Trip 2H1M ke Taman Negara
Pengenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Korang masih lagi dalam mood Hari Raya ke tu? Dalam post kali ni, aku nak share tentang aktiviti terbaru aku pada minggu lepas iaitu trip 2H1M ke Taman Negara yang terletak di Kuala Tahan, Pahang.
Ini merupakan lagi satu trip yang tak berapa nak dirancang sangat. Roughly planned kira-kira hari beberapa sebelum kejadian ni. Asalnya aku plan nak menziarahi Pak Lang aku di Pahang tu. Tapi last minute dia tak available pula. So, kehidupan perlu diteruskan. Maka itu, terjadilah trip 2H1M ke Taman Negara ni.

Tapi, sebelum tu apa kata korang support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.
Sebelum aku bercerita lebih lanjut pasal trip 2H1M ke Taman Negara aku ni, mari aku sharekan sikit bajet ke sini. Dan seperti biasa, Barak menjadi crime partner aku yang setia. Tak boleh la weh aku nak drive sorang berjam-jam ni. Acik kau dah tua! Hahaha…
Bajet 2H1M ke Taman Negara
Berikut ialah bajet aku untuk ke Taman Negara ni. Tak termasuk minyak, makan dan tol.
| Hotel • Mutiara Taman Negara (Family Deal) • Family Deal: chalet x 1 malam • Termasuk breakfast • Bilik untuk 2 dewasa & 2 kanak-kanak • Termasuk cukai | RM 350.00 |
| Aktiviti di Taman Negara • Night walk (RM40 seorang) • Trip Lata Berkoh (RM400 per boat) | RM 480.00 |
| Permit Taman Negara • Permit masuk & kamera (RM6 seorang) | RM 12.00 |
| Jumlah perbelanjaan | RM 842.00 |
Dan memandangkan aku kongsi berdua dengan Barak, jadinya kos seorang lebih kurang RM421 sahaja.
Hotel 2H1M di Taman Negara
Mutiara Taman Negara – chalet
- Kami stay ni chalet bernombor 56 yang terletak di bahagian belakang. Berbanding dengan chalet 35 yang aku stay dulu, dekat sikit dengan lobi hotel.
- Chalet yang kami stay ni boleh memuatkan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (kalau ikut pakej Family Deal yang dipaparkan dalam websitenya lah).
- Terdapat 1 queen bed dan 1 single bed. Chaletnya agak luas dan terdapat beranda yang mendapat kawasan hutan.
- Biliknya bersih. Tilam, bantal dan comforternya sangat selesa bagi aku.
- Aircondnya sejuk dan hot showernya berfungsi dengan baik. Ada mini fridge, safety box, LCD TV dan free wifi.
- Di sini ada sebuah restoran dan mini market. Kemudahan yang lain aku tak check pun. Tetapi untuk lunch dan dinner aku makan di floating restaurant yang terletak di seberang sungai. Pakej aktiviti di Taman Negara pun kami ambil di situ. Snacking pun kami beli kat seberang.
- Tambah nak menyeberangi sungai ialah RM2 per trip. Last time aku pergi dulu (2021) cuma RM1 je.
- Bila korang masuk ke Taman Negara ni, kena ambil permit. Kalau takde permit ni, korang tak boleh buat aktiviti kat sini. Permitnya cuma RM6 seorang (RM5 untuk kamera dan RM1 untuk entrance). Permit boleh dimohon di Park Centre yang terletak di dalam resort ni.
- Untuk makluman, canopy walk masih ditutup sewaktu kitorang kat sini.




