarang, banyak bangunan lama dah diubah jadi kafe hipster, butik, galeri seni, muzium dan homestay, tapi masih mengekalkan facade asal. Jalan-jalan dia pun cantik dengan warna-warni bangunan, mural dan suasana klasik.

Pendek kata, Phuket Old Town ni macam kapsul masa – kita boleh rasa sejarah perdagangan, budaya Baba-Nyonya dan campuran pelbagai bangsa, tapi dalam masa sama kita boleh nikmati suasana moden sebab ada banyak port lepak yang menarik.

Museum Phuket

Lokasi pertama yang kami singgah di Old Town. Bangunan muzium berwarna kuning dengan menara jam di Old Town Phuket merupakan mercu tanda ikonik bergaya seni bina Sino-Portugis atau Peranakan. Gaya ini menggabungkan unsur kolonial Eropah seperti lengkungan besar dan menara jam, dengan elemen Cina seperti tingkap kayu berjeriji dan hiasan ventilasi. Dahulu ia melambangkan kemakmuran Phuket pada era perlombongan bijih timah, manakala kini bangunan ini berfungsi sebagai muzium dan pusat kebudayaan yang mempamerkan sejarah serta warisan masyarakat Baba-Nyonya di Phuket.

Bangunan ini memang menjadi tumpuan pelancong sebab memang ramai yang dok ambil gambar dan buat content kat sini. Dan yang menariknya ialah ada seorang abang polis yang menjaga kawasan ni turut membantu mengambil gambar untuk pelancong. Bukan ambil gambar ala kadar je la. Gigih dok ambil dari pelbagai angle. Semangat sebegini yang kita mahukan! Hehehe.. Anyway, Alhamdulillah, cuaca kat sini baik dengan langit biru. Cantik bila ambil gambar.

Lunch di Mashaa Halal Cafe

Setelah selesai bergambar di Museum Phuket, kami mencari kedai makan halal untuk pergi lunch dan terjumpa kafe ni. Dekat je dengan muzium tu. Untuk menghilangkan dahaga, aku order yuzu soda manakala Barak pula order strawberry soda. Memang sangat sesuai time cuaca tengah panas ni. Makanannya pula, aku pilih udang goreng cili. Memang sedap! Cukup semua rasa. Isi udangnya pun kenyal dan rasa segar. Barak pilih sup sayur dengan tofu. Rasa supnya menyegarkan. Kalau makan sup ni dengan sambal belacan dan ikan masin, confirm bertambah nasi tu!

Oleh kerana kafe ni kecil je, maka kami tak stay lama pun. Lepas makan, terus chow sebab nak memberi ruang pada pelanggan lain pula nak makan.

Singgah Mosjed Yameay

Audy pick-up kami berhampiran dengan Mashaa. So, trip 8-jam kami bermula sekarang sekitar jam 1.30 petang. Jadi, destinasi pertama yang hendak kami tuju ialah ke Hilltop Cafe yang dicadangkan olehnya. Kami main ikut je sebab malas nak fikir sangat. Katanya kafe ni terkenal dan terletak di atas bukit dengan view yang cantik.

Tapi, on the way ke sana tu, aku minta dia singgah sekejap kat mana-mana masjid yang ada. Aku dok Google memang ada masjid on the way tu. Tapi sebab aku main random je request, kat traffic light pula tu, sudahnya aku Google lain, dia punya lain. Tapi takpelah, janji masjid. Bagi settle dulu jamak Zohor dan Asar ni, barulah senang hati nak berjimba. Maghrib dengan Isya tu boleh buat balik hotel nanti.

Kami singgah di Mosjed Yameay atau dalam bahasa Melayu kita, Masjid Jamek. Audy pula tunggu je dalam kereta sebab aku kata tak lama pun. Bagi kami like 10 minutes camtu.

