Jalan-Jalan Dungun
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Jumpa lagi dalam post pada kali ni. Pada cuti Hari Pekerja yang lalu, aku berpeluang untuk mengunjungi Dungun, Terengganu. First time ya ke sini. Thanks to Barak, sebab ajak aku balik kampung dia. So, kami ambil cuti pada hari Jumaat berikutnya sebab public holiday tu pada hari Khamis. Maka dapatlah cuti panjang selama 4 hari.

Oh, tapi sebelum tu, apa kata korang subscribe, share dan like video-video channel aku ni. Mudah-mudahan tercapai impian aku untuk mendapatkan silver button sebelum aku berpindah ke alam lain. Hehehe…
Dungun ialah sebuah daerah di Terengganu yang terkenal dengan sejarah perlombongan bijih besi dan keindahan pantainya. Nama Dungun dipercayai berasal daripada pokok dungun yang banyak tumbuh di kawasan paya dan sungai. Pada zaman dahulu, kawasan Bukit Besi di Dungun menjadi pusat perlombongan bijih besi utama yang pernah diusahakan oleh syarikat Jepun dan British. Selain warisan sejarahnya, Dungun juga memikat pelancong dengan pantai-pantai yang cantik seperti Teluk Bidara, Tanjung Jara dan Rantau Abang yang terkenal sebagai lokasi penyu mendarat.
Okay, actually kami ke Dungun ni pun bukan saja-saja. Barak nak pi menjenguk rumah familynya tu memandangkan parentsnya kini dah berpindah ke Perak. So, ada la tu planning anak muda ni. Wallahu’alam. Dan memandangkan aku pun takde plan nak ke mana-mana, nak balik JB pun kereta aku tak settle lagi nak repair (takde spareparts), jadi lebih baik aku join dia balik kampung sekali. Dapat la juga buat content untuk Youtube aku yang dah lama tak di-update tu.
So, kami bertolak dari Cyberjaya sekitar jam 8.00 pagi. Perjalanan melalui LPT pun smooth je. Alhamdulillah. Cuaca di sepanjang perjalanan pun baik. Dan hujan rahmat menyambut ketibaan kami di Plaza Tol Kuala Dungun. Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam.
Sampai je di kampungnya, kami singgah sebentar untuk melihat rumahnya dulu. Sebab nak check-in chalet pun masih terlalu awal. Barak booked chalet di area ni juga sebab kalau nak tidur di rumahnya tu, keadaannya tak mengizinkan. Oh, by the way, dari Pantai Sura ni, kita boleh nampak Pulau Tenggol, lokasi dive yang terkenal di sini. Macam menarik je kan?



📍 Nur Chalet Dungun
Chalet ni terletak di Kampung Sura Tengah. Ada beberapa unit chalet di sini. Dan terletak beberapa meter dari Pantai Sura. Bukan betul-betul di tepi pantai. Harga semalam kalau tak silap aku dalam RM 60 atau RM 80 kot. Aku tak sure sebab Barak yang belanja. Thanks Barak! Biliknya pun okay, selesa. Bilik yang Barak booked ni ada 1 katil queen dan 1 katil single. Aircond pun sejuk gila. Ada water heater dan TV. Cuma takde mini fridge je la. Very basic. Tapi okaylah. Bersih dan selesa.
Anyway, lepas tu dia bawa aku pi lunch di gerai favoritenya semasa sekolah dulu, Kedai Makan Pak Hassan D’Sura.






📍 Kedai Makan Pak Hassan D’Sura
Kedai makan ni terletak di tepi Pantai Sura. Di sini kami pekena nasi putih sup tulang. Simple je, nasi putih, dengan sup tulang, sambal, telur masin dan hirisan timun. Supnya memang kena dengan tekak aku. In fact 3 kali aku ajak dia makan kat sini je. Harganya pun berpatutan. Selain daripada nasi sup tulang, ada juga menu yang lain seperti nasi ayam berempah, mee sup, kuih-muih dan lain-lain.



