Sharing is caring

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Terima kasih kerana masih sudi singgah ke blog aku dan kali ni aku nak kongsikan pengalaman weekend getaway main redah aku dan Barak ke Air Terjun Sungai Pandan yang terletak di Kuantan, Pahang.

Tapi, sebelum tu apa kata korang  support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.

Plan random ke Pantai Timur

Alkisahnya, pada minggu lepas aku ajak Barak teman aku untuk buat outdoor activities. Apa lagi, untuk content Youtube lah. Aku just mentioned kat dia untuk bawa extra baju persalinan sebab aku pun tak sure nak ke mana. Sama ada sungai ke, atau tepi pantai ke atau.. entah… aku sendiri tak pasti. Tapi yang penting kena keluar dari Cyberjaya.

So, around 7.30 pagi camtu bila aku dah fetch dia kat rumahnya, baru kitorang discuss balik. Mula-mula aku ingat nak pergi ke Jeram Berungut di Negeri Sembilan sebab itu pun memang ada dalam wish list untuk kitorang pergi. Tapi bila memikirkan nak meredah sungai lebih 40 minit tu, macam malas la pulak. Lepas tu terfikir juga nak ke belah-belah Janda Baik atau Kuala Kubu Baru tu. And then, dok terfikir best juga kalau ke Cherating sebab dah lama tak pergi ke sana. Tambahan pula, Umi memang ada di rumah adik aku di Kemaman tu, boleh la singgah. Jadi, aku call adik aku tanya dia ada nak pergi mana-mana tak. Nak buat surprise sat gi kalau dia takde, satu hal la pulak. Alhamdulillah, diorang takde nak ke mana-mana, maka kitorang pun teruskanlah perjalanan ke sana.

Misi mandi sungai

Half way perjalanan, aku call lagi adik aku tanya mana best nak mandi sungai di Kemaman. Adik ipar aku suggest pergi ke Sungai Pandan di Kuantan. Aku pun suruh diorang send location dan terus je jumpa di sana. Dan diorang pun dan-dan tu la pergi beli barang nak masak bagai untuk piknik adhoc kitorang pada kali ni. Hahahaha.. memang langsung takde plan. Tapi Alhamdulillah menjadi juga la kan? 

So, aku dan Barak terus proceed ke Air Terjun Sungai Pandan. Dan Alhamdulillah, jalan clear all the way dari Cyberjaya ke sana. Exit di Tol Bandar Indera Mahkota. Sekitar jam 11.00 pagi kitorang dah sampai di Taman Eko Rimba Sungai Pandan. Actually, Barak pun pernah ke sini kira-kira 8 tahun yang lalu semasa dia belajar di Kuantan.

Air Terjun Sungai Pandan

Untuk pengetahuan korang, Air Terjun Sungai Pandan ni juga dikenali sebagai Air Terjun Panching. Ia merupakan lokasi rekreasi yang terkenal di Kuantan kalangan penduduk tempatan dan pengunjung luar. Kawasan ni sangat sesuai untuk camping dan aktiviti berkelah bersama keluarga. Harga tiket untuk dewasa ialah RM3 untuk dewasa dan RM5 untuk kereta.

Air terjun di sini sangat cantik ya! Siap ada jambatan gantung merentasinya. Aku kagum gila masa first time nampak. Dan yang bestnya, tak perlu hiking untuk sampai ke air terjun ni. Kolam di bawah air terjunnya tu berwarna turqoise. Katanya sedalam 3 meter! Pernah terjadi kes mati lemas di sini. So, sebab tu la kawasan itu ditutup untuk orang awam. Tapi jangan risau sebab kawasan sungai di situ masih boleh diakses dan tak dalam. Sesuai untuk anak-anak kecil bermandi-manda.

Hari minggu yang penuh sesak

Kitorang datang ke sini pada hari Sabtu. Jadi dah boleh agak betapa ramainya pengunjung di sini. Selain daripada keluarga, ramai pelajar-pelajar datang ke sini untuk beriadah bersama teman-teman mereka. Setiap penjuru kawasan ni dipenuhi dengan manusia. Maybe kalau datang time weekdays okay sikit kot.

Dan satu benda yang aku kagum tentang kawasan rekreasi ni ialah tempatnya bersih dan terjaga. Memang bagus pengurusan kat sini sebab banyak tong sampah disediakan dan sentiasa ada staf yang datang menguruskan sampah-sampah di sini.

Memandangkan aku dan Barak sampai lebih awal, so kitorang dok la mencari spot yang sesuai untuk berkelah. Alhamdulillah, selepas beberapa ketika, family yang pacak khemah kat kawasan bersimen berhampiran dengan kitorang dah nak beransur pulang. Memang rezeki lah. So, aku lepak je kat sini “menjaga kawasan” sementara menunggu family aku sampai. Barak dah selamat berjimba entah ke mana dok berenang.

Lunch tepi sungai

Family adik aku sampai sekitar jam 2.00 petang. Lambat sikit sebab biasalah nak memasak segala bagai. Abangnya pula plan main terjah je. Hahaha. Alhamdulillah, yang penting ada lauk ikan cencaru masak sambal dengan lauk ayam masak lemak cili api. Lepas tu ada juga lamb chop dengan ayam untuk dipanggang. Syukurrrrr! Perut pun tengah lapar. 

Kitorang berkongsi lunch dengan 4 orang pelajar perempuan dari Kuantan. Since diorang lepak sekali kat kawasan bersimen ni, so kita kongsi je la apa yang ada. Anak-anak buah aku bukan nak makan sangat. Sorang-sorang tu kalau dah nampak air sungai, macam dah hilang akal tak kisah nak makan.

