Sharing is caring

Nota: Untuk makluman, vlog masih dalam proses editing. Insyallah, aku upload dalam beberapa hari lagi.

Pengenalan

Assalamualaikum dan hello semua! Berjumpa lagi dalam blog terbaru untuk bulan Jun 2026 ni. Kali ni aku nak share pengalaman terpaling menarik aku ke negeri paling bahagia di Malaysia. Mana lagi, di Terengganu lah untuk trip 3H2M ke Pulau Redang.

Tapi, sebelum tu apa kata korang  support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.

Seperti biasa, trip ni aku tak plan. Sebaliknya dirancang oleh Barak dan officematenya, Hafiz. Dan semestinya aku berbesar hati apabila diajak join sama. Lagipun plan aku dengan Barak nak ke sana sejak 2024 lagi. Time tu nak book tempat penginapan, semuanya penuh. Even Lang Tengah pun takde yang tinggal. End up kami berdua ke Nha Trang, Vietnam. Korang boleh baca post Nha Trang di link kat bawah ni.


Trip kali ni diuruskan oleh Barak. So, aku tinggal goyang kaki je. Hahaha. Dari book homestay, day trip dan sebagainya, semua dia uruskan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Kami ke sama pun naik kereta dia.

Bajet 3H2M ke Pulau Redang

Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, biar aku kongsikan bajet aku ke sana.

Homestay
Merang Residence (RM 200 semalam)
Family Room x 2 malam
Tanpa breakfast – bilik maksimum 4 orang
• RM 400 / 3

RM 133.33
Day Trip ke Pulau Redang
Return boat dari/ke jeti Merang
7 checkpoint
Termasuk lunch, air mineral, insurans & lain-lain*

RM 115.00
Jumlah perbelanjaanRM 248.33

*Boatman & guide berpengalaman, jaket keselamatan, peralatan snorkeling, makanan penyu dan ikan.

Jumlah perbelanjaan tu tak termasuk kos minyak, tol dan makan. Memandangkan kami pergi bertiga, so kos tu dibahagi sama. So, perbelanjaan kami lebih kurang RM 500 seorang camtu.

Homestay 3H2M di Merang

Merang Residence – Family Room

  • Merang Residence ni terletak di Merang, Setiu. Boleh dikatakan homestay yang baru dibuka.
  • Rekabentuk homestay ni bercirikan senibina Eropah dengan warna putih mendominasi keseluruhan warna bangunan. Sangat cantik untuk berOOTD juga. Tambahan pula di hadapannya terdapat beberapa sudut yang diletakkan hiasan seperti UK phone booth yang merah menyala tu, buaian dan juga kerusi taman.
  • Terdapat beberapa jenis bilik kat sini – kami stay di bilik Jasmine 2 di ground floor berhadapan dengan kolam renang.
  • Kolam renang kat sini agak luas. Sesuai untuk aktiviti riadah seisi keluarga.
  • Bilik yang kami stay ni jenis family room yang boleh memuatkan maksimum 4 orang. Terdapat 1 queen bed dan 2 single beds. Biliknya bersih dan kemas manakala katil serta bantalnya selesa.
  • Kemudahan WIFI serta seterika pun disediakan dalam bilik. Netflix atau Youtube korang boleh tengok kat TV dalam bilik, cuma kena login dengan akaun sendiri.
  • Aircond dan hot showernya berfungsi dengan baik. Tekanan airnya juga tinggi. So, takde la kau stress mandi dengan air yang meleleh halus macam air kencing tu. Stress aku tau, kalau shower dengan air camni.
  • Di sini juga terdapat pantri dengan kerusi meja serta dapur untuk memasak. Ada fridge dan water dispenser juga.
  • Mereka juga menyediakan day trip ke Pulau Redang dan kami pun ambil pakej ni dengan diorang.
  • Homestay ni tak terletak di tepi pantai. Korang kena menapak sikit kalau nak pi pantai. Jarak lebih kurang 600 meter.
  • Terdapat kedai makan D’Za Nasi Dagang beberapa meter dari homestay kalau korang nak breakfast. Dan ada juga beberapa buah restoran berhampiran. Cuma pada waktu malam, kalau korang nak dinner, tak banyak kedai yang dibuka. 
  • Kalau nak beli ole-ole, di sepanjang jalan ni terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai jenis keropok.
  • Overall, aku memang berpuas hati dan rekomen juga kalau korang nak stay di sini. Tempatnya cantik, selesa dan harganya berpatutan.

Itinerari 3H2M ke Pulau Redang

Basically, itinerari kami 3H2M ke Pulau Redang ialah free and easy je. Cuma pada hari kedua je kami ada day trip ke Pulau Redang. The rest kami di bandar Merang ni je. Jalan-jalan di Pantai Penarik. And then, last day sebelum bertolak balik, kami singgah di hometown Barak di Dungun sekejap.