Sekitar jam 2.00 petang, kami kembali semula ke chalet untuk check-in. Selesai solat jamak dan berehat sebentar, kami pergi semula ke rumah Barak untuk kemas apa yang patut. Tapi sebelum tu, kami singgah dulu di Mr. DIY untuk beli plastik sampah, sarung tangan, mask dan lain-lain. Lebih 3 jam mengemas, kami berhenti around 6.00 petang camtu. And then, Barak bawa pergi ke deretan gerai yang menjual makanan dan minuman di kawasan taman permainan kanak-kanak. Aku beli 2 bekas air asam boi. Haus gila ya! Kami beli juga keropok goreng tapi ya ampun sejuk dan liat! Tapi abis juga ditelan sebab lapar barangkali. Hahaha… And then, sebelum balik Barak singgah gunting rambut di kedai berdekatan.
Actually aku kagum juga kat Dungun ni sebab banyak gerai-gerai makanan yang pelbagai selain daripada menu-menu viral. Ada gerai makanan Korea, kedai-kedai menjual coffee pun banyak. So, pengunjung ada banyak pilihan makanan. Kedai-kedai makan sebegini banyak diusahakan oleh anak-anak muda. Menarik sekali!
Untuk makan malam pula, Barak bawa aku ke Medan Ikan Bakar Seri Warisan yang terletak di muara Sungai Dungun.



📍 Medan Ikan Bakar Seri Warisan
Actually, takde plan pun nak makan ikan bakar. Just randomly picked je. Janji ada masakan goreng-goreng dah okay dah. So, kat sini kami order nasi goreng ikan masin, nasi putih, udang goreng kunyit, kailan ikan masin, telur dadar dan nasi putih. Cepat betul servisnya ya! Few minutes tunggu dah dapat makanannya. Cuma air lambat sikit. Masakannya memang sedap. Cukup semua rasa. Nasi goreng sedap, udang dan sayur pun sedap. Dan yang paling aku suka, teh tariknya memang mantap! Lemak berkrim dan manis. Memang puas hati aku dapat teh tarik camni. Overall memang kami puas hati lah makan kat sini. Harga pun okay. Semua yang kami order tu berharga RM 29.80.



HARI KEDUA
Pada hari kedua di Dungun ni, aku terjaga awal sikit sebab SEJUK!!! Aircondnya set ke 16°C dan lupa lupa nak naikkan suhu sebelum tidur. Barak okay je sebab flip aircond tu tak hala ke dia. And then, selepas subuh tu, aku jengah keluar tengok matahari dah nak terbit. Cepat-cepat aku keluar ke pantai, bagitau Barak aku nak record sunrise. Suasananya sangat cantik dan tenang. Sekejap ada warna pink, purple and then kuning dan jingga. Tapi timelapse sunrisenya tak berapa dramatic kerana kurang pergerakan awan. Masa aku record ni, aku tak perasan Barak call sebab dia nak ajak pi breakfast and then nak bawa pi mandi kat Teluk Bidara. Sudahnya dia menyusul cari aku di tepi pantai. Dalam diam dia sempat snap gambar aku tengah tertonggeng-tonggeng dok buat timelapse tu. Kami balik semula ke chalet untuk bersiap sebelum keluar untuk breakfast di kedai makan Selera Pagi Bira Pata.









📍 Selera Pagi Bira Pata
Kedai makan ni terletak di tepi jalan utama berhadapan Pantai Teluk Lipat. Kalau di Google Maps masih menggunakan nama Gerai Sarapan Kak Ani. Comel je kedainya. Kebanyakkan makannya siap dibungkus. Ada nasi dagang, nasi lemak, nasi minyak, roti bakar, karipap ikan dan pelbagai kuih-muih yang lain. Yang special sikit aku nampak kat sini ialah keropok rebus yang dicicah dengan sos. Macam keropok lekor yang belum digoreng tu. Aku tak try. So, tak sure rasanya camne. Nasi dagangnya biasa je. Yang aku makan kat Restoran Makang di Cyberjaya ni lagi sedap. Nasi minyaknya pun kureng sikit. Tapi okay lah nak breakfast kat sini. Harganya pun murah dan banyak pilihan juga.



📍 Pantai Teluk Bidara
Selesai breakfast, kami terus menuju ke Pantai Teluk Bidara. Alhamdulillah, ada parking kosong di hadapan tandas dan surau tu. So, dapatlah kami park kereta kat situ.
Actually, aku tak expect pantai yang cantik pun. Tapi bila sampai je kat sini, aku macam excited gila sebab pemandangan memang sangat cantik!!! Ditambah pula dengan cuaca yang elok dan langit yang membiru, memang menambahkan lagi keindahan pantai ni. Cuma yang spoil sikit ialah terdapat sampah-sampah kat kawasan ni tapi not so bad la kot. Apapun, aku memang tak sabar nak terjun ke dalam air walaupun cuaca semakin terik! Tak kisah la rentung pun. Hahaha..



