Sharing is caring


Pengenalan

Assalamualaikum dan hello semua. Bertemu lagi dalam blog sempena cuti panjang pada kali ni. Ke manakah kita? Mana lagi… Melaka la, hawau!!! Hahaha… So, kali ni aku nak share family trip 2H1M ke Melaka.

Tapi, sebelum tu apa kata korang  support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.

Anyway, trip ke Melaka ni pun last minute juga. Memang takde plan pun. Aku balik JB pun masa Hari Raya Haji tu. Dapat tiket ETS belah malam je. Siang punya semua dah licin. Dan adik aku di Terengganu tu pun balik pada hari raya kedua sebab diorang ada buat korban kat sana. So, memanjangkan ada cuti panjang dan kebetulan budak-budak pun tengah cuti sekolah, better la spend time bawa diorang berjalan. Nak healing tepi pantai menang tak dan la sebab last minute cam ni semua homestay dah fully booked. Jadi kami ambil keputusan pi Melaka je la. Boleh bawa budak-budak ni ziarah datuk diorang dan jalan-jalan kat sana.

Hotel pun kami booked last minute. Mujur la ada satu tu yang aku rasa cam okay. Baca review ada macam-macam, tapi kita tawakkal je la.

Bajet 2H1M ke Melaka

Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, biar aku kongsikan bajet aku ke sana.

Hotel
Hotel Sentral Riverview Melaka
Superior Twin Room x 1 malam
5 bilik x 13 orang (8 dewasa, 5 kanak-kanak)
Tanpa breakfast – bilik untuk 2 orang
Termasuk cukai
Deposit tunai RM 100 (refundable)
RM 426.73
Zoo Melaka
7 dewasa x RM 36
1 warga emas x RM 18
5 kanak-kanak x RM 18
RM 360.00
Jumlah perbelanjaanRM 786.73

Bajet ni kami kongsi adik-beradik. Ia tak termasuk kos pengangkutan, makan dan lain-lain.

Hotel 2H1M di Melaka

 

Hotel Sentral Riverview Melaka – Superior Twin Room

  • Aku booked hotel ni selepas membaca beberapa review. Ada yang kata okay dan ada juga yang komen sebaliknya. Tapi bagi aku dengan harga lebih kurang RM85 semalam, tak boleh nak expect lebih-lebih kan? Janji bersih dan selesa, itu dah memadai bagi aku.
  • Hotel ni terletak berhampiran Sungai Melaka, di Jalan Tun Ali. Ia bersebelahan dengan pusat membeli-belah The Store dan hanya beberapa meter dari Restoran Kilang Makan.
  • Bilik hotelnya bersih dan agak selesa. Aircond berfungsi cuma ambil masa sikit nak sejuk. Hot showernya pun sama juga. Okay je cuma kejap panas, kejap sejuk. Camtu la.
  • Wifinya ada tapi selepas beberapa ketika ia ghaib! Hahaha… TV pun ada. Ada la few channels yang boleh ditengok.
  • Kopi dan teh disediakan cuma air kena ambil di luar kat mesin penapis air. Iron pun diletakkan di luar bilik.
  • Mini playground untuk kanak-kanak ada kat lobi hotel. Buku mewarna pun ada, so diorang boleh membuat aktiviti mewarna kat sini.
  • Harga bilik tidak termasuk breakfast. Kalau korang nak breakfast, kena tambah RM 24 seorang.
  • Parking percuma disediakan di belakang hotel.
  • Overall bagi aku, hotel ni okay la kalau korang nak cari hotel murah dan agak selesa. Lebih-lebih lagi kalau korang membawa ahli keluarga yang ramai. Nak komplen banyak sangat pun, bayar RM85 je kot. Lain la kalau harga bilik ni beratus-ratus kan? Maybe next time kalau kami sekeluarga ke Melaka, mungkin hotel ni akan menjadi pilihan.

Itinerari 2H1M ke Melaka

Kami ke sini takde itinerary pun. Plannya just nak bawa budak-budak ni ziarah datuknya dan jalan-jalan kat bandar sempena cuti sekolah ni. Kalau sempat, maybe nak singgah ke zoo atau tempat riadah yang lain.

Okay, jomlah kita Melaka!

Hari pertama: Johor Bahru – Melaka 

Kami bertolak dari rumah sekitar jam 5.00 petang dan sampai di Melaka lebih kurang jam 8.00 malam. Takde la jem pun cuma ada kawasan yang slow trafiknya. Sampai je di Melaka, kami terus ke restoran Kilang Makan yang terletak di Jalan Tun Ali. Main Google je tempat makan yang ada. Rupanya restoran ni terletak beberapa meter je dari hotel yang kami booked. Dan sementara mereka makan, aku jalan kaki ke hotel untuk check-in dan check juga bilik-bilik yang diberikan. So far, okaylah bilik-biliknya. Cuma ada satu bilik tu aku minta stafnya untuk betulkan lampu dinding yang tak menyala. 

Naik beca dan jalan-jalan di Bandar Hilir

Selesai makan dan sebelum balik ke bilik, kami ke Bandar Hilir untuk membawa budak-budak ni menikmati suasana malam yang sibuk di sana. Dengan cuti panjang ni, memang sesaklah kawasan tu dengan umat manusia.

Kami park kereta di hadapan McD berhampiran Menara Taming Sari tu dan berjalan kami menuju ke Dutch Square. On the way tu, kami booked 4 buah beca untuk bawa mereka pusing kawasan ni. RM25 untuk sebuah beca, boleh naik 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak kecil. Ridenya tak sampai 5 minit pun. Jadilah buat ghaso-ghaso.

