Trip 4H3M ke Langkawi bersama Subscribers: Makanan Sedap, Shopping & Kilim Mangrove Tour
Pengenalan
Hello semua! Berjumpa lagi dalam update post kali ni tentang trip aku 4H3M di Langkawi istimewa bersama subscribers Youtube aku merangkumi aktiviti food hunting, shopping dan Kilim mangrove tour.

Tapi, sebelum tu apa kata korang support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.
Anyway, Wan dan isterinya, Nad, ialah antara subscribers Youtube aku yang kerap berinteraksi di social media. Mereka subscribed channel aku sekitar tahun 2021 iaitu semasa aku dan Sham pergi ke Langkawi pada musim PKP dulu. Kami dah few times lepak makan bersama. Actually dah lama diorang ajak aku travel, tapi masa tak mengizinkan. Alhamdulillah, kali ni perancangan menjadi kenyataan. Aku booked hotel dan flight hampir 2 bulan sebelum trip ni terjadi.
Bajet 4H3M ke Langkawi
Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, biar aku kongsikan bajet aku ke sana.
| Hotel • Sandy Beach Resort by Casa Loma Langkawi • Superior Double Room x 3 malam • Tanpa breakfast – Bilik untuk 2 orang • Termasuk cukai • Deposit tunai RM 50 (refundable) | RM 423.97 |
| Tiket Penerbangan • AirAsia: KUL – LGK (return) • Pilih seat, tanpa insurans & meal • Extra 7kg hand carry (RM 45) | RM 281.60 |
| Kilim Mangrove Tour • RMF Langkawi Adventure • Shared boat • Mangrove tour, eagle feeding, Gua Kelawar, Crocodile Cave, fish farm | RM 50.00 |
| • Makan, shopping & lain-lain | RM 800.00 |
| Jumlah perbelanjaan | RM 1,555.57 |
Ini tidak termasuk perbelanjaan sewa kereta dan minyak di mana Wan tak nak beritahu aku berapa jumlahnya. Kiranya dia dok belanja aku. Bukan ni je, ada juga meal dan tiket masuk ke Makam Mahsuri semua dia dok cover. Bila minta QR, tak nak juga ni. Naik segan pula aku. Mudah-mudahan murah rezeki mereka berdua.
Hotel 4H3M di Langkawi
Sandy Beach Resort by Casa Loma Langkawi – Superior Double Room
- Hotel ni terletak di Jalan Pantai Cenang dan ada direct access ke Pantai Cenang. Ini antara sebab kenapa aku memilih hotel ni. Kalau dah bercuti di tepi pantai, kena la duduk di hotel tepi pantai, kan?
- Harga biliknya sangat affordable. Bilik superior double room untuk 2 orang ni berharga RM 423.97 untuk 3 malam, tanpa breakfast. Kalau korang berkongsi dengan your travel partner, dalam RM 200 lebih je. Okay la kan?
- Aku stay di bilik 102A. Dari segi biliknya, boleh dikatakan selesa dan bersih. Tilam dan bantalnya empuk. Quilt pun selesa.
- Aircondnya okay tapi kadang-kadang ia kurang sejuk. Tapi most of the time sejuk je. Mungkin perlukan maintenance kot.
- Bilik airnya pula bersih. Hot shower berfungsi dengan baik.
- Pada hari ketiga, pagi tu hujan agak lebat dan ada sedikit leaking di bahagian siling di tepi aircond. Tapi takde la meleleh sampai ke lantai. Aku dah inform staf hotel tentang ni. Mana tau, kalau hujan lebat. Satu hal banjir pula lantai.
- Dari segi kemudahan di sekitar hotel, aku rasa mencukupi. Seterika disediakan di luar bilik. Mesin air Coway pun ada (tapi aku tak try, sama ada berfungsi atau tak).
- Terdapat kafe/restoran di kawasan hotel ni yang menyediakan pelbagai makanan tempatan, barat mahupun timur tengah. Shisha pun ada.
- Terletak di Jalan Cenang yang dipenuhi dengan kedai-kedai souvenir, restoran, massage centre dan banyak lagi. Pendek kata, kawasan ni memang meriah.
- Overall, aku rasa hotel ni okay kalau nak stay, sama ada travel secara solo, berdua ataupun dengan keluarga.












