Sharing is caring

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Kita berjumpa lagi dalam post kali ni. So, this time aku nak share dengan korang lagi satu trip main redah aku pada hujung minggu iaitu solo trip 3H2M ke Melaka.

Tapi, sebelum tu apa kata korang  support channel aku dengan subscribe, like dan share video-video yang ada di situ. Semoga bermanfaat dan tercapai juga hasrat aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti.

Trip ni memang last minit sebab aku memang tak plan. Barak pula tengah busy kejar dateline. Alkisahnya, selepas buat 10 km briskwalk keliling Tasik Putrajaya dan siap breakfast pekena lontong kering kat Medan Selera Presint 9, sampai ke rumah, aku rasa aku macam kena keluar juga. In fact aku dah apply cuti hari Isnin tu dengan alasan nak balik JB. Tapi sudahnya melencong ke tempat lain. Nak staycation kat KL macam dah bosan pula walaupun ada lagi aktiviti dalam wishlist aku tak buat lagi iaitu nak pi buat batik painting kat Central Market. 

Sudahnya, bila aku scroll Youtube, ternampak video this one Korean bercuti kat Melaka. So, dengan pantas sel-sel kepala hotak aku decide untuk ke sana! Hahaha. First, aku booked tiket bas dulu ke Melaka Sentral. Naik di TBS sebab takde bas dari Putrajaya Sentral. Dapat la bas jam 3.30 petang. Hotel pula aku main book je masa dalam Grab on the way ke Stesen ERL Putrajaya. Aku memang malas gila nak drive.

So, begitulah ceritanya. Okay, sekarang jom aku ceritakan pasal solo trip 3H2M ke Melaka ni dari segi bajet dan lain-lain. Aktiviti pun free and easy je sebab aku takde study apa pun. Yang aku tahu, nak jalan-jalan cari makan je.

Bajet 3H2M ke Melaka

Penginapan untuk solo trip 3H2M ke Melaka kali ni aku booked melalui Trip.com manakala bas pula aku booked di busonlineticket.com.

Okay, sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, biar aku kongsikan bajet aku ke sana.

Tiket bas
TBS – Melaka Sentral (return)
• Termasuk fast boarding (depart QR fee)
RM 34.50
Hotel
Heeren Street Boutique Hotel
• Superior Room x 2 malam
• Tanpa breakfast
• Termasuk cukai
RM 218.81
Jumlah perbelanjaanRM 253.31

Most of the time, aku jalan kaki je di sekitar Bandar Hilir ni. Cuma untuk ke Melaka Sentral dan lain-lain, aku just naik Grab. Harga makanan aku kat some of the restaurants kat sini aku share dalam blue box. Maybe berguna sebagai rujukan korang.

Hotel 3H2M di Melaka

Heeren Street Boutique Hotel – Superior Room

  • Hotel ini terletak di deretan rumah kedai lama. Lokasinya terbaik – berdekatan dengan Jonker Street, Dutch Square, Sungai Melaka dan lain-lain. Pendek kata, boleh jalan kaki je untuk pergi ke tourist spots.
  • Di sekitarnya terdapat beberapa masjid dan restoran makanan halal.
  • Biliknya bersih dan selesa. Aircond dan water heater berfungsi baik.
  • Untuk masuk ke hotel dan bilik, perlu menggunakan access card. Wifi juga disediakan.
  • Filtered water dan iron terdapat di ground floor.
  • TV, mini fridge, sachet tea atau coffee tidak disediakan.
  • Kesimpulannya, kalau korang nak mencari hotel yang selesa, harga yang berpatutan dan lokasi yang baik, boleh cuba stay di hotel ni.

Itinerari 3H2M ke Melaka

Basically, itinerari aku kat Melaka ni free and easy je. In fact, aku dah beberapa kali ke Melaka sebelum ni. Cuma this time aku nak spend masa sendiri untuk explore dan buat content. Lagipun dah agak lama aku tak ke sini. Nampak kawasan riverside tu dah semakin cantik, rasa teruja pula nak pergi.

Okay, jom ikut aku ke Melaka! 

Hari pertama: Cyberjaya – Melaka

Aku bertolak dari Cyberjaya ke Putrajaya Sentral sekitar jam 1.15 tengahari. Dalam Grab, sempat lagi aku book hotel. Dari Putrajaya Sentral, aku naik ERL ke TBS. Kalau tak silap, ini kira first time juga aku naik bas dari TBS ni. Dan memandangkan masa aku beli tiket bas tu, aku dah purchase sekali dengan QR boarding pass, so mudah la sikit. Boleh terus pergi ke gate je.