Okay, jom ikut aku bercuti ke Pulau Redang ni!

Hari pertama: Cyberjaya – Merang

Kami bertiga bertolak dari Cyberjaya pada hari Ahad lebih kurang jam 7.30 pagi. Barak yang drive. Alhamdulillah, perjalanan sangat smooth dan takde jem langsung. Mungkin sebab cuti sekolah baru je habis. Kami sampai di R&R Paka sekitar jam 11.45 pagi. Berhenti untuk isi minyak dan turn aku pula drive. 

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Merang Residence lebih kurang jam 1.15 petang. Boleh terus check-in. So, kami letak barang-barang dulu dan keluar semula untuk lunch. Kami lunch nasi campur di Restoran Anjung Seri yang terletak 1 km lebih dari Merang Residence.

Untuk lunch, aku memilih ikan tombok masak kari. First time aku dengar nama ikan ni. Tengok macam familiar. Rupanya nama lain bagi ikan ni ialah ikan kaci. Walid pernah beli few times dulu tapi kami masak asam pedas. Makan ikan ni dengan sambal, ulam petai dan ikan kering memanglah menepati tekak kampung aku ni.

Selesai makan, kami pulang semula ke homestay untuk rehat dan keluar petang nanti untuk lepak kat pantai.

Lepak tepi Pantai Penarik

Kami keluar semula sekitar jam 6.00 petang untuk menikmati angin laut. Mungkin nak try celup tepung juga kalau ada yang menarik. Jalan punya jalan, end up kami memilih untuk berhenti di Restoran Ombak Pantai. Cantik tempat lepak kat sini. Boleh menikmati makanan sambil melihat pemandangan pantai yang tenang.

Tapi secara peribadi, aku rasa makanan kat sini so-so je dan abit pricey juga. Sotong tepung tu bila depa timbang sekor tu jadi RM 53! Memang idok le aku nak membeli. Kat Cyberjaya yang terkenal mahal tu pun, sekor sotong besar bakar tu dalam RM 20 lebih je. Makanan lain yang kami order pun sejuk siap – keropok lekor dengan satar. The only thing yang sedap bagi aku ialah coconut shake. Despite all that, kami enjoy suasana kat sini sebab tempat lepaknya memang cantik. Dan, kalau harga dan kualiti makanannya elok, tempat ni memang perfect untuk lepak bagi aku.

Tak banyak kedai makan buka waktu malam

Selesai melepak di Pantai Penarik, kami terus drive untuk mencari tempat untuk dinner. Malas nak keluar banyak kali sebab later kalau dah balik bilik, memang malas dah la nak keluar balik.

Dan mencari kedai makan di Merang pada waktu malam ni agak mencabar ya sebab tak banyak kedai yang buka. Kalau area Pantai Penarik tu banyak la kot. Tapi sebab kami dah ke arah nak balik ke homestay tu, so around that area tak banyak kedai makan yang buka. Luckily masa drive tu ternampak satu kedai yang buka iaitu D’Wajdi Seafood. So, kami dinner kat sini je.

Dinner di D’Wajdi Seafood

Untuk dinner pada malam pertama trip 3H2M ke Pulau Redang ni, kami memilih set A untuk 3 orang yang terdapat dalam menu mereka. Dengan harga RM 75, set ini merangkumi seekor ikan siakap masak 3 rasa, daging masak merah, kailan ikan masin, tomyam campur, telur dadar, 3 nasi dan 3 air teh o ais. Cukup mengenyangkan untuk kami bertiga. Tapi untuk starter, aku pilih colek buah. Sedap woo buahnya. Sebijik rasa kuah colek kat Siam tu.

Selesai makan, kami terus balik sebab esok kita nak ada date dengan penyu!

Hari kedua: Day Trip ke Pulau Redang

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba! Excited bangun awal pagi untuk bersiap. Lepas semua dah ready, kami bertiga singgah breakfast dulu di D’Za Nasi Dagang yang terletak sebelah homestay ni je. Kalau pi Ganu, sarapan apa lagi – nasi dagang la. Alhamdulillah nasi dagang kat sini sedap. 

Selesai makan, kami terus ke jeti Merang dan tunggu di sana sehingga dibenarkan naik bot. Dalam bot kami ada lebih kurang 20 lebih orang je. Semua family Melayu dan satu couple mat salleh.

Perjalanan dari jeti Merang ke Pulau Redang mengambil masa lebih kurang 45-50 minit. Untuk day trip ni, kami akan dibawa ke 7 checkpoint semuanya.

Crew bot kami ada 3 orang – kaptennya Abang Wan, guidenya bernama glamor John dan pemandu botnya yang aku tak ingat namanya. Ketiga-tiganya sangat friendly. Mereka boat operator dari Azahari Travel & Tours yang terdapat di jeti Merang tu.