Itinerari 4H3M ke Langkawi
Itinerari 4H3M ke Langkawi ni dirancang sepenuhnya oleh Wan dan isterinya, Nad. Aku just follow je. Aktiviti di sini lebih kepada jalan-jalan cari makan. Selebinnya ialah shopping dan jalan-jalan sekitar Langkawi. Cuma ada 1 hari je kami pergi ke Kilim Mangrove Tour.
Di bawah ni aku listkan lokasi yang kami pergi mengikut hari:
| Hari pertama | • Restoran Selera Kampung, Jalan Padang Mat Sirat • Kompleks HiG, Kuah • Pasar Malam Ayer Hangat, Jalan Padang Gaong (buka hari Jumaat sahaja) • Dataran Tanjung Rhu, Jalan Tanjung Rhu |
| Hari kedua | • Kilim Mangrove Tour, Pantai Tanjung Rhu • Rams Duty Free Shopping Centre, Pekan Rabu • Idaman Suri, Kuah • Pantai Pasir Tengkorak, Jalan Datai • Pantai Kok, Jalan Telaga Tujuh • Halim GP Gulai Panas Airport, Jalan Lapangan Terbang • Dataran Lang, Kuah |
| Hari ketiga | • Nasi Dagang Pak Malau, Jalan Makam Mahsuri • Kota Mahsuri, Kampung Mawar • Taman Lagenda, Kuah • TS Duty Free Shop, Kuah • Teluk Baru Coastal Road (viewpoint) • Pantai Tengah, Jalan Teluk Baru • Rumah Makan Jebat, Kampung Padang Mat Sirat |
| Hari keempat | • Pantai Cenang, Jalan Pantai Cenang • Roti Canai Otai, Jalan Kedawang |
Okay, sekarang mari aku kongsikan pengalaman sepanjang berada di Langkawi ni selama 4H3M. Selamat membaca!
Hari pertama: Kuala Lumpur – Langkawi
Wan dan Nad jemput aku di rumah sekitar jam 6.45 pagi. Flight diorang lebih awal daripada flight aku dan mereka berlepas dari KLIA dengan menaiki MAS. Aku pula di KLIA2 dengan menaiki AirAsia. Ikutkan aku boleh je bertolak lewat sikit dari rumah tapi disebabkan aku tak boleh nak buat online check-in melalui apps dan desktop, maka aku terpaksa ke kaunter untuk buat benda ni. Ini disebabkan masa aku beli tu, aku tak edit lagi last name letak “bin”. So, bila aku dah edit nama aku kemudiannya dengan meletakkan bin, sistem gagal nak baca. Jadi, kenalah settlekan di kaunter. Alhamdulillah, bila staff kat kaunter tu buat lagi sekali guna apps tu, boleh pula check-in!
Baru tahu boleh naik ERL ke KLIA2!
Anyway, Wan park kereta di Putrajaya Sentral dan kami menaiki ERL ke airport. Aku baru tahu yang kita sebenarnya boleh naik ERL ke KLIA2! Hahahaha.. selama aku ingatkan setakat KLIA je. Dah lama ke weh??? Aku baru tahu. Tu yang selama ni aku naik Grab je dari rumah ke airport dan sebaliknya. Kalau aku tahu boleh, dah lama aku naik. Dah la murah. Putrajaya Sentral ke KLIA2, RM 8.50. Dari Putrajaya Sentral ke rumah aku Grab lebih kurang RM 10. Total tak sampai RM 20. Selalu aku naik Grab total hampir RM 50 termasuk tol. Membazir betul! Okay, next time aku ambil ERL je la. Jimat sikit.
Cuaca elok walaupun diramalkan hujan
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab cuaca elok dan tidak hujan. Risau dan sedih juga bila tengok ramalan cuaca yang tunjukkan sepanjang 4 hari aku di sana, cuaca diramalkan hujan. Aku cakap dengan Wan, kalau hujan kita lepak melangut kat hotel je la. Hehee… Tapi, ada la juga hujan turun semasa berada di sana di waktu pagi. Alhamdulillah, tengahari tu langit clear.
Beli seat lain, dapat seat lain
Aku macam blur sekejap bila tengok seat aku sebab seingat aku, aku cuma beli window seat, bukannya seat yang di sebelah pintu emergency! Dah la takde window, nasiblah flight sejam je. Takdelah bosan sangat. Dah tu, cabin crew dok mengadap aku plak. Mana lagi aku nak tengok. Tutup mata je la acah-acah tido. Tapi cc tu helok rupa kejadiannya. Namanya Sam, asal dari Philippines. Aku dok dengar je la passenger sebelah aku dok tanya dia.
By the way, Alhamdulillah. Aku selamat landing di Langkawi Airport. Wan dan Nad dah sampai dulu. So, mereka dah ambil kereta sewa dan tunggu aku kat luar airport. Sempat juga dia pi record video flight aku mendarat. Mereka dapat kereta sewa yang baru. Baru semalam ejen ambil katanya. Masih berbau kedai!



