Day 5: Dizin – Pasargad Hotel, Tehran
Last day in Dizin. So, pagi ni aku bangun macam biasa. Settle mandi semua, aku kemas luggage apa yang patut sebelum turun breakfast kat restoran bawah tu. Sayu pulak hati mengenangkan nak meninggalkan tempat ni. Best sebenarnya hotel ni. Tak sibuk. Cuma kalau wifinya laju dan berfungsi dengan baik, memang dah cukup perfect dah bagi aku.
So, lepas breakfast, aku merayap kat sekitar hotel ni untuk bergambar buat kali terakhir sebelum balik ke Tehran. Oh, by the way, since semalam hotel ni dah meriah dengan warga Iran yang bercuti kat area ni. Mostly family. Dan malam tadi until 1.00 am pun depa yang muda-muda ni memekak dok main salji just in front of our room. Setan betul. Mat saleh pulak yang behave kat sini.
Puas bergambar semua, lebih kurang jam 11.30 pagi camtu, aku pun pulangkan kunci untuk checkout dan ambil passport kami yang mereka pegang. Ingat selesai sudahlah. Pastu minah Iran yang jaga ni (bukan Najmeh yang masa kami checkin dulu), dok buat calculation bagai. Ingatkan nak kena bayar extra ke apa. Rupanya dia dok pulangkan duit baki. Aku macam pelik sebab aku cakap kami bayar untuk 4 malam even tak sempat nak tidur semalam kat situ sebab stucked masa nak masuk Dizin tu. But then kami checkin awal lah around 7.30 am camtu. Kot lah ingat dia kira ke camne. Then dia dok kira lagi and call staff lain kot (rasanya dia call Najmeh).. potpetpotpet kemain laju cakapnya.. then dia pulangkan juga balance. Daripada USD520 yang kami bayar tu.. dipulangkan balik USD100 plus dengan berapa juta rial lagi. Aku macam eh… banyaknya kau pulangkan. Betul ke? Aku suruh dia check balik sebab aku takut dia salah kira, nanti dia jugak yang kena marah. So, dia confirm that’s the amount yang dia kena pulangkan. So, okaylah.. orang dah bagi duit. Amik je la kan? Derang kata depa charge kami 3 malam sahaja. Baik la pulok kan?
Taxi kami sampai lebih kurang jam 12.15 tengahari. Even aku dah bagitau kami ada 4 orang dengan 4 luggages, dia tetap bagi kereta biasa. Mujurlah muat bonet kereta tu sumbat keempat-empat luggage kami. Yang drivernya pun lebih kurang je macam pakcik Reza yang hantar kami dulu ke Dizin ni. The person incharge untuk pengangkutan dari ITTS ni, Mr. Muhammad Rezza bagitau driver ni orang Dizin ni juga. So bila sampai Tehran nanti dia minta tolong aku guidekan untuk sampai ke hotel sebab takut dia tak berapa familiar. Hahahaha.. ah sudah! Macam la aku tahu kan?
Anyway, kami bergerak dari Gajereh Hotel sekitar jam 12.30 tengahari. Perjalanan semuanya berjalan lancar. Sepanjang perjalanan menuruni pergunungan Alborz ni, mata disajikan dengan banyak pemandangan yang indah. Cantik sungguh bumi Iran. Aku memang teruja sebab masa naik ke kawasan ni kan waktu malam. So, memanglah tak nampak apa.
Bukit-bukau dan gunung-ganang yang bersalji.. sekali imbas macam kat Swiss pulak. Ada few tempat kami berhenti untuk mengambil gambar. Aku dah request kat Reza suruh bagitau pakcik ni untuk berhenti di mana-mana spot yang menarik.
Antaranya bersebelahan dengan Amir Kabir Dam dan ada satu lagi spot di Chalous Road yang boleh nampak sebahagian jalan ni dari bahagian atas. Perghhhh… memang cantik la weh. Aku jakun semacam je. By the way, Chalous Road ni juga antara yang listed dalam dangerous road in the world. Seingat aku masa on the way naik ke Dizin hari tu, ada ternampak accident juga. Lori dan kereta yang accident juga ada tersadai kat tepi-tepi sepanjang jalan ni. Alhamdulillah, kami selamat masa melalui jalan ni.
Melepasi Chalous Road, beberapa ketika kami memasuk Karaj, salah satu daripada bandar yang terdapat di Iran. Di sini our driver berhenti seketika mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan memasuki highway menuju ke Tehran. Jalan keluar Tehran sudah mula sibuk sebab esoknya Jumaat, hari hujung minggu di Iran.