Perjalanan lebih kurang 2 jam lebih. Alhamdulillah, aku selamat sampai di Melaka Sentral lebih kurang jam 5.30 petang. Sampai-sampai je aku macam blur ayam sebab tak sure kat mana tempat nak tunggu Grab. First time kan kat sini. And then, aku terus call Grab driver beritahu lokasi aku tunggu, sebab aku tengok kat Grab map macam lain sikit. Sebab aku tunggu di bahagian belakang sebenarnya. Mujurlah Grab driver tu tahu. Kena pula, orangnya peramah. Kemain seronok dia bercerita pasal family dia semua sebab anak dia duduk kat Cyberjaya juga. 

Check-in hotel & minum kopi tepi sungai

Aku check-in agak lewat sekitar jam 6.00 petang. Lega gila bila dah sampai bilik. Selepas rehat sekejap dan mandi, aku terus keluar semula. First stop, cari tempat minum. Tekak teringin nak minum sesuatu yang manis. Tak pergi jauh, just few meters je dari hotel iaitu di Heeren House Cafeteria. Memandangkan diorang ada buka meja di tepi sungai, jadi feel la juga kan nak minum kopi kat riverside ni. Aku just order caramel macchiato. Makan later la sebab masih kenyang lagi sebab tadi dok bantai karipap yang aku tapau di Medan Selera Presint 9.

Selesai minum, aku mula berjalan di sekitar Jonker Street dan Riverside ni.

  • Caramel macchiato (cold): RM 16.50
  • Pemandangan cantik di Melaka Riverside Walk

    Ini antara salah satu sebab kenapa aku nak datang ke Melaka. Bila tengok gambar kat sosial media, pemandangan Melaka Riverside ni, aku memang teruja nak ke sini. Seingat aku, masa aku pergi dulu takde lagi kot. Sekarang ni, bila di sepanjang Sungai Melaka ni dipasang dengan lampu yang berwarna-warni, ditambah pula dengan bangunan lama yang dicat dengan pelbagai warna, pemandangannya memang sangat cantik terutamanya pada waktu malam. Vibenya memang macam kat oversea terutamanya di kawasan café yang terletak di tepi sungai tu. Aku memang salute kat pihak yang bertanggungjawab yang bagi idea untuk ubah pemandangan tepi sungai kat sini.

    Kebanyakan café terutamanya di sepanjang sungai opposite Bandar Hilir tu menghidangkan minuman keras tapi on the other side tu terdapat beberapa restoran makanan halal.

    Aku menghabiskan masa menyusuri riverside walk ni, menikmati pemandangan senja sehingga sampai ke Jambatan Chan Koon Cheng sebelum berpatah balik ke Dutch Square.

    Beca berhias lampu di Dutch Square

    Siang atau malam, suasana di sini sentiasa sesak dengan pelancong dari pelbagai negara. Dan yang paling menarik perhatian di sini ialah kumpulan beca berhias dengan lampu yang berwarna-warni diiringi dengan muzik yang kuat. Macam-macam rupa bentuknya. Aku tak sure berapa package yang ditawarkan tapi yang pasti ramai pelancong luar dan dalam negara yang dok naik beca-beca ni. Kalau tak naik pun, depa dok bergambar je. Tak sure la ada bayaran atau tak. Dah puas ambil gambar dan video kat sini, aku bergerak pula ke Jonker Walk. 

    Jalan-jalan di Jonker Walk

    Aku takde plan nak beli atau makan apa pun kat Jonker Walk ni. Just jalan-jalan je dan merakam suasana. Kebanyakan para peniaga di sini terdiri daripada kaum Cina yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman, souvenirs serta produk-produk yang menarik. Souvenirs kat sini banyak yang comel-comel. Poskad pun banyak tapi aku takde la nak membelinya. Dah berlambak poskad aku beli dulu.

    Dinner di Café Tujoh

    Aku terjumpa Café Tujoh ni masa merayap di sepanjang sungai nak mencari lokasi restoran makanan halal. Restoran ni terletak berhampiran dengan Aurelia Café Pizza yang viral tu. Aku pilih seat di bahagian bawah di tepi sungai. Baru la feel sikit nak makan. Nasib baik takde bau busuk air sungai tu.