Lunch di Restoran Selera Kampung
Dari airport, kami terus ke sini untuk makan tengahari. Menariknya kat sini ialah kerana terdapat banyak lauk-pauk yang nampak menyelerakan. Macam-macam pilihan – dari ikan bakar, gulai, sambal dan ulam-ulaman.
Aku memang suka lauk-lauk kampung macam ni. So, aku ambil ikan keli bakar, paru-paru goreng, sambal dan ulaman. Terdapat satu ulam yang aku tak pernah nampak sebelum ni. Bila aku tanya pekerja kat situ, katanya “pucuk goret”. Aku tak sure aku eja dengan atau tak. Katanya pucuk tu lemak-lemak pahit tapi bila aku cuma, pahit je rasanya. Dah tu, batangnya berduri-duri pulak! Hahaha.. tapi aku habiskan je walaupun pahit seperti kisah cintaku dulu. Hahahaha.. Kalau korang tahu, cuba share nama ulam tu. Aku tak rasa namanya “goret”. Entah la.






Check-in di Sandy Beach Resort, Pantai Cenang
Selepas lunch, kami singgah dulu di Mr. DIY. Wan nak beli cable untuk phonenya dan aku pun dok mencari highlighter sebab yang aku guna tu dah abis ink. Tak boleh la nanti nak buat word search bila bosan-bosan menunggu kat airport nanti. Ni semua salah Shezz! Sebab dia ajar aku benda ni. Tapi best juga sebenarnya. Bagi otak ni berjalan sikit.
Anyway, Wan dan Nad hantar aku ke hotel. Diorang stay di Holiday Villa di Pantai Tengah sana. Aku memang suka stay di situ sebab kemudahan hotel tu banyak dan best. Paling aku suka swimming poolnya yang luas dan pantai yang bersih. Tapi, disebabkan trip kali ni kami akan banyak beraktiviti di luar, so better aku stay kat hotel yang biasa je. Last time, aku stay kat sana memang tak keluar langsung. So, worth it la bila dapat guna semua kemudahan yang ada. Lagipun, yang utamanya, aku tengah dalam bajet Senah! Hahaha.. Bercuti ikut kemampuan ya adik-adik, bukan nafsu!
Shopping coklat di Kompleks HiG
Selepas merehatkan diri seketika, kami ke Kompleks HiG ni untuk shopping coklat dan sebagainya. Mereka berdua lebih nak survey dulu harga pinggan mangkuk kat sini. Aku beli je terus coklat sebab malas nak fikir sangat. Kasi settle apa yang perlu. Umi aku kirim minyak gamat dengan bedak sejuk. Bila dah beli tu, kita selesai satu perkara.
Actually, harga coklat kat sini bagi aku paling murah berbanding dengan tempat lain. Contohnya coklat Daim 250gm tu masa aku pergi first day ni berharga RM 11.90 manakala tempat lain berharga RM 12.90 – RM 13.90. Beza juga la kan?
Aku tak beli apa sangat pun. Just some chocolates dengan fridge magnets bagi orang-orang terdekat.



Membeli makanan di Pasar Malam Ayer Hangat
Seusai membeli-belah di HiG, kami ke Pasar Malam Ayer Hangat yang terletak di Jalan Padang Gaong. Pasar malam ni hanya beroperasi pada hari Jumaat. Terdapat banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan. Korean tteobokki pun ada! Seketul Omaq terkagum-kagum. Pelancong asing pun ramai datang ke sini. Aku ternampak this one little girl anak mat saleh dok tak sabar nak bedal ayam percik. Risau je aku tengok, takut ayam percik yang besar tu tergolek kat jalan.
Oh! Dekat sini aku terjumpa sejenis buah nadir yang dipanggil “buah jentik”. Rupanya macam buah duku tapi saiznya lebih kecil. Rasanya pula exactly macam buah rambai cuma isinya berwarna oren. Yang menariknya ialah kulitnya sangat mudah terbuka. Jentik pun boleh. Sebab itu ia dinamakan buah jentik. Segugus tu harganya RM 10.
Kami beli beberapa jenis makanan kat sini. Aku just tapau keropok, beef kebab dan ayam goreng.



Lepak di Medan Niaga Tanjung Rhu
Destinasi berikutnya selesai membeli makanan di pasar malam ialah ke Dataran Tanjung Rhu. Asalnya nak lepak tengok sunset sambil makan tapi sayang sunsetnya tak berapa sangat. So, kami just lepak makan-makan dan borak-borak santai sambil aku record untuk content Youtube. Hahaha…
Kawasan ni actually ramai juga orang datang dan beraktiviti dengan keluarga. Tapi sayang sebab medan niaga kat sini semuanya tutup kecuali satu je kedai hujung yang kami pi beli air mineral tu. Tu pun lepas beli tu, dia pun tutup kedai juga. Maybe sebab ni hari Jumaat, hari cuti di Kedah. Tapi sayang la kan? Peluang untuk berniaga dah ada, cuma tak dimanfaatkan.






