Sharing is caring

Pengenalan

Aku excited gila untuk cuti-cuti Langkawi 3H2M kali ni which is aku consider as a first trip in 2020! Kira birthday trip untuk diri sendiri. Walaupun sedikit risau dengan kenaikan kes Covid sejak kebelakangan ni, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Yang penting ikut semua SOP, selebihnya aku dengan Sham tawakkal je lah. Menariknya bila travel time Covid ni ialah tak ramai pelancong dan tak bersesak-sesak. Tenang…

Tapi, sebelum tu. Silalah support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.

Berjaya Langkawi Resort

Untuk cuti-cuti di Langkawi 3H2M kali ni, aku booked di Berjaya Langkawi Resort. Harga yang ditawarkan oleh AirAsia Snap sangat berpatutan untuk Rainforest Chalet termasuk breakfast selama 2 malam untuk 2 orang. Lagipun, aku dah lama juga teringin nak stay di sini. Kalau waktu biasa agak mahal. So, masa PKP ni dia bagi diskaun betul-betul. Kira rezeki juga la kan?


Pantai Tanjung Rhu & Mangrove Tour

Hari ke-2 cuti-cuti di Langkawi 3H2M semasa PKP. Aktiviti hari ni ialah Mangrove Tour di Kilim Geoforest Park. Aku mengambil pakej ni dari RMF Langkawi Adventure. RM40 seorang dengan shared boat. Tour selama 3 jam. Kalau korang berminat boleh hubungi: RMF Langkawi Adventure (Pantai Tanjung Rhu) Fatimah (+60 17-413 6178) Video tour ni aku akan upload dalam separate video sebab kalau aku upload semuanya dalam satu video, panjang berjela. Ada mangrove tour, melawat Gua Kelawar dan fish farm. Anyway, thanks for watching.


English summary:

Experience a peaceful 3D2N getaway to Langkawi during Malaysia’s PKP period, with a scenic stay at Berjaya Langkawi Resort. This blog highlights a relaxing island escape featuring a Kilim Geoforest Park tour, tranquil moments at Tanjung Rhu Beach and a touch of tropical adventure. Perfect for local travelers seeking safe, budget-friendly vacations with nature, beaches and unique eco-tours. A must-read for your Langkawi travel inspiration!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.