Monkey Watching Point Sire Island

Selesai solat, on the way nak ke Hilltop tu, Audy singgah sebentar kat tepi jalan. Katanya ada tempat bagi makan monyet. Aku takde la kisah sangat sebab kat Cyberjaya ni pun memang ada je monyet. Kat tepi jalan tu ada gerai menjual buah-buahan seperti pisang dan lain-lain. Jering pun ada! Kemain kuat baunya ya. Kami beli 2 sikat pisang. Tak sure nama pisangnya tapi kecil je. Pisang emas kot. Tapi memang murah la. Sesikat tu 20 baht, dalam RM 2.60. Barak tapau beberapa biji sebab dia nak makan. The rest tu kami bagi pada monyet-monyet yang ada di seberang jalan tu. Actually, kawasan tu macam kawasan bakau.

Hilltop Cafe by Sinae

Hilltop Café by Sinae ni memang port lepak yang wajib singgah kalau ke Phuket. Terletak di atas bukit dengan pemandangan laut Andaman yang luas, kafe ni terkenal dengan suasana tenang, dekorasi moden tropika dan spot bergambar yang memang Instagram-worthy. Sambil nikmati kopi atau dessert, korang boleh layan view sunset yang cantik gila.

Kafe ni Audy yang suggest sebab katanya ia port popular pelancong luar. Nak makan kat kafe ni, korang kena beli kupon berharga 500 baht seorang (lebih kurang RM 68). Kalau nak seat view yang paling depan, harganya lagi mahal. Seat kupon 500 baht ni korang boleh duduk kat barisan ketiga dan ke bawah. Perjalanan pergi dan balik ke kafe ni akan dihantar dengan menaiki pick-up truck.

Disebabkan kami baru je lunch kat Old Town, so takde la nak makan sangat kat sini. Just ambil minuman dengan dessert maybe. Aku nak order coconut ice-cream tapi habis pula. Aku pass kat Barak je untuk dia order sebab aku nak pi toilet. So, dia order cheesecake, chocolate fondant with vanilla ice-cream dan pistachio ice-cream.

View kat sini memang cantik. Dan kebanyakkan yang datang ke sini ialah pelancong dari Arab antaranya dari Oman, Kuwait dan lain-lain. Ruang untuk solat juga disediakan. Tandas pun ada tapi masa aku pergi ke sini, tandasnya hazab! Hahaha.

Nota: Sebagai Muslim, aku tak suggest korang makan kat sini. Kalau setakat nak minum maybe okay la kot. Sebabnya, kat sini mereka serve non-halal meat juga. Aku baru perasan masa dok buat content ni. Masa pi haritu tak perasan langsung menunya sebab kami memang dah kenyang dan tak nak lunch. So, just tengok menu minuman dan dessert je. Walaupun ramai pelancong Arab datang ke sini, ia bukan penanda aras makan kat sini halal belaka ya.

Promthep Cape

Selepas mengisi perut di Hilltop Cafe, kami ke destinasi seterusnya iaitu di Promthep Cape. Lokasi ni memang aku request kat Audy dan satu-satunya tempat yang aku nak pergi.

Promthep Cape ni salah satu spot paling ikonik dan wajib singgah kalau ke Phuket. Ia terletak di hujung selatan pulau, terkenal dengan pemandangan matahari terbenam yang dikatakan antara tercantik di Thailand. Ramai pelancong datang ke sini waktu petang semata-mata nak tengok golden hour berlatarbelakangkan Laut Andaman. Vibe dia macam Bukit Merese di Lombok tu.

Menariknya bila sampai kat sini ialah kelihatan 2 ekor kura-kura membawa tabung “mengutip derma”. Siap ada QR code sekali. Aku cakap kat Barak mungkin lepas ni boleh start fikir untuk membela kura-kura untuk menjana pendapatan! Hahaha…

Selain view sunset, kat kawasan Promthep Cape juga ada mercu tanda seperti rumah api kecil, shrine/altar dan patung-patung gajah yang unik. Kat sini juga ada Promthep Cape Viewpoint yang jadi port bergambar popular, serta kedai-kedai kecil jual cenderamata dan minuman. Kalau nak suasana lebih santai, boleh jalan sikit ke bawah bukit untuk nikmati pemandangan dari sudut lain.

Pendek kata, Promthep Cape bukan sekadar tempat tengok sunset – ia juga simbol keindahan Phuket yang gabungkan alam semula jadi, budaya dan suasana tenang tepi laut.

