Lagu Hari Raya 2026
Hi semua! Just a quick one. Aku excited nak share 2 buah lagu Hari Raya 2026 yang baru yang aku buat sendiri liriknya dan susunan muzik menggunakan Suno AI. Lagunya berjudul Manis Manis Aidilfitri dan Esok Ke Lusa Raya. Sedap juga bagi aku susunan muziknya. Gabungan elemen tradisional Melayu dan Arab. Selamat mendengar dan semoga terhibur! Jangan lupa share, like dan subscribe Youtube aku ya!
Manis Manis Aidilfitri
Lirik: Omar Al-Attas
Muzik: Suno AI
Indahnya pagi Aidilfitri,
Menyambut kemenangan ini,
Kurniaan Rabbul ‘Izzati,
Nikmat syukur tak terhitung lagi.
Laungan takbir memecah sepi,
Mengalun syahdu menyentuh hati,
Wajah ceria, tua dan muda,
Busana indah pelbagai warna.
(chorus 2x)
Manis, manis di Aidilfitri,
Tua dan muda sama merai,
Miskin kaya bersatu hati,
Dalam mesra penuh harmoni.
Langkah diatur ke rumah Ilahi,
Sujud bersama penuh rendah diri,
Rai kebesaran Tuhan Yang Esa,
Aidilfitri rasa lebih bermakna.
Kunjung-mengunjung sanak saudara,
Mengikat kasih, hapus sengketa,
Salam dihulur penuh keikhlasan,
Pohon maaf, sucikan perasaan.
Juadah enak tersaji di meja,
Rendang, ketupat, lemang menggoda,
Kuih-muih manis pelbagai rasa,
Bahagia terasa di hari raya.
(chorus 2x)
Manis, manis di Aidilfitri,
Tua dan muda sama merai,
Miskin kaya bersatu hati,
Dalam mesra penuh harmoni.
Bagi yang telah pergi dahulu,
Doa dipanjat tak pernah jemu,
Semoga tenang di sisi-Nya,
Dikenang selalu sepanjang masa.
(chorus 2x)
Manis, manis di Aidilfitri,
Tua dan muda sama merai,
Miskin kaya bersatu hati,
Dalam mesra penuh harmoni.
Esok ke Lusa Raya?
Lirik: Omar Al-Attas
Muzik: Suno AI
Riuh rendah di alam maya,
Ahli falak semua nak bicara,
Anak bulan bila nak menjelma,
Nak tahu esok ke lusa raya.
Ibu di dapur dah mula kalut,
Mananya rempah dan beras pulut,
Dikerah kakak membeli santan,
Eh, sempat pula dok usyar jantan!
(chorus 2x)
Eh eh eh esok ke lusa raya?
Semuanya dah asyik bertanya,
Di jalan masih ramai tersangkut,
Kereta bergerak macam siput.
Di kampung atuk nenek dah sibuk,
Susun kuih muih, batang buruk,
Maksu pula kalut tukar langsir,
Muka serabut macam langsuir!
Pukul lapan duduk depan TV,
Pemegang cop mohornya di nanti,
Berdebar nak tunggu pengumuman,
Dan teka warna bajunya di badan.
(chorus 2x)
Eh eh eh esok ke lusa raya?
Semuanya dah asyik bertanya,
Di jalan masih ramai tersangkut,
Kereta bergerak macam siput.
Leave a Comment