    Untuk dinner aku just order mee goreng dengan honey lemonade (rasanya kot, tak ingat). Sedap juga mee goreng dia tapi tak berapa nak pedas walaupun aku minta pedas gila. Ada 3 ketul udang besar kat atas mee goreng tu. Seronok juga dinner kat sini. Makan sambil layan pemandangan tepi sungai. 

  • Mee goreng udang (1), honey lemonade (1): RM 30.60
  • Habis je makan, aku terus balik ke bilik. Malas nak merayap. Esok je la sambung buat content. Niat di hati sebenarnya nak edit video untuk first day ni. Tapi bila dan landing atas katil, kena pula aircondnya sejuk, terus pengsan! So, that’s it aktiviti hari pertama aku di Melaka ni.

    Hari kedua: Jalan-jalan Bandar Melaka

    Trip 3H2M ke Melaka pada hari kedua ni dimulakan seawal jam 7.00 pagi dengan aktiviti pertama iaitu morning walk! Gigih tak aku? Hahaha. Dari hotel, aku berjalan menyusuri sungai ke arah “I Love Sungai Melaka” signage sehingga sampai ke Jambatan Jalan Kota Laksamana menuju ke Kompleks ICQ Melaka. Ingat boleh terus ikut sidewalk kat situ tapi abang Rela yang jaga kat situ bagitau laluan kat situ ditutup. Maka, terpaksalah aku berpatah balik mengikut laluan tadi. 

    Best berjalan ketika waktu pagi kat sini. Selain redup, orang pun tak ramai lagi. So, takde lah sesak sepanjang jalan. Tapikan group pelancong dari China, awal-awal lagi dah tercongok kat Dutch Square ni. Bijak juga sebab tak ramai orang. Senang nak bergambar. 

    Dari sini aku berjalan sehingga ke Kubu Pertahanan Victoria (Bastion Victoria) yang terletak di hadapan St. Francis Xavier Church. And then, aku lalu di bawah Jambatan Chan Koon Cheng dan berjalan lagi sehinggalah terjumpa sebuah restoran dengan façade yang menarik iaitu Restoran Baba Kaya.

    Breakfast di Baba Kaya Cafe

    Cafe ni terletak di tepi Sungai Melaka. Menurut staff Melayunya (aku lupa nama bro tu), cafe ni beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang. Ada pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual di sini seperti Nyonya curry laksa, nasi lemak, roti bakar dan lain-lain.

    Untuk breakast, aku try nasi lemak twin tower kosong dan iced local Nanyang coffee. Nasi lemak twin tower kosong ni merupakan nasi lemak yang dihidangkan dalam bentuk 2 “tower” yang comel, satu tu abit kebiruan dan satu lagi berwarna-warni ala-ala nasi hujan panas. Ia dihidangkan bersama sambal, telur rebus, acar dan papadom. Not bad juga la rasanya. Air kopi aisnya pun kaw. Banyak juga hidangan lain yang menarik tapi perut aku tak muat nak sumbat semua di pagi hari.

    Ramai juga pelancong yang singgah makan di sini. Dia ada juga adegan mengambil makanan melalui bakul yang dihantar dari tingkat atas cafe. Kalau korang generasi aku, adegannya macam dalam sitcom Santan Berlada tahun 80-an dulu.

    Selesai breakfast, aku sambung semua morning walk tanpa arah tujuan. Nanti terbakar la sikit kalori breakfast pagi ni. Hahaha…

  • Nasi lemak twin tower kosong (1), iced local Nanyang coffee (1): RM 15.00
  • Sambung morning walk ke Kampung Morten

    Dari Restoran Baba Kaya ni, aku sambung morning walk dengan menyusuri laluan di tepi Sungai Melaka. Sedar tak sedar, sampai ke Kampung Morten yang telah di pusat bandar Melaka. Dengan cuaca dah panas terik, memang mencari bala betul! Hahahaha… Tapi takpe la, at least aku dapat melihat suasana bandar Melaka yang selama ni aku tak pernah lihat, dapat snap banyak mural-mural yang menarik di sekitar kawasan ni.

    Di Kampung Morten, aku menyeberangi jambatan yang berhampiran dan kemudian sambung berjalan di sepanjang sungai on this side pula sehinggalah terjumpa Masjid Kampung Hulu. Kat sini, ternampak pula banner ada haul Alhabib Ali bin Jaafar Alaydrus, guru walid aku di Batu Pahat dulu yang akan diadakan pada minggu depan. Macam kena pi Melaka lagi la gamaknya minggu depan ni.