Kawasan pantai ini ditambahkan lagi keindahannya dengan formasi batu-batuan dan bukit yang terdapat di belakangnya. Di bawah bukit ini terdapat sebuah gua semulajadi. Korang boleh memasuki gua ni kalau airnya surut. Tapi kalau air tengah pasang, berhati-hatilah. Takut terperangkap pula.






Pada batu-batuan di pantai ini juga terdapat “tidal pool” atau formasi yang berbentuk kolam kecil. So, memang seronok la sebab kami boleh berendam di dalamnya. Tapi kena alert juga untuk keluar bila air nak pasang. Sebab kalau air pasang, kawasan ni akan menjadi agak dalam. Naya kalau yang tak tahu berenang.



Hampir sejam lebih juga kami kat sini. dari jam 8.00 lebih hingga mencecah ke jam 10.00 pagi. Memang bertukar 10 tona warna kulit la kot. Tapi takpelah. Janji puas hati.
Oh, bagi yang lepas berkubang dalam air laut dan nak mandi membersihkan diri, kat sini ada kemudahan tandas/bilik mandi dan surau. Kalau setakat nak cuci kaki/buang air, kena bayar 50 sen. Bagi yang nak mandi pula, bayarannya ialah RM 1. Keluar dari area tandas ni, ada satu gerai yang menjual minuman dan makanan ringan, just in case korang haus dan kelaparan.



Selesai beraktiviti di Pantai Teluk Bidara ni, kami balik semula ke chalet untuk rehat dan sambung tidur. Lepas zohor tu, kami keluar untuk pergi lunch. Mana lagi, pekena nasi putih sup tulang lagi la. And then, sambung pula aktiviti mengemas rumah sehingga jam 6.00 petang. Untuk dinner malam ni pula, aku ajak Barak makan di kedai makan Siakap Goreng Cili Songkhla. Few times lalu kat sini, macam try je la kan?
📍 Siakap Goreng Cili Songkhla
Kami pilih set untuk 2 orang. Ada siakap dan udang goreng dengan sos Songkhla, nasi dan telur dadar. Kami tambah satu lagi lauk kailan ikan masin. Total RM 68.90. Dari segi rasa, okay la. Nak kata sedap sangat tu takde lah. Ikannya fresh cuma kalau luarnya lebih crispy aku lagi suka. Udang gorengnya pula isi agak lembik. Sos Songkhlanya tak boleh lawan yang makan kat Thailand sebab yang kat sini kuat sangat rasa artificial jus limau nipis Siam yang dalam botol tu. Makan kat Thailand, rasanya tak terlalu over-powering sangat. Aku rasa aku lagi enjoy makan kat medan ikan bakar semalam tu. Overall, okay-okay je la makan kat sini. Maybe kualiti masakannya boleh diperbaiki. Staff yang jaga kaunter okaylah peramah.



Apapun syukur rezeki dapat makanan yang sedap juga pada malam ni. Balik tu memang tidur dalam kekenyangan kaedahnya. Hahahaha.. Mana tak boroi!!!!
HARI KETIGA
Pada pagi ni, Barak plan nak hiking kat bukit di Pantai Teluk Bidara tu sebabnya nak pi semalam macam dah letih dan cuacanya pun terik. Pagi ni cuacanya mendung. For sure tak berapa menarik kalau nak ambil gambar seperti semalam.
Anyway, kami pergi breakfast dulu di kedai makan Bira Pata. Aku pekena nasi dagang dan kuih-muih. Tapau juga sikit, just in case takut lapar kat pantai nanti. So, selesai makan, kami terus ke sana. Tapi malangnya, pagar nak naik ke lighthouse tu bermangga. Tak dapat la kami nak berhiking ke atas tu.
Nak mandi kat pantai pun, airnya tengah surut. So, keadaan pantai agak “tak menyelerakan”. Hahaha.. Tapi dapat la juga tengok “mini pool” kami semalam. Comel je. Since takde nak beraktiviti kat sini, aku ajak Barak lepak kat café yang ada di tepi pantai tu. Malangnya, terlalu awal. Café mana je yang buka. Takde idea nak ke mana, sudahnya kami balik ke chalet dan sambung tidur! Lagi bagus. Cuaca pun mendung-mendung je.
Menjelang tengahari, Barak ajak lunch nasi kukus ayam bakar di Jalan Pantai Nibong Bawah.






