33 Tahun Tak Jejak Langkawi – Birthday Trip 4H3M Untuk Umi & Adik
Pengenalan
Assalamualaikum dan hello semua buat pembaca di luar sana. Apa khabar semua? Hopefully semua sihat la ya. Okay, kali ni aku nak ajak korang semua join birthday trip 4H3M ke Langkawi sempena dengan birthday bonda tercinta yang ke-68 tahun.

Tapi, sebelum tu apa kata korang support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.
Sebenarnya, aku takde plan sangat nak ke Langkawi. Aku ada consider beberapa tempat untuk bawa Umi bercuti sempena birthdaynya tu. Kali terakhir aku bawa Umi travel ialah ke Lombok pada tahun 2023. Tapi nak travel di hujung-hujung tahun ni, cuaca di kebanyakan tempat hujan belaka.
Mula-mula nak ke Padang, tengok cuaca pun hujan. Nak ke Thailand atau Sabah pun lebih kurang juga cuacanya. Jadi aku bertawakkal je la untuk ke Langkawi ni. Memandangkan Umi dan adik aku, Shafaq, pernah ke sini 33 tahun yang lalu iaitu sekitar tahun 1992 (ketika adik aku berusia 2 tahun), jadi, aku rasa elok juga kalau aku bawa diorang ke sini. Maka, terjadilah trip ke Langkawi ni.


Bajet 4H3M ke Langkawi
Birthday trip selama 4H3M ke Langkawi kali ni aku booked melalui Trip.com untuk both flight dan hotel. Selalunya aku guna AirAsia Snap. Tapi kali ni nak try guna website ni pula. Boleh collect points sekali. Harga pun okay la, not bad. Total price tu, aku tolak dengan points yang aku ada berjumlah RM 200 lebih tu, dapatlah dalam RM 1,200 lebih untuk trip ni.
Okay, sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, biar aku kongsikan bajet aku ke Langkawi ni.
| Tiket Penerbangan • AirAsia: KUL – LGK (return) x 3 orang • Pilih seat, tanpa insurans & tanpa meal | RM 1,254.77 |
| Extra 7kg hand carry • LGK – KUL • RM 45.36 x 2 orang | RM 90.72 |
| Hotel • Royal Agate Beach Resort • Deluxe family room x 3 orang x 3 malam • Tanpa breakfast • Termasuk cukai • Deposit tunai RM 50 (refundable) | termasuk harga flight |
| Kilim Mangrove Tour • RMF Langkawi Adventure • Shared boat • Mangrove tour, eagle feeding, Bat Cave, Crocodile Cave, fish farm • RM 50.00 x 3 orang | RM 150.00 |
| Langkawi SkyCab • Normal gondola (RM 43.00 x 3 orang) • SkyBridge entrance via SkyGlide (RM 16.00 x 3 orang) • Photo fridge magnet (RM 40.00) | RM 217.00 |
| Jumlah perbelanjaan | RM 1,712.49 |
Ini cuma kos flight, hotel, aktiviti dan entrance fee. Tak termasuk makan, Grab dan shopping coklat yang banyak gila tu!
By the way, aku guna Grab je sepanjang berada di sini. Tak sewa kereta pun sebab aku malas nak drive. Grab fare dan harga makan aku share dalam box setiap post sebagai rujukan korang.
Hotel 4H3M di Langkawi
Royal Agate Beach Resort – Family Deluxe Room
- Hotel ni terletak di Pantai Cenang, berhadapan dengan Sandy Beach Resort. Tapi nak ke pantai kena lintas jalan sebab lokasinya bukan direct access.
- Terletak di Jalan Pantai Cenang – lokasinya sangat strategik sebab di sekitar ni terdapat banyak restoran, agensi pelancongan, kedai cenderahati, spa dan sebagainya.
- Family room ni agak luas. Ada tingkap dengan view jalan. Kalau nak seaview, korang kena book seaview deluxe yang hanya untuk 2 orang sahaja.
- Terdapat swimming pool dan tempat letak kereta. Di bawah hotel ni ada kedai souvenirs dan massage spa.
- Bantai, tilam dan comforternya sangat selesa. Memang best betul time tido.
- Biliknya bersih dan dilengkapi dengan aircond yang sejuk, water heater yang berfungsi dengan baik. Ada mini fridge, TV dan wifi.
- Kalau nak gosok baju, iron diletakkan di luar bilik.
- Di koridor ni pun terdapat balkoni kalau korang nak tengok pemandangan pantai.
- Staffnya pun baik dan sangat membantu.