    And then, aku sambung lagi berjalan sampai ke Dutch Square semula. Letih hawau!!! Bila dah kat sini, apa lagi, pekena mango float jam besar. Sejuk sikit tekak. Selesai minum, balik bilik untuk rest dulu. Petang satgi baru keluar semula untuk pergi lunch.

  • Mango float jam besar (1): RM 12.00
  • Dinner di Halal Atlantic Nyonya Restaurant

    Aku masukkan restoran yang terletak di Melaka Raya ni dalam list JJCM selepas tengok this one famous Chinese-Muslim Tiktoker buat review kat sini. Malas nak dok mencari sana-sini. Janji masakan Nyonya yang halal, aku nak cuba.

    So, aku pergi ke restoran around 3.00 pm. Takde la sesak sangat macam waktu lunch. Restorannya terletak di deretan rumah kedai. 

    Antara yang aku pilih ialah ayam ponteh, udang lemak nanas, ulam bendi, cincalok dan sour plum lime juice. Kalau ikutkan hati, sebenarnya aku nak sangat rasa asam pedas nyonya. Tapi disebabkan kalau nak order pun ikannya seekor besar, memang akan membazir la untuk aku yang makan seorang diri ni. Sure tak habis punya. Aku ingatkan depa ada pilihan untuk kepingan ikan camtu. Tapi sayang takde. So, tu yang aku try ayam ponteh dengan udang lemak nanas tu.

    Dari segi rasa, apa yang aku boleh cakap, memang sedap! Semua lauknya ni rasanya memang rich. Lemak, masin, manis, masam… lengkap semuanya. Even sambal atas bendi tu pun cukup rasa. Cincalok pula memang wajib try kalau ke Melaka. Takde cincalok, memang tak lengkap rasanya. 

    Ayam pontehnya lembut, udangnya pula fresh dan tak lembik. Pendek kata, memang kena dengan tekak aku dan aku puas hati makan kat sini. Restoran ni dibuka setiap hari dari jam 11.30 pagi hingga 9.30 malam.

    Habis makan, aku terus ambil Grab balik ke mana lagi, foot massage spa. Masa morning walk pagi tadi aku ternampak. So, terus masuk dalam list. Bak kata member IG aku, Omaq dan massage berpisah tiada! Hahaha…

  • Ayam ponteh – small (1), udang lemak nanas – small (1), ulam bendi – small (1), cincalok (1), nasi putih (1), sour plum lime juice (1): RM 97.80
  • Body & foot massage di Relax Spa

    Relax Spa ni terletak berhampiran dengan Cendol Kampung Hulu di tepi Sungai Melaka tu. Sebelum pergi, aku baca review kat Google, banyak yang bagi feedback positive. So, why not cuba la kan. Ada macam-macam rawatan kat sini. Facial la, pedi mani, cupping dan lain-lain. Kalau nak try semua, mampus bankrap acik kau ni!

    Kat sini aku buat foot massage dulu sejam sebab baru lepas makan kan. Habis foot massage, baru aku buat body massage. Yang urut aku tu Uncle Chinese. Tak ingat namanya. Okay juga dia urut kaki dan badan. Kira lega jugalah kaki aku dok berjalan kat 5 km pagi tadi tu. 

  • Foot massage (1 jam): RM 60.00
  • Body massage (1 jam): RM 75.00
  • Lepak minum cendol di Dutch Square

    Habis je massage, aku slowly jalan kaki balik ke hotel. Tapi sebelum tu, aku singgah pekena cendol dulu kat area jam besar sambil layan sorang adik ni namanya Adawiya main violin kat situ. Layan wooo. Aku memang suka tengok orang yang pandai main instruments. Sebelum chow, kita scan la QR, hargai bakat yang dia ada tu.

    Anyway, aku dah malas nak keluar malam nanti sebab dah kekenyangan lunch kat restoran nyonya tadi. Nak edit video? Forget it. Tido je la. Esok dah nak balik. 

  • Cendol biasa (1): RM 5.00
  • Hari ketiga: Hari terakhir di Melaka 

    Last day untuk solo trip 3H2M ke Melaka ni. Aku bangun awal seperti biasa dan pagi ni nak breakfast jauh sikit.