📍 Nasi Kukus Sri Molek
Nasi kukus ayam bakar ni dihidangkan dalam bungkusan dan diberi semangkuk kecil kuah percik dan air asam. Okay jugalah rasanya. Ayam bakarnya cukup rasa cuma kalau ia dihidangkan panas-panas mungkin akan menambahkan lagi kesedapan hidangan ni. Aku rasa la. Anyway, portionnya pun boleh tahan banyak. Jenuh juga aku nak menghabiskan nasinya.



Selesai makan, kami sambung balik mengemas rumah. Hari ni last day, so nak clearkan few things kat rumah ni. Alhamdulillah, menjelang jam 6.00 petang, sampai juga target kami. So, sebelum balik ke chalet, aku sempat cilok anak pokok kari dengan pokok kaduk yang tumbuh bersepah-sepah kat laman rumah ni. Harap-harap tumbuh subur la bila aku tanam kat Cyberjaya nanti. And then, kami singgah di gerai air kat taman permainan yang kami pergi tempoh hari untuk membeli jus asam boi. Malangnya tak buka juga gerai tu. End up, kami singgah di kedai jus yang lain untuk membeli air. Boleh tahan sedap juga. Aku beli passion fruit mojito manakala Barak order strawberry yogurt. Kemain besar lagi bekasnya!



Sebelum beredar, aku beli la juga ketupat sotong yang dijual di situ. Curious nak tahu rasanya. Jay dok pesan kat aku jangan lupa try benda ni. So, kita try la. kebetulan memang tinggal sebungkus je kat gerai tu. Rezeki aku la kot kan?
Sampai kat chalet, aku try la makanan ni. First aku cam “eh, memang kuah dia cair ek?”. Dari segi rasa, ketupat sotong yang aku beli ni bagi aku kurang berasa. Aku tak sure memang macam ni ke rasanya? Personally, aku prefer kalau kuahnya pekat dan lebih berlemak. Sort of macam gravy camtu. Maybe baru sedap pada aku. Tapi kalau memang stylenya memang camni, aku kureng sikit la kot. Takpe lah, sekurang-kurangnya dah cuba. Kan?
Anyway, masa dah sampai chaletnya, hujan dah start turun lebat. Agak lama jugalah hujannya. Sudahnya, kami keluar dinner pun agak lewat sebab lepas maghrib tu masing-masing terlelap kepenatan mengemas petang tadi.



Malas nak pergi jauh-jauh, aku ajak Barak dinner kat kedai makan yang dekat dengan chalet ni. Kedai ni menjual singgang ulam budu. Selalu kalau malam lalu kat sini, penuh je. Mesti sedap la kot? So, aku ajak Barak try.
📍 Singgang Ulam Budu
Selain singgang ulam budu, antara menu yang bagi aku menarik perhatian ialah ikan bakar petai. Tapi kami order set singgang ulam budu untuk 2 orang. Hidangannya terdiri daripada ikan tongkol masak singgang, ikan selayang goreng, kuah budu, telur dadar, sambal belacan dan ulam. Overall, masakannya memang sedap. Simple tapi sedap. Cuma dari segi servis tu agak slow. Lama juga nak tunggu makanan sampai. Lepas tu, masa kami datang ni baru lepas hujan, so, ada aroma yang tak best sikit. Dari segi harga, not bad juga la. Total semua RM 32 termasuk air.



Sebelum balik chalet, aku ajak Barak singgah gerai buah-buahan sebab aku macam dah 2 hari tak makan buah. Cannot weh! Aku kena makan buah setiap hari, kalau tak rasa tak lengkap hidup. Ada la jumpa satu gerai buah kat area tu tapi buah-buahannya tak berapa nak fresh. Luckily, dia ada jual limau mandarin tu. So, beli la sebungkus bawa balik.
HARI TERAKHIR
Pagi ni sunrise agak cantik. Aku terus menghala ke tepi pantai untuk merakamkan timelapse. Alhamdulillah cantik la juga. So, selepas bersarapan pagi di kedai makan Bira Pata, aktiviti pagi ni ialah membuang sampah yang kami kumpulkan kat rumah tu. Luckily kat area ni ada tempat pengumpulan sampah. So, beberapa kali juga la kami berulang-alik membuang sampah.