Ya Nui Beach

Next, Audy bawa kami ke Ya Nui Beach, salah satu pantai yang cantik aku pernah lawati di Phuket ni. Aku suka kalau pantai tu ada formasi batu-batuan di tepinya. Menambahkan lagi kecantikan pantai tersebut. Mat saleh memang ramai la kat sini. Aku dok fikir nak ambil gambar kat bukit batu tu tapi malas nak memanjat. So, ambil gambar di area pantai ni je la. Ombak kat sini pun boleh tahan besar.

Nai Harn Beach

Sebelum bertolak semula ke Old Town, Audy bawa kami ke Nai Harn Beach. Tak jauh dari Ya Nui Beach ni je. Pantainya agak luas dan ombaknya besar. Bendera merah dinaikkan di sepanjang pantai. Tapi mat-mat saleh ni bukan kisah apa. Life guard bagi amaran, diorang buat dekkk je. Satgi kalau dah mampos, baru ada akal. Somehow aku rasa diorang ni rasa diri mereka tu privilege sangat sampai tak reti hormat peraturan.

Tapi apa yang penting kat sini, kebanyakkan pakaian mereka ni.. ya Rabbi, berpinau mata aku! Bukan setakat yang muda, yang tua, lelaki perempuan sama naik. Pungkoq tu dah berkedut macam leher ayam belanda, tergamak ya nak pakai thong! Berdarah mata aku. Aku ada snap kononnya nak pass kat Shezz atau Jay kan, saje nak melawak tapi tak tergamak la weh nak menambah dosa. Terus aku delete sebab rasa suwey pula kalau simpan dalam phone! Hahahaha…

Phuket Old Town Night Market

Selesai mengambil angin di Nai Harn Beach, kami terus ke Old Town Night Market. Kiranya ni last stop kami untuk hari ni.

Phuket Old Town Night Market, yang orang tempatan panggil juga Lard Yai Market, memang antara highlight malam hujung minggu kat Phuket. Diadakan pada setiap hari Ahad, bermula dari jam 4.00 petang, sepanjang Thalang Road yang penuh dengan bangunan bersejarah Sino-Portugis tu akan ditutup untuk kenderaan dan bertukar jadi pasar malam meriah. 

Kat sini korang boleh jumpa macam-macam – dari street food Thai (pad thai, mango sticky rice, pancake pisang, sate, sampai makanan unik Phuket) hinggalah ke souvenir, kraftangan, pakaian, aksesori dan barangan handmade. Suasana dia memang hidup, ada buskers main muzik, persembahan jalanan dan lampu warna-warni yang buat suasana lagi festive.

Selain shopping dan makan, yang best kat pasar malam ni ialah pengalaman blend moden & tradisional – sambil jalan, korang boleh admire bangunan klasik Peranakan yang dicat warna-warni, tapi dalam masa sama enjoy vibe muda dan hipster. Nak massage tepi jalan pun ada.

Pendek kata, Phuket Old Town Night Market ni port lepak paling best untuk makan, shopping, ambil gambar dan rasa suasana lokal Phuket. 

Aku tak beli makanan apa pun kat sini. Just mencari few fridge magnet dan poskad. Untuk dinner pula, kami makan ni Restoran Sultaan Indian Food. Tu pun terjumpa sebab dok mencari ada this one kedai souvenir yang FYP kat TikTok. Aku order prawn biryani dan Barak pula order chicken tandoori. Dah la, tersilap ambil order. Tu yang makanan Barak lambat sampai. Terpaksa makan cepat-cepat sebab dah janji nak jumpa Audy kat pick-up point untuk balik ke hotel.

Alhamdulillah, kami selamat dihantar oleh Audy kat hotel hampir jam 10.00 malam. Memang barai weh rasa badan. Tapi puas hati dan syukur juga sebab cuaca hari ni baik. Dapat la nak jalan sikit ke sana- sini.