Itinerari 2H1M ke Taman Negara
Basically, aktiviti trip 2H1M ke Taman Negara ni aku plan satu je sebenarnya – nak repeat Lata Berkoh sebab masa last trip 2021 tu, aku tak sempat nak ke sana sebab hari hujan dan tiada guide. Jadi, kali ni aku akan pastikan kitorang dapat pergi ke sana sebab aku pun curious bagaimana rupa Lata Berkoh tu.
Selain tu, kitorang juga ambil pakej night walk, jalan-jalan melihata suasana hutan pada waktu malam. Tu je la. Night walk tu kitorang buat masa malam pertama dan next day pada waktu pagi lepas breakfast kitorang buat trip ke Lata Berkoh. Habis je trip tu, baru bertolak balik ke Cyberjaya.

Aktiviti di Taman Negara
Sebenarnya, banyak aktiviti yang korang boleh lakukan kat sini antaranya night cruise, rapid shooting, melawat perkampungan orang asli dan lain-lain lagi. Aku hanya kongsikan 2 aktiviti yang kitorang buat di sini iaitu night walk dan boat trip ke Lata Berkoh.
Night walk
- Harganya ialah RM40 seorang.
- Bermula sekitar jam 8.30 malam selama kira-kira satu hingga satu setengah jam night walk.
- Lokasinya di hutan sekitar Mutiara Taman Negara.
- Laluan berkayu disediakan.
- Di sini korang boleh rasa pengalaman masuk ke dalam hutan tebal dengan binatang bebas berkeliaran. Kalau ada rezeki, dapatlah jumpa banyak binatang. Kalau tak, Insyallah dapat jumpa semut, kala jengking, labah-labah dan beberapa spesis serangga yang lain.
Boat trip ke Lata Berkoh
- Harganya ialah RM400 untuk satu bot (dulu RM200 je masa 2021…)
- Satu bot maksimum 4 orang. So, kalau korang kongsi berempat sorang RM100 la camtu.
- Ada 2 slot masa untuk trip ni iaitu 9.30 pagi dan 2.30 petang.
- Trip bermula sekitar jam 9.00 pagi dan berakhir lebih kurang 12 ke 1.00 tengahari.
- Perjalanan bot ke Lata Berkoh lebih kurang 1 jam sehala.
- Dalam perjalanan, bot akan singgah seketika di pokok tualang terbesar di Taman Negara. Kawasan ni dah ditutup sebab pokoknya dah uzur, banyak dahan patah. Boleh tengok dari luar je.
- Kemudian, bot akan singgah di Santuari Kelah. Korang boleh turun dan beli makanan untuk bagi makan ikan-ikan kelah ni.
- Bot akan berhenti di bahagian bawah dan guide akan bawa korang pergi ke Lata Berkoh. Hike lebih kurang 20 minit je. Laluannya biasa je dan tak susah.
- Korang boleh mandi di sini tapi make sure tahu berenang la sebab airnya hitam dan tak nampak kedalamanya. Kalau tak, duduk le la lepak menikmati pemandangan di sini.
Okay, mari aku share serba sikit trip 2H1M ke Taman Negara ni. Ayuh!

Hari pertama: Cyberjaya – Taman Negara
Trip 2H1M ke Taman Negara bermula sebaik sahaja lepas subuh. Aku ambil Barak di rumahnya dan baru discuss nak ke mana sebenarnya. Actually, ada 2 option sama ada nak ke Taman Negara atau Thistle Port Dickson. Tujuan utama memang nak ke Jerantut melawat Pak Lang aku tapi diorang tak available. Dan memandangkan aku dah set dalam kepala nak ke Taman Negara, so kitorang proceed je la ke sana. Hotel pun aku booked masa tengah ambil Barak.
Alhamdulillah, bertolak awal pagi ni jalan masih lagi clear dan kami sampai di jeti Kuala Tahan sekitar jam 11.30 pagi setelah hampir 4 jam drive dari Cyberjaya. Sampai di kawasan jeti, aku just park je di hadapan restoran terapung yang ada di tepi sungai tu. Sebaiknya korang jangan park semalaman kat sini sebab kalau ada kejadian kepala air, kawasan ni akan dinaiki air.