Sampai di Dutch Square, budak-budak ni excited dapat tengok Transformer, Hello Kitty, pontianak dan maskot yang lain. Mujur la dalam wallet aku ada saki-baki duit kertas untuk bagi diorang. Dan kebetulan juga, kat sini kami terserempak dengan our cousin yang turut datang ke sini untuk bercuti. Sempat la berborak sekejap dan mengambil gambar bersama-sama.

Dah puas bersidai kat sini, kami pun terus balik ke hotel untuk tido! Dah 12 lebih kot. Nak rehat pula.

Hari kedua: Warong Habib, Zoo Melaka dan nasi Arab terbaik!

Memandangkan kami balik lewat semalam, maka memang jangan diharap la nak breakfast awal pagi. Nak mengejutkan budak-budak ni bangun pun satu hal. Sudahnya, adik aku bawa teman Umi aku breakfast dulu kat hotel ni sementara menunggu yang lain bersiap. 

Kami check-out lebih kurang jam 11.15 pagi dan terus ke Warong Habib 151 yang terletak di Bukit Rambai. 

Breakfast di Warong Habib 151

Bila sampai tengahari kat restoran Walid aku ni, kurang dah sikit pelanggannya. Kalau pi awal pagi selalunya memang sesak, lagi-lagi time hujung minggu. Anak buah aku yang 3 orang ni memang dah tahu apa yang diorang nak order – sup merah bonesteak la… apa lagi. Tu memang favorite diorang. Termasuklah aku sekali. Even kalau Walid aku balik JB pun dan cucu-cucunya ada, memang menu ni yang selalu dimasak satu periuk besar. Adik-adik aku yang lain dok makan shakshooka, sate, nasi kerabu dan lain-lain juga. Lepas makan, semua tersadai kekenyangan. 

Selesai makan dan berborak, kami ke destinasi seterusnya iaitu ke Zoo Melaka. Saja bawa budak-budak ni berjalan. Dah tak tahu nak ke mana kan…

Melawat Zoo Melaka

Ini merupakan kali kedua aku ke sini. First time dulu, masa anak saudara aku, Ali, berumur 1 tahun. La ni dia dah 16 tahun. So, kiranya dah 15 tahun aku tak ke sini. Hahaha. Pergi zoo nak buat apa lagi. Round je la slow-slow tengok binatang. Seronok melayan anak-anak buah aku ni. Macam-macam kerenah dan ayat-ayat lucu. So, memang tak sedar 2 jam berjalan kaki kat dalam ni. Berpeluh jangan cakap la. Aku rasa macam lencun atas bawah luar dalam. Cuaca pula panas. Tapi yang penting, best bila dapat spend time dengan diorang.

So, dah habis beraktiviti di Zoo Melaka ni, kami terus balik ke JB. Jalan macam biasa lah time cuti ni kan. Slow traffic. So, kami sampai di JB sekitar jam 8.30 malam dan terus ke Taman Universiti untuk dinner.

Al-Nawras – nasi Arab yang sedap di Taman Universiti JB

Adik aku, Ahmad yang suggest makan kat sini sebab dia mengajar kat kawasan ni. Katanya makanan Arab kat sini sedap. So, aku serahkanlah pada diorang untulk order. Sekali datang. setalam besar pelbagai jenis nasi Arab – dari mandy, maqlouba dan lain-lain. Setalam besar tu katanya RM150. Memang banyak dan sedap pula tu. Kira puas hati la makan. Kami siap tapau lagi lebihan yang tak habis tu. Thanks Ahmad sebab belanja kami. Semoga murah rezeki!

Habis makan, kami terus balik ke rumah dengan perut yang kenyang dan mata yang mengantuk! Alhamdulillah untuk rezeki hari ni.

Penutup

So, demikianlah serba-sedikit coretan aku untuk aktiviti cuti-cuti Malaysia sempena cuti panjang ni. Actually aku dah compose panjang gile post ni tadi dan dah saved. Tapi tak tahu la apa gila Microsoft Words aku tadi. Bila buka balik, dia open balik, takde pun satu haram yang aku dah type sebelum ni. Hareyyyyy la.. Terpaksa aku compose lagi sekali. Buang karan betul!

Okaylah, jumpa lagi dalam post akan datang. Thanks pada adik-beradik/ipar aku yang merealisasikan trip ni. Dapat la juga buat content untuk channel aku.

Bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Mudah-mudahan dapat aku nak buat travel content lagi di masa hadapan.

Till then, take care and see you soon!


English summary:

Join my family and me on a fun 2D1N staycation in Melaka from Johor Bahru during the long holiday. We stayed at the affordable Hotel Sentral Riverview Melaka before exploring the lively atmosphere of Bandar Hilir at night. A colorful trishaw ride, along with encounters with a pontianak, Transformers, and various mascots, made the evening especially memorable. The next morning, we enjoyed breakfast at Warung Habib 151, where the highlight was the popular red bonesteak soup served with garlic bread. We then spent quality family time at Zoo Melaka, discovering a wide variety of animals and attractions. Before returning home, we stopped at Al-Nawras Yemeni Restaurant in Taman Universiti for a delicious Arabic rice meal. This short getaway combined sightseeing, food hunting, and family bonding, making it a great source of inspiration for anyone planning a relaxing family trip to Melaka.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.