Dinner di Sandy Beach Restaurant
Ini ialah aktiviti terakhir kami pada hari pertama di Langkawi ni. Setelah tak sure nak dinner kat mana, aku ajak diorang lepak kat Pantai Cenang je.
Suasana malam di Jalan Pantai Cenang ni sangat meriah. Dengan pelbagai kedai yang ada, kadang-kadang rambang mata asyik rasa nak membeli je.
Kami dinner di Sandy Beach Restaurant. Diorang dok order pasta manakala aku order meatballs. Takde la lapar sangat tapi kalau tak makan, takut lewat malam nanti perut kelaparan. Sambil makan, kami dihidangkan dengan lagu-lagu yang menarik yang dipersembahkan oleh live band kat sini. Mata aku tertumpu kat adik kecil yang ligat menari. Dah besar ni boleh jadi Pak Maun ni! Hehehe.. And then, ada this one anak mat saleh yang nak nyanyi lagu Flowers by Mylie Cyrus. Tapi band tu tak tahu melody kot. So, dia dok nyanyi lagu yang viral apa entah tu tajuknya. Maaflah, acik tak tahu. Tapi seronoklah tengok budak-budak tu having fun.
Selesai makan, kami berjalan-jalan mengambil angin laut sambil melihat persembahan api. Layan juga sebelum masing-masing nak balik ke hotel. Tak stay lama pun sebab biasalah mata aku dah ke lantai. Hahaha…
So, that’s about it aktiviti hari pertama kami di Langkawi ni.









Hari kedua: Kilim Mangrove Tour, Duty Free & Makan Best!
ALHAMDULILLAHHHH!!! Pagi ni cuaca sangat baik. Aku bersyukur sangat. Maka, dapatlah kami untuk buat aktiviti mangrove tour pada hari kedua ni.
Pagi ni, aku lepak dulu di Pantai Cenang untuk menikmati udara segar di sini. Ramai yang dah beraktiviti dengan joging dan sebagainya.
Kemudian, aku berjalan kaki menyusuri Jalan Pantai Cenang ni untuk mencari kedai makan yang buka di pagi hari ni. Yang berdekatan dengan hotel ni takde. So, masa aku berjalan tu, aku tanya seorang kakak dengan baru nak buka kedainya. Dia suggest kat Bella Restaurant yang terletak tak jauh dari sini.



Sarapan pagi di Bella Restaurant
Restoran ni terletak kira-kira 300 meter je dari hotel aku. Less than 5 minutes walk. Di sini ada menjual roti canai dan nasi lemak. Awal juga ia buka berbanding dengan kedai makan lain.
So, menu breakfast aku pagi ni ialah roti canai dan nescafe tarik kurang manis. Mula-mula order sekeping je. Lepas tu, order lagi sekeping sebab sedap. Rasanya buttery, macam yang aku makan di Hamid Restaurant kat Hatyai tu. Kuah dan sambalnya pun sedap.



Kilim Mangrove Tour
Selepas breakfast, Wan ambil aku dan kami terus ke Tanjung Rhu untuk aktiviti mangrove tour. Tempat yang dituju ialah RMF Langkawi Adventure untuk membeli tiket. Last time, aku beli di sini juga masa pi Langkawi waktu PKP dengan Sham sekitar tahun 2020 dulu. Wan dan Nad pun menggunakan tour operator yang sama juga selepas dia tengok video aku yang dulu tu.Time tu la dia start subscribe channel aku. Hehe..
Aku sampai hampir jam 10.00 pagi dan tour pun dah nak bermula. Harga tiket ialah RM 50. Masa PKP dulu tiketnya RM 40. Kami ambil yang shared boat. Selepas bayar, kami terus berlari ke jeti. Pelancong asing punyalah ramai! Jauh beza masa aku pergi dengan Sham dulu masa PKP. Hehehe…
Alhamdulillah, walaupun kami naik shared boat, tapi cuma ada kami bertiga je dengan 3 orang pelancong muda dari India. So, 6 orang satu bot. Kalau chartered pun harganya RM 250 per boat. Anggap je la chartered. Guide kami pula bernama Abang Mat.
Tour hampir 3 jam ni merangkumi lawatan ke kawasan bakau, eagle feeding, masuk ke Crocodile Cave (kalau air tak pasang), Gua Kelawar, Kilim Geoforest Park signage dan singgah di fish farm. Alhamdulillah, cuaca yang baik mengizinkan kami untuk buat semuanya. Dan rezeki juga dapat melihat lotong di hutan paya bakau tu. Kebanyakkan yang ada kera je. Sayang pula rasa tak bawa kamera DSLR aku. Dah la masa eagle feeding tu nampak seekor helang putih yang besar.
Abang Mat pun sangat peramah dan bertimbang rasa. Masa nak balik tu, dia dok bawa kami singgah ke bot nelayan yang sedang menaikkan jaring, minta mereka tunjukkan hasil tangkapan. Boleh la juga aku masukkan dalam content video nanti.