Mat Leon Travel & Tours
Anyway, sampai kat sini aku singgah di salah satu operator yang menawarkan pakej aktiviti di Taman Negara ni iaitu Mat Leon Travel & Tours. Aku berurusan dengan Ida dan Abang Mat. Peramah mereka ni. So, kitorang pilih untuk buat night walk dan boat trip ke Lata Berkoh.
Selesai berurusan dan Barak pun dah settle lunchnya, kitorang ambil bot menyeberangi Sungai Tembeling ni untuk ke jeti Mutiara Taman Negara. Bayarannya cuma RM2 seorang per trip.

Check-in awal di Mutiara Taman Negara
Alhamdulillah, boleh check-in awal kat sini. Tak perlu nak menunggu sampai petang. Badan pun dah penat, boleh la rehat dulu. Selepas check-in, kami singgah di Park Centre dulu untuk apply permit. RM6 je seorang. Dan sesudah dapat permit, kitorang terus ke bilik. Tak sabar nak landing atas katil. Chalet kitorang agak terkebelakang, so kena la berjalan sikit.
Masuk je bilik, selesai mandi dan solat, kitorang terus memengsankan diri sehinggalah jam 4.30 petang. Puas hati betul dapat tidur. Dah la bilik aircond sejuk, bantal dan selimut pun empuk. Memang tak sedar apa lah.

Berbuka di Family Restaurant
Selepas puas berehat, kitorang keluar semula ke seberang untuk membeli air dan snacking. Kalau beli dalam hotel ni, aku rasa maybe mahal la kot kan? Tak tengok pun tapi just buat andaian je la. Barak pun nak makan lite-lite je, so dia dok bedal seketul burger.
Selesai membeli, kitorang lepak di Family Restaurant, sebuah restoran terapung yang terdapat di kawasan jeti ni. Lepak menunggu waktu berbuka puasa sambil menikmati pemandangan sungai di sini. Jauh beza airnya berbanding masa musim banjir dulu. Dan ada beberapa orang dok mandi dan menyeberang sungai ni. Airnya cuma paras dada je.
Untuk menu berbuka puasa, aku memilih nasi goreng kampung, daging masak sweet sour dan tomyam campur. Manakala Barak memilih untuk membedal sate ayam.
Habis makan, kami balik semula ke hotel sebab night walk kitorang lepas ni pula, pada jam 8.30 malam.

Night walk di sekitar Mutiara Taman Negara
Aktiviti masuk ke dalam hutan pada waktu malam ni ditemani oleh Abang Mat dan Ida. Last time masa aku ke sini, tak berani nak masuk ke kawasan Hide Taman Negara ni sebab sunyi dan menyeramkan. Ye lah bai.. sini binatang liar bebas ke sana ke mari. Tak ke seriau tetiba kau terserempak dengan ghimau ke. Naya pak abu! So, bila ada guide ni, rasa okay la sikit at least ada orang yang berpengalaman dan tahu selok-belok kawasan ni.
Actually menarik sebenarnya buat night walk ni. Banyak benda yang korang boleh pelajari tentang hidupan liar di hutan tropika ni. Tiada binatang besar yang kitorang jumpa. Yang ada hanyalah terserempak dengan 2 ekor kancil yang berada di celah-celah pokok. Malam sebelumnya Abang Mat terserempak dengan 2 ekor harimau kumbang yang tengah mengawan. Depa tengah sedap, so takde la nak mengacau orang, ye tak? The rest yang kitorang jumpa kebanyakannya ialah serangga seperti kala jengking, labah-labah, kupu-kupu, belakang, ulat gonggok gergasi, semut gajah, sesumpah dan ular. Selain tu, ada juga nampak pokok-pokok hutan antara bunga putat yang hanya mekar pada waktu malam.
Di kawasan bumbun pula, terdapat kawasan bergaram semula jadi. Kawasan ni menjadi tumpuan haiwan liar pada waktu siang dan malam untuk mendapatkan mineral ni. Antara binatang yang akan ke sini antaranya harimau, gajah, rusa, kijang dan banyak lagi. Tapi sekor pun takde masa kami pergi ke sini. Takde rezeki.