Itinerari 4H3M ke Langkawi
Itinerari aku di sini basically free and easy je. Memandang kami pergi masa musim hujan, so aktiviti yang dirancang pun mengikut keadaan cuaca. Alhamdulillah, selama 4 hari di sini, cuacanya elok. Jadi, dapatlah aku bawa Umi dan adik aku buat beberapa aktiviti iaitu mangrove tour dan menaiki kereta kabel Langkawi. Aku tak pergi langsung ke Kuah. Shopping coklat pun kat area Jalan Pantai Cenang ni je. Beza harga pun tak banyak aku rasa. Kalau tolak Grab fare pergi balik pun, almost the same.
Anyway, jom aku ceritakan serba sedikit birthday trip Umi aku di Langkawi ni.
Hari pertama: Kuala Lumpur – Langkawi
Kami bertolak ke KLIA2 sekitar jam 9.30 pagi. Flight kami pada jam 12.00 tengahari. Family adik aku di Terengganu yang hantar sebab lepas tu diorang nak balik terus ke sana. Kami berkumpul di rumah aku sebelum ni sebab nak celebrate birthday Umi sekali.
Alhamdulillah, penerbangan kami smooth je. Flight pun penuh dengan pelancong luar terutamanya dari South Korea. Sampai di Langkawi Airport cuacanya hujan. Kemudian kami terus ke food court untuk lunch sebab aku dah kelaparan. Breakfast awal pagi kat rumah tadi.
Selesai lunch, aku terus ambil Grab untuk pergi ke hotel.


Check-in hotel & bersiar-siar di Pantai Cenang
Alhamdulillah, dapat check-in awal sekitar jam 2.00 petang. Dapatlah rehat selama 2 jam sebab aku memang ngantuk gila dan tak cukup tidur. Sekitar jam 4.00 petang, aku ajak Umi dan Shafaq jalan-jalan ambil angin di Pantai Cenang. Rugi la kan dok bilik je. Syukur sangat-sangat sebab cuacanya elok dan tak hujan. Dapatlah merehatkan diri, berjalan di tepi pantai menikmati bayu laut dan desiran ombak. Tenang gila rasanya.
Semasa berjalan tu, kami singgah di Pakistani Restaurant yang terletak di tepi pantai ni. Just order minuman dan fries, duduk makan sambil melayan pemandangan. Habis makan, kami berjalan lagi sampai ke Dataran Cenang dan balik semula ke hotel. Kiranya mukaddimah kawasan ni kat Umi dan adik aku. Kemudian lepas maghrib tu kami keluar semula untuk dinner.




Dinner di Halim GP Gulai Panas Airport
Mana lagi nak pergi kalau bukan ke sini kan? Sejak makan kat sini bulan Ogos yang lepas, teringat-ingat kari ikannya! Sedap sungguh sebab kena dengan selera aku.
Aku order ikan yang sama je macam aku makan sebelum ni. Ikan repoh dan siakap tu aku pilih untuk masak kari (gulai) dan goreng kunyit biasa. Memang berselera sungguh kalau makan kat sini. Kena pula dengan ulam dan sambal belacannya. Pendek kata, memang puas hati kalau makan kat sini. Umi dengan adik aku pun cakap masakan karinya memang sedap.
Lepas makan tu, terus balik ke hotel. Sebelum tu, kami singgah berjalan ala kadar kat sekitar Pantai Cenang tu. Tengok la kejap orang dok buat fire show tu. And then, terus balik bilik dan tidur dalam kekenyangan dan kepuasan! Hahaha.