Lunch Nasi Goreng Tanjung Rhu
Kami singgah lunch di sini di Restoran Seafood Anis Tanjung Rhu. Sebelah RMF Adventure Langkawi ni je. Teringat kenangan masa lunch kat sini dengan Barak, Jay dan Fariha semasa trip kami ke Langkawi pada 2022 dulu. Kami ke sini untuk melihat Pantai Tanjung Rhu je. Tak sempat nak pi mangrove tour pun.
Aku dok order the same thing – Nasi Goreng Tanjung Rhu dengan air kelapa. Panas gilerrr weh time ni. Sapu tangan aku naik lencun! Kedai makan ni dah boleh kot consider nak letakkan kipas untuk keselesaan pelanggan mereka. Sementara menunggu makanan sampai, au dok ajak diorang buat word search. Hahaha…
Next destination, kawasan berair-cond pula!



Rams Duty Free Shopping Centre
Kami singgah di sini sebab Wan dan Nad nak survey lagi pinggan mangkuk dan periuk mereka. Aku memang setakat melihat je la. Dah lama tutup buku nak membeli periuk, pinggan mangkuk bagai. Rumahnya sekangkang kera je. Dah takde space nak letak.
Terdapat pelbagai jenis produk yang dijual di sini. Dari coklat, pinggan mangkuk, periuk belanga, pisau sehinggalah ke set comforter dan sebagainya. Tapi bagi aku design alas tidurnya bukanlah taste yang aku suka. Aku lebih suka simple dan modern design. Sini kebanyakkan dengan design yang sarat dengan floral dan bersulam yang boleh menyebabkan aku sesak nafas kalau tidur di atasnya! Hahaha…
Anway, yang menarik perhatian aku kat sini ialah periuk berjenama Vision. Aku ada 3 set periuk kaca ni. Beli di Rantau Panjang, Kelantan sekitar 20 tahun dahulu. Somewhere in 2005 kot. The same product, cuma dulu masa aku beli seingat aku dalam RM 200 lebih. La ni dah mencecah RM 419! Tapi periuk kaca ni memang tahan lama. Dari freezer, ko masuk dalam microwave atau panaskan atas stove, tiada masalah dan tak pecah. Kira memang berbaloi gila rasanya beli periuk ni.



Idaman Suri, Kuah
Kemudian kami singgah di sini pula. Barang jualanya pun lebih kurang. Cokat, pinggan mangkuk, periuk belanga dan sebagainya. Harga pun lebih kurang je dengan yang sebelum ni.
Aku suka tengok dulang atau pinggan besar yang bermotifkan gaya Morocco berwarna biru tu. Tapi setakat suka tengok je la. Kabinet kau dah penuh, Omaq!!!
Selepas berada di Idaman Suri ni, kami pulang ke hotel masing-masing untuk mandi dan solat jamak. Badan dah melekit-lekit tak selesa.
Kemudian tu, sekitar jam 6.00 petang, baru kami keluar semula untuk pergi ke Pantai Pasir Tengkorak.



Sunset di Pantai Pasir Tengkorak
Pantai Pasir Tengkorak ni merupakan satu-satunya lokasi yang aku request kat Wan untuk dilawati. Sebab aku pernah diberitahu dan read somewhere yang orang tempatan kata pantai ni ialah pantai paling cantik di Langkawi. So, aku curious nak tahu bagaimanakah rupanya.
Lokasi pantai ni agak terceruk sedikit dan katanya berhampiran dengan resort paling eksklusif di Langkawi iaitu The Datai.
Untuk pergi ke pantainya, kita perlu berjalan sikit di laluan berpokok dari tempat letak kereta. Dekat jer. Nak laluan hiking di Hutan Rekreasi Pasir Tengkorak pun ada juga. Pantainya berbentuk seperti teluk kecil dan pemandangan memang cantik. Pasirnya sangat halus dan persekitarannya bersih. Di kanan dan kiri pantai terdapat formasi batuan yang menambahkan keindahan pantai ni.
Terdapat banyak kera dan lotong di sini dan masa kami datang, ada sebatang pokok yang aku tak sure namanya dipenuhi dengan lotong yang dok ralit makan buah-buahannya.
Ramai yang datang ke sini untuk melihat sunset. Yang nak mandi laut pun ada. In fact, di sebelah kawasan parking terdapat tandas awam yang turut menyediakan bilik mandi.






Singgah di Pantai Kok
Sebelum pergi dinner, Wan bawa kami singgah di Pantai Kok pula yang terletak berhampiran dengan The Danna. Tapi bagi aku pantai di sini biasa saja walaupun di hadapanya terdapat 2 pulau kecil. Pasirnya agak kasar juga.
Kami tak spend masa yang lama kat sini. Just quick stop je sebab next nak pergi dinner pula.



