Pengenalan
Kalau korang berada di Negeri Bandaraya Bersejarah ni dan ingin mencari lokasi untuk breakfast dan makan tengahari, apa kata korang cuba singgah di Warong Habib 151, kedai makan yang terletak di tepi sawah di Melaka.

Tapi, sebelum tu apa kata korang support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.
Lebih 40 menu makanan
Okay, bersambung semula. Warong Habib 151 ni terletak di Jalan Batang Tiga, Kampung Bukit Rambai, Melaka. Restoran ni menyediakan hampir 40 menu makanan untuk sarapan pagi antaranya nasi kerabu, nasi dagang, shakshuka dan banyak lagi. Memang rambang mata juga nak memilih.





Antara menu yang selalu menjadi pilihan customer kat sini ialah nasi kerabu, nasi dagang, mee kari Ipoh, mushroom soup, nasi zurbiyan dan lain-lain. Mushroom soupnya home-made, dibuat from scratch, bukan dari dalam tin. So, korang boleh nampak ketulan-ketulan cendawan di dalamnya. Ia dihidangkan dengan garlic bread.
Selain itu, di sini juga terdapat gerai sate. So, korang boleh pilih untuk menikmati sate ayam, daging ataupun perut.












Antara menu yang menjadi favorite aku ialah bone steak set atau sup tulang merah yang dihidangkan dengan garlic bread. Bagi aku kuahnya memang sedap, dagingnya lembut sebab dimasak lama. Sup tulang merah ni tidak menggunakan sebarang pewarna. Totally from tomato puree dan cili.

Kedai makan di tepi sawah
Lokasinya pula terletak bersebelahan dengan sawah pagi menjadikan suasananya menarik untuk menikmati sarapan pagi. Sambil makan, boleh layan view juga.
Kedai makan ni beroperasi pada jam 7.30 pagi sehingga 2.00 petang pada setiap hari kecuali hari Jumaat.
Kawasan parking di sekitar kedai makan agak terhad. Jadi, kalau korang datang ke sini, ada staff yang akan tolong korang untuk parking kereta dengan lebih teratur supaya ruangannya lebih optimum.
Kedai makan ni penuh terutamanya pada hujung minggu. Maka, situasi seperti makanan lambat dan sebagainya akan berlaku. So, kalau korang menghadapi situasi seperti ni, jangan segan untuk bertanya terus kepada staff atau Pak Habib. Selalunya dia ada di situ. Apa-apa feedback, okay atau tak, sedap atau tak makanan boleh share dengannya. Insyallah, kalau ada sebarang kekurangan, akan diperbaiki lagi.


Menu makanan di Warong Habib 151
Di bawah ni aku share menu yang ada di Warong Habib 151 untuk rujukan korang. So, that korang ada idea apa yang disediakan serta harga setiap makanan dan minuman.









Penutup
So, itu je la aku nak share kali ni. Jemputlah singgah ke kedai makan ni kalau korang berada di Melaka. Semoga Warong Habib 151 ni terus maju dan dapat menyediakan makanan yang berkualiti untuk para pelanggannya.
Bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Mudah-mudahan dapat aku nak buat travel content lagi di masa hadapan.
Jumpa lagi dalam perkongsian yang lain, Insyallah. Tata!
English summary:
Warong Habib 151 is located along Jalan Batang Tiga, Bukit Rambai, Melaka, offering a unique dining experience surrounded by paddy fields. The open and peaceful setting makes it a relaxing spot for meals with family or friends. With over 40 menu items available, including nasi kerabu, nasi dagang, shakshuka, sup tulang merah, and many more, the restaurant caters well to both breakfast and lunch crowds. The combination of good food and scenic countryside vibes makes Warong Habib 151 a memorable food spot in Melaka.

Leave a Comment