Selesai membuang sampah, kami terus balik ke chalet untuk mengemas dan bersiap untuk check-out. Aku suggest kat Barak untuk pergi cuci dulu keretanya luar dan dalam so that lebih selesa nak balik ke Cyberjaya nanti. So, lepas check-out tu, kami terus pergi ke tempat mencuci kereta. Bagi comeyyy sikit keretanya tu.
And then, lepas habis bersihkan kereta, aku ajak dia lunch nasi sup tulang. Makan kat sini untuk kali ketiga! Hahaha. Lunch la siap-siap so that tak payah nak berhenti lunch nanti. At the same time, aku tapau juga kuih-muih seperti bengkang, akok dan kuih bakar. Buat kudap-kudapan masa drive nanti.
Abis je makan, sebelum beransur pulang, Barak bawa aku singgah di kedai keropok. Beli la sikit untuk officemates dan member-member kat Cyberjaya tu.
📍 Keropok Sri Sura
Kedai ni menjual pelbagai jenis keropok sama ada kering ataupun yang frozen. Banyak juga benda-benda lain yang dijual seperti kerepek, biskut dan sebagainya. Pilih je la nak beli yang mana.
Aku just beli keropok sira 1 pack besar tu untuk dibawa balik. Oh, tak lupa juga, teh beng botol yang sedap tu. Ya ampun, kat sini aku makan minuman bergula non-stop ya. Sehari 3 kali teh tarik. Balik Cyberjaya, memang aku kena puasa straight la weh. Bahaya betul!



Anyway, habis je beli ni kami terus bertolak balik ke Cyberjaya. Perjalanan balik hampir 7 jam sebab agak jem di hot spots biasa seperti Bentong, Karak dan Gombak. Kami cuma berhenti sekali je untuk isi minyak di LPT tu. Kami jamak takhir di surau kat MEX tu sebelum sampai Cyberjaya. Tu pun dah hampir jam 7.00 malam. Dah alang-alang tu, tunggu je la maghrib sekali.



Sebelum Barak hantar aku ke rumah, kami singgah dinner di Hat Yai Nai kat CBD Perdana tu. Makan siap-siap, balik boleh tidur! Hahahaha.
So, demikianlah coretan aku serba sedikit untuk trip ke Dungun ni. Thanksssss so much Barak sebab ajak aku balik kampung, belanja aku chalet, bawa pi mandi laut, makan, minum dan sebagainya. Yang penting, drive dengan selamat pergi dan balik. Insyallah, kalau ada rezeki ke Dungun lagi, kita boleh masukkan trip ke Pulau Tenggol tu. Dapat day trip pun okay sebab nampak macam menarik.
And thanks to you guys sebab meluangkan masa membaca blog aku ni. Jangan lupa subscribe channel Youtube aku okay! Kalau korang nak jalan-jalan Terengganu, try la singgah Dungun juga. Banyak juga yang boleh di-explore.
Till then, jumpa lagi dalam perkongsian akan datang semasa cuti Hari Wesak nanti, Insyallah. Take care and bye-bye!
Cuti-cuti Malaysia, Tourism Malaysia, Visit Malaysia 2025, tempat menarik di Dungun, aktiviti di Dungun, Dungun Terengganu, Bukit Besi, sejarah perlombongan bijih besi, pantai cantik di Terengganu, Teluk Bidara, Tanjung Jara, Rantau Abang, tempat makan sedap di Dungun, makanan tradisional Terengganu, keropok lekor, nasi dagang, laksam, homestay di Dungun, resort di Terengganu, percutian bajet Malaysia, hidden gem Malaysia, eco-tourism Terengganu, jungle trekking Dungun, air terjun Chemerong, travel vlog Malaysia, what to do in Dungun, best beaches in Terengganu, where to eat in Dungun, Dungun travel guide, things to do in Terengganu, top attractions Dungun, Malaysia travel 2025, Terengganu tourism, tempat menarik di Terengganu, aktiviti menarik di Dungun, sejarah Bukit Besi, pantai terbaik di Terengganu, makanan sedap di Dungun, panduan pelancongan Dungun, percutian di Terengganu, destinasi pelancongan Malaysia 2025, Nur Chalet Dungun, Kampung Sura Tengah, Kedai Makan Pak Hassan D’Sura, Medan Ikan Bakar Sri Warisan, Pantai Sura, Selera Pagi Bira Pata, Pantai Teluk Bidara, Siakap Goreng Cili Songkhla, Nasi Kukus Sri Molek, Singgang Ulam Budu, Ikan Bakor Petai, Keropok Sri Sura, Pulau Tenggol diving, Pantai Teluk Lipat
Best👍pergi jalan-jalan. Yes, agree with you…..must eat fruits everyday and reduce sugar intake.
Yeah.. first time pergi Dungun. Nice place. Very relax and some of the beaches memang cantik.