Dinner kari mantap di Halim GP Gulai Panas
Restoran ni memang ada dalam list JJCM Wan. Aku main ikut je. Restoran ni terletak berhampiran dengan roundabout airport Langkawi tu.
Menu diorang cuma ada 2 je – masak gulai (kari) dan goreng. Ada pelbagai jenis ikan yang korang boleh pilih seperti jenahak, merah, bawal emas dan macam-macam lagi termasuk sotong dan udang. So, bila dah pilih jenis ikan tu, korang decide la nak masak apa, dibuat gulai atau goreng dengan garam kunyit. Hidangan sampingan yang disediakan ialah sambal belacan, sambal budu dan ulaman.
Menunya nampak simple je tapi memang sedap gila gulainya atau dalam bahasa aku masak kari. Sedap ya kuah kari diorang. Exactly macam Umi aku selalu masak. Ia jenis kuah kari yang sedikit cair dan masam tapi rasa rempah karinya sangat power. Sampai dah mandi, basuh tangan keesokan harinya pun masih berbau lagi!
Aku sampai hirup la kuahnya yang semangkuk tu. Sebab kalau Umi aku masak kari, memang aku akan ambil semangkuk dok hirup kuah yang panas-panas tu. Memang puas hati.
Oh, lupa! Aku pilih ekor ikan gerut untuk dimasak gulai dan sekeping isi ikan repuh untuk digoreng manakala Wan dan Nad memilih ikan bawal emas untuk dibuat gulai dan goreng serta sotong goreng tepung. Anyway, first time aku dengar nama ikan gerut dan repuh tu dan sedap isi keduanya. Rasanya pun segar dan tak hanyir. Dimakan pula dengan ulam cekur dan sambal belacan, Omaq is in heaven!!!! Hahaha…
Overall, memang aku puas hati makan kat sini. Thanks so much Wan dan Nad. Kami memang betul-betul kekenyangan sampai stay sekejap dalam kereta sebelum ke last destination untuk hari ni.






Penutup hari kedua di Dataran Lang
Ini merupakan kali ketiga aku ke landmark Langkawi ni. Cumanya dua kali tu aku pergi waktu siang dan kali kami pergi waktu malam. Cantik kawasan dataran ni pada waktu laman dihiasi dengan lampu-lampu.
Kami ke sini hampir jam 10.00 malam. So, takde la sesak sangat kawasan ni. Nak ambil gambar pun selesa. So, kami menghabiskan masa beberapa minit di sini ambil gambar sebelum pulang ke hotel.
Lunyai rasa badan walaupun bukan aku yang drive. Hahaha… biasalah aku ni jenis lepas isyak tu dah tidur. Kalau nak stay up ni dah jarang-jarang. Balik sampai hotel memang aku terbungkang dulu. Sudahnya jamak maghrib dan isyak dan 4.00 pagi! Tu pun nasib baik terjaga.
Jadi, itulah dia aktiviti pada hari kedua kami di Langkawi.



Hari ketiga: Nasi Dagang, Kota Mahsuri & Taman Lagenda Yang Sendu!
Pada hari ketiga ni hujan turun agak lebat ketika waktu subuh dan Alhamdulillah berhenti pada waktu pagi. Maka dapatlah kami pergi bersarapan pagi di salah satu kedai makan yang ada dalam list Wan dan Nad iaitu Nasi Dagang Pak Malau.
Sarapan pagi di Nasi Dagang Pak Malau
Kedai makan Nasi Dagang Pak Malau ni terletak di Kampung Makam Mahsuri dan kalau tak silap kedai ni pernah viral dulu. Makanan yang dijual di sini semestinyalah nasi dagang dan kuih-muih.
Alhamdulillah masa kami sampai ni masih ada dangau yang kosong, betul-betul terletak di belakang sekali. So, dapatlah tengok pemandangan sawah padi dan gunung. View kat sini memang bonus la untuk kedai makan ni selain daripada makanan yang sedap tu. Bagi aku, nasi dagang ni sedap juga dan kena dengan selera aku. Gulai daging yang aku ambil tu memang sedap. Kuih-muihnya pun sedap juga. Kopi ais pula memang mantap. Jadi, memang puas hatilah makan kat sini. Makanan sedap, view pun cantik.
Selain tu, persembahan muzik tradisional Melayu turut dimainkan secara live oleh band di sini. Menambahkan lagi keasyikan ketika menjamu selera. Ownernya, Pak Malau tu pun sangat friendly. Penampilannya yang lengkap berbusana Melayu memang menarik. Cara bercakap pun lemah-lembut dan sopan dengan bahasa Melayunya pun tersusun rapi.
Selesai makan, kami mengambil peluang untuk bergambar di kawasan padi ni. Kalau ada titi menyeberangi saliran tu, mungkin kami dah bergambar kat tengah-tengah padi tu. Tapi tu la, pinggang baru nak baik, aku tak berani nak melompat sangat.