Hari kedua: Kilim Geoforest Park
Trip 4H3M ke Langkawi pada hari kedua ni dimulakan dengan pergi breakfast di Bella Restaurant yang terletak beberapa meter dari hotel ni. Seperti biasa, pilihan aku roti canai dan telur mata. Shafaq pun order roti canai. Umi pula dok makan nasi lemak.
Selesai breakfast, kami bersiar-siar di Pantai Cenang menikmati bayu pagi. Alhamdulillah, cuaca elok pagi ni. Maka, bolehlah aku bawa mereka ke Kilim mangrove tour. Dari hotel ni, aku mengambil Grab untuk ke mangrove tour jetty yang terletak di Tanjung Rhu.
Sampai di Tanjung Rhu lebih kurang 9.20 pagi. Awal lagi sebab tour start pada jam 10.00 pagi. Sementara tu, aku bawa Umi dan Shafaq berjalan-jalan di Pantai Tanjung Rhu. Bagi aku, pantai ni antara yang tercantik di Langkawi.
Kedai RMF Langkawi Adventure Kak Fatimah tu pun tak buka lagi. Aku sempat juga tanya sorang akak kat kedai lain, berapa harga mangrove tour. Dia cakap RM 90 seorang! Tak sure la sama ada shared boat atau chartered. Kalau shared boat, mahal tu dia ketuk harganya. Padahal shared boat mangrove tour yang biasa ni cuma RM 50 je seorang. So, bila RMF dah buka, aku beli tiket untuk kami bertiga dengan harga RM 150. Dapat sticker, tampal kat baju, kami terus pergi ke jetty.
Sampai di jetty, kemain ramai lagi orang. Yelah, cuaca elok kan? Semua pakat keluar beraktiviti.

Kilim Geoforest Park Mangrove Tour
Aktiviti mangrove kali ni, kami naik dengan abang Mat lagi. Orang yang sama masa aku pergi dengan Wan dan Nad pada bulan Ogos yang lalu. Tapi kali ni kami start the other way around. Maksudnya tak start dengan bagi makan burung helang dulu. Kami ke Andaman Sea dulu, untuk bergambar di Kilim signage tu. Mungkin sebab faktor cuaca kot. Sebab macam ada tanda-tanda nak hujan kat area tu.
Anyway, seronok rasa dapat bawa mak dan adik aku jalan-jalan naik bot ni. Suka tengok diorang teruja melihat pemandangan di sekitar kawasan Kilim ni. Dan seronok untuk aku bila dapat bergambar bertiga dekat Kilim signage tu. Walaupun pose muka aku macam hazab je!
Aktiviti kat sini macam biasa lah. Andaman Sea, Kilim signage, Gua Kelawar, Gua Buaya, eagle feeding dan singgah di floating restaurant sebelum balik ke jetty. Di restoran ni, kami hanya minum dan light snacking je. Makan sotong goreng tepung.

Hujan lebat selepas habis tour
Selesai mangrove tour ni, kami singgah makan di Restoran Seafood Anis, pekena nasi goreng Tanjung Rhu dan air kelapa. Kami duduk kat di luar je sebab kat dalam restoran tu panas gila. Sambil makan, sambil tengok pemandangan. Rasa macam orang have-have je. Hahaha…
Habis je makan, kami terus balik ke hotel. Apa lagi, rehat la. Tapi syukur sangat-sangat sebab naik je Grab nak balik, hujan turun kemain lebat lagi. Kalau hujan masa tour tadi, memang ke naya. Aku rasa ini memang rezeki mak aku dapat cuaca elok masa tour tadi. Alhamdulillah.

Body & foot massage di Best Fingers Spa
Balik je hotel, kami terus rehat. And then, sekitar jam 4.00 petang tu, aku turun semula untuk foot and body massage. Kat kedai sebelah hotel ni je. Best Fingers Spa. Aku pergi massage sekali kat sini masa trip bulan Ogos lepas. Okay la massage kat sini. Ada pilihan untuk medium atau strong massage. Harga slightly murah sikit je dari harga di Cyberjaya tapi agak mahal kalau nak dibandingkan dengan harga di Hatyai! Hahaha. Aku buat 1 jam badan dan 1 jam kaki. Totally relaxing.
The best, masa foot massage kat luar tu, ada group of Indian girls tourist dok massage kaki sekali. Biasalah depa jenis kalau cakap kan sepelaung walaupun duduk sebelah je. Masa tengah urut tu, aku tersedar selepas berkeruh sikit. Then, aku dengar girl sebelah aku tu cakap tak sedar ada orang tengah tidur. Terus depa cakap perlahan sampai habis urut kaki! Hahahah. Aku nak tergelak pun ada sebab sepanjang urut tu aku memang jatuhkan cap sampai tutup muka.
Apapun, massage kat sini okay juga. Kalau dah penat berjalan tu, bolehlah kalau nak foot massage, betulkan balik urat-urat kaki tu.
Dinner di Restoran Selera Lubuk Buaya
Aku bawa Umi dan Shafaq dinner kat sini. Ni antara restoran yang aku dok repeat makan sebab aku rasa masakan kat sini memang sedap. Kami pilih ikan siakap stim limau, udang goreng kunyit, kailan ikan masin, tomyam campur dan pulut mangga. Memang sedap dan jenuh nak abiskan ikan tu. Tapi licin juga akhirnya. Cuma pulut mangga tu je aku minta tapau sebab perut dah tak boleh nak masuk. Tu la, order ikut nafsu!
Selesai makan, ambil Grab terus balik hotel. Dah tak larat nak berjalan ke mana-mana.

