Jeram Kedah – Air Terjun Tersembunyi di Ulu Beranang
Pengenalan
Assalamualaikum dan hello rakan-rakan pembaca sekalian. Post kali ni aku akan kongsikan tentang weekend getaway aku dan Barak di Jeram Kedah, air terjun yang tersembunyi di Ulu Beranang, Negeri Sembilan.

Tapi, sebelum tu apa kata korang support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.
Trip kali ni aku tak berdua dengan Barak je malah turut disertai oleh adik Barak dan kawan sekerja mereka. Kami bertolak lebih kurang jam 8.00 pagi dari Cyberjaya dan sampai di kawasan air terjun ni selepas kira-kira sejam perjalanan.
Actually, kami plan agak recent juga, beberapa minggu je sebelum ni. Ikutkan perancangan asal, kami nak pergi ke Jeram Berungut yang terletak di Taman Negeri Kenaboi (juga di Negeri Sembilan). Tapi perjalanan ke sana mengambil lebih masa sikit, jadi kiranya ini adalah option yang kedua. Walaupun begitu, Jeram Kedah ni juga tak kurang cantiknya.
Air terjun di perkampungan Orang Asli
Kawasan riadah ni terletak di dalam Kampung Orang Asli Jeram Kedah. Kira-kira 50 km dari Cyberjaya. Bila dah memasuki perkampungan Orang Asli ni, laluannya kecil dan kena memandu dengan berhati-hati sebab ini laluan utama masyarakat setempat di sini.
Nak mencari lokasinya tak susah pun sebab banyak signage di sepanjang jalan. Signal telefon pun ada, jadi tak perlu bimbang. Cuma tempat meletak kenderaannya tiada. So, kena parking dengan elok-elok dan bertimbang rasa supaya tak menghalang laluan masyarakat di sini.
Selepas meletakkan kenderaan, korang ada option sama ada nak berkelah di bahagian bawah atau naik ke atas ke bahagian “canyon”. Kami memilih untuk berkelah di bahagian atas. Kena hiking sikit dan menuruni laluan curam. Tapi, laluannya okay je, cuma kena berhati-hatilah melihat sekeliling.


Sampai awal pagi, takde orang
Kami sampai sekitar jam 9.00 pagi di sini. Cuma ada satu kereta family yang tengah berpiknik di kawasan bahagian bawah ni. Sebab tu aku suka bertolak awal pagi. Tak bersesak-sesak dengan manusia. Dan Alhamdulillah, cuaca pagi ni sangat baik dengan langit yang membiru. Syukur sangat-sangat.
Masuk ke Jeram Kedah ni percuma saja tapi in future tak sure la macam mana nanti kan? Yang aku nampak, ada 2 wakaf dan laluan masuk yang baru dibina di sini bagi memudahkan orang ramai.

Portable stove dihanyutkan arus!
Sedang aku berjalan menuju ke kawasan untuk piknik, di belakang aku kecoh seketika sebab rupanya dapur adik Barak terlepas dihanyutkan air. Kawan tu belum pun rasmikan lagi dapur estetiknya tu! Tahu-tahu dah tenggelam dalam sungai. Sadis betul! Hahahaha. Beberapa minit juga la aku dan Barak menunggu beg dapur tu timbul semula. Mujur Barak berjaya meraba dalam arus deras tu sebab bakul tu terperangkap di dalam sana. Selesai satu masalah!

Port piknik sebelah “canyon”
Kami berjaya menemui lokasi piknik yang kami dok tengok dalam Youtube tu. Betul-betul sebelah air terjun. Kira dua kalilah berpindah tapak. Memang cantik lokasi ni. Pasirnya rata dan sesuai untuk membentang tikar ataupun memasang khemah. Aku boleh katanya ini antara lokasi air terjun yang tercantik aku pernah lihat. Tambahan pula airnya bersih dan jernih berbanding dengan some of the videos yang aku tengok di media sosial tu yang berkeladak macam air teh tarik!
Pembentukan batu-batuan seakan “canyon” ni menambahkan lagi keindahan dan keunikan Jeram Kedah. Dan kedalaman jeram ni sangat sesuai untuk kanak-kanak bermandi-manda. Cuma di kawasan tengah air terjun tu agak dalam melepasi paras kepala. Tapi kawasan dalam tu kecil je. Selainnya cuma pada paras leher dan dada.