Menziarahi Makam Mahsuri
Selepas breakfast di Nasi Dagang Pak Malau, kami meneruskan perjalanan ke Kota Mahsuri yang menempatkan Makam Mahsuri. Ni kali kedua aku ke sini. Seingat aku, last time masa aku pergi tu, batu nisannya berwarna putih. Sekarang ni dah ditukar ke batu lain.
Di sekitar Kota Mahsuri ni terdapat replika telaga Mahsuri, rumah-rumah tradisional Melayu, ada persembahan muzik tradisional dan kedai-kedai menjual makanan dan cenderahati.
Aku sebenarnya kagum dengan senibina tradisional rumah Melayu sebab ia direkabentuk bersesuaian dengan cuaca dan persekitaran. Ukiran-ukiran yang unik menambahkan lagi keindahan rumah-rumah tradisional ni.
Lokasi seterusnya, Taman Lagenda Langkawi.






Taman Lagenda yang sendu!
Aku tak pernah tahu kewujudan taman rekreasi ni sehinggalah Wan ajak pergi ke sini. Rupanya taman ni dah lama dibuka sejak 1996! Tapi sayang, keadaannya sangat menyedihkan! Maintenance di sini macam tak wujud. Dengan huruf pada signage yang dah tertanggal, rumput yang tinggi dan pelbagai kecacatan yang ada, keadaannya bagi aku sangat memalukan sebab actually taman rekreasi ni masih dikunjungi oleh pengunjung luar negara. Masa kat sini, aku beberapa kali terserempak dengan mereka.
Sebenarnya, taman ni mempunyai potensi dan daya tarikan. Tapi tu la. Aku hairan kenapa ia tak dijaga dengan baik. Sayang la sebab view deretan pokok-pokok kat sini sangat cantik selain daripada banyak burung-burung seperti enggang yang berada di pohon-pohon kat sini.
Bagi aku kan, Malaysia ni memang hebat bab buat-buat mercu tanda bagai, tapi bila bab maintenance semuanya ke laut! Betul tak? Aku harap nanti ada la inisiatif daripada pihak berkuasa tempatan untuk menjaga taman ni supaya molek sikit rupanya. Buat malu je kat orang luar. Huh!






Sambung shopping kat TS Duty Free Shop
Sebelum balik ke hotel, kami singgah di sini dulu untuk ushar coklat dan lain-lain. Aku just beli beberapa tin gula-gula yang bagi aku agak menarik juga bungkusannya. Boleh la nak bagi kawan-kawan rapat.
Harga coklat kat sini pula bagi aku sama je dengan tempat-tempat lain. Aku rasa harganya standard la kot kat Langkawi ni. Kalau murah sikit pun pada aku maybe HiG tu.



Viewpoint di Teluk Baru Coastal Road
On the way balik ke hotel, kami singgah kat sini sat. Just a quick stop je untuk ambil gambar dari viewpoint kat sini.



Body massage di Best Fingers Spa
Sampai di hotel, selepas rehat dan solat jamak, aku sambung keluar semula di sekitar Jalan Cenang untuk membeli beberapa barangan dan nak pergi urut badan. Ada satu pusat urut yang terletak berhampiran hotel. Urutan badan yang kuat berharga RM95 sejam. Murah sikitttttt je berbanding Cyberjaya. But, okaylah mamat tu pandai urut dan dia tekan pada belakang badan dan kaki aku yang lenguh tu. Lega la juga.
Sementara menunggu Wan sampai untuk ambil aku keluar ke tempat lain, aku melepak di lobi hotel sebab internet di sini lebih laju berbanding kat bilik. Settle upload semua video kejadian kat IG Story! Hahaha…
Plan nak dinner di Warung Upih
Mengikut plan asal, Wan nak ajak kami dinner di Warung Upih yang terletak di Pantai Tengah. Boleh la dinner sambil melihat sunset. Tapi malangnya masa kami pergi ke sini, kedai makan ni tutup untuk memberi laluan kepada company dinner. Jadi, terpaksalah kami menukar lokasi.
Tapi sebelum tu, sempat juga la aku merakamkan pemandangan menjelang sunset yang cantik di Pantai Tengah ni. Personally, aku rasa Pantai Tengah ni antara pantai yang paling cantik di Langkawi. Bersih, airnya pun jernih. Masa aku kat sini, ombak boleh tahan besar dan membolehkan pengunjung untuk main surf board. Yang dok mandi laut pun ramai.
Next time la kalau nak mandi laut pun. Sekarang takde mood nak berlekit-lekit dengan air laut. Hehe…






Dinner di Rumah Makan Jebat
Wan bawa kami ke sini untuk dinner. Restorannya nampak macam eksklusif. Ada tempat makan outdoor bersebelahan dengan paya bakau yang dihias cantik dengan lampu-lampu. View memang cantik, tapi nyamuk boleh tahan juga. Mujurlah aku tak kena gigit sangat.
Dan makanan kat sini pula boleh tahan sedap. Aku order kuey teow goreng dengan tomyam daging. Portionnya banyak pula. Siap dengan drumstick ayam goreng rempah. Tu pun aku tak habis dan beri ke Nad. Wan pula order fish and chips manakala Nad order set ikan siakap masak sweet sour. Minuman teh aisnya pun sedap juga.
Apapun, aku harap owner restoran ni boleh letakkan kipas untuk keselesaan pelanggan selain daripada untuk menghalau nyamuk-nyamuk yang ada tu. Dari segi view dan suasana restoran memang cantik dan sesuailah kalau nak berOOTD. Harganya pula, standard je bagi aku.
Selesai makan, kami terus balik ke hotel. Aku mengambil kesempatan last night kat Jalan Pantai Cenang ni untuk buat last minute shopping. Cari la apa yang patut untuk umi aku dan diri sendiri juga. Luggage aku dah beli extra hand carry 7kg berharga RM 45. Harap-harap cukup lah!