Hari ketiga: Jalan-jalan di Kamala Beach

Pagi ni cuaca agak mendung. Lepas breakfast, kami merayap di sekitar Kamala Beach. Ombak pula memang tengah kuat. Sepanjang berjalan di tepi pantai ni, ternampak juga kawasan perkuburan orang Islam di sini. Actually, Phuket ni ramai juga Muslim. Tu yang makanan halal agak mudah untuk didapati.

Dan aku baru teringat yang beberapa tahun yang lalu, aku pernah plan nak stay di Novotel yang terletak di hujung pantai ni. Aku tak ingat kenapa tak jadi, tapi yang pasti lokasinya bertukar ke Mantanani Islands di Sabah sana. Kalau tak silap aku lah. Aku dok berangan nak buat photography bagai kat kawasan berbatu di hujung tu sebab aku rasa kawasan tu cantik. Alhamdulillah, dapat juga walaupun tak stay kat situ.

Sempat juga berborak dengan pasangan dari Eropah yang dah menetap di Chiangmai, Thailand. Memang kebanyakkan warga Eropah memilih untuk bersara di Asia Tenggara dan Thailand salah satu negara yang menjadi pilihan.

Anyway, bila dah puas berjalan, kami singgah di 7 Eleven membeli barang-barang sikit untuk dibawa pulang sebelum pergi semula ke Anara Massage untuk book slot massage. Nasib baik pergi sebab male messeurnya ada sorang je. So, aku dengan Barak kena take turn la. Barak start jam 3.00 petang dan aku pula pada jam 4.00 petang. Dah settle booking, kami balik ke bilik dulu untuk sambung rehat. Hari ni memang malas nak ke mana-mana. Dah dapat view cantik semalam, cukup la tu.

Lunch di Amena Halal Food

Mana lagi nak pi… sini je la. Malas nak berjalan jauh-jauh. Lagipun makanannya sedap dan banyak pilihan. Tengah-tengah tunggu makanan sampai, hari hujan pula. Nasib baik tak lama. Aku order benda yang sama iaitu beef green curry, Tapi ada tambah som tam. Som tamnya mantap!!! Memang cukup rasa. Puas hati betul makan. Barak pula dok order mee goreng.

Body massage di Anara Massage

Kami bergerak sekali ke Anara walaupun session aku sejam selepas Barak. Takpe la. Boleh duduk rehat sambil layan internet guna free wifi. Mrs. Ana takde, so staff dia la yang uruskan. Bila Barak dah selesai, maka turn aku pula la. Dia sambung pi buat pedi kat spa sebelah sebab kat Anara ni takde. Mula-mula aku nak buat warm oil body massaje selama 90 minit. Then, aku sambung lagi 1 jam untuk head and neck massage.

Aku sangat recommend spa ni sebab selain bersih dan takder buat benda yang bukan-bukan, menurut Mrs. Ana, setiap caj yang dikenakan, 20 baht tu dia akan salurkan kepada badan kebajikan. Tambahan lagi, male messeur aku nama Joji tu sangat cermat dan teliti buat kerja. Urutannya pun bagus. So, yeah… aku dengan Barak memang puas hati.

Dan oleh kerana aku lama sangat berurut, Barak balik ke hotel dulu. Dah selesai urutan, kami terus pi dinner untuk malam terakhir ni.

Dinner di Amena lagi…

Malam terakhir dan makan malam di sini. Mula-mula aku macam malas nak makan sebab perut aku berangin. Aku yakin sebab siang tadi aku minum latte yang aku beli kat 7 Eleven tu. Walaupun dah makan 2 packet TolakAngin, masih tak jalan. Sudahnya, kat Amena ni, aku dok order 1 cawan teh halia panas dan 1 teh halia sejuk. Harap-harap berkesan la kan?

Walaupun tak berapa ada mood nak makan, bila makanan sampai, habis juga aku bedal! Hahahaha.. Malam ni kami order ikan siakap sweet sour dan telur dadar. Memang sedap sweet sournya tu. Barak kata malam akhir kena makan mewah sikit. Ni mesti belajar dari Fatin masa kat Labuan Bajo dulu! Hahahaha.