Hari ketiga: Langkawi Skybridge Cable Car
Alhamdulillah, hari ni pun cuaca elok! Lebih elok dari semalam. So, aku boleh proceed dengan saki-baki plan yang aku ada iaitu nak breakfast di Nasi Dagang Pak Malau dan naik Langkawi Cable Car.
Breakfast di Nasi Dagang Pak Malau
Kami sampai ke sana lebih kurang jam 8.20 pagi. Tengok banyak kereta kat parking hati aku sedikit gusar takut ramai orang. Tapi Alhamdulillah, group yang ramai tu sepertinya dah nak beransur pulang. Aku suruh Shafaq cepat-cepat pergi cari seat kat dangau di bahagian belakang. Syukur dapat tempat yang sama macam pergi hari tu. Boleh makan sambil menikmati pemandangan Gunung Raya dan sawah padi.
Aku dan Shafaq makan nasi dagang lauk gulai daging manakala Umi pula pilih gulai ayam. Kami ambil 2 keping cucur badak, 2 keping kuih talam dan 2 cucuk cekodok pisang. Air pula, 2 gelas teh o panas dan segelas nescafe panas.
Selesai makan, kami bergambar sekejap dengan background yang cantik tu. Masa nak bayar makanan, Pak Malau sempat berpantun dengan kami. Ramah betul orangnya. Semoga bisnesnya terus sukses.
Dan disebabkan cuaca sangat baik pada hari ni, maka aku terus plan untuk bawa Umi dan adik aku naik cable car. Kalau tak sekarang, bila lagi kan? Takkan nak tunggu 33 tahun lagi? Hahaha.

Naik Langkawi Cable Car
Kami sampai di sini sekitar jam 9.40 pagi. Dah ramai orang beratur! Termasuklah rombongan murid-murid sekolah. Aku just beli online je. Ambil normal gondala tanpa combo yang lain. Scan QR yang disediakan. Kemudian, nak masuk tu, just scan je QR code yang diemail tu. Cuma nak naik ke cable car tu nak kena beratur. Lebih kurang 30 minit macam tu baru dapat naik.
Kami naik satu cabin dengan this one small family dari France. Comel anaknya. Nama Dino. Mata kemain lagi bulat dan berwarna kelabu.
Pemandangannya sepanjang naik cable car ni memang menakjubkan! Sangat cantik. No wonder ramai pelancong luar yang datang ke sini. Korang pun kalau ada rezeki dan peluang, silalah datang ke sini. Ini kali kedua aku ke sini. First time masa tahun 2015 dulu.

Pergi ke Langkawi Skybridge via SkyGlide
Kemudian, kami ke SkyBridge dengan menaiki SkyGlide. Tambah RM 16.00 seorang. Actually boleh je nak jalan kaki tapi aku risau kat Umi takut kakinya sakit. Ada 300 lebih anak tangga nak kena redah. Kalau aku okay je sebab boleh menikmati pemandangan pokok-pokok kat laluan tu.
SkyGIide ni suasananya sebiji macam naik funicular kat Fansipan di Sapa, Vietnam tu. Curam sungguh laluannya. Dan pemandangan dari SkyBridge ni memang cantik. Tapi bila korang berjalan kat bridge ni, terasa juga gegarannya. Ada rasa gayat juga sebab tinggi gila kot bridge ni. Terdapat glass floor untuk korang bergambar juga. Memang tidak la aku nak berdiri atas lantai kaca tu. Ngeri!
Kami spend masa lebih kurang 1 jam 30 minit kat atas ni. Seronok bergambar dan untuk aku buat content vlog juga. Dah puas berada kat atas ni, kami turun semula ke bawah. Cari souvernirs sikit. Aku order juga photo fridge magnet sebagai kenang-kenangan. Bagi kat Umi, boleh tampal kat fridge di rumah JB tu. And then nak lunch kat sini juga sebelum balik ke hotel.