Hujan malam pulak… ah sudah!
Kami selesai beraktiviti sekitar jam 10.00 malam. Terima kasih kepada Abang Mat dan Ida yang bawa kitorang ke sini. Balik bilik, terus mandi sebab dah berkicap macam apa. Haus jangan ceritalah. Bergelas-gelas aku minum 100 Plus. Terima kasih staf restoran yang bagi kami ais. Aku minta dengan diorang je. Sedap kan minum air sejuk-sejuk masa kehausan ni. Sebelum tidur sempat pula si Barak masak Maggi Cup. Aku pun tumpang sekaki.
By the way, malam ni dua kali aku terjaga sebab hari hujan. Ah sudah… risau pula kereta aku yang park kat bawah tu. Harap-harap takde apa lah. Aku tawakkal je pada Allah walaupun dalam hati seram juga rasanya.
Dengan yang demikian, maka selesailah aktiviti hari pertama.

Hari kedua: Lata Berkoh, Taman Negara – Cyberjaya
Selepas breakfast, sekitar jam 9.00 pagi, kami memulakan boat trip ke Lata Berkoh. Tapi sebelum tu, kitorang check-out awal dulu sebab takut trip ni habis selepas jam 12.00 tengahari. Aku siap tanya lagi staf, lepas habis aktiviti boleh tak nak tumpang mandi. Depa kata boleh je tumpang mandi di hostel. Terbaikkk!!!
Anyway, boatman kitorang kali ni ialah Abang Syafie dan Abang Suhaimi. Alhamdulillah, cuaca elok pada pagi ni walaupun awalnya agak suram sebab hujan malam tadi.
Perjalanan ke Lata Berkoh mengambil masa hampir satu jam. On the way tu kitorang singgah di pokok tualang yang dah berusia ratusan tahun tu. Pokoknya pun dah uzur dan banyak dahan yang patah. So, memang dah tak boleh masuk ke dalam. Tengok dari luar je la.

Ikan kelah yang besar gila!
Next destination, santuari ikan kelah. Tak lama pun singgah kat sini. Ikannya besar-besar ya! Lagi besar dari yang kitorang tengok kat Ton Nga Chang Waterfall di Songkhla tu.
Barak sempat membeli makanan ikan untuk bagi makan ikan-ikan ni. Sebotol RM5.00. Berkerumun ikan-ikan tu dok berebut makanan.
Selesai bagi makan ikan, kitorang meneruskan perjalanan ke Lata Berkoh.

Akhirnya sampai ke Lata Berkoh!
Perjalanan ke Lata Berkoh dengan kawasan letak bot tu lebih kurang 20 minit je. Dalam 1 km lebih kot kalau tak salah aku. Time ni jugalah musim lebah buat madu. Maka memang banyaklah lebah kat kawasan ni. Ada lebah tualang dan lebah kelulut. Mengikut Abang Syafie, musim lebah kali ni terlalu awal iaitu pada bulan April. Selalunya musim madu pada bulan Jun atau Julai.
Anyway, sampai di Lata Berkoh aku tak jadi nak mandi sebab airnya gelap. So, tak sure mana kawasan yang cetek atau dalam. Air warna hitam ni disebabkan oleh tanin dari bahagian pokok yang reput dan mati. Airnya pula ada sedikit bau macam baja tahi ayam! Hahahaha.. serious weh aku tak tipu. So, kalau nak mandi pun, aku akan mandi di kawasan parking bot tu je la. Situ jernih sikit airnya.
Oh, lagi satu sebab aku tak mandi kat Lata Berkoh ni ialah kerana lebah-lebh tengah menggila dok hurung aku. Abang Suhaimi kata sebab aku berpeluh. So, bau tu attract lebah-lebah ni. Aku nak record video pun jadi tak aman. Aku sempat juga basahkan badan aku dengan air di celah-celah batu kat situ. Tapi tak perasan pulak ada beberapa ekor pacat melekat kat kaki!!!! Hahahahahahah.. haram betul. Aku dah la geli dengan ulat-ulat camni. Nasib baik dia tak sempat nak sedut darah. Tapi Barak juga steady. Dia sempat lagi berenang kat kawasan ni.
After few minutes, kami turun semua ke bawah. Better mandi kat situ lah. Aman sikit dari lebah-lebah ni.