    Breakfast di Warung Habib 151

    Pagi ni aku breakfast di kedai makan yang terletak di Jalan Batang Tiga, Kampung Bukit Rambai. Sampai je kat sini, tengok kat parking dah penuh dengan kereta. Orang pun boleh tahan ramai. Kedai makan ni terletak di tepi sawah. So, boleh la nak buat raso-raso breakfast tepi sawah. Alhamdulillah, cuaca pagi ni elok. 

    Ada pelbagai hidangan yang disediakan kat sini. Katanya kira-kira 40 jenis makanan. Antara yang best seller ialah nasi kerabu, nasi dagang, mushroom soup dengan garlic bread dan banyak lagi. Mushroom soup tu depa buat sendiri from scratch.Tak guna hat dalam tin tu. So, boleh rasa ketulan mushroom bagai. Sate pun ada dijual. Tapi favorite aku kat sini semestinyalah bonesteak set atau sup tulang merah. Makan dengan garlic bread. Tapi idok le aku nak makan pagi-pagi hari ni.

    Untuk breakfast pagi ni, aku makan nasi kerabu je. Aku tak sure la oghe Kelate nak rate berapa ni tapi kat tekak aku sedap je. Portionnya banyak. Jenuh nak menghabiskan. Set nasi kerabunya datang sekali dengan telur masin, solok lada dan lain-lain tu la. Aku just tambah daging bakar je. Nak try yang lain memang perut aku tak boleh nak masuk sudah.

    Habis makan dan lepak sekejap kat sini, aku terus balik semula ke hotel sebab nak check-out.

    Last merayap kat Jonker Walk & ziarah makam Hang Kasturi

    Memandangkan bas aku ke KL pada jam 2.30 petang, so aku ada sedikit masa lagi untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan ni. Jalan santai-santai, ambil gambar façade bangunan dan jubin-jubin yang ada pada bangunan kat sini. On the way tu, terjumpa Makam Hang Kasturi, salah seorang daripada 5 pahlawan Melaka yang terkenal iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Singgah sekejap dan hadiahkan Al-Fatihah untuknya.

    Kemudian, aku singgah makan cendol durian di salah salah kedai yang terdapat di jalan ni. Sejukkan tekak. Cuaca panas hawau!

    Singgah Cheng Ho Cultural Museum

    Aktiviti last sebelum bertolak ke Melaka Sentral ialah melawat muzium ni. Kat area ni juga. Tiket masuk untuk warganegara Malaysia ialah RM10. Banyak info yang korang boleh pelajari kat sini tentang Laksamana Cheng Ho, figura beragama Islam dari Dinasti Ming yang terkenal semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kalau korang suka dengan sejarah, tempat ni wajib untuk korang singgah.

    Aku tak fokus sangat pun, just baca sekali lalu je. Tapi yang pasti kat sini korang boleh tahu tentang sejarah hidupnya dari masa beliau kecil sehinggalah menjadi pelayar yang termashyur. Korang akan kagum bila melihat gambaran angkatan armadanya. Banyak gila kapal dengan jumlah angkatan yang mencecah puluhan ribu orang! Ada kapal bawa kuda, bawa bijiran dan pelbagai lagi.

    Selesai menjelajah pameran di bangunan dua tingkat ni, aku pun ambil Grab untuk ke Melaka Sentral. Marilah pulang!

    Penutup

    So, that’s about it tentang solo trip 3H2M aku ke Melaka. Seronok juga sebenarnya. Next time, kalau bosan kat Cyberjaya tu, boleh la datang ke sini pula. Santai-santai lepak kat café tepi sungai. Best juga kan?

    Anyway, bagi yang belum subscribe channel aku, silalah subscribe, share dan like the videos. Mudah-mudahan dapat aku nak buat travel content lagi di masa hadapan.

    Thanks sebab sudi singgah dan baca blog aku. Jumpa lagi next time. Bye!


    English summary:

    This 3D2N Melaka solo trip covers everything from staying at the strategic Heeren Street Boutique Hotel near Jonker Walk and Dutch Square, to enjoying the beautiful Melaka Riverside night scenery with colorful building façades. The journey includes delicious local treats like cendol durian and mango float, a morning walk by the river, Nyonya breakfast at Baba Kaya, a flavorful lunch at Atlantic Nyonya Restaurant, a relaxing spa session, a scenic breakfast at Warung Habib 151, and a history-packed visit to Cheng Ho Cultural Museum.


    Sharing is caring
    Written By

    omaralattas

    Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.