Hello guys! Korang suka makan kambing atau makanan Arab tak? Kalau sebelum ni korang dok bedal mandy or kabsah lamb, apa kata korang try maqloubeh lamb pulak.
Actually kali pertama aku try maqloubeh lamb di Marrakesh Restaurant di Cyberjaya ni, hati aku terus terpaut. Haa.. gitu!
Maqloubeh atau laqluba ni adalah masakan Palestine, Syrian dan kawasan yang sewaktu dengannya tu.. yang bermaksud terbalik. Sebabnya, secara tradisi, nasi ni apabila dimasak akan diterbalikkan ketika dihidang. And that’s why isi dagingnya akan tertimbus dengan nasi. Selain maqloubeh lamb, bagi yang tak makan kambing, terdapat juga maqloubeh chicken.
Kenapa aku suka gile maqloubeh lamb kat sini? Pertama… aku memang penggemar kambing/lamb. Kedua, nasi maqloubeh yang dimasak bersama kambing ni cukup rasa serba serbi, selain daripada isi kambingnya yang sangat lembut. Nasinya sedikit berminyak, mungkin sebab dimasak bersama lemak-lemak kambing. Tu yang beri extra flavor pada nasi ni. But, macam hidangan kambing yang lain, kena makan masa panas-panas. Kalau sejuk dan lemak-lemaknya beku, jadi kureng sikit.
Selain tu, every time aku order, aku akan minta extra kuah cili selain daripada beberapa batang cili padi. Hantu pedas macam aku ni, bila ada cili api baru nikmat nak makan! Then, untuk minuman, aku akan memilih Arabic Tea (teapot) sebagai pelengkap dan “pencuci lemak” selepas membedal kambing ni. Orang-orang Arab lazimnya lepas makan kambing akan minum teh kosong camtu.
Di samping tu, kat Marrakesh ni pun disediakan pelbagai jenis makanan Arab yang lain. Untuk pengetahuan korang, restoran ni specialized in Morroccan cuisine (dah nama pun Marrakesh kan?). Hidangan asli Morrocco seperti tajine dan lain-lain boleh didapati di sini. Aku pernah try selain lamb tajine.. tapi maqloubeh tetap menjadi pilihan hati.
Selain tu, kalau korang kaki shisha, kat sini pun disediakan shisha dengan pelbagai flavor. Lepas dah kenyang makan, sambil minum air, boleh la menjadi naga untuk seketika. Hahaha.
So, bagi korang yang nak try this maqloubeh lamb, silalah berkunjung ke Marrakesh Restaurant yang terletak di Neo Cyber, Cyberjaya. Lokasi dan alamatnya seperti di bawah.
Address:
53-G, Lingkaran Cyber Point Barat, Neo Cyber, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Leave a Comment