Orang bodoh jangan datang sini!
Tapi sayang sedikit. Keindahan air terjun ni tercemar sebab terdapat beberapa sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab. Aku tak faham, kalau korang boleh usung barang-barang ke kawasan ni, apa susah sangat nak bawa balik sampah-sampah tu? Dok la tinggalkan semua dalam plastik sampah hitam? Kau ingat orang bunian yang cucikan sampah-sampah kau ke??? Yang tak boleh brain tu, ada yang dok bakar botol-botol plastik as if bila dah bakar, plastik tu tak meninggalkan sisa? Di manakah akal yang diberikan Allah Ta’ala ya?
So, korang kalau jenis camni, baik la jangan datang tempat-tempat cantik camni. Buat sepah je. Nasib baik aku ada bawa extra plastik sampah. Boleh la angkut sikit sampah-sampah yang ada tu. Haihhhh.. panas betul hati aku bila tengok benda camni.

Pengalaman mandi jeram yang menyeronokkan!
Lama juga aku dan Barak dok mandi kat jeram ni. Bersekali dengan this one family dari Beranang. Mereka pun first time pergi ke sini. Dah lama sikit tu, baru ramai orang yang datang termasuklah beberapa penduduk asal di sini. Aku tanya mereka, ada lagi cantik dari yang ni tak. Katanya akak tu, yang belah atas tu landai je.
The two girls tak mandi pun. Depa dok lepak piknik sambil masak-masak. Okay la tu, penat-penat mandi, leh duduk sat makan maggi. Hehehe.
Oh! Ada this one boy, penduduk sini juga kot dok buat aksi terjun dari tebing tinggi di kawasan ni. Memang jiwa kental! Aku yang nak terjun tempat ciput tu pun dah seram sejuk. Hebat sungguh!
Anyway, setelah hampir 3 jam “healing” di sini, kami mengambil keputusan pulang. Orang pun dah semakin ramai yang datang. On the way nak balik tu, ada akak tegur aku cakap terima kasih la layan anak-anak dia. Hahaha. Tak layan apa sangat pun. Just record budak-budak bergilir-gilir terjun. And those kiddos siap minta nombor telefon Barak sebab nak minta sharekan video-video yang aku ambil tu.




Singgah lunch di Cibiuk
Sebelum pulang ke Cyberjaya, kami singgah dulu membersihkan diri dan menukar baju di masjid, somewhere in Semenyih. Bersih sikit rasa badan nak memandu. Kemudian tu, aku singgah lunch di Restoran Cibiuk, salah satu restoran favorite aku semasa tinggal di Kajang dulu. Teringat pula, masa restoran dibuka awal-awal dulu, aku dok lepak makan di sini sampai kedai nak tutup. Seronok lepak minum teh tariknya.
Anyway, aku seperti biasalah order nasi liwet ayam bakar yang menjadi favorite dari dulu. Nak order sambal udang petainya, aku tengok harganya dah mencanak. So, lupakanlah niat itu.
Selesai makan, kami terus sambung perjalanan balik ke Cyberjaya.

Penutup
Jadi, begitulah kisahnya weekend getaway kami minggu ni. Thanks Barak sebab offer guna keretanya. Next trip Insyallah aku drive pula.
Bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Mudah-mudahan dapat aku nak buat travel content lagi di masa hadapan.
Dan bagi korang yang nak datang ke sini, tolonglah jaga kebersihan. Bawa balik sampah-sampah korang supaya orang lain boleh menikmati pemandangan indah di kawasan air terjun ni.
Thanks sudi singgah baca. Jumpa lagi dalam aktiviti minggu hadapan, Insyallah. Tata titi tutu!
English summary:
This weekend getaway brought me to Jeram Kedah, a hidden waterfall in Beranang, Negeri Sembilan located within an Orang Asli village area. It’s not too far from Cyberjaya, and the trail to reach the waterfall is relatively easy, making it perfect for a short nature escape. The moment you arrive, the scenery is stunning—water cascading through large rock formations that look like a natural canyon. The water is cool and clear, ideal for a refreshing dip, and we spent almost four hours just relaxing and enjoying the peaceful surroundings. It’s a great spot for anyone wanting a quick break from city life without a tough hike. Just remember to respect the place, bring your trash back, and help keep this beautiful hidden gem clean.

Leave a Comment