Jumpa “Otai Langkawi”!
Sedang elok berjalan mencari tempat makan, terserempak dengan escort VVIP. Sekali tengok, eh Tun M lah! Since keretanya berenti, aku tanya boleh tak nak ambil gambar. Dia okay saja. Actually, masa balik dinner dari Halim GP malam sebelumnya pun aku perasan ada polis escort tapi tak sure VVIP mana. Abang Mat mangrove tour tu la bagitau Tun M datang Langkawi. In fact, masa aku morning walk kat Tasik Putrajaya, ada beberapa kali juga terserempak dengan beliau berbasikal kat situ. Kadang-kala Tun Siti Hasmah pun join sekali.

Lunch murah di Medan Selera Langkawi SkyCab
Aku bawa Umi dan Shafaq lunch kat sini je. Nak makan makanan Arab rasanya tekak dah tak lalu sebab masa birthday dinner kat Aldar Cyberjaya beberapa yang lepas, selambak kami makan makanan Arab. So, just nak cari meal yang simple-simple je.
Aku just order mee rebus, Umi pula makan nasi goreng kampung dengan ikan bilis goreng yang selambak tu manakala Shafaq pula dok makan laksa utara. Jadilah buat alas perut sebab tak terlalu lapar sangat sebab pagi tadi dah makan nasi dagang.
Selesai makan, aku terus ambil Grab balik ke hotel. Peramah sister Grab ni. Banyak berborak. Dia pernah tinggal di Johor juga. Sekarang ni balik ke Langkawi for good.
Sampai hotel, semua pakat terbongkang kepenatan. Penat oiii berjalan!

Shopping coklat di Eastern Duty Free Jalan Pantai Cenang
Aku just bawa mereka shopping coklat kat sini je. Nak ke Kuah sana tu, timbal balik aku rasa lebih kurang je termasuk harga Grab. Aku beli kat Eastern ni berbanding tempat lain sebab aku rasa sini lebih murah. Coklat Daim 250 gm kat sini berharga RM 12.80. Kat tempat lain dijual dengan harga RM 13.90. So, murah la juga kan.
Berlambak juga kami beli. Beli untuk adik beradik, and then kawan aku pun ada pesan. Tak melebihi extra hand carry aku, okay je nak tolong belikan.
Seusai menghabiskan duit kat sini, kami balik bilik dulu simpan barang sebelum keluar semula. Aku ajak Umi dan Shafaq ke Pantai Tengah.

Jalan-jalan di Pantai Tengah
Aku sengaja bawa mereka ke sini sebab juga antara pantai yang aku rasa cantik di Langkawi. Kebetulan cuaca pun baik, sunsetnya pun nampak menarik. Jauh juga aku angkut Umi dengan Shafaq berjalan. Kami turun dari Grab kat Hidden Langkawi tu, kemudian berjalan keluar di sebelah Park Royal tu.
Suasana sunset kat sini menarik best. Pantainya pun bersih berbanding dengan Pantai Cenang. Dok la masing-masing berposing dekat batu-batu yang ada kat situ. Teringat masa solo trip aku kat sini pada tahun 2023. Memang rentung aku sebab lama bersidai tengahari tegak kat sini. Tapi view memang superb la. Tu yang macam tak kisah. Hitam pun hitamlah.

Dinner di Halim GP Gulai Panas lagi
Dari Pantai Tengah ni, kami ke Halim GP buat kali kedua. Nak pekena gulai atau kari ikannya sebelum balik KL. Takut nanti teringat-ingat bila dah balik.
Aku pilih sama je ikannya macam hari tu. Ikan repoh dengan ikan siakap. Masak gulai dan goreng kunyit. Kali ni aku tapau semua pucuk cekornya. Satu haram tak tinggal! Hahaha. Dia letak pun seciput je. Tapi kali ni sambal belacannya sedikit pedas. Berpeluh kepala aku tapi tak kisah sebab memang mantul kesedapannya. Yang penting, tangan ni for sure berbau kari selama 2 hari walaupun dah mandi!