Seronok makan-makan tepi sungai ni. Yang penting dapat spend time dengan family. Kira termakbul juga la doa anak buah aku yang umur 7 tahun tu sebab dia ada ajak adik ipar aku pergi mandi sungai sebelum ni. 

6 jam berkelah tepi sungai

Lama juga kitorang berada kat sini. Puas melayan anak buah aku main air. Barak pun entah celah mana dia dok berenang. Sebelum balik, kitorang bergambar beramai-ramai dulu dengan latar belakang air terjun yang cantik tu. Sekitar jam 5.00 petang baru kitorang beransur untuk pulang.

On the way tu, kami berhenti sebentar di surau Tol Bandar Indera Mahkota sebab semua tak solat lagi. Selesai semuanya, baru kitorang bergerak balik ke rumah adik aku di Kemaman. Lebih kurang sejam perjalanan dari sini. Alhamdulillah, menjelang maghrib kitorang sampai di Kemaman.

Bermalam di homestay

Malam ni, aku dan Barak stay di homestay madrasah adik ipar aku. Dia memang bina homestay ni khas untuk tetamu yang berkunjung di madrasah tahfiznya khususnya para habaib dan keluarga terdekat. Alhamdulillah biliknya luas dan selesa.

Malam ni takde aktiviti pun sebab masing-masing dah penat. So, adik aku just masak simple-simple je. Lepas dinner, aku dan Barak balik ke bilik dan mengucapkan selamat malam. Penat hawau!

Breakfast nasi minyak

Keesokan paginya, adik ipar aku ajak breakfast kat luar selepas menghantar anak buah aku yang paling kecil je tadika. Comel je dia. Dah la kecik, begnya pulak besar! Hahaha.

Mula-mula, dia nak bawa pergi breakfast nasi dagang viral kat bandar Kemaman tu tapi kedainya tutup pulak. So, dia bawa pergi ke kedai yang satu lagi dan kami sarapan di situ. Aku order nasi minyak dengan lauk ayam goreng. Alhamdulillah sedap. 

Selepas breakfast, kitorang balik ke madrasah dan aku keluar semula ke bandar sebab nak isi minyak dan cuci kereta yang dah kotor gila tu. Sementara menunggu kereta siap dicuci, Barak pergi potong rambut di kedai gunting berdekatan. Settle semuanya, kitorang balik dan sambung rehat. Ingatkan nak balik pagi tapi adik ipar aku ajak lunch sama dulu sebelum kitorang balik.

Lunch di Pantai Teluk Kalong

Kitorang lunch di medan selera yang terletak di Pantai Teluk Kalong. Pekena ikan bakar dan asam pedas ikan pari. Boleh tahan sedap lauk-lauknya. And then, aku singgah di gerai sebelah membeli beberapa pack roti paung untuk dibawa pulang. Freshly baked kan. Panas-panas dan lembut pulak tu.

Habis makan, kami lepak sebentar kat tepi pantai sebelum balik. Cuaca cantik, lauk pun membiru. Tapi panas terik!

Bertolak balik lewat petang

Sudahnya, hampir pukul 5.00 petang baru kitorang bergerak balik. Umi dan adik aku yang sorang lagi ikut balik sama sebab diorang bertolak balik ke JB dari Putrajaya. Kalau nak naik dari Kemaman ni, waktu perjalanannya tak banyak. 

Alhamdulillah, perjalanan balik smooth je di sepanjang LPT2. Cuma slow sikit bila dah sampai ke Tol Bentong dan Gombak. Biasa la tu hujung minggu kan. Lebih kurang jam 9.15 malam kitorang sampai di Cyberjaya. Sebelum hantar Barak balik, kitorang singgah dulu di mamak untuk dinner. Perut pun tengah kelaparan. Kena la isi dulu, later baru tenang nak melelapkan mata! Hehe…

Penutup

Jadi, begitulah serba-sedikit coretan aku untuk trip redah aku pada kali ni. Alhamdulillah menjadi juga. Selalu macam tu la. Kalau plan banyak kali ni jarang nak menjadi. Apapun syukur pada Allah sebab perjalanan kitorang selamat pergi dan balik dan cuaca pun baik.

Terima kasih kepada adik ipar dan adik aku sebab menaja penginapan dan belanja makan kitorang. Semoga murah rezeki mereka sekeluarga. Thanks pada Barak juga sebab sudi teman aku buat drive jauh-jauh dan teman aku buat content.

Insyallah, jumpa lagi dalam perkongsian akan datang. Tapi aku tak sure ke mana sebab minggu depan dah nak puasa. Hopefully aku sempat buat satu lagi outdoor content sebelum puasa.

Bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Mudah-mudahan dapat aku nak buat travel content lagi di masa hadapan.

Terima kasih sudi meluangkan masa membaca dan semoga perkongsian ni memberi idea untuk korang yang nak mencari tempat beriadah. Dan kalau korang ada idea mana lagi tempat yang best untuk aku explore, boleh suggest dalam ruangan komen di bawah. See you soon. Adios!


English summary:

This weekend trip was totally spontaneous, but it turned out to be one of our best family getaways. We visited Sungai Pandan Waterfall in Kuantan, a beautiful waterfall with a stunning turquoise pool and a clean, family-friendly environment. There’s also a hanging bridge overlooking the waterfall, making it a perfect photo spot. The river is shallow with rocky areas, which makes it safe and fun for kids to play in the water. After a refreshing time at the waterfall, we stayed overnight in Kemaman and had nasi minyak for breakfast the next morning. Before heading back to Cyberjaya, we stopped for grilled seafood at Teluk Kalong Beach. A simple, last-minute weekend escape that was truly worth it. 


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.