Hari keempat: Roti Canai Otai & Balik ke KL
Last day in Langkawi!!! Ahhhhh.. cepatnya masa berlalu. Rasa tak puas nak bercuti lama-lama. Tapi nak buat camner. Kerja itu perlu. Kalau tak, mana datang duit nak bayar bil dan pi travel lagi kan? Cita-cita aku untuk jadi fulltime Youtuber masih jauh lagi. Cepat yang belum subscribe tu, silalah subscribe! Hehehe…
Sarapan pagi di Roti Canai Otai
Anyway, Alhamdulillah cuaca pagi ni elok. So, sebelum bertolak ke airport, Wan dan Nad bawa aku breakfast di Roti Canai Otai. Actually, kedai makan ni beroperasi di rumah je. Kat Langkawi la ni hari bekerja, so masa kami pergi pagi ni dah tak ramai orang. Cuma seorang dua je.
Menu istimewa kat sini ialah roti sarang burung, sama ada biasa atau berlauk. Kami bertiga pilih yang berlauk. Lauk yang diletakkan di atasnya ialah lauk daging masak hitam. Memang sedap. Rotinya pun lembut dan buttery. Aku rasa Barak pun mesti suka roti ni sebab dia selalu juga order roti sarang burung time breakfast.
Selain daripada roti sarang burung, nasi lemak pun dijual kat sini.






Flight delayed balik ke KL
Sampai di airport, hari sudah mula hujan. Dan ada beberapa flight yang terpaksa berpusing dulu sebelum boleh mendarat sebab cuaca tak berapa elok.
Flight Wan dan Nad pada keesokan harinya. So, mereka ada sehari lagi untuk berjimba di Langkawi.
Alhamdulillah, aku boleh check-in online. Tapi yang aku rasa sakit hati sikit sebab macam membazir je beli extra hand carry. Sudahnya staf situ tak check pun. Aku macam tanya nak timbang tak, dia suruh jalan je. Hahaha.. membazir RM 45! Tapi kalau tak beli siap-siap, beli kat kaunter lagi mahal gila. Ibarat ditelan mati bapak, diluah mati emak. Sudahnya.. kau kemam kemam je la..
Oh, yang kelakarnya, masa nak beratur masuk ke gate departure hall tu, aku macam blur. Aku dok follow those Indians yang pergi ke Bengaluru. Ramai ya mereka, yang jenis duduk bersebelahan tapi cakap kemain kuat. Dalam hati aku, ah sudah… meriah la dalam flight sat lagi. Tengah leka-leka tengok phone, sekali Wan tepuk belakang aku, bagitau aku salah lane. Tu international depature, yang domestic kat sebelah tu kosong je. Nad sambil record kebodohan aku tu, dok gelak-gelak lagi. Hampeh! Hahaha..
Penutup
Apapun, aku nak ucapkan terima kasih kepada Wan dan Nad sebab merealisasikan trip ke Langkawi ni. Thanks sebab support channel aku dan thanks juga sebab diorang belanja aku. Sewa kereta la, dinner la. Aku doakan mudah-mudahan Allah lipat gandakan rezeki mereka. Insyallah, ada rezeki nanti boleh la plan another trip pula.
Dan thanks juga kepada korang yang sudi membaca. Semoga perkongsian aku ni serba sedikit dapat membantu korang yang nak ke Langkawi.
Bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Mudah-mudahan dapat aku nak buat travel content lagi di masa hadapan.
Till then, jumpa di post travel akan datang. Di mana? Tunggulah aku dan Barak bersiaran di mana nanti. Hehehe. Jumpa lagi!



English summary:
Langkawi is a tropical paradise with the lively Pantai Cenang, packed with beach activities, souvenir shops and trendy cafes. Beyond relaxing by the ocean, you can indulge in authentic masakan kampung (traditional Malay dishes) that are rich in flavor yet budget-friendly. A must-do in Langkawi is shopping for cheap chocolates—a favorite among tourists—and staying at affordable hotels near Pantai Cenang for a comfortable yet wallet-friendly vacation. Langkawi truly offers the perfect mix—beautiful beaches, traditional food, shopping, and budget stays.

Leave a Comment