Last foot & body massage di Best Fingers Spa
Sekitar jam 9.30 malam, aku booked untuk foot and body massage selama 2 jam. Sejam setiap satu. Kali ni aku nak try yang medium pressure sebab sebelum ni aku try yang strong. Okay juga lah. Abit relaxing dah tak sakit. Yang sakit bila kena kat bahagian badan yang bermasalah seperti pelipat lulut aku yang macam sedikit bengkak. Dia tak suggest aku aku letakkan minyak panas kat situ.
Settle urut, terus balik bilik dan tidur. Esok dah nak balik!
Hari keempat: Langkawi – Kuala Lumpur
Last day di Langkawi! Cepat nau masa berlalu. Tapi yang penting aku sangat happy sebab sepanjang berada kat sini cuacanya elok dan boleh bawa mak dan adik aku jalan-jalan kat pulau ni.
Late check-out & breakfast di Bella Restaurant
Oleh kerana flight balik kami ke KL pada lewat petang, so aku request kat hotel untuk late check-out sehingga jam 3.00 petang. Staff yang jaga tu cakap boleh je cuma dia akan tolak deposit RM 50 tu la. Ikutkan sejam RM 20 tapi dia kira kawtim je la. Alhamdulillah. Boleh la nak rehat-rehat, bermalasan, daripada tercongok kat airport tu berjam-jam.
Aku pun bijak pandai pi pilih sampai lewat petang. Patutnya aku pilih balik around 1.00 pm tu just nice. Takpe la kan. Sedut udara Langkawi puas-puas. 33 tahun baru nak jejak sini semula kot! Hahaha.
So, pagi ni just breakfast kat Bella Restaurant je. Malas nak pi jauh-jauh. Pekena roti canai dengan nasi lemak je.

Last shopping di Jalan Pantai Cenang
Sebelum balik sempat lagi shopping kat sini. Adik aku ni sebagai mak saudara, banyak nak bagi hadiah kat anak buah. Kami singgah juga kat Cenang Mall. Umi aku dok cari tudung kat sini tapi takde yang berkenan di hati sebab kebanyakkannya jenis tudung bidang kecil. Dia pula suka bidang yang besar, senang nak lilit-lilit.
Lunch di Sandy Beach Restaurant
Selepas check-out pada jam 3.00 petang, kami tinggalkan luggage kat reception area. Kemudian, aku bawa mereka lunch di Sandy Beach Restaurant yang terletak berhadapan dengan Royal Agate ni.
Best makan dengan tiupan angin laut. Tenang je rasa. Kami bertiga dok bantai spaghetti semua. Aku order spicy seafood medley, Umi order buttermilk chicken dan Shafaq order spicy seafood Thai. Memang sedap spaghetti kat sini. Next time, kalau datang Langkawi, maybe boleh try lagi.

Flight rescheduled balik ke KL
Flight balik ke KL kami direscheduled 2 kali dari jam 6.00 petang ke 7.15 malam. Takpelah sebab takde beza sangat pun. So, kami bertolak ke airport sekitar jam 4.30 petang. Takde buat apa pun. So, just melepek je la tengok phone.
Alhamdulillah, perjalanan balik smooth je. Sampai je KLIA2, kami terus pi dinner siap-siap at foodcourt sebelum balik ke rumah. Esok dah kerja woiii!

Penutup
Jadi, begitulah serba-sikit perkongsian aku untuk birthday trip 4H3M ke Langkawi sempena ulang tahun kelahiran bonda tercinta yang ke-68 tahun ni. Aku harap dia dan adik aku enjoy trip kali ni. Bajet takde sangat nak pi oversea. Langkawi je la kan. Hahaha. Doakan aku murah rezeki juga so that aku boleh bawa mak aku travel around the world. Gitu!
Aku juga doakan semoga Umi sentiasa dilindungi Allah, panjang umur, sihat walafiat, bahagia bersama suami, anak-anak dan menanti serta cucu-cucu yang tersayang.

Anyway, bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Mudah-mudahan dapat aku nak buat travel content lagi di masa hadapan.
Dan kepada korang di luar sana, terima kasih kerana sudi singgah dan meluangkan masa membaca blog aku. Semoga ada la sikit info yang bermanfaat kat sini kalau korang nak pergi ke Langkawi nanti. Jumpa lagi. Adios!
English summary:
Celebrate my mom’s birthday with a relaxing 4D3N trip to Langkawi! Stay at Royal Agate Beach Resort in Pantai Cenang, explore Kilim Geoforest Park and the breathtaking Langkawi SkyBridge, savor delicious curry at Halim GP Gulai Panas and enjoy a scenic breakfast at Nasi Dagang Pak Malau. Don’t miss the peaceful vibes at Pantai Tengah and Tanjung Rhu, plus a fun chocolate shopping spree before heading home.

Leave a Comment