Checkpoint 1: Pantai Teluk Kalong

Tengok air laut di lokasi pertama ni pun hati dah teruja. Sangat cantik, jernih dengan warna biru turquoise. Kami just snorkeling di pantai ni lebih kurang 40 minit. Tak dibenarkan pergi jauh naik ke pantai sebab tu kawasan resort. Dan kawasan ni tak banyak ikan dan coral pun. Kalau ada sekor dua je yang aku nampak. Macam ikan bawal putih tu. 

Selesai snorkeling, naik semula ke bot untuk ke checkpoint kedua.

Checkpoint 2: Teluk Mat Dollah

Kami dibawa snorkeling di kawasan ni selama hampir 30 minit. Kawasan ni memang banyak ikan-ikan yang pelbagai spesis dengan coral yang boleh tahan menarik. Dan kawasan ni agak dalam berbanding dengan first checkpoint tadi.

Puas hati snorkeling kat sini sebab airnya jernih dan view pun cantik. Barak pula dok try buat free dive kat sini. First time dia buat dulu masa kami ke Labuan Bajo.

Checkpoint 3: Teluk Batu Merah

Lokasi ketiga snorkeling kami. Spend masa lebih kurang 30 minit. Menariknya kat sini ialah terdapat sarang “Nemo” atau clown fish, so bolehlah kita tengok spesis ikan ni. Memang nampak cuma phone aku tak boleh nak capture clear sangat sebab sarangnya nun beberapa meter di dasar laut. 

Anyway, menurut guide kami, tempat ni dinamakan Teluk Batu Merah kerana dulu batuan kat sini berwarna merah. La ni warnanya dah semakin pudar.

Checkpoint 4: Turtle Bay

Lokasi yang semua dalam bot super excited bila dah sampai, sampai senget-menget bot jadinya sebab nak tengok penyu! Yes, memang banyak penyu kat sini dan jinak-jinak belaka. 

Menurut guide, penyu kat sini asalnya bersepah, tapi la ni bila bot-bot sampai, diorang dah tahu akan ada makanan. So, makanan yang diberi ialah sotong. Diorang tak makan roti-roti ya. 

Oleh sebab penyu-penyu ni jenis tak takut manusia, kami pula yang seram takut tersentuh dengan diorang. Oh, one thing, korang dilarang untuk menyentuh penyu-penyu ni. Antara sebab utama ialah faktor kesihatan penyu-penyu ni juga sebab banyak dari kita pakai losyen yang ada chemical, so tak bagus untuk kesihatan diorang.

Seronok weh bila dapat experience benda ni. Ini rasanya first time aku dapat tengok penyu sedekat ni. Few times kaki aku tersentuh belakang diorang sebab tak perasan tetiba ada kat bawah kaki. 

Memang our highlight untuk trip ke Pulau Redang ni lah.

Checkpoint 5: Pantai Teluk Dalam

Lokasi kelima ni merupakan checkpoint untuk kami lunch. Memandangkan makanan dah dibekalkan, so kami tinggal order air je. Pantai Teluk Dalam ni memang cantik gila! Dengan pasir yang halus dan putih, air lautnya pula jernih kebiru-biruan. Bila orang cakap Pulau Redang ni cantik, memang sohih la tu. Cantik sungguh!

Hampir sejam juga kami melepak kat sini. Lepas makan, kami dok bergambar kat pantai. Tak snorkeling pun. Barak ngan Hafiz pun sompek la buat Tiktok trend bagai. Acik kau ni pulak terus hilang selera nak bergambar bila tengok saiz badan dalam gambar. Tu la, tak reti-reti nak diet sebelum trip. Merasalah kau! Hahaha…

Checkpoint 6: Shark Point

Kawasan snorkeling yang terakhir ni terletak berhampiran dengan Pasir Teluk Kalong Kechil. View sekeliling ni pun cantik dengan formasi batu-batuan. Kalau nasib baik, boleh nampak baby shark berenang-renang kat sini. Tapi aku tak nampak pun. Cuma nampak spesis ikan yang lain. Batu karang kat sini pun besar-besar juga. Puas hati juga snorkeling kat sini. Hampir 50 minit merentungkan diri sendiri.

Checkpoint 7: Little Maldives

Kawasan beting pasir di tengah-tengah laut ni merupakan last checkpoint sebelum bertolak balik ke jeti Merang. View yang last ni memang supadupa terbaik! Ia dinamakan Little Maldives. Ia mengingatkan aku kepada Taka Makassar semasa kami pergi ke Labuan Bajo tu.