View mahal di Taman Negara
Pemandangan di kawasan parking bot ke Lata Berkoh ni memang sangat cantik bagi aku. Airnya cetek di kebanyakkan kawasan. Bunyi aliran air kat sini memang sangat menenangkan. Walaupun air di sini masih berbau baja tahi ayam, tapi airnya jernih. Yang dalam tu hitam juga la sebab ada tanin. Apapun kalau korang ke Taman Negara, memang wajib la ke sini sebab pengalaman berada di hutan hujan tropika tertua di dunia ni memang sangat awesome terutamanya bagi pecinta alam semula jadi.
Anyway, bila Barak dah puas mandi kat sini, barulah kitorang bergerak pulang. On the way balik tu, Abang Suhaimi matikan enjin bot kami bot kami bergerak mengikut aliran sungai. Memang dapat la kitorang mendengar bunyi asli dari kawasan hutan ni. Memang tenang dan best korang! Aku berdoa juga dalam hati, Ya Allah, mudah-mudahan ada la sekor dua binatang liar minum air tepi sungai ni… tapi takde. Hehehe..

Tumpang mandi di hostel
Habis je aktiviti, kitorang pergi semula ke lobi untuk ambil beg yang ditinggalkan di situ dan tanya staf untuk tumpang mandi. Ikutkan aku nak terus balik je tapi memikirkan dok berkubang dalam “air hitam” tadi, baiklah kitorang mandi dulu.
Alhamdulillah, Encik Asri pinjamkan kitorang tuala dan benarkan kami mandi di hostel. Terima kasih banyak-banyak. Selesai semuanya, kami singgah makan dulu di Family Restaurant sekali lagi untuk lunch siap-siap sebelum balik. Dan sebelum bertolak, kitorang singgah di tempat Abang Mat dan Ida untuk ucapkan terima kasih dan selamat tinggal. Insyallah ada rezeki, aku akan ke sini maybe dengan geng-geng kitorang atau mungkin aku boleh bawa family aku juga.

Penutup
Alhamdulillah, perjalanan balik okay walaupun agak jem sikit terutamanya di lokasi biasa seperti Gombak dan Karak. Kitorang pun sempat tidur di R&R Temerloh sekejap sebab terlalu mengantuk. Dan yang penting, sampai di Cyberjaya pada lewat petang dan bukan malam.
Anyway, thanks to Barak sekali lagi sebab sudi cancel appointment service keretanya untuk teman aku ke sini. Dan kira okay juga sebab dah lama sangat aku tak update Youtube aku. Bersawang! View pun semakin sendu!
Bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Mudah-mudahan dapat aku nak buat travel content lagi di masa hadapan.
Sehingga berjumpa lagi dalam post akan datang. Thanks sudi singgah baca dan tata! Assalamualaikum and take care!
English summary:
A spontaneous weekend getaway to Taman Negara Kuala Tahan, Pahang is the perfect short escape just 4 hours from Cyberjaya. Staying at Mutiara Taman Negara, the only resort within the rainforest, visitors can enjoy a guided night walk to spot wildlife and insects in their natural habitat. The next day, a trip to Lata Berkoh offers a stunning cascade waterfall deep within one of the world’s oldest rainforests. This nature-focused trip is perfect for a relaxing, eco-friendly, and refreshing weekend escape in Malaysia.

Leave a Comment