Sampai di bulatan Azadi Tower, beberapa meter kemudian dalam kesibukan jalan, aku ternampak temperature kereta ni dah H dengan simbol STOP menyala. Ah.. sudah! Dengan jalan jem ni.. aku cakap kat pakcik tu suruh ke tepi dan berhentikan kereta. Dia muka cam selamba je.. tapi aku sure dia memang cuak gile tu. Patutlah few minutes before aku rasa macam kat bahagian kaki aku panas dan cermin berwap. Ingatkan heater dia ke apa. Risau la kan kot la terbakar ke kereta ni. Banyak barang dalam luggage tu. Hahahaha.. So, we managed to pull over untuk sejukkan enjin. Aku tanya kat dia tak nak isi air ke? Kot la air dah kering ke apa. Dia cakap takpe.. dia amik some sort of plastik macam lego like that then dia letak kat one of the fuse apa ntah kat enjin kereta tu. Aku pun pelik. Air tak diisinya. Few minutes lepas tu, dia start semula enjin dan bergerak. Jarum temperature tu turun la sikit… bukan kat H. lagi But lampu STOP tu masih menyala. I was like.. magic ke apa ni.. lantak la. Tapi masih risau sebab terasa lagi kepanasannya.
Then again… few meters je bergerak. Temperature naik semua and this time makin panas dan cermin depan berwap-wap keluar. Aku cakap lagi kat pakcik ni, there’s no way but dia kena berhenti juga. Aku dok keluarkan tangan kat tingkap minta laluan.. tahu-tahu la Tehran punya jam ngan cara derang drive camne. Dan je berhenti.. enjin dah berasap-asap. Haaa… amik kau! Dengan coolant ke apa liquid ntah habis menyembur meleleh keluar. Gila panas kot enjin!
So, dia pun pi la dok tahan this one car tanya apa ntah. Then at the same time pi kedai dok beli few water bottles pi siram kat enjin tu. Kami semua dah keluar dari kereta time ni. Aku usha Google Map, tempat kami berhenti ni dengan hotel dalam 4km je. Tak jauh mana. So, aku rasa better ambil taxi lain daripada nak menunggu dia yang tak tahu ntah boleh jalan lagi ke tidak kereta ni. Jadi, aku bagitau pakcik ni kami ambil taxi lain je. Those yang lalu jalan ni tengok kami senyum-senyum je. Apalah agaknya 4 ekor makhluk ni buat kat Iran ni kan dengan taxi berasap…. hahaha.
Anyway, we managed to get a taxi. Sumbat segala luggage kat belakang.. dengan aku-aku sekali kena pegang luggage kat seat. Lantak la hai.. janji cepat sampai. Syukur la ada taxi nak ambil kan.
Bila dah sampai hotel.. hati punyalah lega. Aku keluarkan duit.. si driver ni main amik je wang kertas tu. Dalam RM20 lebih la kot lebih kurang dia charge. Mahal juga la untuk jarak 4km tu kan. Tapi takpe.. janji dah selamat sampai.
Sampai kaunter, checkin, ambil kunci dan terus masuk ke bilik. Hotel semua kami dah bayar dulu masa booking online tu. Alhamdulillah hotelnya selesa, bersih dan elok. Better daripada kat Dizin tu.
Letak barang and rest kejap.. kami keluar semula ke kawasan sekitar hotel ni mencari restoran sebab masing-masing dah kelaparan. Jumpa this one restaurant, Nikou Burger.. fast food ala-ala Burger King camtu la. Kami dok order 4 burger semuanya. Sekali dapat, kemain besar lagi.
Selesai makan, kami pi merayap around this area. Best juga sebab banyak kedai kat area ni. Macam-macam benda dijualnya.. buah-buahan, makanan, baju, kasut, beg.. dengan kedai buku berlambak kan. Ye lah.. kat kawasan universiti kan.
Sekitar jam 7.45 pm, kami balik semula ke hotel sebab flight balik Firr pada malam ni. Sedih pula sorang dah takde. So, around 8.00 pm dia kena gerak ke airport. Taxi dah book dah. Minta tolong hotel ni buatkan. Sementara menunggu taxi datang, kami dok la melayan wrestling Iran kat TV lobby ni dengan staff-staff hotel sekali. Selesai satu perlawanan, around 8.10 pm camtu, this one guy… orang hotel juga ajak Firr naik kereta. Hahahah.. rupanya dia juga yang bawa taxi. Setan betul.. boleh plak dok melayan wrestling dulu kan? Selamba je orang Iran ni. Anyway, Firr cakap dia bawak macam pelesit. Kemain laju dan cepat je sampai airport!
Lepas Firr beredar, kami berjalan lagi kat sini mencuci mata sambil-sambil mengusaha tempat mana dan barang apa yang boleh dibeli nanti.
Dah penat kaki berjalan, then kami terus balik ke hotel sebab esoknya kami ada city tour the whole day.
Leave a Comment