Selepas bayar dan sebelum balik, kami bergambar dengan Taytay, the girl yang selalu ambil order kami tu. Dia kata kalau datang lagi Phuket, jangan lupa datang kedainya lagi. Insyallah…

Hari keempat: Phuket – Kuala Lumpur

Last day di Phuket! Ahhhhh… cepat betul masa berlalu. Dan yang bestnya, hari ni cuaca sangat baik! Langitnya cerah membiru. If only cuaca camni masa second day tour hari tu. Tapi takpelah. Cuaca hari tu elok pun dah okay.

Selepas breakfast, kami singgah lagi ke 7 Eleven membeli apa yang patut. Aku dok beli shampoo bergamot, ada offer 2 botol dengan harga 79 baht camtu. Lepas tu Barak nak belikan this drink untuk Jay. And then aku cakap benda ni tak lepas nanti kat imigresen. Dan dan tu juga aku baru teringat aku dah beli shampoo tadi! Damnnn!!! Sah-sah la kena buang satgi sebab kami tak check-in luggage. Adehhhh…

Selesai urusan check-out, kami singgah mengambil gambar last di pantai Kamala. Audy pun akan pick-up kami sekitar jam 12.00 tengahari sebab flight kami boarding pada jam 3.25 petang. Mula-mula dia bawa singgah satu lagi pantai berdekatan airport. Tapi nasib baik aku tergerak nak check app. Flight aku reschedule awal sikit dalam 2 something boarding. So, aku bagitau Audy terus ke airport je.

Sampai kat airport, kami ucapkan thanks kat Audy. Rezeki juga sebenarnya jumpa dia ni. Boleh lebih kurang. Alhamdulillah. Urusan imigresen smooth je dan seperti yang aku jangka, shampoo tu memang tak lepas dan kena buang. Jus yang Barak beli tu pun diorang suruh minum atau buang je. So, aku la yang tolong habiskan. Hahaha.

Sementara menunggu boarding, kami lunch di Burger King. Ada vege burger which is bagi aku okay la kot nak makan. Restoran yang lain kat dalam boarding gate tu takde yang halal pun. Burgernya dah la besar dan pedas. Hazab juga kami nak habiskan.

Penutup

Apapun, Alhamdulillah sebab trip ke Phuket ni berjalan dengan lancar dan tiada masalah walaupun semasa musim hujan. Aku memang tawakkal sepenuhnya pada Allah dan berdoa. Siap solat hajat sekali minta mudah-mudahan ada la sehari cuaca yang elok. Sebab bagi aku, travel ni boleh jadi part of ibadah juga bila kita tengok keindahan alam ciptaan-Nya kan? So, memang aku bersyukur sangat.

And thanks to Barak too sebab so far, dia jarang nak say no bila aku ajak travel sama. Ada travel buddy yang boleh berkongsi, berlebih kurang, tak cerewet ni, rezeki juga namanya. Kiranya tahun ni, tahun kami melawat Siam je la. Hahahaha.. Nak pi jauh-jauh belum ada rezeki lagi. Insyallah, mana tau kot la ramai view channel aku kan lepas ni. Ada sikit dana nak travel lagi. Hahaha..

Bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Mudah-mudahan dapat aku nak buat travel content lagi di masa hadapan.

By the way, kalau korang berminat nak gunakan khidmat Audy, boleh Whatsappnya di sini.

Till then, jumpa di post travel akan datang. Di mana? Tunggulah aku dan Barak bersiaran di mana nanti. Hehehe. Jumpa lagi!

Nota: Vlog masih lagi dalam proses editing. Dah siap nanti aku upload ya.


English summary:

Planning a 4D3N trip to Phuket during the rainy season? Stay at the relaxing Princess Kamala Beachfront Hotel along the peaceful Kamala Beach, explore the charm of Phuket Old Town and Hilltop Café, and catch stunning sunsets at Promthep Cape. Unwind at Ya Nui Beach and Nai Harn Beach, enjoy authentic halal meals at Amena Halal Food and Mashaa Halal Café, and experience professional treatments at a Muslim-owned spa. End your trip with the vibrant Phuket Night Market for the perfect local touch.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.