Pasir kat sini memang putih halus, air super jernih biru turquoise. Tak perlu letak filter dah gambar-gambar yang diambil. Memang semula jadi cantik. Luckily, manusia tak berapa sesak kat sini. Mujurlah bukan cuti sekolah. Aku pernah nampak gambar kawasan ni kat online yang penuh sesak masa cuti sekolah. Phewww.. nasib tak macam tu.

Anyway, kat sini guide tak benarkan kami snorkeling sebab kawasan ni terlalu dekat dengan bot-bot berlabuh. Ada risiko bot tak nampak orang yang mandi kat bawah.

Apapun, lokasi last ni memang terbaik!

Cuaca mendung habis je aktiviti

On the way balik ke jeti, cuaca sudah mula bertukar mendung seperti mahu hujan lebat. Angin pula kemain kuat lagi. Tapi syukurlah, kami selamat sampai ke jeti sekitar jam 4.00 petang dan langit sekadar mendung je tapi tak hujan pun. Kalau hujan lebat tadi, jenuh juga kami kat atas laut tadi. Dah la ombak dengan angin agak kuat. Apapun, syukur Alhamdulillah.

Habis aktiviti day trip ke Pulau Redang ni, kami terus balik ke homestay untuk mandi dan rehat. Tak tahan weh badan dah melekit-lekit. Dan lebih kurang jam 6.00 petang, kami keluar semula untuk makan.

Dinner awal di Laman Seri

Memandangkan takde arah tujuan nak ke mana, kami main singgah je mana-mana kedai yang kelihatan di tepi jalan. Dan untuk dinner lewat petang ni, kami makan di kedai makan Laman Seri. Barak dan Hafiz dok order celup tepung manakala aku just order bihun sup campur dan cendol. Isinya meriah dengan urat keting, daging dan perut. Tapi cendolnya pula lebih pada rasa ABC. Aku just rasa sikit je celup tepung diorang. I was so distracted nak makan sebab ya ampun lalat kat sini kemain meriah! Sorry, bukan lalat tapi LANGAU! Besau-besau ya. Hahaha. So, aku tak beriya sangat nak makan sebab rasa rimas depa dok terbang lalu-lalang depan muka.

Lepas makan, kami terus balik sebab masing-masing dah penat dan nak sambung rest. Esok dah nak balik. Kejap betul rasanya.

Hari terakhir: Merang – Dungun – Cyberjaya

Last day in Merang. Aku keluar breakfast awal sebab orang tua ni pepagi dah lapar. Diorang masih bermalas-malasan di atas katil. Kedai makan biasa sebelah homestay pekena nasi dagang. Bila aku dah on the way balik ke bilik, diorang pula baru nak sampai. So, join diorang lepak makan.

Selesai kemas barang semua, kami terus bergerak pulang. Tapi sebelum balik Cyberjaya, Barak nak singgah Dungun dulu tengok rumah family dia. Last kami balik mengemas masa cuti Labour Day tahun lepas. 

Sampai je Dungun, lepas singgah rumah dan sebelum balik, kami makan tengahari di restoran nasi campur di hadapan Pantai Sura. Mula-mula nak singgah kedai Hassan Sup Tulang tu tapi tutup pula.

Habis makan, Barak singgah pula membeli keropok untuk family abang dia di Cyberjaya. Aku tak beli apa pun sebab dah beli masa kat Merang tadi. Then, kami terus bergerak pulang ke Cyberjaya.

Penutup

So, demikianlah perkongsian trip 3H2M ke Pulau Redang kami pada kali ni. Kepada sesiapa yang belum pernah pergi ke Pulau Redang, tolonglah pergi sebab pulau ni cantik gila! Insyallah, aku akan repeat lagi kalau ada rezeki.

Anyway, bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Mudah-mudahan dapat aku nak buat travel content lagi di masa hadapan.

Apapun, terima kasih kepada Barak dan Hafiz sebab ajak aku join trip diorang untuk kali ni. Insyallah, next time kita repeat ke pulau lain pula. Dan bagi yang berminat nak book Merang Residence, boleh hubungi +60166777316.

Oh, by the way, kalau korang tahu, mana celup tepung yang bebetul best kat Merang tu. So far pergi, agak menghampakan. Kalau ada boleh share dalam ruangan komen di bawah.

And thanks pada korang yang sudi spend time baca. Jumpa dalam post akan datang. Adios para sempre!


English summary:

This 3D2N Pulau Redang trip offers an unforgettable island getaway in Terengganu, Malaysia. Staying at the comfortable and affordable Merang Residence, the journey continues with a day trip to Pulau Redang featuring seven snorkeling checkpoints, crystal-clear turquoise waters, vibrant coral reefs, tropical fish and friendly sea turtles. The highlight of the trip is Little Maldives, a breathtaking location known for its white sandy beach and stunning blue sea. With its spectacular scenery and rich marine life, Pulau Redang remains one of the best island destinations in Malaysia and a place worth visiting again.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.